Jun 12, 2009

TAZKIRAH JUMAAT

Menghormati orang yang lebih arif merupakan tanggungjawab setiap idividu kerana Rasulullah SAW sangat mencintai orang yang menghargai ilmu, sebagaimana baginda menyayangi saidina Ali Karamallahu wajhahu yang merupakan babul ilmi atau gedung ilmu pada zamannya. Bahkan Saidina Ali ra. sendiri pernah berkata : "Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat (sunat) dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapatlah suatu kekosongan dalam Islam yang tidak dapat ditutup selain oleh penggantinya atau orang yang berilmu juga".
Begitu juga tentang sifat sombong merupakan sifat yang paling dibenci oleh Allah SWT jika para hamba-Nya memilikinya. Kerana yang berhak memiliki kesombongan itu hanya Allah, sebab Dialah Yang Maha Kuasa. Sifat sombong juga menyebabkan seseorang terhalang untuk dimasukkan ke dalam syurga di akhirat kelak. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiapa kelak pada hari kiamat ia suci dari tiga perkara, maka ia akan masuk syurga, iaitu dari sikap sombong, rasuah dan hutang". (Riwayat Tirmizi) Bertawadhuklah serta merendahkan diri kepada Allah, agar kita tidak menyombongkan diri dalam segala hal. Dengan demikian kita akan tergolong insan yang diredhai-Nya. Insya Allah. TERIMA KASIH SAHABAT EMAIL TAZKIRAH INI

No comments:

Post a Comment