May 31, 2009

KE MANAKAH ARAH MALAYSIA DI BAWAH NAJIB




CERAMAH DAN DIALOG YANG DI ADAKAN DI PEJABAT PKR PERMAS JAYA YANG BERTAJUK KE MANAKAH ARAH MALAYSIA DIBAWAH NAJIB.AHLI PANEL SAUDARA ANUAR SALEH PKR.NORMAN FERNANDEZ DAP DAN SAUDARA SIHAIZAN KAYAT.BANYAK SOALAN YANG BERKAITAN DENGAN ISU SEMASA .INI BERMAKNA RAKYAT MAKIN YAKIN DENGAN PAKATAN RAKYAT UNTUK MEMBERI PENJELASAN ISI TERKINI.

May 30, 2009

SAYA AKAN DEDAH INSIDEN MATA LEBAM :BEKAS KETUA SIASATAN JENAYAH KL


Datuk Mat Zain Ibrahim, pegawai polis yang menyiasat insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, mendakwa menjadi mangsa konspirasi peringkat tertinggi yang menggunakan notis bankrap untuk memusnahkan kredibilitinya sebulan sebelum bermulanya perbicaraan kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang bermula dari 1 hingga 24 Julai depan.

Bernama melaporkan Rabu lalu bahawa Mat Zain telah diisytiharkan bankrap pada 21 April 2009 kerana gagal melangsaikan pinjaman berjumlah RM250,000 dan notos mengenainya telah diserahkan kepada beliau 26 Mei lalu. Berita mengenainya telah disiarkan oleh beberapa penerbitan tempatan termasuk The Malaysian Insider yang melanggan perkhidmatan Bernama.

“Saya menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa terdapat pengaruh-pengaruh yang amat berkuasa yang mahukan perkara ini berlaku. Ini kerana mereka mahu memusnahkan kredibiliti saya dan/atau melumpuhkan keupayaan saya untuk memberi keterangan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memalsukan bukti berhubung kes mata lebam 1998 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Mat Zain dalam satu kenyataan beliau.

Mat Zain yang bersara awal pada 2001 sebagai Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur berkata beliau percaya notis bankrap yang diterimanya ada hubungkait dengan rayuan yang dibuatnya kepada Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membersihkan namanya selepas SPRM memutuskan hanya Gani dan Musa didapati tidak terlibat dalam tuduhan kesalahan jenayah berhubung isu memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar.

“Saya mempunyai alsan untuk mempercayai bahawa pihak pendakwa menjangka Anwar akan menimbulkan isu pemalsuan bukti dalam kes mata lebam tersebut pada satu ketika dalam perbicaraannya kelak. Keterangan saya saya akan amat penting ketika itu. Opsyen yang ada pada mereka adalah untuk menjahanamkan kredibiliti saya.

“Walaupun kenyataan ini akan menyebabkan sedikit keresahan kepada saya dan keluarga saya namun saya menganggapnya sebagai satu rahmat dan ia hanya akan menguatkan lagi iltizam saya untuk mendedahkan segala kebenaran berhubung episod mata lebam ini.

“Percayalah, ini bukanlah satu-satunya kes di mana kedua-dua individu ini mempunyai peranan campur tangan. Terdapat banyak lagi kes yang sama tahap sensasinya. Kebenaran akhirnya akan timbul,” kata Mat Zain.

Beliau mendakwa telah menyiasat kes mata lebam tersebut tanpa ragu atau takut dan kenyataan beliau telah dicatatkan sebanyak lima kali oleh agensi terdahulu daripada SPRM, Badan Pencegah Rasuah (BPR) apabila Anwar membuat laporan pada 1 Julai 2008 bahawa Gani, Musa dan Dr Abdul Rahman Yusof telah memalsukan laporan perubatan berhubung kes tersebut.

Walau bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mengumumkan pada 3 Mach bahawa tiga orang ahli panel bebas yang diketuai oleh Peguamcara Negara telah meneliti kertas siasatan dan mendapati Gani dan Musa tidak terlibat dalam apa-apa kesalahan berhubung kes tersebut, lantas menyebabkan Mat Zain membuat rayuan terhadap keputusan panel itu.

“Saya bagaimanapun mempunyai alasan kukuh bahawa Perdana Menteri tidak diberi keterangan yang sebenarnya dan juga keseluruhan fakta mengenai isu ini. Sekiranya kebenaran didedahkan saya percaya Perdana Menteri akan bertindak dengan sewajarnya,” kata Mat Zain lagi.

Mat Zain berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk meneliti isu bankrap tersebut kerana beliau mendakwa tidak pernah menerima sebarang notis bagi mendengar saman yang difail pada 10 Ogos 2004 terhadap beliau oleh ahli perniagaan, Yap Thoong Choan, 72, dari Damansara Heights yang sepatutnya didengar di Mahkamah seksyen Bandar Baru Bangi bagi menuntut baki sebanyak RM250,000 daripada jumlah pinjaman yang gagal dilangsaikan.

Ahli perniagaan tersebut dalam kenyataannya berkata Mat Zain, 60, telah mengambil pinjaman berjumlah RM500,000 melalui perjanjian yang ditandatangani pada 22 Februari 2002 dan dipersetujui dalam perjanjian tersebut untuk membayar balik kesemua hutang pada atau sebelum 21 Ogos 2002.

Yap berkata setakat ini Mat Zain hanya membayar sebanyak RM250,000 daripada pinjaman tersebut. Surat tuntutan bagi baki RM250,000 bertarikh 14 Julai 2004 telah dihantar kepada Mat Zain tetapi gagal menjelaskan baki hutang tersebut.

Mahkamah Tinggi Shah Alam 21 April lalu mengeluarkan notis bankrap terhadap Mat Zain mengarahkan beliau membayar RM250,000 berserta bunga dan kos berjumlah RM288,824.92.

KAMPUNG PLENTONG BARU BAKAL REBAH




Pagi tadi saya di hubungi oleh saudara mazalan orang kampung Plentong Baru ,katanya ada berita terkini mengenai kampung ,dimana kampung ini juga akan terima nasib sebagaimana kampung Baru Plentong Tengah ,kampung yang mereka teroka selama ini telah dimiliki oleh pihak pemaju kata mazalan ,hanya tunggu masa sahaja untuk kami di arah pindah .semua mereka yang duduk di tepi sungai tiada geran tanah .saya akan cuba dapat maklumat dahulu baru boleh di bincang isu ini.

BAWA BALIK BALASUBRAMANIAM


Angkatan Muda KeADILan Selangor menggesa agar pihak kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa segera penyiasat persendirian Balasubramaniam a/l Perumal yang masih berada di luar negara. Gesaan ini adalah untuk membantu siasatan berkenaan kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu melalui Akuan Bersumpah bertarikh 1hb Julai 2008. Ketuanya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin mempertikaikan tindakan pantas pihak kerajaan yang begitu cepat meminta bantuan Interpol untuk mengesan dan membawa pulang Raja Petra Kamaruddin yang berada di luar negara sebaliknya dalam isu akuan bersumpah Balasubramaniam seolah-olah tiada berita dan perkembangan terkini. "Kita juga membidas pihak-pihak tertentu yang mempolitikkan isu mengenai kembalinya ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) berkaitan membawa pulang bekas Ketua PKM ke Malaysia. "Isu ini ditimbulkan hanya strategi politik 'desperado' sesetengah pihak Umno/BN yang berusaha membakar hati dan perasaan bekas anggota keselamatan,keluarga dan rakyat Malaysia untuk menyokong kembali Umno/BN yang semakin hilang sokongan dan dokongan rakyat Malaysia, " katanya dalam satu kenyataannya. Beliau berharap penyiasat persendirian Balasubramaniam perlu dibawa pulang segera oleh kerajaan kerana akuan bersumpah yang pernah dibuatnya melibatkan individu yang sangat penting negara ini. "Semakin melambatkan tindakan untuk membawa pulang selama itu juga nama baik individu yang sangat berprofil tinggi itu terus tercemar di peringkat nasional dan antarabangsa. Katanya AMK Selangor berharap isu membawa pulang bekas ketua PKM ini tidak menjadi satu lagi isu sensasi politik pihak-pihak tertentu yang semakin hilang dari sokongan rakyat. "Amat jelas isu ini sudah lama selesai dan tidak perlu ditimbulkan semula lagi. Kini rakyat Malaysia lebih bijak dan pintar dalam menganalisis sesuatu isu melalui perkembangan semasa revolusi maklumat global.

KECICIRAN INDIVIDU DALAM JAMAAH


Gejala ini akan menular setiap individu dalam gerakan jika ia tidak dibendung dengan iman dan taqwa. Di sini syaitan akan memainkan peranannya menghalang orang-orang mukmin bekerja dalam dakwah dengan menakut-nakutkan individu tentang masa depan, rezeki dan sebagainya. Sebab itu individu hendaklah sentiasa menyertakan kesabaran dan taqwa bersama dirinya dalam mengharungi fitnah ini.

Kita dapati ramai individu dalam jamaah pada peringkat awalnya hebat, tetapi apabila diberi sedikit ujian dengan gangguan rezeki, kemiskinan, ugutan, tekanan, pangkat, anak, isteri, keluarga dan sebagainya, menyebabkan dia semakin hari semakin menjauhkan diri dengan jamaah dan sentiasa memberi alasan yang tidak menusabah.

Sebab itu Allah SWT telah menyebut di dalam firmanNya yang bermaksud :
" Jika kamu memperolehi kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertaqwa nescaya tipudaya mereka sedikitpun tidak mendatangkan menudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan." ( Ali Imran : 120 )

" Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakutkan kamu dengan kawan-kawannya, kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tapi takutlah kepadaKU, jika kamu benar-benr orang-orang yang beriman." ( Ali Imran : 175 )

Bagi mengelakkan keciciran ini, Allahlah tempat yang mesti kita bergantung kepadaNya kerana semuanya adalah milik Allah dan Dialah yang memberikan segala-galanya kepada kita. Kita ambilah pengiktibaran kisah-kisah para nabi dan sabahat nabi yang berpegang teguh dengan janji Allah dan akhirnya kita lihat mereka berjaya mengharunginya dan diberi kemenangan oleh Allah sehingga hari ini kita dapat mengecapinya hingga hari ini.

Marilahlah sama-sama kita bangunkan diri kita dan jamaah kita bersama iman dan taqwa serta sayangilah parti kita sebagaimana kita sayangi diri sendiri apabila kita sakit kita cari ubat.

May 29, 2009

BN KOMUNIS.


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Parti Komunis Malaya (PKM) tidak jauh bezanya dengan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan nasionalisma.

Menurut beliau lagi tindakan yang dilakukan oleh BN selama ini adalah mirip kepada apa yang dilakukan oleh PKM.




"Jika pada zaman PKM ramai mereka yang tidak bersalah dan berdosa dibunuh dan dizalimi.Apa bezanya pada zaman ini dimana mereka yang tidak bersalah mudah dizalimi oleh pemerintahan BN. Oleh kerana itu ada persamaan antara PKM yang dahulu dan BN yang wujud sekarang. Kedua-duanya sama saja.

"Oleh kerana itu siapa sahaja yang mengamalkan fahaman nasionalisma maka ia juga adalah serupa dengan PKM yang melakukan kezaliman,pembunuhan,kerosakan dan bermacam-macam lagi ancaman pada zaman darurat dahulu sehingga ramai yang sengsara.

"Kesan yang ditinggalkan oleh PKM pada ketika itu dapat dirasai sehingga sekarang.Begitu juga dengan kerajaan BN yang mengamalkan ISA sebagai satu akta yang menzalimi rakyat yang tidak bersalah.Bukankah ini juga semacam dengan mereka."

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di Kampung Guar Jering, Penanti, Bukit Mertajam.

Dalam ceramah itu beliau juga menyentuh mengenai kedudukan BN yang semakin terancam dengan perpecahan yang begitu ketara berlaku semasa pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita lihat apa yang berlaku dalam parti PPP.Mereka mulai berpecah kepada dua presiden.Begitu juga di Trengganu yang berpecah dalam kumpulan Umno yang memerintah negeri disana.

"Di Perak juga berlaku kemelut yang sehingga ini rakyat tidak dapat menerima apa yang telah diputuskan walaupun hak rakyat untuk meimilih harus diserahkan kepada rakyat membuat pilihan terbaik," katanya.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

KATAK DAN MINAH



Setelah banyak kita bercerita tentang Kak Min di Dun Penanti, mari kita menjenguk sebentar di Kelantan khususnya saat menjelang PRK Dun Manik Urai. Bezanya sedikit sahaja, jika di Dun Penanti Kak Min atau `Minah Ronggeng' (gelaran oleh Azmin) adalah calon bebas sahaja, tetapi di Kelantan `Raja Katak' tersohor adalah Wakil Rakyat bebas Parlimen Pasir Mas. Kedua-duanya tidak banyak beza, seperti `katak dua sejoli'.

Baru-baru ini Ibrahim `Al-Kataki' mula berbunyi semula selepas beliau mempersendakan mogok lapar PR di Perak. Di Perak katanya, mengapa PR tidak mogok sampai mati sahaja? Itulah kata-kata seorang MP yang tidak sedar diri diuntung. Dahulu semasa beliau mencari makan dalam Umno, beliau pernah mempersendakan Tn Guru Nik Aziz dengan menyatakan beliaulah yang mengajar MB Kelantan itu memakai semutar (serban). Beliau dahulu pun pernah menyatakan bahawa Almarhum Ustaz Fadzil Noor (Presiden PAS) seperti Moshe Dayan (Bekas PM Israel) kerana `bermata satu'. Ibrahim Al-kataki ini juga sewaktu era kebangkitan reformasi, beliau menyatakan bagaimana DS Anwar merayu dan memeluk beliau agar beliau dapat membantunya dari dipecat dari jawatan dalam Umno ketika itu. Itulah cara Ibrahim Al-kataki berpolitik dan caranya itu tidak pernah berubah.

Saya dapat merasakan betapa menyesalnya rakyat Pasir Mas mengundi beliau di dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Tapi, apakan daya ketika itu Tuan Guru Nik Aziz yang pernah dihina oleh Ibrahim Al-kataki ini tidak pernah menyimpan dendam terhadap sesiapa dan bersangka baik terhadap Ibrahim Al-kataki ini. Apatah lagi, Tuan Guru amat kesihan dan simpati apabila melihat Ibrahim Al-kataki ini `disepak serta dihumban' oleh Umno ke dalam `tong najis'. Tuan Guru ambil beliau, bersihkan tubuhnya dari segala kekotoran najis tersebut dan memberikan ruang untuk beliau bercakap serta berkempen untuk membela nasibnya sendiri selepas dizalimi oleh Umno. Akhir sekali, Tuan Guru membuat keputusan yang amat kritikal ketika itu iaitu memberi kerusi Parlimen Pasir Mas kepada Ibrahim Al-kataki. Mungkin selepas Tuan Guru melihat betapa Ibrahim Al-kataki tidak mampu berjuang bersendirian dan beberapa kali tewas di dalam pilihanraya di Pasir Mas sebagai calon bebas. Ternyata Ibrahim Al-kataki bukan seorang yang hebat tanpa bantuan PAS.

Kini, selepas bergelar Ahli Parlimen dengan ehsan PAS, Ibrahim Al-kataki mula lupa diri seperti kisah `Si Tanggang'. Beliau berkata akan mendedahkan segala kelemahan kerajaan PAS di Kelantan di bawah Tuan Guru yang telah `memberi' nya makan. Kita tidak kisah tentang apa pun pendedahan yang mungkin akan didedahkan oleh Ibrahim Al-kataki ini kerana rakyat Kelantan khususnya di Manik Urai telah begitu lama mengenali siapa Ibrahim Al-kataki ini. Sebelum beliau ditabalkan menjadi Ahli Parlimen, di dalam ceramahnya di Kelantan tidak lekang mulutnya memuji kepimpinan Tuan Guru. Tetapi setelah menyedari bahawa di dalam pilihanraya umum akan datang kemungkinan besar beliau akan bertanding bersendirian atau mewakili Umno (jika Umno masih selera memilihnya) beliau akan hilang deposit, maka tiada pilihan lain terpaksa Ibrahim Al-kataki ini menjilat kahaknya kembali.

Apa yang ingin didedahkan oleh Ibrahim Al-kataki? Bagaimana beliau ingin mendedahkan keburukan orang lain sedangkan dirinya kini telah terdedah dengan segala kejelekan? Saya agak hairan bagaimana beliau mampu mempunyai kulit muka yang `tebal' untuk terus berada di kerusi Parlimen Pasir Mas? Itulah kelebihan Ibrahim Al-kataki dan keajaibannya yang sukar ditandingi termasuk oleh Raja Sesumpah mahupun Kak Min walaupun dari `spesis' yang sama. Raja Sesumpah meskipun termasuk dalam kategori Al-kataki, tetapi sekurang-kurangnya beliau tidak pernah memakan hasil suapan orang yang ditentangnya. Begitu juga dengan Kak Min yang baru hendak belajar dari Ibrahim Al-kataki dan juga dari Raja sesumpah.

"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" dan "Alang-alang katak melompat, biar sampai ke dalam tong najis". Mungkin inilah prinsip Ibrahim Al-kataki sekarang. Kita akan melihat gelagat Ibrahim Al-kataki ini nanti sewaktu kempen di Manik Urai tidak berapa lama lagi. Saya berharap agar semasa kempen itu nanti, cuaca dalam keadaan baik di Manik Urai kerana saya bimbang jika Katak berbunyi, maka hujan pun turun.

USRAH OLEH UST AZAM



Proses Tarbiyah lmaniyah mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Silibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim.

Menurut Al Syekh Mustafa Masyur bahawa Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. Demikianiah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu atau jemaah adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap seialu kerana ia mungkin berkarat.

Rasuluilah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati)."(HR Al Baibaqi)

lman yang berada dalam iiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita.

Sabda Rasuluilah SAW:

"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu." (HR Al Hakim dan At Tabrani)

AMK BUAT LAPORAN POLIS CERAMAH UMNO DI PENANTI



Angkatan Muda Keadilan membuat laporan polis terhadap Umno kerana mengadakan ceramah politik ketika kempen pilihan raya N12 Penanti walaupun parti tersebut mengumumkan ia tidak bertanding.

Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa di balai polis Kubang Semang kira-kira pukul 4 petang tadi.

"Kebetulan dalam kerja lapangan kami, AMK berjaya mengesan sepanduk ceramah umno di Penanti.

"Oleh itu kami meminta pihak berkuasa mengambil tindakan untuk menghalang ceramah itu kerana BN tidak bertanding dalam pilihan raya ini," tegas Fariz.

Beliau menjelaskan walaupun ceramah ini tidak dianggap berkempen secara langsung, namun ia boleh mempengaruhi perjalanan pilihan raya di DUN Penanti.

"Saya menggesa pihak polis untuk tidak mengambil sikap berat sebelah mengambil tindakan Umno. Umno tidak perlu berada di sini," kata Fariz lagi.

Semasa berkempen pimpinan Pakatan Rakyat sering mengungkap bahawa walaupun UMNO tidak bertanding namun roh parti itu berkeliaran secara aktif di Penanti.

ROMBONGAN SEMASA MENGUNDI....?

Kini tersebar luas di Pilihanraya Kecil DUN Penanti mengenai dakwaan Umno Bahagian Permatang Pauh telah menawarkan rombongan ke Padang Besar sehari sebelum hari mengundi iaitu 31hb Mei 2009.

Sumber yang nama tidak mahu dinyatakan namanya berkata pakej itu hanya ditawarkan kepada ahli Umno dan Pengundi Permatang Pauh terutama dikawasan DUN Penanti. Menurut beliau lagi tujuan habuan itu diberikan untuk pengundi Umno DUN tersebut dari datang dihari pengundian tersebut.



Beberapa petugas PKR telah ditugaskan memantau akan kebenaran pekara tersebut. Sebelum ini banyak sepanduk berunsur fitnah terhadap PKR yang didakwa dilakukan oleh Umno. Sumber tersebut berkata, sepanduk tersebut pernah mereka temui semasa di Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dan Bukait Selambau. Petugas PKR itu berkata, ia mungkin dipasang oleh kumpulan yang sama.

LIVE: DARI PENANTI 31HB

PERKEMBANGAN TERKINI SEMASA HARI MENGUNDI PADA 31HB JAM 8 PAGI..

May 28, 2009

UMNO SESAT


Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat mendakwa, UMNO membawa ajaran sesat kepada orang Islam di negara ini kerana sering membezakan antara agama dan politik sedangkan agama dan politik malah seluruh kehidupan kita tidak boleh kita pisahkan daripada agama.





Katanya lagi, mungkin kerana mereka pisahkan antara politik dengan agama maka mereka sanggup lakukan apa saja bagi mencapai tujuan politik mereka. Mereka juga sanggup merasuah asalkan matlamat mereka tercapai. Mereka memang sudah hilang rasa, sudah hilang takut dosa dan inginkan pahala.

“Pemimpin UMNO pernah cuba merasuah beberapa orang wakil rakyat PAS pada penggal lepas kerana ketika itu perbezaan hanya satu kerusi. Mereka tawarkan YB Buyamin, Datuk Hasan, Pak Ya sebanyak RM5 juta dan Ustaz Nasarudin Daud sebanyak RM10 juta.” katanya dihadapan 5,000 orang ketika menyampaikan ceramah politik PRK Dun Penanti di Guar Jering, Guar Perahu semalam.

Turut hadir dalam majlis tersebut Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Lim Hock Seng dan Chow Kon Yeow, Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali dan Pengarah Pilihanraya PKR Saifudin Nasution Ismail serta calon PKR Dr. Mansor Othman.

Tuan Guru Nik Aziz meminta para pngundi di DUN Penanti akan menggunakan peluang yang ada untuk memenagkan calon ditonjolkan PKR yang merupakan seorang yang mempunyai pendidikan yang baik dan mampu memberikan khidmat kepada masyarakat.

“Pas tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan PKR hatta DAP sekali pun asalkan kita dapat titik pertemuan dalam perjuangan. Bukan PAS dan Islam saja yang tak suka dan tak mahu rasuah, kezaliman dan apa saja yang tak baik dan bermoral malah DAP dan PKR juga sama.” Katanya.

3 JUTA KELUAR PARTI (NAJIB JAWAB) TAK BETUL SAMAN


DR. Lee Boon Chye mendakwa setiap seorang ADUN Bebas telah menerima habuan sebanyak RM3 JUTA daripada Perdana Menteri Najib Razak kerana keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan menyokong Barisan Nasional.

Ahli Parlimen Gopeng berkata ketika mendedahkan perkara tersebut semasa berucap di Bukit Mertajam semalam berkata bekas exco itu telah menceritakan mengenai bayaran yang diterima beliau kepada seorang kawan yang dipercayai. Malah Dr Lee berkata bekas exco tersebut juga merungut mengenai cara pembayaran kepada dibuat kerana Najib hanya membayar beliau secara ansuran dwi bulanan sebanyak RM100,000.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata rasuah sebanyak RM3,000,000.00 tersebut diberi atas pesefahaman tuduhan rasuah terhadap bekas ecxo itu akan digugurkan sekiranya menyokong UMNO dan BN. "Kita akan tunggu dan lihat sama ada dakwaan ini benar atau tidak. Kita akan ketahui daripada apa yang bakal berlaku apabila mereka ke mahkamah sekali lagi (sama ada tuduhan digugurkan)," kata beliau pada satu majlis makan malam semalam.

PILIHANRAYA KECIL :MANIK URAI



Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Manik Urai ialah pada 6 Julai manakala pengundian ialah 14 Julai, demikian diumum oleh Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR menetapkan daftar pemilih yang akan digunakan ialah Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama tahun ini yang telah dikemaskini sehingga 22 Mei lepas, mengandungi 12,293 pemilih termasuk 25 pengundi pos.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabat SPR di sini, beliau berkata SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi itu daripada Speaker Dewan Negeri Kelantan pada 24 Mei lepas, dua hari selepas penyandangnya, Ismail Yaacob, daripada Pas meninggal kerana sakit jantung.

Abdul Aziz berkata penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi akan dijalankan di Dewan Petra Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai manakala sembilan sekolah akan dijadikan pusat mengundi dengan seramai 350 petugas terlibat dalam pengendalian pilihan raya kecil itu

REHLAH PEMUDA(PELOPOR PERUBAHAN)




Sesungguhnya mereka adalah para pemuda yang beriman kepada Rabb-Nya dan kami tambahkan petunjuk kepada mereka….” (QS. Al-Kahfi:13).

Ketika berbicara mengenai pemuda kita akan mendapati banyak perkara yang menarik dan hal-hal kepemudaan khususnya dalam fasa pembinaan pemuda Islam yang iltizam dan intizam dengan gerakah dakwah dan tarbiyah. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa dalam sejarah Islam pemuda ditakdirkan mempunyai peranan yang strategik, di antaranya sebagai agent of change (Agen perubahan). Marilah kita menelusuri sejarah kebangkitan Islam pada masa Rasulullah SAW diperkukuhkan oleh tangan-tangan kesatria para pemudanya, serta pada era kejayaan dan keemasan di abad pertengahan pun demikian, para ilmuan itu adalah kelompok muda.

Mujahid Fathi Yakan berkata, matlamat utama persiapan pemuda-pemuda Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya 'Qawamah' (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan tugas para pemuda Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahiliah ke tangan Islam. Dan juga pemikiran, perundangan dan akhlak jahiliah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.

Ini bermakna bahawa tugas dan peranan pemuda Islam ialah melakukan "Perubahan" dan bukannya menempel atau memperbaiki, dan inilah yang sewajibnya berlaku.

Tugas ini pada hakikatnya adalah tugas yang berat dan sukar tetapi ianya adalah tugas yang dituntut; dan tugas selain dari ini tidak mempunyai nilai. Malah tugas yang lain ini akan membawa bencana yang akan menangguhkan kemahuan para pemuda kepada perubahan, malah akan membawa kepada perjalanan seiring dengan realiti jahiliah yang ada dan cuba hidup bersamanya.

Menurut Imam Syahid Hasan Al-Banna, perbaikan suatu umat tidak akan terwujud kecuali dengan perbaikan individu, yang dalam hal ini adalah pemuda. Perbaikan individu (pemuda) tidak akan berjaya kecuali dengan perbaikan jiwa. Perbaikan jiwa tidak akan berhasil kecuali dengan pendidikan (tarbiyah) dan pembinaan. Apa yang dimaksud dengan pembinaan adalah membangun dan mengisi akal dengan ilmu yang berguna, mengarahkan hati agar sentiasa muraqabatullah dan sentiasa berdo’a, serta komited dalam proses pertarbiahan jiwa dan sentiasa muhasabah diri.

Justeru, pemuda hari ini perlu mempersiapkan diri agar dilengkapi dengan pakej pemuda rabbaniyah. Ustaz Mustafa Masyhur berpesan :

Wahai para pemuda, kami mahukan kamu sekalian menjadi rijal aqidah yang sebenar-benarnya. Kami mahu kamu menjadi tiang seri yang kuat lagi teguh dan tak pernah bergoyang atau runtuh. Kami mahukan kamu sebagai rijal aqidah, bukan rijal kalam(percakapan) atau rijal jidal(pertengkaran). Rijal-rijal jihad dengan harta dan nyawa bukan jihad di atas lembaran-lembaran buku sahaja atau kamu setakat mengajarkan apa yang kamu pelajari sahaja atau kamu menghukum orang-orang yang selain daripada kamu dengan fasik, kufur atau syirik. Kami mahukan kamu menjadi para du'at bukan sebagai penghukum. Kami mahukan kamu sebagai orang-orang yang sentiasa beramal dengan penuh keikhlasan yang sanggup berkorban dan sentiasa tabah. Hendaklah kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kaya dan tak pernah berhajat sesuatu daripada jihad kita :

"Dan sesiapa Yang berjihad (menegakkan Islam) maka Sesungguhnya Dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk."
(Surah Al Ankabut : 6)

Cara yang paling baik meramalkan masa depan adalah dengan menciptakan masa depan dan tahukah anda siapakah masa depan itu? Masa depan itu adalah seorang pemuda.

Wahai pelopor perubahan! Marilah kita menciptakan masa depan itu dengan sebuah peradaban mulia ini dengan tinta emas rabbaniyah kerana disebalik setiap revolusi, pemuda adalah jentera utamanya.

Sejarah kemudian mengajarkan kita satu kaedah bahawa risalah yang agung haruslah dibawa oleh seorang rasul yang agung; bahawa sebuah misi besar haruslah dikembangkan oleh seorang pemikir yang besar; bahawa sebuah beban amanat yang berat haruslah dipikul oleh seseorang yang kuat; bahawa sebuah pedang yang tajam hanyalah akan berguna jika ia berada dalam genggaman tangan seorang pahlawan pemberani.

Sesungguhnya, sebuah kejayaan gerakan dakwah dan tarbiyah hanya akan berhasil diwujudkan apabila kuat rasa keyakinan kepada-Nya, ikhlas dalam berjuang dijalan-Nya, semakin bersemangat dalam merealisasikannya, dan kesiapan untuk beramal dan berkorban dalam mewujudkanya. Keempat karakter di atas yakni iman, ikhlas, semangat, dan amal merupakan karakter yang wajib dimiliki pada diri pemuda, kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertaqwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat dan itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda.

Pemuda adalah muara peradaban dalam setiap fasa sejarah. Semoga Allah SWT senantiasa melimpahkan rahmat dan hidayah-Nya kepada para pemuda pembaharu. Ia adalah moral dan kekuatan, kasih sayang dan keadilan, pasukan dan pemikiran. Sebagaimana ia adalah aqidah yang murni dan akhlaq yang terpuji, tidak kurang tidak lebih. Beginilah seharusnya pemuda!.REHLAH PEMUDA YANG DIADAKAN DI MELISA BEACH RESOT DESARU JOHOR PENGISIAN OLEH UST IBRAHIM.TAHNIAH KEPADA PENGARAH PROGRAM.

May 27, 2009

AMINAH ....(ALTHANTUYA) ADA BUKTI LAGI


Aminah Abdullah mendakwa telah menerima ugutan melalui telefon . Beliau malah terus menyerang PKR dengan mendakwa pemimpin kanan parti ada isu di sebuah hotel.

Calon bebas itu menambah , beliau akan membongkar satu peristiwa yang dikaitkan dengan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim dalam masa terdekat.

"Saya nak ingatkan Zahrain supaya jangan mencabar saya. Saya nak tanya sama ada dia masih ingatkah lagi dengan peristiwa di sebuah hotel di Jawi pada 2007?" katanya, dikenali juga sebagai Kak Min.

"Kak Min minta dia jawab dalam tempoh 24 jam dan jika tidak, Kak Min akan dedahkan kepada umum. Maruah dibayar dengan maruah," katanya lagi .

Aminah berkata beliau telah memaklumkan kes Zahrain kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail."Tapi tiada tindakan diambil. Saya ada faktanya," Aminah berkata.

Beliau diminta mengulas kenyataan Zahrain semalam bahawa PKR sedang menimbang tindakan undang-undang jika bekas pemimpinnya itu terus membuat pelbagai dakwaan terhadap parti itu. Aminah menambah, beliau tidak akan menarik balik kenyataannya atau memohon maaf kerana beliau berada di pihak yang benar.
menurut sumber oleh seorang AMK dari Pulalu Pinang, selisih faham diantara Aminah dan Zaharin bukan pekara baru. Katanya inilah peluang terbaik Aminah membongkar apa yang tersembunyi selama ini.

TAKTIK KOTOR BN DI PENANTI




Kempen pilihanraya kecil Penanti sedikit tercemar bila ada pihak yang tidak bertanggungjawab tidak habis-habis memainkan isu perkauman bagi menagih simpati kepada rakyat. Bukan setakat itu sahaja, difahamkan terdapat juga banyak poster dan kain rentang yang menghina Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah dipasangkan di kawasan Penanti. Terbaru, 2 kain rentang terbabit telah ditemui oleh Skuad AMK Pahang yang meronda di kawasan JDM Mengkuang. Kain rentang pertama ditemui di Simpang Institut Tengku Bainun dan di Simpang 3 Mengkuang. Menurut Ketua Skuad AMK Pahang yang diketuai Kamarul Hatta, Timbalan Ketua AMK Pahang, beliau bersama rakan-rakan beliau telah meronda seluruh kawasan JDM Mengkuang dan sungguh terkejut bila menemui kain rentang tersebut. Beliau kemudian telah menanggalkan kain rentang tersebut dan dibawa ke Markas Pusat di Yayasan Aman.


Sementara itu Ketua Penerangan AMK Pahang, Arman Rasyid pula menganggap poster-poster itu adalah perkara yang jijik dan biadap dan menunjukkan bahawa mereka kini sudah ketandusan idea untuk memenangi hati rakyat supaya terus menyokong mereka sedangkan rakyat kini telah lebih terbuka khusus didalam isu perhubungan kaum. Yang peliknya Perdana Menteri Malaysia melaungkan 1Malaysia yang ingin menggambarkan semua kaum adalah satu bangsa Malaysia tetapi laungan dan slogan serta bicara tidak selari dengan tindakan. Kita yakin kalau UMNO masih begini, UMNO membawa mereka kearah kehancuran dan rakyat akan menghukum mereka didalam Pilihanraya Umum akan datang.

CERAMAH ANWAR IBRAHIM


Ceramah Anwar Ibrahim yang di adakan di Dewan AL -Razi Taman Universiti skudai mendapat sambutan dari pada semua golongan, walaupun di halang dengan sekatan Pihak Polis tidak menghalang orang ramai hadir untuk mendengar ucapan dari Anwar Ibrahim.

ANWAR IBRAHIM DI HOTEL SELESA JB




froum isu semasa yang di jelaskan oleh Datok Seri Anwar memberi keyakinan rakyat untuk berubah pada masa akan datang terutama rakyat Johor untuk memberi undi pada pakatan rakyat.

May 26, 2009

TERKINI :HUJAH HUSAM DENGAN ZAHID TAK JADI


Debat membabitkan Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam Program Hujah TV9 malam ini tidak menjadi kenyataan.

Husam yang ditemui tengah hari tadi berkata, beliau menerima makluman daripada stesen tersebut bahawa Zahid yang juga Menteri Pertahanan tidak dapat mengambil bahagian dalam program malam ini.

"Saya dah buat persiapan tetapi hari ini saya menerima panggilan daripada TV9 bahawa Zahid tidak dapat datang," katanya.

Sebaliknya TV9, kata beliau, mengesyorkan nama bekas Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Mohd. Noor yang menyertai Umno setahun lalu, sebagai pengganti.

Bagaimanapun jelas Husam, beliau telah memaklumkan kepada TV9 bahawa sedia untuk berdebat dengan Zahid pada bila-bila masa kelak.

"Saya mahu berdebat dengan Zahid, bukannya Ezam," kata beliau.

Program tersebut yang dijadual untuk siaran pukul 9.30 malam menyentuh soal Rasuah Politik.

Sementara itu banyak pihak menyelar tindakan Zahid yang telah bertindak untuk menggantikan dirinya dengan orang lain bagi majlis debat berkenaa.

"Ia menunjukkan Zahid seorang yang bacul dan pengecut yang UMNO ada ketika ini," tegas seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

"Zahid boleh hadir di majlis tarian separa bogel di Bukit Gantang, tetapi rupa-rupanya seorang yang dayus untuk berdepan dengan pemimpin Pakatan Rakyat," tegasnya lagi.

PELANCARAN PUASA SUNAT DAN MOGOK LAPAR


DS Nizar bersama adun pimpinan Pakatan Rakyat lain bersama kain rentang “selamatkan demokrasi” dihadapan Wisma DAP selepas pelancaran Pusasa Sunat dan Mogok lapar.

MOGOK LAPAR PUN SALAH KE?




Pakatan Rakyat melancarkan mogok lapar selama 72 jam di ibu pejabat DAP itu mulai 11 pagi bagi mendesak dewan dibubarkan untuk memboleh satu pilihanraya negeri dipanggil sebagai langkah penyelesaian kemelut politik yang berlarutan sejak Februari lalu.

Lima pekerja syarikat pengurusan acara ditahan polis sewaktu sedang menyiapkan khemah untuk acara kempen mogok lapar Pakatan Rakyat yang mendesak DUN Perak dibubarkan.


Belon udara besar dengan tulisan 'Bubar DUN' turut dirampas. Difahamkan kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh cuba meruntuh khemah untuk majlis pelancaran tetapi tidak meneruskan niat mereka.

Sekurang-kurangnya 50 anggota polis termasuk yang berpakaian biasa dan pasukan pencegah rusuhan kelihatan di sekitar ibu pejabat DAP negeri itu. Menteri besar mereka Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker gabungan pembangkang itu V Sivakumar dijadual melancarkan dan menyertai mogok tersebut.

HUJAH MALAM INI DUA TOKOH HUSAM DAN ZAHID


Naib Persiden PAS, Dato’ Husam Musa dan Naib Presiden Umno, Datuk Zahid Hamidi akan bertemu dalam Program Hujah TV 9 pada 26 Mei 2009 (Selasa) jam 9.30 malam.

Program tersebut akan menampilkan Profesor Madya Agus Yusof sebagai pemudahcara dengan tajuk “Rasuah Politik” dan akan disiarkan secara langsung oleh TV9.

Husam dilaporkan akan menyentuh perkara-perkara slogan Bersih Cekap Amanah yang semakin dilupakan oleh pemimpin-pemimpin BN, isu korupsi, agensi-agensi kerajaan yang lebih bertindak sebagai agen parti pemerintah seperti SPR dan SPRM, insitutsi kehakiman dan lain-lain.

May 25, 2009

SAMBUTAN HARI GURU


Hari sabtu saya di jemput oleh pengerusi PIBG sekolah Permas jaya 2 untuk hadir sambutan hari guru peringkat Negeri Johor yang di adakan di Pasir Gudang ..walaupun saya berat nak pergi ..setelah dipujuk oleh Pengerusi, baru saya pergi sebab kerana dua orang wakil PIBG tak dapat hadir maka saya selaku Penasihat PIBG kena hadir.Dalam ucapan perasmian oleh DR Puad zarkarshi selaku Timbalan menteri pelajaran merayu supaya guru guru dan ibu bapa cintakan bahasa Malaysia tanpa mengira kaum,tetapi pada masa sama yang kerajaan masih lagi kekal mengajar matamatik dan sains dalam bahasa inggeris apakah ucapan DR Fuad retorik semata mata.

TIGA PENJURU ,HUSAM .MAT SABU, NASHARUDIN


Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu (foto) telah pun menghantar surat jawaban menyatakan kesediaan menerima tawaran bertanding sebagai timbalan presiden Pas.

Beliau telah pun menjawab surat tawaran kepada jawatanuasa pemilihan yang beliau akan bertanding semalam.

Nasharudin yang memegang jawatan itu kini hampir 99 peratus akan mempertahankan jawatan berkenaan memandangkan pencalonan yang beliau perolehi menggalakkan. Pencalonan diperolehi Nasharudin mengatasi pencalonan diraih Husam.

Sementara dikatakan Husam telah pun sah akan bertanding jawatan timbalan persiden

Sekiranya Husam juga menyatakan persetujuan bertanding ini bermakna petandingan tiga penjuru akan berlaku sekaligus menjadi perebutan jawatan timbalan presiden sengit.

Mat Sabu ketika ditanya mengenai kemungkinan akan berlaku kompromi antara beliau dengan Husam seperti mana diura-urakan, menjelaskan tidak ada kompromi bagi pihak saya. "Saya tetap akan bertanding dan saya tidak akan undur," jelasnya.

Penegasan Mat Sabu itu dibuat sebanyak tiga kali ini menunjukkan beliau konsiten sejak awal lagi. Tokoh Pas yang berjiwa rakyat marhaen itu menyifatkan dirinya sebagai traktor tidak ada berek yang sedang menuruni bukit di mana ia tidak mungkin akan dapat dihentikan lagi.

Sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru untuk jawatan itu dijangka ia memberi laluan mudah kepada Nasharudin Mat Isa untuk mengekalkan jawatan berkenaan.siapa sahaja yang bakal jadi timbalan persiden kami akan walak pada pemimipin yang telah di pilih semasa pemilihan nanti,jalankan tugas yang telah di amanahkan oleh rakyat,berhati hati dengan media yang akan main isu ini,mereka memang nak lihat kita pecah belah.

PPP :PULAK DALAM DELIMA



Satu perhimpunan tergempar yang didakwa dianggotai oleh 1,760 perwakilan dari 778 cawangan parti itu memilih Senator Datuk T.Murugiah sebagai presiden baru.

Perkembangan terbaru ini menimbulkan keadaan seolah-olah PPP kini mempunyai dua orang presiden, manakala perhimpunan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini juga dipersoalkan kesahihannya mengikut Perlembagaan parti itu.


Bagaimanapun pada sidang akhbar kemudian, Murugiah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Perhimpunan Agung itu adalah sah mengikut perlembagaan parti.

Kepada pertanyaan wartawan adakah mengikut perlembagaan parti hanya Presiden parti sahaja yang boleh memangil mesyuarat itu, Murugiah berkata: "Perkara seperti itu tidak wujud...bahagian perundangan itu biarkan ia kepada peguam untuk mengendalikannya dan kita juga serah semua keputusan pada ROS (Pendaftar Pertubuhan) biar ROS buat siasatan".

Menurutnya beliau akan berjumpa dengan Pendaftar Pertubuhan esok untuk menyerahkan semua laporan mengenai mesyuarat hari ini.

Murugiah berkata beliau juga akan memaklumkan keputusan mesyuarat hari ini kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas mengenai wujud dua presiden PPP, Murugiah berkata: "Keputusan telah dibuat oleh perwakilan dan usul sudah diluluskan sebulat suara memilih saya... saya cuma dijemput hadir pada hari ini.

"Jadi tidak wujud isu dua presiden kerana (Presiden parti Datuk M) Kayveas sudah dilucutkan jawatan dan ia bukan keputusan saya...kerana ini semua keputusan perwakilan."

Sebelum pemilihan dijalankan, Murugiah bersama enam lagi anggota yang sebelum ini dipecat oleh Lembaga Disiplin kerana didakwa melakukan pelbagai kesalahan dalam parti, diterima masuk kembali sebagai ahli yang sah.

Perwakilan kemudian bersetuju dengan usul undi tidak percaya untuk memecat Kayveas sebagai Presiden PPP.

Perwakilan turut bersetuju dengan usul untuk membatalkan tarikh penamaan calon yang dijadual pada 31 Mei ini dan menunda tarikh Perhimpunan Agung parti yang sepatutnya diadakan pada 7 Jun.

Ketika dihubungi, Kayveas berkata beliau masih presiden PPP yang sah, sambil berkata bahawa perjumpaan di Putrajaya adalah haram.

"Mereka telah mengelirukan polis dan menyalahgunakan permit yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasauntuk tujuan yang lain," katanya.

Katanya Murugiah tidak berhak untuk memanggil satu perjumpaan kerana dia telahpun dipecat daripada parti.

Kemelut politik yang seakan seperti di Perak dimana perlantikan dipersoalkan.

May 24, 2009

PKR NAFI TUDUHAN AMINAH


PKR hari ini menafikan dakwaan seorang daripada calon Bebas pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti bahawa parti itu memujuk atau memberi ganjaran kepada calon Bebas supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya kecil itu 31 Mei ini.Ketua Penerangan PKR Tian Chua mencabar mana-mana calon Bebas yang bertanding, termasuk Aminah Abdullah yang membuat dakwaan itu supaya mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jika benar wujud penyelewengan sedemikian."Jika ada sebarang bukti bahawa ada pemimpin atau mana-mana daripada kami (PKR) menawarkan ganjaran kewangan, laporkan kepada SPRM atau SPR.Beliau mengulas kenyataan Aminah semalam yang mendakwa akan mendedahkan bukti bahawa PKR cuba memberi ganjaran kepadanya supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihanraya kecil itu yang akan menyaksikan pertandingan empat penjuru.

PKR CUBA RASUAH SAYA


Calon Bebas Aminah Abdullah mendakwa Parti keadilan Rakyat cuba menawarkan ganjaran kepadanya supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihanraya Penanti."Saya akan bongkar dengan memberi bukti yang PKR ada menawarkan rasuah terhadap saya selepas saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihanraya ini," katanya lagi.Beliau turut menafikan ditaja oleh oleh mana-mana pihak termasuk Umno. Ia merupakan tamparan pertama PKR daripada bekas pemimpin parti itu. Beliau yang mengunakan logo kunci itu berazam unutk memenangi pilihanraya itu.Bagaimanapun Aminah tidak memberitahu berapa jumlah dan siapa yang datang berjumpa kepadanya untuk dakwaan tersebut. sehubungan dari itu belaiu berkata akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuktikan tuduhannya bukan sekadar mencari populariti.

May 23, 2009

LIVE: SPR TENGAH UMUM;4 SAHAJA LAYAK





11.57 am :Mansor, Aminah, Nai Khan Ari, Kamarul Ramizu sah bertanding. Saberi ditolak.

11.55 am :SPR umum terima 5 borang pencalonan.SPR umum terima 6 bantahan

11.54 am :Calon dipanggil naik ke pentas.

11.53 am :Pegawai Pengurus Pilihan Raya keluar dewan dan naik ke pentas untuk pengumuman rasmi.

11.49 am :SPR dijangka mengumumkan calon yang layak bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Penanti pada jam 12 tengah hari

11.46 am :Calon sedang menunggu keputusan SPR berhubung kelayakan mereka bertanding. Calon Bebas, Mohd Saberi, kelihatan gelisah dan kecewa.

11.42 am :Calon PKR, Mansor, dan wakil calon Bebas, Mohd Saberi, dipanggil untuk memberi keterangan terhadap bantahan yang dikemukakan

11.31 am :Tiga calon Bebas – Aminah, Nai-Khan dan Kamarul – sedang memberi keterangan kepada pegawai SPR, dipercayai berhubung bantahan. Calon PKR, Mansor, sudah memberi keterangan sebelum ini

LIVE:BILA NAK UMUM NI........


BILA NAK UMUM NI...TAPI APA PUN KITA DAH TAHU LIMA PENJURU SATU KEADILAN DAN EMPAT BEBAS. LAWAN TETAP LAWAN

LIVE:TUNGGU SPR UMUM



Gika tiada sebarang penolakan kertas pencalonan, kelima-limanya akan bertarung menghadapi pilihanraya kecil DUN Penanti – kali ini tanpa persaingan sengit BN yang memutuskan untuk memulaukannya.


Proses penamaan calon mencipta sedikit kejutan apabila Kamarul Ramizu Idris – calon bebas yang hilang pertaruhan di Bukit Gantang, Perak – turut mencuba nasib di satu kerusi DUN di Pulau Pinang.

lLIVE: LIMA CALON


kemaskini 11.10am Selepas tempoh bantahan tamat jam 11 pagi ini, lima orang termasuk calon PKR Mansor Othman kini sedang menunggu pengumuman rasmi pegawai pengurus pilihanraya Roslan Yahaya.

Jika tiada sebarang penolakan kertas pencalonan, kelima-limanya akan bertarung menghadapi pilihanraya kecil DUN Penanti - kali ini tanpa persaingan sengit BN yang memutuskan untuk memulaukannya.

Proses penamaan calon mencipta sedikit kejutan apabila Kamarul Ramizu Idris - calon bebas yang hilang pertaruhan di Bukit Gantang, Perak - turut mencuba nasib di satu kerusi DUN di Pulau Pinang.

Tiga lagi calon bebas: bekas pemimpin Gerakan, Nai Khan Ari; bekas pemimpin Wanita PKR negeri Aminah Abdullah dan Mohd Saberi Othman.

Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang turut mengiringi calon PKR mendapat sambutan meriah dengan jeritan "bubar (DUN) Perak" para penyokong.

Tokoh-tokoh kanan PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberikan sokongan kepada Mansor yang mempertahankan kerusi parti itu - satu daripada tiga DUN bawah parlimen Permatang Pauh.SILA REFRESH

LIVE: SPR PANGGIL CALON BEBAS


10.59 am : Seorang pengundi membuat bantahan terhadap calon Bebas, Aminah Abdullah, kerana pencadang dan penyokong dikatakan tidak memenuhi syarat.

10.58 am :Tempoh bantahan tamat. Pegawai SPR meneliti bantahan yang diterima.

10.55 am : Tiga borang bantahan diambil tetapi hanya satu yang dikembalikan kepada SPR sehingga kini.

10.51 am :Pegawai SPR memanggil calon Bebas, Mohd Saberi untuk mendapatkan penjelasan berhubung butiran di dalam borang pencalonan.

LIVE ;ADA BANTAHAN




.46 am :Wakil parti dan calon bertanding menyemak kertas pencalonan yang dipamerkan SPR di luar pusat penamaan calon DUN Penanti, pagi ini


10.44 am : Kawalan pihak keselamatan diluar dewan pencalonan


10.43 am :Nizar appeared to shake hands.. Crowd went berserk.. Police ascorted him away

10.39 am :Wakil pemerhati PKR serahkan borang bantahan kepada SPR. Bantahan PKR minta SPR semak semula wakil Bebas, Nai-Khan Ari.

10.36 am :Seorang penyokong Mohd Saberi Othman beritahu beliau akan buat bantahan terhadap pencalonan Kamarul Ramizu kerana penyokong atau pencadangnya bukan orang tempatan seperti ditetakan.

10.35 am :Sebahagian wartawan ketika menunggu di pusat penamaan calon di DUN Penanti