Oct 30, 2012

PAR PERMAS MELAWAT KELUARGA PEMUDA INDIA YANG MENINGGAL DUNIA



PAR permas mengunjungi sebuah keluarga India yang agak dhaif di jalan permas 1/4 permas jaya pagi semalam.Keluarga yang diziarah ini telah kematian salah seorang ahli keluarga di hospital
jerantut,pahang.Mayat akan dihantar pulang dan dijangka sampai ke rumah pukul 3 petang untuk upacara kebumian.

Ramu A/L Mathiyalagan berusia 23 tahun  telah meninggal dunia 3 hari lepas dihospital jerantut kerana mengidap penyakit sawan sejak kecil.Menurut kata adiknya,Kanaga a/p Mathiyalagan 19 tahun,Mendiang adalah seorang OKU dan sentiasa dalam perhatian perubatan.


PAR permas simpati dengan keluarga Mendiang Ragu dan telah menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung.sumbangan disampaikan oleh penyelia PAR PERMAS syed othman.Turut bersama PAR permas dalam kunjungan adalah ahli jawatankuasa Dewan himpunan penyokong pas India (DHPP) saudara Vasu dan setiausaha PAR abusiraj almuner.

abusiraj almuner

Oct 29, 2012

UMNO PASIR GUDANG GAGAL MEMBELA MELAYU


Bersorak gumbira sakan penduduk kampung baru Masai dan kampung sepakat di pasir gudang setelah mendapat tahu akan menerima borang 5A pemilikan sementara tanah kediaman daripada Pak menteri yang juga Ahli parlimen pasir gudang khalid Nordin pada majlis sabtu lepas.Bergemalah laungan 'HIDUP MELAYU'dengan memuji melambung hingga ke langit akan parti keramat melayu  retorik yang kian pupus dimamah dek zaman itu.

Selama hampir 44 tahun UMNO berjanji untuk memberikan geran hakmilik tanah dan janji tersebut dibuat pada setiap dekatnya pilihanraya tetapi janji tetap tidak pernah ditepati.Umpama menanam tebu di bibir...janji bagaikan orang munafik pasti dimungkari.Sedar akan kebangkitan dan penolakan rakyat terhadap parti perkauman ini serta kedudukan sudah tergugat,barulah terkial-kial untuk mencari sesuatu untuk diberikan bagi mengembalikan sokongan.

Masalah pemilikan tanah  ini bukan perkara baru bagi  penduduk setinggan dan kampung tradisi di sekitar parlimen pasir gudang ini.Dianggarkan 10 ribu penduduk dengan 10 kampung terbabit. kampung.selain daripada kampung masai baru dan kampung sepakat ini,Diantaranya juga yang terlibat ialah kampung pasir puteh,kampung plentong,kampung sri makmur kampung sanibong dan kampung berhampiran.Khalid Nordin pernah mengeluarkan kenyataan satu ketika dulu di akhbar sinar harian menuntut Menteri Besar Johor agar menunaikan janji kerajaan negeri untuk memberi tanah kepada sekitar 10 buah kampung terbabit.Adakah saranan dan permintaan itu semata-mata retorik,hanya Allah sahaja yang tahu.Dengan kenyataan yang disiarkan itu ternyata umno gagal membela orang melayu.


Berbalik dengan isu borang 5A tadi,Adakah dengan pemberian Borang 5A ini menjamin penduduk 2 kampung mendapat hak milik kekal???Pertanyaan ini mesti diutarakan kepada penduduk yang menerima borang 5A kepada UMNO? Adakah mereka tahu borang 5A itu apa?...jangan ingat dengan menerima borang 5A ini sudah pasti hakmilik tanah yang diduduki sekian lama itu akan jadi hak milik kekal....Tidak semudah kawan????

Bak kata Tun Mahathir,Melayu mudah lupa!!Adakah UMNO pasir gudang sudah lupa akan isu Menteri besar selangor yang memberi borang 5A kepada penduduk hulu bernam selangor yang dipertikaikan oleh pemimpin barisan Nasional ?Isu itu dicanang oleh pembodek media cetak dan eletronik UMNO hingga berminggu-minggu dimainkan untuk memburukkan imej kerajaan pakatan rakyat.Persoalannya kenapa mereka membantah???pasti ada yang tidak kena dengan borang 5A ini????Masa kan puak-puak dan adik beradik haramjadah ini membantah pemberian Borang 5A ini??? Tapi hairan dan ajaib mereka bantah ketika itu tetapi kenapa mereka meniru pula langkah kerajaan selangor itu???

Borang 5A yang diberi sebenarnya hanyalah sekadar borang yang perlu diisi.Bukan sesuatu jaminan atau perjanjian yang membolehkan tanah itu menjadi hakmilik kekal.Borang 5A juga boleh ditakrif sebagai permohonan tanah untuk hakmilik kekal tetapi belum tentu akan menjadi hakmilik dan tanah tersebut juga dijadikan sebagai pajakan dalam tempoh tertentu dan sekiranya kerajaan inginkan tanah untuk pembangunan maka kerajaan mempunyai kuasa untuk mengambilnya tanpa persetujuan dari penduduk yang mendiami tanah tersebut.ia umpama juga satu bentuk baru  Lesen Menduduki Sementara (TOL) di atas tanah dan malangnya premium akan dikenakan mengikut harga semasa pasaran.

Sekiranya UMNO pasir gudang ingin membantu kenapa membantu 2 kampung sahaja? Dan jika UMNO pasir gudang juga benar-benar ikhlas, kenapa penduduk tidak diberikan sahaja borang 5B hakmilik kekal???

Seorang penduduk yang namanya tidak mahu dikenali berkata selama 44 tahun UMNO berjanji untuk memberikan hakmilik kekal dan saban kali apabila menjelang pilihanraya janji serupa dibuat tetapi  tidak pernah ditepati.Malah katanya peneroka asal  yang menbuka kampung ini amat taat dan sayang pada umno hinggakan umno adalah segalanya.Beliau mendakwa syarat utama permohonan untuk mendapat hakmilik tanah adalah mesti menjadi ahli umno dan menubuhkan cawangan.Jadi orang melayu tiada pilihan kerana percayakan  umno,yang boleh memberi keselesaan pada orang melayu.

Masih teringat akan peristiwa kampung plentong yang menyembah bumi apabila diroboh oleh jentera berat .Wakil rakyat tidak kelihatan,Adapun sibuk menyalahkan pembangkang kerana menghasut penduduk kampung.Penempatan melayu yang kuat dan penyokong tegar umno dihalau dari penempatan mereka kerana tanah yang diduduki mereka akan dibangunkan.ketika itu tiada seorang pun pemimpin parti bacul itu muncul untuk menghulurkan pertolongan,adapun pertolongan yang diterima adalah cacian terhadap mereka.Merka bukan menghalang pembangunan,mereka mempertahankan hak mereka dan mahukan hak mereka didengari.Kepada yang belum terkena di batang hidung,Jangan jadikan kampung anda menjadi kampung kedua selepas kampung plentong.

UMNO sebagai teras pemerintahan mempunyai kuasa untuk membantu orang melayu tetapi ternyata gagal untuk melindungi hak orang melayu kerana hanya memikirkan tembolok masing-masing.Maklumat dari sumber yang dipercayai mendakwa tanah kampung ini sudah menjadi hakmilik syarikat walaupun borang 5A diberi.



lawan tetap lawan...Allah tetap bersama orang yang benar...Takbir!!!


abusiraj almuner.

Oct 28, 2012

PROGRAM QURBAN PAS KAWASAN PASIR GUDANG PENYATUAN MASYARAKAT BERTERASKAN ISLAM


TIDAK ADA SESUATU AMALAN YANG PALING DICINTAI OLEH ALLAH DARIPADA BANI ADAM KETIKA HARI RAYA EIDUL ADHA SELAIN MENYEMBELIH HAIWAN KORBAN.SESUNGGUHNYA HAIWAN ITU AKAN DATANG PADA HARI KIAMAT (SEBAGAI SAKSI) DENGAN TANDUK, BULU DAN KUKUNYA. DAN SESUNGGUHNYA DARAH HAIWAN KORBAN TELAH TERLETAK DI SUATU TEMPAT DI SISI ALLAH SEBELUM MENGALIR KE TANAH. KERANA ITU, BAHAGIAKAN DIRIMU DENGANNYA" 
(HADIS RIWAYAT TARMIZI, IBNU MAJAH DAN HAKIM)



Hukum ibadah Qurban / korban adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut bagi yang berkemampuan dan wajib bagi yang bernazar. Sebahagian ulama mewajibkan semua umat Islam yang mempunyai kemampuan untuk melaksanakan ibadah korban pada setiap tahun. Buangkan perasaan tidak cukup wang kerana insyaAllah dengan melaksanakan ibadah korban ALLAH SWT akan memberi kita rezeki dan pertolongan yang tidak disangka-sangka.


PARTI ISLAM SEMALAYSIA ( PAS) dengan teras Negara kebajikan model bernegara sebagaimana yang diiktibarkan daripada Al-quran,al-sunnah dan sejarah kegemilangan umat Islam berpandukan konsep 'BALDATUN TAYYIBATUN WA RABBUN GHAFUR".tidak ketinggalan dalam melakukan ibadat qurban khusus itu diagihkan pada fakir miskin.Bersempena dengan kehadiran Eidul-Adha, PAS kawasan pasir gudang telah mengambil insentif untuk mendekatkan masyarakat melalui program qurban perdana kebajikan yang dianjurkan.

PAS kawasan pasir gudang  melakukan ibadat qurban di setiap 11 cawangannya di dalam parlimen pasir gudang.Diantara cawangan yang terlibat termasuklah cawangan permas jaya,Taman mawar,taman sceintex,taman saujana,cendana ,sri alam,tmn rinting,kota putri megahria,plentong dan Air biru.Sebanyak 40 ekor lembu dan 6 ekor kambing telah di qurbankan pada tahun ini.Satu peningkatan mengalakan hasil daripada kerjasama dari semua pihak bukan sahaja daripada ahli pas sendiri bahkan dari masyarakat setempat.

Bermula pada hari Jumaat, PAS cawangan permas jaya telah  menganjurkan ibadat qurban untuk kali yang ke 2 di rumah seorang anak yatim di jalan permas 2/4.3 ekor lembu telah dikorbankan.Ramai pertugas yang hadir membantu adalah dari penduduk sekitar.Seramai 100 orang fakir miskin,yatim piatu dan ibu tunggal yang telah mendapat kupon menerima agihan daging qurban.

Rahim Abdullah 53 tahun,seorang pesara yang juga Ahli jawatankuasa pas cawangan permas jaya berkata selain program qurban ini PAS cawangan Permas Jaya kerap mengadakan sumbangan keperluan asas kepada 100 keluarga miskin sekitar permas jaya.beliau juga berharap dengan adanya program sebegini ia lebih mengeratkan lagi hubungan ukhuwah masyarakat setempat dengan PAS.


Di Pas cawangan Sri Alam 2,di bandar sri alam masai,sambutan majlis qurban yang diadakan itu amat meriah sekali dengan kehadiran hampir 80 peratus penduduk sri alam.Kehadiran penduduk yang hadir membantu diluar jangkaan,mereka yang hadir adalah tentera dari penempatan tentera yang berhampiran,pertugas rela,warga sabah dan turut sama hadir adalah ahli-ahli UMNO cawangan sri Alam.

Amran Abdul Aziz 45 tahun,Setiausaha Pas Cawangan berkata penganjuran kali ini adalah yang ke 5.13 ekor lembu dan 2 ekor kambing telah diqurbankan hasil daripada penyertaan penduduk dan ahli pas sendiri.Setiap tahun katanya peningkatan penyertaan amat mengalakan hinggakan ada lembu yang diagihkan ke cawangan lain.kali ini seramai 80 orang yang layak menerima dan akan diberi sebanyak 2 kilo setiap penerima.Amran juga berkata beliau gembira dengan sambutan yang diterima setiap tahun malah katanya Kumpulan yasin wanita UMNO cawangan turut menyumbang 2 ekor lembu kerana dakwa mereka pengurusan Pas cawangan Sri Alam adalah telus dalam pengagihan.


Dalam program di sri alam ini ramai juga pemimpin-pemimpin berbagai parti turut hadir bersama antaranya dari  umno dan PKR.Murad Jalani ketua Amk pasir gudang yang juga turut serta berkata program seperti ini boleh diteruskan dan dijadikan acara tahunan untuk menghidupkan suasana sambutan aidil adha dikalangan penduduk setempat tidak mengira fahaman politik.Rosli b Samiun 52 tahun,ketua rela Sri alam yang juga bekas ketua umno berkata Rela membantu apa sahaja program rakyat tanpa mengira fahaman politik .



Program qurban Pas kawasan pasir gudang ini turut disertai oleh rakan-rakan dari pakatan rakyat.Di sri alam saudara Jimmy Puah pusat khidmat PKR Johor jaya telah membantu penyelia PAR permas syed othman mengagihkan kepada yang layak dan juga kepada pertugas.kehadiran rakan-rakan dalam pakatan rakyat ini dalam program qurban yang dianjurkan adalah satu daripada dakwah serta kefahaman mereka terhadap Islam.Islam tidak melarang orang bukan Islam turut sama berkerjasama dalam ibadat qurban kerana ibadat qurban itu sendiri adalah sebahagian dari masyarakat.Ia juga satu dakwah untuk mereka mengenal dan mendekati dengan Islam.



Program qurban terakhir adalah di pas cawangan plentong pagi tadi dimana 3 ekor lembu di qurbankan.program qurban di plentong ini adalah kali ke 3.Tahun ini penyertaan peserta qurban meningkat dan kehadiran penduduk kampung sekitar juga bertambah.Menurut kata setiausaha cawangan pas plentong abusiraj almuner,peserta bertambah tahun ini dan sebelum itu pas cawangan plentong hanya mampu untuk melakukan  qurban hanya satu ekor sahaja tetapi tahun ini peserta yang menyertainya bertambah tanpa dijangka.Hadir sama pada program qurban pagi tadi adalah rakan-rakan dari DAP johor jaya.

Mengulas mengenai keseluruhan program qurban pasir gudang,Abdul Aziz B Abdullah 43 tahun pengerusi lajnah kebajikan dan kemasyarakatan pasir gudang berkata satu peningkatan setiap tahun peserta qurban bersama PAS bahkan dari UMNO cawangan pun berminat untuk menjadi peserta kerana sistem pengurusan dan pengagihan yang telus.Beliau berkata lagi Pas kawasan tidak akan menolak walaupun berbeza pandangan politik kerana ibadat qurban adalah untuk semua yang beragama Islam.selain itu katanya PAS kawasan pasir gudang juga aktif dalam menjalankan program kebajikan untuk fakir miskin dan juga kerap mengadakan majlis ilmu untuk semua yang berminat tidak kira juga fahaman politik.


abusiraj almuner

TANAH DIDAKWA MILIK KERAJAAN YANG TIDAK DISELENGARA PUNCA PEMBIAKAN ULAR


Pusat aduan PAKATAN rakyat juga menerima aduan dari penduduk jalan permas 15/11 mengenai tanah yang didakwa milik kerajaan yang tidak diselengara selama 8 tahun oleh pihak berwajib.

Tanah yang luasnya dianggarkan 3 ekar itu menjadi kebimbangan penduduk kerana kawasan tersebut menjadi pembiakan ular berbisa yang kerap memasuki rumah penduduk yang berdekatan.Seorang penduduk mendakwa pernah juga terserempak dengan babi hutan yang berkeliaran di kawasan tersebut.


Didalam sidang media yang diadakan pagi tadi penyelia PAR PERMAS Tuan syed Othman berkata beliau akan menyerahkan aduan tersebut kepada biro pengaduan awam (BPA) untuk tindakan selanjutnya.

abusiraj almuner

Oct 27, 2012

BUNYI BISING SERTA GEGARAN HASIL PEMBINAAN RUMAH KEDAI MERESAHKAN PENDUDUK


Setiap orang yang tinggal dikawasan perumahan mengidamkan suasana yang aman serta tenteram jauh dari hingar-bingar agar dapat berehat dengan tenang setelah penat berkerja.Itu tidak berlaku kepada penduduk Di jalan permas 15/11 permas jaya setelah bunyi jentera pembinaan  rumah kedai yang sedang dibina berhampiran rumah mereka menganggu ketenteraman mereka seharian.

Pusat aduan permas Tuan syed Othman dan Pusat khidmatan Masyarakat PKR saudara Jimmy Puah telah turun padang mengadakan sidang media bersama penduduk dijalan permas 15/11pagi tadi,yang mengadu masalah bunyi bising jentera pembinaan serta gegaran dari kerja-kerja mempacak tiang mengunakan jentera berat.

Salah seorang penduduk Christopher Tan 35 tahun berkata kerja-kerja mempacak tiang mengunakan jentera berat itu mendatangkan bunyi bising hingga menganggu seramai hampir 100 penduduk.ia mendatangkan keresahan terutama yang mempunyai bayi yang masih kecil.dakwanya lagi pembinaan bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang itu bukan saja menyebabkan bunyi bising malah hentakan dari jentera mempacak tiang menyebabkan gegaran dapat dirasai didalam rumah mereka.Beliau khuthir hasil dari gegaran tersebut akan meretakkan struktur rumah mereka.katanya lagi beliau memohon agar pemaju dapat melantik satu panel awam untuk membuat kajian agar memastikan pembinaan yang dibina itu tidak mendatangkan kesan pada kediaman yang berdekatan.

Respon dari aduan itu penyelia Par permas Syed othman berkata beliau akan mendapatkan tandatangan semua penduduk yang tidak berpuashati kesan daripada pembinaan itu tetapi bukan menghalang projek yang dibina.katanya lagi beliau akan membuat aduan kepada Majlis bandaraya Johor bahru dan pemaju terbabit.

Pusat khidmat Masyarakat PKR Jimmy Puah pula berkata beliau akan membuat pertemuan dengan pemaju supaya diadakan satu sesi dialoq bersama penduduk yang terlibat agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.

abusiraj almuner

Oct 26, 2012

BAKAL WAKIL RAKYAT PAKATAN RAKYAT SUDAH MENDAHULUI ADUN MCA JOHOR JAYA


kebakaran yang berlaku di Apartment Sri Intan Bandar Sri Alam sabtu lepas menyebabkan penduduk 16 unit yang terlibat dalam kebakaran bergelap selama 6 hari tanpa mendapat bantuan serta pertolongan sewajarnya dari pihak  berwajib.bahkan rayuan penduduk agar bekalan elektrik disambungkan semula secepat mungkin tidak mendapat respon dari badan pengurusan (JMB) hinggakan meresahkan penduduk kerana tiada usaha dan jawapan yang memuaskan hati diberi pihak pengurusan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi apatah lagi keresahan hati penduduk beragama Islam yang akan menyambut Hariraya aidil adha.

PAR Permas Tuan syed Othman bersama Pusat Khidmat Masyarakat PKR Johor Jaya saudara Jimmy Puah  telah dihubungi oleh Penduduk untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.Temujanji bersama penduduk dijadualkan pukul 11 pagi pada khamis lepas tetapi terpaksa ditunda ke pukul 12 tengahari kerana maklumat telah sampai kepada pihak MCA kerana PAR PAKATAN rakyat akan menemui penduduk yang terlibat.

Menurut kata salah seorang penduduk Jayanthi Ramakrishnan 39 tahun,16 unit terlibat dalam kebakaran kecil ini dan menyebabkan 2 orang penduduk cedera dan sekarang berada di wad Hospital Sultan Ismail.Beliau mendakwa kebakaran mungkin berpunca daripada kabel TNB dan mempersoalkan dibawah tangga terdapat diesel yang disimpan pihak yang tidak bertanggungjawap serta tiada langkah-langkah keselamatan disediakan oleh badan pengurusan dikawasan tersebut
Salah seorang yang tercedera dalam kebakaran
Seorang surirumah,Salina bt Mohd Zain 33 tahun yang sudah tinggal selama 6 tahun disitu mendakwa sudah membuat aduan kepada Badan pengurusan bangunan (JMB) mengenainya beberapa kali tetapi jawapan yang diberi oleh Badan pengurusan tidak memuaskan dan saban hari bila diajukan soalan,jawapan yang diberi tetap sama.Beliau mendakwa telah membuat aduan kepada Adun Johor Jaya Tan chek puk mengenainya dan Yb Tan chek puk didakwa berkata masalah ini boleh diselesaikan dalam satu hari dan beliau meminta penduduk berjumpa dengan pengerusi Badan pengurusan untuk menyelesaikannya.Tetapi apabila berjumpa dengan pengerusi badan tersebut beliau didakwa berkata masalah ini akan diselesaikan setelah mendapat wang insurans dalam masa 2 minggu.

Berang dengan jawapan yang diberi oleh Pengerusi Badan pengurusan bangunan (JMB) dan didorong rasa tidak puashati penduduk yang mendapat layanan sedemikian rupa menyebabkan mereka beralih arah untuk meminta bantuan kepada PAKATAN RAKYAT untuk mencari jalan penyelesaian.Setiba saja PAR pakatan rakyat ke apartment itu pagi tadi kami dimaklumkan bahawa selepas lawatan PAR PAKATAN RAKYAT semalam MCA mengumumkan akan memberi sumbangan sebayak RM500 kepada penghuni 16 unit yang terlibat.

Sementara dilokasi yang sama pagi tadi,pimpinan MCA Johor jaya sudah berada di situ untuk mengambil nama setiap penghuni untuk diberikan sumbangan.PAR PR tetap mengadakan sidang media walaupun pemimpin MCA juga berada ditempat yang sama.

pertugas MCA sedang mengambil nama penghuni untuk diberi  bantuan
Apabila ditanya wartawan seorang penduduk yang terlibat itu Ragu a/l Narayanasamy 38 tahun seorang penasihat insurans syarikat swasta berkata beliau berterima kasih kepada PAR PR terutama Tuan syed Othman dan Saudara Jimmy Puah atas kesudian datang serta mendengar rintihan penduduk.katanya lagi walaupun mereka menerima sumbangan RM500 dari MCA sekiranya bukan kerana PAKATAN RAKYAT  sudah tentu sumbangan begini tidak akan dapat serta masalah tidak akan dapat diselesaikan dengan segera.

abusiraj almuner

Oct 25, 2012

UMNO CAWANGAN RUMAH PANGSA TAMAN CENDANA PILIH BULU HULUR BANTUAN


Setiap insan yang melalui Ambang perkahwinan akan merasai keperitan sekiranya pasangan hidup mereka memilih jalan kehancuran dalam hidupnya.Dikala orang sekeliling bergembira menyambut hari raya tetapi ada insan diselubungi kesedihan kerana kehimpitan hidup yang dicipta orang yang berjanji akan bersama sehidup semati.

PAR PERMAS pagi tadi turun padang menghulurkan sumbangan kilat setelah menerima SMS dari Puan Misenah seorang surirumah.Mukadimah yang diungkap tadi Inilah keadaan masalah yang sedang dihadapi oleh Puan Misenah bt Ansar 60 tahun.Beliau yang tinggal di Rumah pangsa Taman cendana masai,Pasir gudang.Menceritakan kisahnya dengan nada sedih dan kecewa.Beliau mendakwa suami keduanya itu yang berusia 49 tahun tidak berkerja dan seorang penagih dadah tidak pernah memberikan nafkah untuk keperluan hidup beliau dan anaknya.Kesihatannya yang sering terganggu ditambah dengan kesakitan lutut yang dialami akibat kemalangan jalanraya beberapa tahun lalu menyebabkan beliau tidak mampu untuk berkerja.

Ibu kepada seorang anak yang berusia 16 tahun bersama suami keduanya itu,berkata anaknya sudah tidak bersekolah kerana beliau tidak mampu.Beliau yang juga tiada punca pendapatan itu mendapat belas ihsan dari jiran dan saudaranya yang sering menghantar makan dan minum.Beliau yang juga menerima bantuan dari baitulmal sebanyak RM250,jumlah itu katanya tidak mampu untuk menyara beliau dan anaknya.Beliau yang sedang menghadapi kesulitan membayar bill letrik dan air tetunggak yang sudah mencecah RM800.

Beliau juga pernah memohon kepada Cawangan Umno taman cendana untuk bantuan tetapi dimaklumkan oleh ketua cawangan supaya menulis sendiri permohonan bantuan kepada Umno bahagian.Beliau yang buta huruf  itu mendakwa sudah memaklumkan kepada ketua cawangan keadaan beliau yang buta huruf agar membantu beliau menulis surat tetapi hingga sekarang apabila ditanya mengenai surat tersebut,ketua cawangan memberikan bermacam-macam alasan.Beliau mendakwa juga bahawa ketua cawangan umno rumah pangsa tersebut memilih bulu dalam menghulurkan sumbangan.

Beliau yang juga mempunyai anak seramai 7 orang bersama suami pertama itu amat sedih apabila anak-anaknya tidak pernah menjenguk beliau bertahun lamanya.Dengan linangan air mata,beliau berkata apakah dosa dan salah yang telah beliau lakukan terhadap mereka hingga ibu sendiri didalam kesusahan sebegini seorang pun tidak pernah datang menjenguk hatta dihari raya aidil fitri sekalipun.

Sesiapa ingin menghulurkan bantuan kepada Puan Misenah bt Ansar No.Acc BSN 01149-29-00011149-1

abusiraj almuner


Oct 23, 2012

MIC GAGAL MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN BUAT GRADUAN INDIA

Ketidakpuasan hati dengan kepimpinan MIC kerana tiada usaha membantu masyarakat India membuatkan Jai seelan 40 tahun menemui PAR permas untuk menceritakan keperitan perjuangan partinya.Kisah Jai seelan ini ditulis dan disiarkan didalam FB abusiraj almuner dan blog Syed Othman 'Agenda perjuangan Rakyat' serta disiarkan juga didalam portal berita Nusajayakini dan portal berita Pakatan rakyat telah menberikan satu tamparan kepada kepimpinan MIC.Sejurus berita itu disiarkan,kepimpinan MIC negeri telah datang berjumpa dengan beliau untuk berbincangkan masalah yang dihadapi.

JAI SEELAN

Jai seelan 40 tahun,bukannya seorang pekerja estet ataupun pemandu lori.Beliau memiliki ijazah BA dalam kepujian sejarah daripada universiti Malaya tahun 1987.Pernah memegang jawatan di Majlis perwakilan pelajar (MPP) sebagai timbalan bendahari.Sebelum menyertai MIC beliau adalah Setiausaha Pemuda PPP dan Exco pemuda PPP kebangsaan dan apabila menyertai MIC beliau adalah ketua cawangan Perumahan rakyat jalan suria masai.

Ayah kepada 2 orang anak berusia 10 dan 7 tahun ini walaupun bekerja di syarikat swasta tetapi minatnya dalam perkhidmatan Awam tidak pernah pudar.Semasa beliau masih bekerja disyarikat swasta beliau masih memohon untuk memdapatkan perkerjaan dengan perkhidmatan awam hinggakan mendapat surat sokongan daripada Dato Murugiah ketika itu timbalan menteri di jabatan perdana menteri tetapi pemohonannya juga gagal.

Beliau berkata beliau amat kecewa dengan apa yang beliau hadapi,sebagai penyokong tegar kerajaan, permohonan untuk mendapatkan pekerjaan dinafikan padahal beliau mempunyai kelayakkan dan kelulusan.katanya beliau memohon beberapa kali sejak tahun 1997 lagi tetapi semuanya ditolak tanpa alasan.Kecewa dengan pimpinan parti yang sering memikirkan periuk nasi sendiri tanpa memikirkan keadah untuk menyelesaikan  masalah yang dihadapi oleh masyarakat India yang terhimpit dengan masalah kemiskinan serta penganguran.

Jai seelan dengan nada keras berkata Menteri ada menyebut di parlimen bahawa 8 peratus kaum India berada didalam sektor perkhidmatan awam,bilangan itu katanya adalah tidak benar.Adakah kerana saya seorang India saya dinafikan hak untuk mendapatkan perkerjaan di khidmatan awam ini?Beliau juga pernah mendapat surat daripada Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad badawi meminta beliau mengundi serta memberi sokongan padu kepada kerajaan BN.

Beliau yang berpengalaman sebagai pembantu tadbir syarikat swasta selama 15 tahun itu berkata sekiranya beliau ditawarkan perkerjaan di Negeri pakatan rakyat beliau mahu berkerja di negeri kelantan kerana katanya kelantan adalah negeri yang bersih dari mengamalkan korupsi.Berkerja dalam suasan amanah adalah impian saya,katanya yang mengakhiri perbualan.

abusiraj almuner

UMNO MESTI TINGGALKAN BN MCA MESEJ BUAT PENYOKONG TEGAR DAN AHLI UMNO




Baru-baru ini Pemimpin tertinggi MCA bagai dirasuk "Syaitan yang dikenali" atau memang SETAN bertopeng Manusia apabila sekali lagi mempertikaikan  hukum hudud.Sikap prejudis yang dipamerkan terutamanya oleh presiden MCA sendiri dan pemimpin kanan parti itu  terhadap Islam dan syariatnya amat ketara dan Lebih malang lagi,UMNO sebagai parti sekutunya pula kelihatan tidak bertindak bagi mempertahankan kesucian Islam mahupun mengambil tindakan tegas ke atas Presiden MCA tersebut.Ini sudah jelas membuktikan bahawa Umno bukanlah parti bertunjangkan Islam walaupun mengaku memperjuangkan agama rasmi terbesar di Malaysia itu.Tidak hairanlah MCA terus-menerus memperlekehkan Islam sesuka hati mengikut akal fikiran yang semakin songsang dek kerana berkawan dengan Umno sejak penubuhan Perikatan pada 1946.


Kenyataan dangkal yang dibuat oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah mengundang banyak bantahan termasuklah dari NGO pro-UMNO sendiri apabila beliau mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan jika hudud dilaksanakan.Beliau berkata demikian berdasarkan kiriman SMS oleh individu yang tidak dikenali.Memetik SMS oleh individu tidak dikenali itu beliau menyenaraikan pelbagai industri yang didakwa akan terjejas, termasuk resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan rumah urut.

Perhimpunan MCA ke 54 yang sedang berlangsung ketika ini telah menjadikan isu HUDUD ini bahan belasahan untuk menghentam Pakatan Rakyat.Dalam ucapannya di perhimpunan agung MCA ke-59 semalam, Chua berkata lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat dan beliau tidak menamakan mana-mana negara tersebut.Katanya lagi DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara. Ini satu lagi penipuan besar.

Di persidangan Agung wanita MCA juga diadakan serentak,Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie mendakwa PAS menbenarkan merogol wanita bukan Islam,sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut demikian tentang wanita."Pakatan menipu kita untuk percaya bahawa hudud PAS tidak akan menjejaskan hak bukan Islam kerana (berdasarkan hujah Nik Aziz) tiada undang-undang untuk menghalang orang Islam daripada merogol bukan Islam.

Heng seai kie
Timbalan presiden MCA Liow Tiong Lai dalam sidang media selepas merasmikan perhimpunan agung Pemuda MCA,MCA akan terus membangkitkan isu hudud untuk memastikan rakyat tidak mengundi Pakatan Rakyat (PR) walaupun ia berulang, bagi menyelamatkan Malaysia dari menjadi negara teokratik Islam.

Pengerusi Wanita MCA Kebangsaan Yu Chok Tow menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan semua anggota parlimen yang beragama Islam, termasuk daripada Umno, terikat secara tanggungjawab untuk menyokong cadangan hudud PAS sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.DAP dakwa PAS tidak mungkin boleh usahakan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk laksanakan hudud, tetapi hakikatnya, daripada 222 kerusi parlimen, sebanyak 133 diduduki oleh anggota parlimen yang beragama Islam," katanya dalam ucapan pembukaan di Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur.

Yu chok tow
Dalam persidangan MCA yang sedang berlangsung itu,ia bagaikan pesta untuk mempersendakan dan memperlekehkan usaha untuk menjadikan Hukuman Hudud dapat direlisasikan.Dalam persidangan tersebut Para perwakilan MCA mengenakan kemeja-T berwarna biru,warna rasmi BN dan bukannya baju seragam putih seperti tahun sebelumnya.
NONE

Kemeja-T baru itu menonjolkan logo 1Malaysia dan "pilih BN" di bahagian lengan.Bahagian belakang pula diterakan dengan pelbagai mesej untuk menyerang slogan "Ubah" DAP.Pada baju berkenaan juga dicetak di bahagian belakangannya, antaranya dengan slogan "Katakan tidak pada hudud PAS" dan "Ubah? Bankrap dalam dua tahun".Yang amat menyedihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menjadi tetamu kehormat bagi merasmikan acara hari ini juga hadir dengan memakai baju berwana biru itu.

Tidak menghairankan apabila Najib ditanya wartawan mengenai dakwaan Soi Lek yang mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan jika hudud dilaksanakan,Najib enggan mengulas.Inilah pemimpin parti Islam melayu yang  kononya mempertahankan dan memperjuangkan kesucian Islam apabila kenyataan menghina itu datang dari kerabat BN hanya mampu diam membisu seribu bahasa.Parti UMNO yang dipimpin oleh beliau sering melaungkan bahawa merekalah yang memeprtahankan Islam hingga melebel PAS kuda tungangan DAP  APAHAL REALITINYA MEREKALAH KUDA TUNGANGAN MCA.


MCA persoalkan hukum hudud dan menentangnya terang-terangan BUKAN perkara baru dan mereka mempertikaikannya sekian lama.kalau diimbas kembali kenyataan terdahulu ia mengambarkan bertapa anti dan paranoidnya mereka terhadap hukum Allah ini.Tambahan pula UMNO sendiri juga menentang  hukuman hudud ini yang telah cuba diusahakan oleh PAS.Kita imbas kembali beberapa kenyataan terdahulu yang dikeluakan oleh MCA.


1.Semasa Berkempen dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang, Presiden MCA pernah menyebut : 
• “What’s so great about knowing Muslim values?” “Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam?”
2. Presiden MCA, Chua Soi Lek. Dalam ucapannya pada satu majlis di sebuah Tokong cina di Dun Tenang, Labis, Johor.
• “Normala will not come here to Chinese temple, she doesn’t even shake hands with the people. I have received complaints about this. She like Anwar Ibrahim’s wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accepts this kind of Islamis value, go ahead and vote for PAS” 
“Normala tidak akan datang ke Kuil Cina, dia juga tidak akan berjabat tangan dengan orang. Saya menerima aduan tentang ini. Dia (Normala) seperti Isteri Anwar Ibrahim yang memakai sarung tangan. Jika anda boleh terima nilai Islam yang sebegini silakan mengundi PAS”
3. Sebelum ini, pada 6 Ogos 2010 di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star Dr Chua telah mendakwa bahawa Umno dan PAS menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing. Dr Chua mendakwa bahawa kesannya akan wujudlah dasar yang tidak progresif lalu menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.(tidak maju) 
4. Akhbar MCA Hina Islam: “Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan” The Star.
5. “MCA sedia keluar BN jika HUDUD dilaksanakan”- Presiden MCA Chua Soi Lek 23 September 2011. Keesokkan harinya pula pada 24 September Datuk Seri Najib mengeluarkan kenyataan berikut untuk menjaga hati MCA : “Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada realiti”
6. Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai tegas menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor . Penegasan dibuat kepada ahli-ahli MCA pada Konvensyen MCA Negeri Selangor bertarikh 18 Ogos 2012
7. Ng Kiam Nam seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA membantah laungan azan yang berkumandang di Masjid Khadijah Pantai Dalam. Kononnya azan itu dengan suara yang kuat Lalu JAWI mengarahkan masjid perlahankan Azan.
8. Pada 16 Januari 2012- Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat - tempat hiburan yang terlibat dgn arak. Katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. (sedangkan Kerajaan Selangor berusaha dapatkan pekerjaan alternatif kepada orang Islam yang sedang bekerja di premis arak)
9. Bekas ADUN MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng telah menulis dalam Twitternya bahawa negara Islam seperti dicanangkan oleh PAS akan mengharamkan semua agama. Katanya, "Sebagai penganut Kristian, kita seharusnya takut akan negara Islam daripada perkara yang lain. Mengapa DAP menolong PAS mencapai tujuan itu." soal Lee kepada penyokong DAP. Katanya lagi "Salah satu Perintah Tuhan ialah menentang negara Islam.
10. The Star [ Akhbar MCA ] adalah antara akhbar yang kerap mempersendakan Islam. Sebagai contoh :
• Pertama ialah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.
• Kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan. (The Star pada 10 Ogos 2011. Di bawah tajuk tersebut ada ditulis penerangan iaitu "Authentic prime pork ribs will certainly delight your taste buds".)
• Ketiga penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.
11. Terkini Pengerusi MCA Negeri Kedah Datuk Chong Itt Chew mempertikai dan memperkecil usaha Majlis Bandaraya Alor Star memperkenalkan Kod Pakaian model Papan Tanda Iklan yang meletakkan pakaian yang menutup aurat bagi model Muslim dan berpakaian sopan bagi non muslim.
12. Sekali lagi, apa yang malang ialah sikap membisu sejuta bahasa oleh UMNO sebagai sekutu rapat MCA dalam Barisan Nasional berdepan sikap pemimpin MCA yang konsisten memperlekeh dan mempersenda Islam dan syariatnya.

Bagaimana Media cetak UMNO kerap mencanangkan DAP sebagai anti ISLAM.Karpal singh sebelumnya mempersoalkan dari segi sudut halangan perundangan dan perlembagaan tetapi tidak menghina hudud tetapi MCA ini bukan saja menolak malahan menghina hudud.
sekiranya hukum ini dilaksanakan.Kerana ingin melagakan keharmonian dalam pakatan,media mereka mengasak bertubi-tubi kenyataan ini hingga melabelkan DAP sebagai anti Islam.label anti Islam itu tidak cukup hanya dilamparkan kepada karpal seorang,ia dilamparkan juga kepada ketua menteri pulau pinang Lim Guan Eng.


kita sedia maklum bahawa sejak DAP mengambil alih tampuk kepimpinan Pulau pinang yang dipimpin oleh PARTI gerakan yang kebanyakkan orang umno sangka gerakan ini parti melayu..mereka telah memberikan peruntukan untuk sekolah agama rakyat yang tidak pernah diberi malah ditarik balik semasa pemerintahan BN dahulu dan juga memberikan Elaun khas pada para perhufah...hafiz al-quran.satu perhargaan buat para perhafal al-quran dan satu perkara yang tidak pernah terfikir oleh UMNO dan adik beradiknya untuk dilakukan.


Sebenarnya MCA sudah merasai bahawa hayat parti mereka akan terkubur seperti juga dengan UMNO selepas PRU13 ini dan kebangkitan anak-anak muda Masyarakat cina enggan bersama mereka dan pengundi cina pula berpihak kepada DAP parti dominan cina selepas PRU13 nanti.Keadaan ini menyebabkan  mereka dalam situasi ketakutan kehilangan kuasa.kenyataan dengkal soi lek dan pemimpin MCA lain adalah semata-mata untuk menakutkan masyarakat cina daripada menyokong DAP dan PAS.Gabungan PAKATAN RAKYAT terutama PAS DAN DAP nampaknya dilandasan yang kukuh dan sokongan kian meningkat menyebabkan  MCA menjadi meracau dan marca marba.Seperti mana UMNO menakutkan melayu dengan tuduhan terhadap DAP begitu jugalah rakan komponen mereka MCA menakutkan masyarakat cina terhadap PAS.Rakyat sudah tidak dapat boleh menerima apa sahaja kata-kata BN,Zaman sudah berubah  perlu menyedari akan hakikat bahawa penolakan rakyat terhadap BN dan parti komponennya terselah.Suka tak suka isu sentimen Agama perlu dimainkan bagi menakutkan rakyat AGAR tidak mengundi dan menyokong Pakatan Rakyat.


Sekian lama UMNO ditampuk kekuasaan,UMNO telah gagal untuk menerangkan akan keindahan Islam itu kepada rakan-rakan komponen mereka.Mungkin juga mereka tidak berhasrat untuk menerangkannya agar kecetekan tentang islam membolehkan mereka berbuat apa sahaja demi mengekalkan kuasa dan korupsi mereka.Mungkin juga UMNO sendiri pun tidak reti akan hukum hakam Islam,justeru macam mana nak mengajar rakannya memahami Islam.


Adakah kita masih ingat,Ahli Dewan Undangan Negeri Kemelah (Johor) Datuk Ayub Rahmat mencadangkan agar negeri Johor merupakan negeri pertama di negara ini yang melaksanakan hukum hudud.Kenyataan Ayub Rahmat ini menimbulkan kemarahan Soi Lek dengan menyifatkan beliau sebagai sudah hilang akal dan mengugut MCA akan keluar Barisan Nasional (BN) sekiranya hukum hudud dilaksanakan.Segala tentangan terang-terangan dari MCA terhadap hudud tidak dapat disangkal kerana amat jelas dengan prejudisnya.


Apa yang dikesalkan bahawa ulasan dari ulamak muda umno fathul bari yang sepatuhnya membidas kenyataan soi lek hanya mampu berkata kenapa UMNO tidak boleh bersama dan menerima MCA sedangkan PAS boleh bersama DAP.Mana Mufti dan tokguru pondok yang kerap membidas Pas kerana bersama DAP?kenapa tidak membantah kenyataan Soi lek ini.Adakah mereka hanya mencari makan dengan ilmu yang mereka ada itu?Mana Hasan Ali Jati,kenapa tidak membantah kerana Hasan Jati ini adalah juara akidah dan juara mempertahankan Islam?



Penyokong tegar umno KENA BUKA mata dan lihat dengan hati bahawasanya,Anda semua sudah diperdaya oleh syaitan yang dikenali.kalau anda SEORANG ISLAM anda PERLU  sedar bahawa UMNO ini bukan parti yang boleh diharapkan menjaga kesucian Islam.Apa diniat mereka adalah membina kekayaan kaum keluarga sahaja.kalau dulu Hasan Jati dan pemimpin UMNO minta PAS tinggalkan DAP,Kenapa anda penyokong tegar UMNO tidak meminta UMNO tinggalkan MCA? Anda perlu Ingat,sekiranya anda menyokong Sebahagian dari manusia yang menolak Islam balasannya akan menunggu anda di akhirat nanti.


abusiraj almuner

Oct 22, 2012

LAPORAN POLIS TERHADAP PRESIDEN MCA DAN KETUA PEMUDA GERAKAN KEDAH OLEH SETIAUSAHA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA DI IPD KLUANG,JOHOR.


Yang Dipertuan PAS kawasan kluang Saudara Khairul Faizi bin Ahmad Kamil telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang Jumaat lalu,berkaitan dengan isu penghinaan terhadap Islam oleh Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek dan Ketua Pemuda Gerakan Negeri Kedah iaitu Tan Keng Liang.Laporan polis ini telah dibuat pada pukul 1.55 petang bersama beberapa orang pimpinan PAS kawasan Kluang.

Saudara Khairul Faizi bin Ahmad Kamil yang juga Setiausaha Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) berkata beliau sangat kesal apabila kenyataan menghina Islam semakin menjadi-jadi terutama kenyataan telah dikeluarkan oleh pemimpin parti politik yang dilihat mengancam kestabilan keharmonian dalam masyarakat.
Dalam laporan polis yang telah dibuat terhadap Chua Soi Lek (presiden MCA) itu,beliau menyatakan telah melihat dan mendengar satu klip video yang mana dikeluarkan oleh Malaysian Chinese Association (MCA) berkaitan dengan kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang telah menyatakan bahawa  seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=a_LEMy2oc2A



Saudara Khairul Faizi juga dalam laporannya yang sama menyatakan Tan Keng Liang,yang juga Ketua Pemuda Parti Gerakan Negeri Kedah menulis di dalam laman sosial twitternya seolah-olah cuba menghasut dan meniup api kebencian kepada masyarakat non Muslim terhadap Islam.Antara tulisan Tan keng Liang dalam laman twitternya dalam bahasa Inggeris adalah,
1. Kedah govt latest billboard Dress Code against non Muslim (male & women) clear attempt by PAS to trespass into non Muslim lives
2. Imagine what will happen if PAS seize Putrajaya.. all Malaysians athletes.. inc non muslim must wear long pants & shirts with sleeves.
3. Now.. Kedah PAS govt advise Male model appearing in Billboard to wear decently & not to wear shorts. Why? Afraid ‘jambus’ in PAS get aroused?

Saudara Khairul Faizi dalam laporanya berkata beliau cukup kesal dengan dakwaan-dakwaan ini kerana ia menunjukkan betapa dangkalnya mereka berdua dalam memahami realiti dan penghayatan agama di negara ini. Lebih malang lagi, beliau gagal dalam memahami agama Islam yang sebenarnya dalam negara ini.
Pada hakikatnya, pelaksanaan syariat Islam tidak ada kaitan sehingga menyebabkan majoriti rakyat hilang pekerjaan seperti yang didakwa. Andaian bahawa akan hilangnya pekerjaan adalah suatu rekaan tanpa asas yang cuba ditiup bagi menimbulkan keresahan pada masyarakat bukan Islam.
Kenyataan kasar dan biadap dari presiden MCA terhadap hudud bukan sekali diucapkan, malah telah beberapa kali disiarkan dalam media sebelum ini. Saya melihat bahawa kenyataan Dr Chua telah mengundang kemarahan umat Islam di negara ini. Umat Islam tidak sesekali akan redha dengan penghinaan beliau terhadap agama Islam seperti ini.Begitu juga dengan kenyataan Tan Keng Liang yang mempermain-mainkan suruhan Allah untuk menutup aurat bagi penganut agama Islam.
Saudara Khairul Faizi meminta pihak berkuasa menyiasat kedua-dua individu ini dengan segera.katanya lagi Kes ini disiasat oleh Inspektor Nazri di IPD Kluang.


abusiraj almuner


TINDAKAN PANTAS PAR PERMAS MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT



PAR PERMAS menerima aduan dari penduduk berbangsa cina Mc Ng dari Jalan kempas 8,Taman megahria.Beliau mengadu saluran kumbahan yang pecah serta melimpah disepanjang jalan kempas 8 hingga menyebabkan ketidakselesaan penduduk yang tinggal dan melalui jalan tersebut.


Setelah menerima dan meninjau aduan yang dilaporkan itu,penyelia PAR PERMAS Syed Othman telah menghubungi kontraktor yang dilantik oleh Pihak Majlis untuk kerja-kerja selenggaraan kumbahan zone megahria.Maklumbalas segera pihak kontraktor,mereka akan ke lokasi aduan pada petang itu juga untuk tindakan segera untuk menyelesaikan masalah saluran kumbahan tersebut.

abusiraj almuner

PAR PERMAS MELAWAT IBU TUNGGAL YANG PERLUKAN SUMBANGAN UNTUK MEMULAKAN KEHIDUPAN

Penyelia PAR PERMAS Tuan Syed Othman bersama Setiausaha PAR abusiraj almuner pagi tadi menziarahi dan menghulurkan sumbangan serta mendengar sendiri rintihan seorang ibu tunggal yang tinggal di rumah pangsa taman cendana, masai,Pasir gudang.Ibu tunggal ini telah lama menghubungi PAR PERMAS untuk memohon bantuan tetapi kerana kekangan masa barulah pagi tadi kami ada kesempatan menghubunginya untuk datang sendiri menziarahi beliau.


Puan Roshaini bte Abdul Rahman 37 tahun yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang berusia 8 dan 11 tahun ini telah kematian suaminya pada bulan march lepas.Semasa kami datang anak sulung beliau sedang menghadapi deman dan sakit perut.Keadaan rumahnya yang kosong  memberikan kesimpulan kepada kami bahawa beliau menghadapi masalah kesempitan hidup.Setelah berjumpa beliau dengan berlinangan air mata beliau memulakan bicara, diwajahnya membayangkan bertapa sedih serta pilunya hari-hari yang perlu beliau tempuhi.

Beliau menceritakan kepada kami  keadaan hidupnya yang tiada punca pendapatan setelah kematian suaminya yang meninggal dunia akibat darah tinggi.Sejak dari itu kehidupan mereka anak beranak dilanda kesempitan hinggakan rakan-rakan beliau pernah mencadangkan beliau untuk berkerja di pusat hiburan dangdut yang berdekatan tetapi ditolak kerana katanya manakan mahu larangan Allah diabaikan.Biarlah ia mencari sesuap nasi dengan cara yang halal walapun dalam keadaan yang begitu payah sekali dan menerima takdir  ini sebagai ujian yang perlu ditempuhi.katanya lagi,beliau belum menerima bantuan Baitulmal walaupun sudah memohon sejak 8 bulan yang lalu.

Puan Roshaini sebelum kematian suaminya,pernah berniaga masakan panas bagi membantu suaminya meringankan bebanan keluarga di bawah blok rumah pangsa taman cendana tetapi sekarang terpaksa dihentikan kerana tiada modal untuk memulakan semula perniagaan kecilnya itu.

PAR PERMAS amat sempati dengan kehidupan yang dilalui oleh puan Roshaini dan PAR PERMAS menghulurkan sedikit sumbangan daripada PAPISMA JOHOR agar dapat membantu beliau menyara hidup bersama anak beliau.

Sesiapa yang ingin memberi sumbangan kepada Puan Roshaini bolehlah melawat beliau dialamat N0.37,TINGKAT 3,BLOCK 55,Rumah pangsa Taman cendana,Masai Johor atau boleh menghubungi penulis untuk maklumat lanjut.

abusiraj almuner

Oct 21, 2012

CERAMAH UMUM DATO FAUZI ABDUL RAHMAN MANTAN T/M PENERNGAN DAN PENYELIA PAR PERMAS DI MERSING



Bertempat di Pasti Al-Iman II,Jalan Dato Onn,Mersing,diadakan ceramah Umum Dato Fauzi Abdul Rahman Mantan Timbalan Menteri Penerangan bersama penyelia PAR permas Syed Othman dan Ust Azam Razak t/ketua pemuda Johor.

Dalam ucapan alu-aluan,Ust Azam Razak juga selaku Timbalan yang dipertua PAS kawasan Mersing berkata bertapa MCA dalam persidangan mereka baru-baru ini bertindak di luar batasan dengan kenyataan dangkal mempersoalkan hudud.lebih menghairankan kenapa UMNO hanya mendiamkan diri.Ust Azam berkata UMNO sebenarnya bukan parti yang memperjuangkan Islam dan sekiranya UMNO kalah dalam PRU13 nanti orang melayu tidak perlu bimbang Pas akan ganti UMNO untuk membela Melayu dan Islam.


Penceramah kedua Tuan syed Othman menegaskan kerajaan BN umno yang memerintah sekarang menzalimi rakyat dengan kenaikkan harga barang.Beliau menjelaskan bagaimana harga kereta nasional yang dijual dengan harga tinggi kepada rakyat Malaysia didalam negara padahal diluar negara dijual dengan harga murah.kos sara hidup yang tinggi dengan harga barang keperluan asas meningkat membuatkan rakyat hidup dibelengu kemiskinan sedangkan pemimpin UMNO membelanja mewah.


Perceramah utama Dato fauzi memulakan ceramahnya dengan berceloteh mengatakan asal-usul keluarganya adalah daripada keluarga UMNO tapi sekarang tinggal seorang sahaja masih berada didalam UMNO.Disamping itu beliau juga menceritakan bagaimana penubuhan UMNO adalah atas usaha Tuanku Abdul Rahman yang ketika itu berada di London bukan atas usaha Dato Onn Jaafar yang diwar-warkan.

Beliau juga berkata pemimpin umno di era Tuanku Abdul Rahman dan Tun Razak adalah sebenarnya bersusah payah dan berkorban untuk membantu Rakyat.Bayangkan katanya apabila kedua-duanya meninggal dunia tidak seorang pun mempunyai rumah sendiri.Beliau menyentuh amalan rasuah yang berlaku sekarang adalah kerana kos kenaikkan harga barang yang memdorong rasuah kerap berlaku.Ini adalah kegagalan UMNO Yang memerintah selama 53 tahun.Isu kapal selam dan banyak lagi isu-isu semasa beliau telah ulaskan.


abusiraj almuner

Oct 19, 2012

ADUAN PELUPUSAN SAMPAH DISERAHKAN PAR PERMAS KE BIRO PENGADUAN AWAM (BPA)


Penyelia PAR PERMAS Tuan syed Othman bersama setiausaha PAR abusiraj almuner telah menyerahkan aduan pelupusan sampah haram kepada Biro Pengaduan Awan (BPA) Negeri Johor pagi tadi.Aduan tersebut telah diterima oleh pegawai BPA Encik Malik.Isu pelupusan sampah yang diadukan itu telah disiarkan pagi tadi di dada depan akhbar berbahasa cina setelah satu sidang akhbar telah diadakan ditapak pelupusan sampah itu semalam.kawasan yang terlibat adalah penduduk di kampung Rekoh teluk jawa dan di jalan jelatang tmn megahria.
Tuan syed Othman membincang mengenai aduan kepada Tuan Malik pegawai BPA
Dalam aduan bertulis itu yang diadukan oleh Setiausaha PAR abusiraj almuner meminta BPA agar mengarahkan Jabatan Alam sekitar,Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Southern West Managment (SWM) untuk bertindak keatas pihak yang bertanggungjawap keatas pencermaran alam sekitar yang menimbulkan bantahan dari penduduk setempat.
Setiausaha PAR permas abusiral almuner sedang menulis aduan
Bantahan dan aduan penduduk kampung rekoh di teluk jawa


Aduan dari peniaga jalan jelatang taman megahria
abusiraj almuner