Jun 20, 2009

DAP MENOLAK PENJELASAN PKFZ

DAP hari ini menolak penjelasan Menteri Pengangkutan Ong Tee Keat mengenai peruntukan tambahan RM1.2 bilion ringgit yang diluluskan kerajaan untuk kontraktor.

Penasihat DAP Lim Kit siang berkata Ong sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh atas pemberian peruntukan tambahan itu kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd pada 10 Mei 2008.

"Ong menjawab di dalam blog peribadinya bahawa jumlah tersebut sudah diluluskan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) sebelum beliau menjadi menteri pengangkutan dan diminta oleh LPK untuk memaklumkannya kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi", kata Lim.

Penjelasan Ong tidak boleh diterima kerana sepatutnya permohonan itu perlu dibentangkan terlebih dulu kepada Kabinet seperti yang tercatit dalam syarat projek PKFZ.

Justeru Lim meminta agar Ong dapat memberi penjelasan telus berkaitan isu tersebut pada sidang Parlimen minggu depan demi kebaikan rakyat.

Kegagalan Ong sendiri tampil memberi penjelasan mengenai isu PKFZ telah mengaibkan kerajaan BN secara keseluruhan.

"Status PKFZ perlu dijawab dengan segera kerana pembaziran wang yang banyak mencetuskan kegusaran di kalangan rakyat terhadap masalah salah guna kuasa, salah tadbir dan penyelewengan", ujar Lim.

Kos pembinaan PKFZ melonjak naik daripada kos asal sebanyak RM 1.1 billion kepada RM7 bilion juta dan mungkin mencecah sehingga RM 12.5 billion.

Ong telah berjanji untuk memberi penjelasan di Parlimen minggu lalu tetapi tiba-tiba berlepas untuk lawatan mengejut ke Paris.

No comments:

Post a Comment