Jun 29, 2009

MB JOHOR MENENTANG PPSMI ATAU MENENTANG MUHYIDDIN

Johor Bahru - Pemimpin Barisan Nasional pertama yang bersuara lantang menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah Datuk Seri Abdul Ghani Othman. Tidak tahu apa disebalik penentangan itu. Mungkin juga kerana saman Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Johor (DPMMJ) sebanyak RM322 juta.

Ada yang berkata ,"lembu punya susu, sapi dapat nama". Tan Sri Muhyiddin tipu DPMMJ, Ghani dan kerajaan Johor yang kena saman.

Sebelum ini tiada pemimpin BN yang berani menentang PPSMI kecuali 'riak-riak di air' iaitu Datuk Dr. Puad Zarkasi, tapi sudah dapat jawatan mustahil mahu lawan PPSMI.

Perselisihan politik Ghani menentang Muhyiddin bukan pekara baru. Pemimpin Umno Johor maklum akan percakaran dua pemimpin Umno Johor ini. Ghani faham, kuasa Muhyiddin kini besar, sebelum kroni Ghani terkubur sebagai calon PRU-13 nanti, inilah peluang pertama Ghani menikam Muhyiddin secara terang.

Ada yang berpendapat, saman DPMMJ seperti mendapat lampu hijau dari pada Ghani untuk menjatuhkan Muhyiddin. Kerana jika kes ini dimenangi oleh DPMMJ, sudah pasti nama Muhyiddin akan tercalar dan wang yang datang tentu dari kerajaan pusat.

Ataupun jika Johor dirampas oleh Pakatan Rakyat (PR), ia merupakan 'hadiah terbaik' untuk mereka ( PR ).SUMBER JOHOR DAILY

1 comment:

  1. tindakan penulis benar-benar satu penghinaan kepada rakyat johor... adakah saudara boleh buktikan

    1. mb johor dan tpm bercakaran atau bermusuhan
    2. apakah betul tujuan mb johor untuk menikam tpm sebelum pru-13
    3. apa kena mengena PPSMI dengan saman DPMMJ

    tulisla sebagai orang dewasa yang matang dalam befikir secara logik. jangan memalukan dan melaga-lagakan kesejahteraan rakyat johor

    ReplyDelete