Jul 20, 2011

BERSIH DAH HABIS PAKAI BAJU KUNING PUN KENA TANGKAP


Pada16 hb Saya di Jemput oleh Rakan Rakan dari Parti PSM untuk mendesak kerajaan Bebaskan 6 tahanan PSM yang di tahan di bawah akta Ordinan Darurat di Gelang Patah ,Pada sebelah tengah  hari untuk buat laporan Polis dan sidang media ,tapi bila saya sampai sahaja lokasi yang di cadangkan saya  telah di tahan oleh Pihak Polis kerana  pakai baju Kuning,semasa sola jawab Pihak Polis telah maklumkan kepada saya akan di lokap kerana pakai Baju berlambang bersih ,Rakan rakan yang bersama saya telah menghubungi Peguam Pakatan dan telah memberi tekanan kepada Pihak Polis barulah jam 5 petang saya di Bebaskan dan akan di bicarakan pada 29.07.2011 Di mahkamah Johor Baharu.

Jul 14, 2011

CERAMAH MAT SABU

TAK TAHAN LAGI DENGAN BAU BUSUK : PENDUDUK PERMAS JAYA

Penduduk sekitar Permas Jaya, Jalan Permas 5 mengeluh apabila terpaksa menghidu bau busuk akibat sistem kumbahan di kawasan perumahan mereka yang tidak berfungsi sejak dua bulan lalu.

Penduduk di kawasan terbabit mendesak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) segera menyelesaikan isu terbabit bagi memperoleh kehidupan yang selesa.

Dikatakan penduduk tidak dapat menahan bau busuk itu yang membabitkan 5,000 penduduk sekitar kawasan berkenaan.

Seorang penduduk Low Yock Mooi, 40, berkata, pihaknya kerap menghubungi MBJB sebelum ini mengadu hal berkenaan namun dimaklumkan wakil majlis terbabit, pihak yang bertanggungjawab menguruskan perkara itu tiada di pejabat.

“Saya telah menghubungi MBJB beberapa kali sebelum ini namun setiap kali panggilan dibuat dimaklumkan kepada saya, petugas berkenaan tiada di pejabat dan ada kalanya diberitahu individu berkenaan mengambil cuti sakit.

“Setelah berkali-kali gagal mendapatkan penjelasan pihak terbabit saya membuat aduan kepada Pusat Aduan Rakyat Zon Permas minggu lalu agar dapat membantu menyelesaikan masalah ini dengan membawa perkara ini kepada pihak yang berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Yock Mooi mengakui pihaknya ada dimaklumkan MBJB sebelum ini bahawa perkara itu akan ada kontraktor yang menguruskannya namun mendapati tidak seperti apa yang dikatakan pihak terbabit.

“Sebelum ini kebiasaannya kontraktor yang diwakilkan MBJB akan datang seminggu kira-kira dua hingga tiga kali membersihkan kawasan itu namun akhir Jun lalu sudah tiada kehadiran kontraktor yang menjalankan tanggungjawab membersihkan sistem kumbahan berkenaan.

“Ini telah mendatangkan rasa kurang selesa penduduk dan setiap kali saya pergi dan pulang dari kerja pasti bau ini terpaksa dihidu saya.

“Air di kumbahan itu telah menjadi terlalu kotor dan baunya begitu kuat itu ada masa membuatkan saya seolah-olah mahu muntah,” katanya.

Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Permas, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya mendapat aduan daripada penduduk kawasan berkenaan minggu lalu dan dimaklumkan penduduk juga telah menghubungi MBJB dan diberi jawapan tiada peruntukan untuk baiki pulih sistem kumbahan tersebut.

“Penduduk pernah hubungi MBJB dan pihak mereka ada memberitahu kepada penduduk yang membuat panggilan bahawa tiada peruntukan.

“Sebelum ini penduduk telah diberitahu ada kontraktor yang akan membaik pulihnya namun apabila menghubungi pihak majlis sekali lagi, dimaklumkan tiada peruntukan bagi baik pulih sistem tersebut,” katanya.

Katanya, jika hujan, bau busuk itu akan lebih mengganggu penduduk kawasan sekitar dan berharap perkara itu dapat diselesaikan segera.

“Saya akan membuat aduan kepada pihak majlis hari ini serta akan menghantar aduan kepada Biro Pengaduan Awam Negeri pada hari ini juga,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Johor Bahru, Mohd Jaafar Awang ketika dihubungi Sinar Harian, memaklumkan ada terlalu banyak sistem kumbahan yang diterima dan pihaknya perlu menyemak semula perkara tersebut.


“Kita banyak terima aduan berkenaan sistem kumbahan ini dan kita akan semak dulu perkara ini,” katanya.

Jul 13, 2011

Peniaga Tak tahan bau Busuk MBJB buat Pekak Badak

                                      Buat sidang Media

Menurut seorang peniga yang hanya mahu dikenali sebagai Ms Tew, berkata, walaupun aduan mengenai tempat kumbahan telah diajukan kepada  MBJB n amun ia umpama menuang air ke atas daun keladi.
 Ms Tew berkata, apa yang dikesalkan oleh Peniga, masalah itu berlarutan kira-kira dua bulan lalu tanpa sebarang tindakan oleh pihak terbabit.Walaupun adaun telah di buat kepada Pihak MBJB tapi tak ada tindakan.

"Bukan apa, dengan keadaan yang menjijikkan, situasi itu kemungkinan besar boleh mendorong kepada penyakit yang berbahaya.Kami Peniaga di sini akan menjejaskan sumber Pendapatan kamiI


"Dengan persekitaran yang 'menjolok mata', sesiapa sahaja boleh muntah apabila melalui lorong belakang tersebut," ujarnya.

Difahamkan  Perniagaan Kami merosot sehingga 20 peratus kerana bau Najis tersebut amat kuat ..

Walau bagaimanapun, semua peniaga berharap agar situasi itu dapat ditangani segera kerana sudah tidak sanggup menahan bau  najis setiap hari.

Justeru, mereka turut menggesa agar pihak MBJB tidak memandang remeh isu tersebut kerana membabitkan kesihatan kami di sini. Pada sebelah Petang saya akan ke pejabat MBJB  dan Biro Pengaduan Awam  ,supaya isu ini di selesai  segera.
------------------------------------------------------------------------------


Jul 7, 2011

Pemimpin Umno sanggup porak-peranda negara semata-mata mahu kekal berkuasa



Sh
Kemenangan yang semakin hampir kepada PAS dan Pakatan Rakyat sangat menakutkan pemimpin-pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) sebab itu mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kuasa mereka.

Datuk Dr Mahfodz
Mereka bukan sahaja memperalatkan semua agensi kerajaan untuk kepentingan mereka bahkan mereka juga sanggup membelakangkan amalan demokrasi yang jelas terkandung di dalam Perlembagaan Negara.

Demikian ditegaskan Naib Ketua Ulamak PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Muhamad, di sini, baru-baru ini.

Menurut beliau, sokongan rakyat berbilang kaum yang semakin memberangsangkan kepada Pakatan Rakyat mutakhir ini amat menggusarkan pemimpin-pemimpin Umno-BN maka tidak hairanlah mereka melakukan apa sahaja untuk menghalang sokongan rakyat ini.

“Walau pun berbagai usaha serta tindakan tidak demokratik dilakukan namun mereka gagal untuk mengekang kebangkitan rakyat ini,” tegas beliau ketika merasmikan Seminar Maqasid Syari’ah, dekat sini, 3 Julai lalu.

Menurut Dr Mahfodz, sekatan serta tekanan yang dikenakan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat akhir-akhir ini menjadi bukti nyata bahawa mereka memang benar-benar dalam ketakutan sekarang ini.

“Kalau mereka tidak takut atau bersalah kenapa mesti memperalatkan pasukan keselamatan untuk berdepan dengan kita secara anak jantan di atas pentas politik,” soal beliau.

Tetap berhimpun


Menyentuh Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, seterusnya menegaskan, walau pun berlaku halangan mengadakan ceramah serta beberapa tangkapan dilakukan polis ke atas aktivis dan pimpinan PAS di negeri ini, baru-baru ini, namun himpunan tersebut tetap akan diteruskan juga.

“Kita akan teruskan himpunan ini bahkan himpunan ini wajib dilakukan bagi menentang kezaliman yang dilakukan kerajaan yang ada hari ini, justeru percayalah bahawa segala kesukaran dan halangan yang kita hadapi ini sebenarnya menjadi petanda awal kepada kemenangan yang akan memihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat .”


Syed Othman
Baru-baru ini beberapa aktivis PAS yang didakwa mempunyai kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0, telah ditahan polis, antara yang ditahan dan akan didakwa termasuklah AJK PAS negeri, Syed Othman Abdullah, seorang peniaga pasar malam di Tampoi Johor Bahru, Nurfaizah Palik serta dua orang peniaga pakaian di Batu Pahat, Nasharuddin Mohamad dan Shamsuddin Osman.

Syed Othman yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas, didakwa kerana menyebut perkataan ‘Bersih’ ketika berceramah di Taman Rinting Masai, 18 Jun lalu.

Beliau yang ditahan setelah menyerah diri di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Seri Alam, 30 jun lalu, didakwa di bawah Seksyen 27(5) akta polis dan seksyen 511 Kanun Keseksaan.

Nurfaizah pula ditahan ketika sedang berniaga air di pasar malam Taman Perling Tampoi, 26 Jun lalu, beliau ditahan kerana memiliki tiga risalah Bersih 2.0, berikutan itu rumah beliau turut digelidah polis bagi mencari saki baki risalah tersebut namun polis gagal menemui sebarang risalah di rumah beliau.

Beliau yang didakwa di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 akan dihadapkan di Mahkamah, pada 10 Julai ini.

Direman

Sementara peniaga pakaian terbabit, Nasharuddin, 28, dan Shamsuddin, 45, yang ditahan polis pada 2 Julai lalu telah direman tiga hari bermula 3-5 Julai bagi membantu siasatan polis berhubung baju T Bersih yang mereka jual.

Kedua-dua mereka didakwa di bawah akta polis dan akta pertubuhan selain seksyen 188 kanun keseksaan.


Polis bukan lagi menjaga keselamatan rakyat tapi jaga kuasa pemimpin Umno. | foto Harakahdaily
Sementara itu Majlis Pelancaran Himpunan Bersih 2.0 Peringkat negeri ini pada 1 Julai lalu oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, di Kompleks Tarbiah PAS Parit Pecah Muar, tidak dapat dijalankan setelah polis bertindak mengepung kompleks tersebut seawal jam 3.00 petang.

Ratusan anggota polis termasuk FRU yang dikerah untuk menggagalkan program tersebut tidak membenarkan orang ramai memasuki kompleks tersebut, anggota FRU telah ditempatkan dipintu utama kompleks ini bagi menghalang orang ramai memasuki kawasan ceramah.

Bagaimana pun ceramah oleh pimpinan PAS dan DAP terus diadakan, Pengerusi DAP negeri, Dr Boo Cheng Hau, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Mahfodz Muhamad serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Maharani, Dr Mohamad Taslim, telah menyampaikan ceramah pada majlis ini.

Selain itu tindakan polis mengadakan sekatan jalan raya berhampiran kompleks ini juga menyebabkan berlaku kesesakan yang sangat teruk di kedua-dua hala, tindakan polis ini telah menimbulkan sungutan pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan ini. -Harakahdaily

Jul 6, 2011

‘Bom petrol’ dalam botol plastik: Ia satu lawak.


KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK)  Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, menyifatkan dakwaan polis bahawa rampasan beberapa jenis senjata berbahaya dikaitkan dengan perhimpunan Bersih, melucukan.
Demikian beliau yang dikenali sebagai Jonah mengulas dakwaan polis, berikutan rampasan beberapa senjata termasuk 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T dengan logo Bersih, di tiga lokasi.
Bom petrol dan mercun yang dijumpai dikatakan disembunyikan di pasu bunga manakala baju T Bersih pula disorokkan di sekitar pusat membeli-belah.
Minyak petrol, beserta sumbu yang diisi ke dalam botol air mineral

Di Kuala Lumpur, barangan itu kononnya dijumpai di sekitar Sogo, Wisma Bumi Raya dan Komplek Pertama.

Manakala Bernama melaporkan serbuan polis menemui lima buah beg pakaian yang antaranya mengandungi 20 bilah parang dan 36 botol air mineral berisi minyak petrol lengkap bersumbu di sebuah tokong.
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia meletakkan berita itu di muka hadapannya hari ini.
Bagaimanapun, setakat ini, tidak ada sebarang tangkapan dilakukan pihak polis.
“Ia satu lawak, rasanya rakyat sudah biasa dan mual dengan kenyataan oleh pemerintah yang mudah memberi alasan dengan apa yang ditangkap dan dirampasnya,” kata Jonah, merujuk kepada bahan rampasan tersebut, termasuk bom petrol yang diisi ke dalam ‘botol plastik air mineral’.
“Mereka sengaja mewujudkan perkara-perkara sebegitu untuk menakut-nakutkan rakyat dan memberi tanggapan negatif brehubung Bersih kepada orang ramai,” katanya lagi.
Menurut Jonah, pemerintah perlu sedar dengan tindakan mereka sebelum rakyat melabelkan pihak polis sebagai badan yang diperkudakan demi kepentingan politik.
“Lagi dibuat, lagi orang akan ketawa, cukup-cukuplah memperbodohkan rakyat kerana tidak ada lagi yang boleh diperbodohkan pemerintah.
“Macam-macam mereka terpaksa reka, sebelum ini (Bersih) dikaitkan dengan komunis, perang ke atas Agong dan sebagainya,” kata beliau. 

Jul 5, 2011

SEMARAK BERSIH 9

USAH WUJUDKAN KETENGANGAN




PASIR GUDANG – Pas Johor mendesak mana-mana pihak menghentikan isu provokasi tertentu menyebut perkataan komunis kerana boleh menimbulkan ketegangan. 

Ahli Jawatankuasa Perhubungan Pas Negeri, Syed Othman Syed Abdullah berkata, perkataan komunis begitu sensitif bagi orang Melayu dan boleh menimbulkan ketegangan dalam kalangan penduduk. 

Menurutnya, Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) diadakan bukan bertujuan untuk bertembung atau ingin menjatuhkan negara melalui demonstrasi jalanan, tetapi membuktikan demokrasi melalui Pilihan Raya Umum. 

“Walaupun Pas Johor tidak menghantar rombongan ke Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijangka 9 Julai ini, tetapi penyokong Pas akan tetap turun secara peribadi. 

“Kita turut mendesak kerajaan membebaskan 30 ahli Parti Sosialis yang ditahan kerana mereka bukan Parti Komunis,” katanya kepada Sinar Harian. 

Dalam pada itu, Syed Othman berkata, beliau dipanggil pihak polis 30 Jun lalu kerana didakwa cubaan menghasut orang ramai menyertai Perhimpunan Bersih 2.0 ketika berceramah 18 Jun lalu di Taman Rinting. 

Menurutnya, pihaknya akur dengan pihak polis, tetapi Perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan adalah yang dibenarkan dalam perlembagaan. 

“Kita tiada masalah dan hadir untuk soal siasat selama dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam kerana tindakan ketika berceramah bukan menghasut, tetapi mengajak orang ramai menyertai Perhimpunan Bersih 2.0. 

“Kita akur kerana sebagai penceramah, malah melalui ceramah bulanan bersama Pakatan Rakyat, kita mesti menyuarakan mengenai Perhimpunan Bersih seperti arahan daripada pucuk pimpinan Pas,” katanya. 

Katanya, rakan-rakan dari Pakatan Rakyat turut sama memberikan sokongan terhadap kes yang bakal didakwa di bawah Seksyen 27(5) dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan.