Jun 13, 2009

SABAR PILIHAN TUAN GURU HAJI HADI


Sekarang ini masa semua orang membuat komen dan mengkritik. Ada juga yang suka mencemuh. Teguran membina tak berapa banyak, yang ada semuanya seolah pendapat mereka yang terbaik.

Kadangkala menjadi pelik kerana yang mengkritik datang daripada pihak pimpinan yang sepatutnya kita homati. Perbezaan pendapat adat dalam berjamaah tetapi mengambil jalan untuk mengeruhkan suasana bukan jalan terbaik.

Sebagai forumer di alam maya, bergiat dalam banyak laman-laman forum saya melihat dan membuat analisis yang secara rawak, pendapat, idea dan pandangan.

Secara amnya saya cukup kagum dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Saya ulangi saya cukup kagum dengan TGHA.

Kenapa?

Pelbagai isu melanda, TGHA tidak memilih media kerajaan sebagai sumber untuk menyatakan pandangannya. Kalau anda seorang yang teliti anda akan memerhati bahawa setiap kenyataan besar beliau akan dan hanya boleh diperolehi secara terperinci dalam akhbar-akhbar rasmi parti.

Berbeza dengan tuan-tuan guru yang lain yang terikut dengan emosi pengikut atau lebih buruk lagi terikut dengan akhbar dan saraf musuh.

Saya kagum dengan ilmu dan pengalaman TGHA kerana itu tidak sia-sia beliau cukup terkenal di luar negara. Ilmu dan Master beliau dalam bidang politik siasah juga tidak sia-sia.

Beliau selalunya tenang dan mengambil jalan yang mudah dalam menyelesaikan sebarang masalah. Tidak menggunakan akhbar UMNO sebagai luahan kenyataan dan emosi perasaan.

Beliau benci UMNO dari segi strategi dan saraf bukan sesetengah kita cakap benci UMNO tapi saluran UMNOlah menjadi luah perasaan hingga terjerumus dalam strategi musuh secara halus. Benci UMNO, tapi berselimut dengan propaganda UMNO. Ini membuatkan saya rasa pelik.

Dalam beberapa isu besar sebelum ini, TGHA tidak pernah menggunakan kedudukannya sebagai Presiden bagi menyerang rakan sejawat walaupun ada sesetengah rakan sejawat menggunakan akhbar sebagai saluran menenang beliau dan idea beliau.

Beliau juga mengambil jalan mengalah dalam semua isu apabila isu perbezaan padangan dilontarkan oleh musuh sama ada musuh luar dan musuh dalam selimut.

Dalam parti perbezaan pedapat adalah perkara biasa. Pasal itu kita perlukan seorang Presiden yang matang, tanang dan sabar. Cukup setakat ini saya akan sambung jika ada yang masih bodoh dalam politik siasah sehingga terheret sama dengan permainan politik..

Nanti ada yang akan memberi komen idea TGHA boleh merosakkan PAS. Orang yang komen ini ahli PAS ke? Jangan mengelirukan antara idea dan situasi.

No comments:

Post a Comment