Jun 21, 2009

POLIS HALANG MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM DAP

Polis menutup kawasan majlis makan malam untuk mengumpul dana anjuran DAP bagi kira-kira 3,000 orang di Klang dan turut merampas peralatan pembesar suara.

dap klang dinner 210609 seal.jpgRamai anggota polis ditempatkan di luar pejabat ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago di Bayu TInggi, tempat jamuan makan malam itu dijadual diadakan.

Turut kelihatan ialah trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU), termasuk trak meriam air.

Menurut blog Charles Santiago, polis Selangor telah membatalkan permit yang sebelumkan diluluskan oleh ibupejabat polis Klang.

"Pada jam 4.45 petang, tujuh trak FRU dan dua trak meriam air kelihatan di kawasan tersebut dan polis menutup jalan masuk ke kawasan majlis makan malam DAP itu akan diadakan," tulis blog tersebut.

dap klang dinner 210609 fru truck.jpgMenurutnya, Santiago tidak dapat menghubungi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Blog itu juga menyatakan bahawa pihak polis telah merampas peralatan pembesar suara pada jam 6.20 petang tadi. Exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu juga hadir dan cuba berunding dengan pihak polis.

Ketika dihubungi, seorang pembantu Santiago memberitahu Malaysiakini bahawa polis mahu majlis makan malam itu diadakan di kawasan tertutup.

Kemah-kemah telah didirikan di luar pejabat tersebut.

Sementara itu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menulis dalam twitter, yang menyifatkan kawasan sebagai "zon perang".

"Bayu Tinggi Klang jadi zon perang, trak FRU dan meriam air. Polis bersenjata M16. Kawasan ditutup.

dap klang dinner 210609 shop"Serang pengganas? Tidak. Kerana majlis makan malam DAP," tulisnya.

Orang ramai berkumpul sejak petang tadi untuk menghadiri jamuan tersebut dan sejurus selepas jam 8 malam, mereka masuk menyertai Santiago dan Kit Siang di majlis tersebut.

Anggota polis yang berkawal di situ tidak menghalang mereka daripada menghadiri majlis itu.

Sehingga jam 9.15 malam tadi, sumber-sumber DAP berkata, lebih seribu orang sudah hadir di majlis tersebut, tetapi pegawai-pegawai kanan polis memberi komen bahawa ia tidak seharusnya diadakan kerana dianggap sebagai satu perhimpunan haram.

No comments:

Post a Comment