Jan 26, 2012

MISI PR TAWAN JOHOR, PERTAHAN SELANGOR

FAKTA!!! Johor dalam bahaya bagi BN

http://www.umnojb.com.my/johor.gifKetika BN berangan-angan ingin merampas kembali negeri –negeri yang ditadbir oleh PR , tiba - tiba seorang pensyarah universiti membayangkan bahawa Johor berada dalam keadaan bahaya bagi BN.
Johor sebenarnya bukan lagi kubu kuat UMNO selepas pilihanraya 2008 apabila dua kerusi UMNO telah ditawan oleh PAS . Dua orang professional PAS telah berjaya memenangi kerusi Sungai Abong dan Maharani.
Walaupun begitu , pilihanraya 2008 masih menyaksikan pengaruh UMNO masih kuat di kebanyakan kerusi lain. Manakala undi orang Cina dan India walaupun berubah ke PR , tapi masih kecil hanya menjangkau purata 55 % sahaja.
Inilah yang menyebabkan UMNO masih memenangi majoriti kerusi di Johor walaupun jumlah pengundi bukan Melayu besar di kebanyakan kerusi di Johor.
Perubahan undi Cina yang tidak cukup besar ini juga menyebabkan DAP cuma mampu menawan 1 kerusi Parlimen iaitu Bakri dan 4 kerusi DUN iaitu Bentayan,Mengkibol, Skudai, Senai. MCA dan Gerakan masih mampu bertahan di Johor walaupun tsunami melanda negeri-negeri lain.
Bagi pilihanraya umum ke 13, mood pengundi Cina di Johor tidak lagi sama seperti pilihanraya 2008. Akibat rasisnya kempen UMNO dibantu oleh PERKASA dan NGO ciptaan UMNO. Kemarahan orang Cina terhadap UMNO ini disedari oleh PR . Oleh kerana itulah , PR melalui DAP terutamanya begitu aktif mendaftar pengundi bukan Melayu.
Naib Presiden UMNO Shafie Afdal pernah memberi amaran bahaya pertambahan pengundi bukan Melayu di Johor.
Pengundi India pula tidak banyak berubah , UMNO mendakwa pengundi India sudah kembali kepada BN. Sebenarnya , pengundi India boleh berubah kepada PR dan kepada BN bergantung kepada pendekatan parti politik ini terhadap orang India. Maksudnya, pengundi India masih 50-50
Hanya orang Melayu menjadi harapan UMNO di Johor . Namun begitu, terdapat perubahan orang Melayu terutama di kalangan generasi muda dan pengundi Bandar. Kemenangan PAS di Sungai Abong dan Maharani adalah bukti orang Melayu berubah.
Purata undi Melayu kepada PR masih di antara 10 hingga 35 %. Ada kerusi yang mencapai 35% tapi banyak kerusi masih di bawah 25%. Malah ada yang hanya 10%.
Perubahan pengundi Cina ini boleh menjangkau 75% di kerusi ditandingi DAP dan 65 % di kerusi yang ditandingi PAS dan PKR. Maknanya, melebihi purata undi pada pilihanraya 2008 iaitu 55% .
Hakikat yang perlu ditelan oleh UMNO adalah , jika peratus undi Cina ini mencapai tahap 55% DAP sudah berjaya memperoleh 1 parlimen dan 4 DUN. Manakala PAS mendapat 2 DUN. Berapa kerusi yang diperoleh oleh PR jika undi orang Cina menjangkau sehingga lebih 60%?
Bagi kerusi DUN , UMNO dan BN cukup berada di dalam kedudukan bahaya di 19 kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen yang mengandungi pengundi Melayu di bawah 50 %. 19 daripada 56 kerusi DUN sudah cukup menjadikan PR pembangkang yang kuat. 8 daripada 26 kerusi Parlimen sudah banyak membantu PR menuju Putrajaya.
DUN : Pengundi Melayu bawah 50%
1. Jementah
2. Tenang
3. Bekok
4. Tangkak
5. Bentayan (DAP)
6. Yong Peng
7. Pengaram
8. Layang-Layang
9. Paloh
10. Puteri Wangsa
11. Johor Jaya
12. Stulang
13. Pangkalan Ranting
14. Skudai (DAP)
15. Nusa Jaya
16. Bukit Batu
17. Senai (DAP)
18. Mengkibol (DAP)
19. Pekan Nanas
Parlimen : Pengundi Melayu bawah 50%
1. Segamat
2. Labis
3. Bakri
4. Tebrau
5. Pasir Gudang
6. Gelang Patah
7. Kulai
8. Kluang
Terdapat 9 kerusi DUN dan 8 kerusi parlimen mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 55%. Semua kerusi ini adalah tidak selesa bagi BN , PAS menang 2 kerusi di kerusi mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 55%.
28 kerusi DUN mempunyai pengundi Melayu di bawah 55% hanya memerlukan 1 kerusi lagi bagi membolehkan PR memerintah Johor.
DUN : Pengundi Melayu bawah 55%
1. Buluh Kasap
2. Pemanis
3. Sg. Abong (PAS)
4. Maharani (PAS)
5. Tiram
6. Permas
7. Kempas
8. Bukit Permai
9. Mahkota
Parlimen : Pengundi Melayu bawah 55%
1. Sekijang
2. Ledang
3. Batu Pahat
4. Simpang Rengam
5. Sembrong
6. Johor Bahru
7. Pulai
8. Tanjung Piai
Terdapat 6 kerusi DUN dan 1 kerusi parlimen yang mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 60 %. Walaupun agak sukar kepada PR namun tidak mustahil PR boleh merampas kerusi-kerusi ini.
PR hanya mampu memerintah Johor jika 34 kerusi DUN yang mempunyai pengundi Melayu di bawah 60% dapat ditawan PR. Manakala 17 kerusi parlimen pula sudah lebih daripada cukup membantu PR memerintah Malaysia.
DUN : Pengundi Melayu bawah 60%
1. Kamelah
2. Jorak
3. Gambir
4. Bukit Naning
5. Parit Yani
6. Sengarang
Parlimen : Pengundi Melayu bawah 60%
1. Ayer Hitam
Berdasarkan fakta jumlah pengundi bukan Melayu yang besar inilah menyebabkan UMNO dan BN berada dalam kegelisahan menghadapi PRU 13. Presiden UMNO juga mengetahui hakikat ini, justeru itu tarikh pilihanraya juga mengambil kira mood pengundi di Johor.
Jika silap perkiraan , UMNO bukan sahaja tidak berjaya merampas kembali negeri yang diperintah PR. Sebaliknya, kubu kuat UMNO juga bakal terlepas kepada PR.
http://tulahan.blogspot.com/

Jan 21, 2012

Fitnah II: AG guna hukum rimba untuk penjarakan semula Anwar

KUALA LUMPUR 21 Jan: Peguam negara mengguna hukum rimba apabila memfailkan rayuan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim,  kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
Beliau merujuk kenyataan Tan Sri Abdul Gani Patail yang menyatakan kononnya rayuan tersebut difailkan berdasarkan kepada bukti keterangan dan undang-undang.
“Yang nyata rayuan ini bermotifkan politik, secara tidak sah dan dipengaruhi oleh keputusan pemerintah BN. Sekiranya pejabat peguam negara meneruskan rayuan berdasarkan keterangan dan undang-undang, tidak akan ada rayuan difailkan terhadap pembebasan ini.
“Satu-satunya jenis undang-undang rayuan seperti ini mungkin berasaskan kepada hukum rimba,” kata beliau sambil menambah keputusan itu memalukan reputasi negara diperingkat antarabangsa.
Menurut Surendran,  sejak 1998, peguam negara telah menjadi alat kepada Umno untuk melakukan pendakwaan tidak bermoral terhadap Anwar dengan tujuan memenjarakan dan menamatkan karier politik ketua pembangkang itu.
Tambah beliau,  Abdul Gani sepatutnya mempertimbangkan keperluan rayuan berdasarkan keseluruhan bukti yang disampaikan pada perbicaraan itu dan kecatatan serta kelemahan pendakwaan.
“Seperti ditunjukkan secara jelas oleh peguam semasa perbicaraan, kes terhadap Anwar sangat lompong malah tiada keperluan untuk melihat alasan penghakiman,” ujarnya dalam satu kenyataan petang tadi.
Menurut Surendran, rayuan tersebut juga menunjukkan penyalahgunaan kuasa oleh Barisan Nasional sejak 54 tahun lalu, akibat pemerintahan yang rasuah dan autoritarian.
“Rayuan ini adalah bukti lanjut bahawa janji-janji Najib membuat perubahan dan pembaharuan adalah tidak lebih daripada penipuan besar-besaran dan hipokrit ke atas rakyat negara ini,” ujar beliau.
Apa yang jelas katanya, motif ayuan ini adalah untuk memenjarakan Anwar dan menghalang Pakatan Rakyat dari memenangi kuasa kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum akan datang.
Namun, walau apapun terjadi, katanya,  Anwar dan Pakatan Rakyat tidak akan  gagal dalam perjuangan untuk membawa perubahan dan pembaharuan,  bagi membentuk Malaysia yang lebih adil dan saksama.                sumber   

Jan 19, 2012

BANTUAN BRIM BALING KERUSI DI PJU





Pautan pada catatan ini
Gambar sekadar hiasan

[SH] PETALING JAYA – Penyerahan wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia Parlimen Petaling Jaya Utara di SMK Perempuan Sri Aman dekat sini kecoh selepas 150 pemohon yang layak tidak dapat menuntut wang masing-masing kerana ketiadaan surat pengesahan.

Beberapa insiden baling kerusi dilaporkan berlaku menyebabkan polis terpaksa dipanggil untuk mengawal keadaan.

Rata-rata pemohon kesal dengan pihak penyelaras parlimen kerana gagal menyerahkan surat pengesahan kepada 150 pemohon menyebabkan mereka terpaksa menunggu lama.

Keadaan kecoh mula reda selepas pihak Bank Simpanan Nasional membenarkan pemohon menggunakan kad pengenalan untuk menuntut wang masing-masing.

Mengulas lanjut mengenai insiden itu, Penyelaras Dun Kampung Tunku Kelvin Chong memberitahu dia tidak mempunyai kuasa untuk menyerahkan surat terbabitkan melainkan ianya diuruskan oleh penyelaras parlimen.

“Kami faham penduduk marah tentang hal ini, jadi saya bagi pihak parlimen turut memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku,”katanya

Menurutnya lagi, mereka yang menghadapi kesulitan boleh menghubungi pejabatnya selepas ini.

Difahamkan seramai 2948 pemohon BR1M Fasa 1 Dewan Undangan Negeri (Dun) Kampung Tunku layak menerima bantuan melalui permohonan yang dibuat dari 10 Disember hingga 20 Disember tahun lalu.

P/s: Kesian....Banyak betul DUGAAN rakyat marhaen untuk dapatkan RM500. Tapi pemimpin yang duk 'cekik' berjuta-juta duit rakyat tu relaks je...Kah kah kah....

Jan 15, 2012

Peniaga Cina Mengadu Kepada PAR Isu Kompresor jadi sasaran pencuri

Kompresor jadi sasaran pencuri
kompresor sasaran pencuri
PASIR GUDANG - Lebih 100 peniaga sekitar pekan Masai, di sini resah ekoran kerap berdepan masalah kecurian kompresor penyaman udara yang dipasang di luar premis perniagaan masing-masing.

Wakil peniaga, Yong Fook Leong berkata, masalah itu berlarutan sejak 10 tahun lalu sehingga peniaga sudah hilang sabar apabila terpaksa menanggung kerugian puluhan ribu ringgit.

Menurutnya, pelbagai inisiatif dilakukan termasuk mengambil pengawal keselamatan, tetapi masih belum membuahkan hasil apabila kecurian semakin kerap berlaku.

“Sudah tiga kali kompresor penyaman udara kedai saya dicuri sehingga saya terpaksa menanggung kerugian hampir RM10,000 kerana harga kompresor terpakai pun mencecah sehingga RM2,000.

“Sebelum ini kita ada mengambil pengawal keselamatan yang dibayar secara kongsi-kongsi antara peniaga di kawasan ini, tetapi ia tidak bertahan lama apabila peniaga tidak bersatu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, Jumaat lalu.

Katanya, masalah itu pernah beberapa kali dimaklumkan kepada pihak polis, tetapi belum ada sebarang laporan polis yang dibuat oleh peniaga yang menjadi mangsa.

“Kami akui ada anggota polis yang membuat rondaan di kawasan ini, tetapi kami sudah tidak tahan terpaksa menanggung kos yang tinggi gara-gara tindakan pihak tidak bertanggungjawab.

“Walaupun pelbagai langkah keselamatan diambil termasuk memasang besi dan kawat berduri sekeliling penyaman udara, tetapi kami masih perlu berjaga-jaga dengan kemungkinan dicuri pencuri,” katanya.

Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat daripada pengadu sekitar Plentong, Seri Alam dan Masai.

Menurutnya, PAR merancang untuk membuat sesi dialog antara peniaga yang terlibat dengan pihak polis dalam masa terdekat kerana masalah itu dilihat semakin serius.

“Kita galakkan peniaga yang menjadi mangsa supaya tampil membuat laporan polis agar akan ada tindakan membuat rondaan dan sebagainya daripada pihak polis.

“Kita akan mohon kerjasama daripada pihak polis agar membuat peningkatan dari segi kawalan keselamatan kerana peniaga di kawasan ini sudah semakin resah ekoran kerap kehilangan kompresor penyaman udara,” katanya.

Jan 13, 2012

SEKITAR GAMBAR 901 SIRI 2

Panas!! Harta Dan Aset Peribadi KM Pulau Pinang Dan Exco Kerajaan Negeri Makin Meningkat... Inilah Bukti Terbaru.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menunaikan janjinya mewajibkan Ketua Menteri dan semua Exco mengisytiharkan harta masing-masing.

Paling hebat ialah Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim kerana borang pengisytiharannya menunjukkan beliau tidak memiliki sebarang harta mahupun membuat sebarang pelaburan walaupun sudah hampir 4 tahun menjadi Exco kerajaan negeri Pulau Pinang.

Beliau hanya memiliki kereta Proton Tiara apabila mengambil alih jawatan pada tahun 2008, dan baru-baru ini membeli sebuah Honda CRV 2.0 berharga RM143,000 itupun dibayar dengan pinjaman kerajaan.

Cuba tuan-tuan bandingkan dengan Exco kerajaan negeri-negeri BN. Jangan kata Exco, Adun-adun biasa pun mempunyai harta jutaan ringgit.

Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.

Bagaimanapun, pegawai ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kewangan negeri dan pegawai undang-undang negeri tidak diwajibkan berbuat demikian.

Lim berkata perisytiharaan aset mereka itu bertujuan memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

NONE"Saya yang mencadangkan langkah-langkah integriti ini bagi memastikan kepimpinan yang yang lebih bersih berdasarkan prinsip CAT iaitu cekap, akauntabel, telus (CAT) ," katanya kepada pemberita di kompleks pejabat kerajaan negeri di Komtar.

Lim juga mencadangkan enam langkah integriti yang akan diambil termasuk mengharamkan pembabitan mereka dalam bidang perniagaan yang boleh membawa kepada konflik kepentingan parti-parti politik; sistem tender terbuka, undang-undang maklumat bebas dan perisytiharan aset peribadi.

Mengenai sama ada aset teman dan ahli keluarga akan juga diisytiharkan, Lim berkata, "Kami akan mengambil langkah satu persatu."

Ditanya bagaimana orang ramai boleh mengesahkan aset ahli-ahli politik berkenaan, Lim berkata, perisytiharan ini adalah secara sukarela oleh semua ahli exco.

Menurut borang perisytiharan aset yang diedarkan kepada wartawan hari ini, pelaburan Lim dalam Amanah Mutual Bhd menunjukkan sedikit peningkatan dari 112,843 unit kepada 124,845 unit antara Mac 2008 dan akhir tahun lalu.

Pelaburan Dana Public Mutual miliknya pula meningkat dari 10,000 unit hingga 25,989 unit manakala simpanan tetapnya menunjukkan kenaikan daripada RM245,000 hingga RM298,785. Pelaburan lain iaitu sebanyak 8,000 unit tidak menunjukkan peningkatan dari tahun 2008.

NONESelain itu, Lim juga memiliki dua rumah kedai di Melaka, satu daripadanya adalah harta milik bersama yang bernilai RM435,000 dan satu lagi bernilai RM530,000. Beliau juga ada membuat pinjaman RM650,000 bagi membayar hartanah itu.

Agak-agaknya beranikah pimpinan Kerajaan-kerajaan negeri BN mengisytiharkan harta masing-masing.

RAFIZI KEMUKA BUKTI SUAMI SHAHRIZAT RASUAH POLIS

(Oleh: Norutul Ilham)

PETALING JAYA 12 Jan: Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli mendedahkan bukti Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Mohamad Salleh Ismail, cuba merasuah pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Mohamad Salleh ialah suami Datuk Seri Shahrizat Jalil, yang didakwa menyelewengkan sebahagian dana NFC  berjumlah RM250 juta.
Menurut Rafizi, perkara itu didedahkan ahli Lembaga Penasihat SPRM, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas melalui perkongsian emel bekas pelajar-pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCOBA).
Dalam emel berkenaan Megat Najmuddin menyatakan beliau bertemu dengan seorang peguam mewakili Salleh, ketika satu makan malam, 22 Disember lalu.
Peguam berkenaan, kata Megat, memberitahu tentang perihal Salleh sebagai ‘kaki penipu’, ‘bermulut manis’ dan memberikan wang supaya Datuk Shamsubahrin  Ismail, mempengaruhi polis dalam siasatan NFC.
Shamsubahrin ialah individu yang didakwa atas dua tuduhan menipu Mohamad Salleh membabitkan bayaran bagi perkhidmatan rundingan dan nasihat berjumlah RM1.755 juta, hujung Disember lalu.
Rafizi sebelum ini  mendakwa wang berkenaan sebenarnya digunakan Salleh untuk menyogok pegawai penyiasat SPRM dan Polis melalui Shamsubahrin.
“Ia bukanlah wayang. Sekarang Dato’ NFC kita terdedah kepada dakwaan bersubahat di dalam cubaan merasuah polis. Sekarang ini SPRM boleh campur tangan untuk menyiasat, kalau tidak sebelum ini perkara ini adalah urusan polis,” email berkenaan dipetik.
Justeru itu, kata Rafizi, SPRM harus mengambil tindakan segera ekoran keterangan peribadi Megat yang mendedahkan wujudnya dakwaan Salleh cuba merasuah pihak berkuasa.
“Keterangan peribadi yang dibuat oleh Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas ini perlu diberi perhatian serius oleh SPRM.
“Apatah lagi apabila beliau menyatakan pendapatnya bahawa ada unsur rasuah dan keterbabitan Datuk Salleh di dalam cubaan merasuah polis yang membolehkan SPRM mengambil tindakan segera ke atas perkara ini,” katanya.
Ekoran itu, katanya KEADILAN akan tampil membuat laporan SPRM berkenaan perkara tersebut pada 12 Januari ini.
“KEADILAN akan membuat satu laporan SPRM berkenaan perkara ini pada jam 3.30 petang ini di pejabat SPRM Shah Alam, agar siasatan boleh dijalankan segera,” ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=25444

Jan 12, 2012

MB JOHOR BOHONG RAKYAT



JOHOR BAHRU, 12 Januari 2011 – Setelah mendapat desakan daripada PAS Johor berhubung isu pengambilan QSR dan KFCH oleh JCORP, Dato’ Abdul Ghani Othman yang merupakan Menteri Besar Negeri Johor telah membuat kenyataan akhbar kali pertama berhubung isu berkenaan seperti yang disiarkan oleh Berita Harian edisi Khamis, 5 Januari 2012 dan Harian Metro edisi Jumaat, 6 Januari 2012.

PAS Johor semalam, telah membuat sidang akhbar sebagai kenyataan balas terhadap kenyataan akhbar yang dibuat oleh Menteri Besar.

Kenyataan akhbar kali ini dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Dato’ Dr. Mahfodz Bin Muhamed.

Di dalam kenyataan akhbar sebelum ini, Menteri Besar Dato’ Abdul Ghani Othman telah membuat beberapa kenyataan bohong dan mengelirukan rakyat Negeri Johor.

Antara kenyataan beliau adalah seperti berikut :

Kenyataan Pertama MB

1. Pengambilalihan tidak melibatkan pihak asing. JCORP hanya meningkatkan saham dalam QSR dari 33% kepada 51% dan dalam KFCH dari 17% kepada 51%.

Ulasan PAS Johor

Kenyataan cuba untuk mengelirukan dan memperbodohkan rakyat Johor. Bukankah JCORP bekerjasama dengan CVC Capital Partners (CVC) menubuhkan syarikat tujuan khas (special vehicle purpose) iaitu Massive Equity Sdn. Bhd. (MESB) yang mana JCORP memegang 51% kepentingannya manakala 49% lagi dipegang oleh CVC.

CVC merupakan sebuah firma equiti persendirian dan perunding pelaburan asing yang ditubuhkan di London pada tahun 1981 sebagai firma modal teroka kepada Citigroup (Citigroup Venture Capital-CVC) yang dipercayai mendapat sokongan kuat dari yahudi.

Pada tahun 1993, CVC telah diambilalih oleh pihak pengurusannya daripada Citigroup dan ditukar nama kepada CVC Capital Partners.

Bukankah sebaik sahaja pengambilalihan ini selesai maka secara langsung 49% kepentingan dalam QSR dan KFCH akan terlepas kepada pihak asing melalui CVC?

Kenyataan Kedua MB


2. Pengambilalihan keseluruhan kepentingan QSR dan KFCH melalui MESB adalah sebahagian ‘Proses Rasionalisasi’ perniagaan JCORP agar bahagian tertentunya menumpu kepada perniagaan utama seperti Kulim (M) Berhad tidak lagi terlibatdalam perniagaan runcit makanan tetapi menumpukan kepada perniagaan utamanya sahaja iaitu perladangan.

Ulasan PAS Johor


‘Proses Rasionalisasi’ dilaksanakan dalam dunia korporat bilamana sesuatu organisasi perniagaan menghadapi masalah di dalam pentadbirannya atau perniagaannya tidak mencapai prestasi yang diharapkan.

Di dalam kes QSR dan KFCH, keua-dua syarikat adalah merupakan syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan kedua-dua syarikat tersebut telah mencatatkan prestasii yang sangat baik dari segi jualan, keuntungan dan jumlah bilangan outlet sepanjang berada di bawah pengurusan Kulim (M) Bhd. Dengan kata lain QSR dan KFCH bukanlah syarikat yang ‘tenat’ seebaliknya merupakan ‘syarikat lubuk emas JCORP’ dengan jualan kasar mencecah RM 3 bilion setahun.

Adalah menjadi amalan biasa sesebuah syarikat terlibat dengan beberapa jenis perniagaan terutama ianya sangat baik jika dilihat daripada segi pengagihan risiko perniagaan (business risk diversification). Apa yang dilaksana oleh Kulim (M) Bhd. Dengan terlibat dalam sektor perladangan dan perniagaan runcit makanan adalah perkara biasa.

Antara prestasi cemerlang KFCH adalah peningkatan keuntungan kasar dari RM 65 juta (2005 sebelum diambilalih oleh JCORP) kepada RM 222 juta pada tahun 2010 (peningkatan 241%).

Prestasi cemerlang ini juga telah memberikan kepercayaan pemegang francais utama KFC untuk memberikan hak francais KFC di Singapura, Brunei, Combodia, dan India kepada KFC Malaysia.

Kenyataan Ketiga MB


3. CVC dipilih sebagai rakan kongsi JCORP kerana prestasi cemerlang dan pengalaman luasnya menguruskan perniagaan yang sama dan berpengalaman dalam membuat pelaburan di rantau ini.
Ulasan PAS Johor

Kenyataan ini merupakan satu lagi pembohongan Menteri Besar Johor kepada rakyat Johor. CVC adalah syarikat ekuiti persendirian dan perunding pelaburan dan bukannya pengendali rangkaian restoran makanan.
CVC sebenarnya langsung tidak mempunyai pengalaman dalam mengeendalikan perniagaan rangkaian restoran makanan.

Apa yang dirancang oleh MESB adalah untuk kemungkinan membawa masuk Mr. Art Rautio, bekas Timbalan Presiden dan Pengarah Urusan (Managing Director) Yum! Restaurants International berpangkalan di Singapura.

Beliau adalah lulusan Havards Business School, USA dan memiliki 23 tahun pengalaman kerja dengan PepsiCo dan 14 tahun berpengalaman kerja dengan Yum! Restaurants Asia di Singapura.

Yum! Restaurants Asia melalui Yum! Restaurants (India) Pvt. Ltd. Juga mengendalikan rangkaian Restoran KFC di India milik KFCH Malaysia.

Kenyataan Keempat MB


4. Pengambilalihan QSR dan KFCH akan dibiayai kombinasi tunai (ekuiti) dan hutang. Namun hutang yang ditanggung bukan pada JCORP sahaja, tetapi pada syarikat yang akan mengambilalih QSR dan KFCH. Dalam hal ini hutang itu akan disandarkan kepada kekuatan aliran tunai QSR dan KFCH.

Ulasan PAS Johor


Kos keseluruhan pengambialihan adalah RM 5.2 bilion. Kemungkinan apa yang akan dilakukan adalah mmasing-masing pihak (JCORP dan CVC) akan mengeluarkan modal awalan sebanyak RM500 juta bagi membolehkan MESB memiliki modal pusingan RM 1 bilion.

Baki RM 4.2 bilion akan diperoleh dengan membuat pinjaman atas nama QSR dan KFCH bersandarkan kepada kekuatan aliran tunai mereka.

Sebahagian dari hasil pengambilalihan RM 5.2 bilion yang diperoleh akan dimiliki oleh JCORP. Keuntungan ini akan dapat menampung kembali pusingan modal RM 500 juta yang dikeluarkan oleh JCORP.

Benarlah JCORP tidak menambah hutang di peringkat JCORP, sebaliknya menambah hutang di peringkat kumpulan iaitu QSR dan KFCH akan berhutang bagi meembiayai kos pengambilalihan itu.

Dalam kenyataan akhbar kali ini, Tuan Haji Dzulkefly, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor menyimpulkan bahawa,” PAS Negeri Johor sangat bimbang apabila QSR dan KFCH dibebankan dengan hutang maka sudah tentu akan menjelaskan prestasi dan keuntungan QSR dan KFCH, malah ianya juga akan membantutkan program perkembangan syarikat tersebut pada masa hadapan.”

Tambah beliau lagi, PAS Negeri Johor juga bimbang, selepas pengambilalihan hutang JCORP tidak selesai malah anak syarikatnya QSR dan KFCH pula akan terlibat dengan bebanan hutang.

Turut hadir dalam sidang akhbar ini ialah YDP PAS Johor Bahru dan Ketua Pemuda PAS Johor.

Sidang akhbar bermula kira-kira jam 11.30 pagi dan tamat sekitar 1.00 tengah hari.

Jan 10, 2012

PROGRAM KEBAJIKAN PAS PASIR GUDANG

Pemimpin turun Kepadang Ydp Kawasan Ziarah Nelayan
Mendengar cerita Mangsa di gigit kera  yang terima 12 jahitan
 Penyelia PAR Permas  ,Ziarah Warga Emas
Ziarah Warga Emas
Muslimat Kawasan Bersemangat ziarah dari Rumah ke Rumah
Pada 08.01.2012 Pas kawasan Pasir Gudang telah turun ke Padang ,di bawah Lajanah Kebajikan sampaikan sumbangan di Kg Pasir Gudang  Baru ,seramai 15 keluarga menerima barang keperluan Harian ,Program yang bermula jam 9.30 pagi berakhir 12 tengahari,turut bersama Ydp Kawasan Serta Ajk Kawasan ,Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda.

SEKITAR GAMBAR 901 SIRI 1

Semua yang masuk di pekarangan Mahkamah di Periksa .
Di Hadapan Masjid dan Medan selera
Menunggu Keputusan
Semangat Tian Chua berucapan selepas terima keputusan Anwar Bebas
Kumpulan ini terpaksa belindung di bawah ketiak Polis
Anwar Tiba di Pekarangan Mahkamah 8.20 Pagi
Rombogan Pkr Pasir Gudang tiba Jam 8.10
Lagi gambar gambar 901 akan saya masukkan dan sedikit pengalaman semasa perhimpunan 901 akan saya cerita dalam gambar yang kedua....

ANWAR 901 UCAP TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMIMPIN PAKATAN YANG DATANG BERISOKONGAN

Ulasan Pemecatan Hasan Akidah: Oleh Mohd Sayuti Omar

Reaksi pertama Hasan Ali atau Hasan Akidah mengenai pemecatannya ialah dia terkejut dan kesal dengan keputusan itu. Dia tidak sangka perjuangannya selama ini menegakkan Islam diperlakukan demikian. Amboi sehe batnya mana perjuangan Islam Hasan Akidah dalam Pas. Apakah lebih besar dari perjuangan Muhammad Sabu yang dipenjara dan dipukulk polis?


Kalau diukur perjuangan Hasan Akidah dengan Mat Sabu rasanya tidak sampai besar kuku cucu saya, Muhammad Khalif Ummar, yang dizahirkan 30 Disember tahun lalu.

Beberapa jam selepas melahirkan pernyataan itu Hasan Akidah berkata, pemecatannya kerana dia menyentuh Anwar. Pas pecat dia kononnya kerana dia mengkritik dan tidak bersetuju dengan Anwar. Rakaman kenyataannya itu sepanjang hari diputar oleh semua setesen tv yang menjadi penjilat buntut UBN.

Menerus syarahan ringkas di perkarangan rumahnya itu Hasan Akidah cuba memperbetulkan akidah politiknya. Penjelasan atau dakwaan itu tidak lebih dari motivasi basinya untuk menarik perhatian ramai supaya bersimpati dengannya. Apakah Hasan Akidah sedar dengan apa yang dikatakan itu. Sekali lagi dia cuba meremehkan jemaahnya sendiri. Memperkecilan tindakan presiden dan seluruh ahli jawatan kuasa.

Mereka yang rasional dan tidak mudah hanyut dalam kepetahannya boleh mengukur apa dijelas dan didakwa oleh Hasan Akidah itu. Dengan Inchek Ibrahim Ali duduk di sampingnya orang sudah boleh menganggakl sejauh mana kebenaran dan kelurusan akidah politiknya. Dr Haron Din, Ismail Kamus dan Taib Azamuddin dilaporkan hadir sama tetapi tidak diletakkan di depan. Mereka hadir mungkin untuk menyatakan simpati ke atas apa yang berlaku.

Dakwaan dan penjelasan Hasan Akidah itu sia-sia saja. Orang yang tidak mengaji sampai peringkat Phd yang tahu membuat research, pengkaian maklumat dan sebabgainya pun mengerti kenapa Pas harus mengambil keputusan yang maha berat itu. Isu yang membelit Hasan Akidah bukan sehari dua ini saja, tetapi sejak lama dulu. Sejak beliau menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor lagi, tetapi ia tidak didedahkan kepada umum demi kebaikan Pas.

Kesabaran Pas tidak mendedah itu menandakan Pas memberi peluang kepada Hasan untuk memperbetulkan akidahnya sebagai ahli Pas.

Pas telah menahan diri begitu lama kerana tidak mahu menimbulkan keributan dalam rumah dan memberi peluang kepada Hasan Akidah supaya kembali kepada akidah Pas. Pas membuat beberapa teguran termasuk memecatnya sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor kerana akidah Hasan Akidah terhadap akidah Pas sudah terpesong.

Saya membenarkan kalau orang mengatakan Hasan Akidah seorang yang jahil politik peringkat murakad. Seorang yang tidak tahu feqah politik. Dari awal lagi Hasan Akidah telah tersalah memilih Pas sebagai flatform perjuangannya. Dengan latar belakang pendidikan beliau sekular itu seharusnya dia kekal dalam Umno.

Hasan Akidah berlagak saja sebagai pakar motivasi boleh membangun jiwa orang lain, memberi semangat kepadanya murid mencapai A A A dalam pelajaran tetapi dia sendiri gagal untuk membajai dan membangun jiwa hamba dan jiwa juang dalam dirinya. Dia gagal untuk menjadikan jiwanya jiwa yang besar dan hebat.

Saya suka merujuk kepada tindakan jawatankuasa disiplin Pas yang pernah menganggutungkan keahlian Ahli Parlimen Khalid Samad kerana bergaduh dengannya. Sebelum itu dia memecat Khalid Samad dari jawatan Timbalan Pesuruhjaya. Pemecatan itu memedihkan Khalid Samad. Tetapi Khalid boleh menahan diri dan bersabar. Dia tidak bertindak mengkritik balas balik Hasan Akidah dan akur dengan keputusan parti yang menggantung keahliannya.

Kenapa Hasan Akidah tidak boleh mengambil pendirian dan sikap seperti Khalid Samad? Kalau Khalid redha dengan keadaan kenapa tidak dengan beliau?

Satu perkara yang ramai orang tidak tahu macam mana Presiden Abdul Hadi Awang mempertahankan Hasan Akidah. Pengorbanan dan jasa presiden ini tidak dikenang oleh Hasan Akidah. Selepas beliau tidak menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor ada desakan kecil agar beliau dipecat dari jawatan Exco. Tetapi Abdul Hadi mempertahankan agar kedududkan Hasan Akidah sebagai Exco jangan diganggu.

Sewaktu usul untuk membincangkan kedudukan Hasan Akidah, Abdul Hadi telah memberi warning. Apa saja cadangan terhadap Hasan boleh dibuat tetapi jangan usik kedududkannya sebegai Exco. Begitu sekali Abdul Hadi mempertahankan Hasan sehinggalah ke hari ini jawatan itu disandangnya walaupun Hasan Akidah bukan Pesuruhjaya Pas Selangor.

Malanya pengorbanan dan sikap rendah diri dan mahabbah yang ditunjukkan oleh Abdul Hadi Awang itu tidak dinilai oleh Hassan Akidah. Sepatutnya sebelum dia membuat reasech atau kajian tentang hala tujuan perjuangan Anwar yang kemudian dia menolaknya, kaji dan selidik dulu sikap, pendirian dan jiwa Abdul Hadi sebagai presiden. Kalau pun dia benci kepada Anwar yang tidak membantunya untuk menjadi MB Selangor, tetapi dia kena hormati Abdul Hadi sebagai ketua jemaah.

Hasan Akidah masih lagi dengan akidah merasakan dirinya hebat. Semasa berucap kepada kawan-kawan dan penyokong malam tadi, dia membilang dirinya sebagai hebat. Pakar itu dan ini sebab itu dia merasakan perjuangan Anwar, dasar ekonomi yang Anwar hendak bawa tidak dipersetujuinya. Dia juga obses kepada Islam, Melayu dan raja. Baguslah.

Marilah kita akui akan kehebatan dan keilmuan Hasan Akidah dalam segala macam aspek itu. Justeru elok rasanya kalau Umno memanggil Hassan Akidah menyertai parti itu. Mudahan dengan kemasukan Hasan beliau boleh perbetulkan akidah Umno ke atas landasan sebenarnya. Seorang pakar motivasi yang bijak membangun dan mempengaruhi jiwa orang tentu Hasan Akidah akan berjaya.

Bukan itu saja kalau Hasan Akidah menyertai Umno harapannya untuk menjadi Menteri Besar Selangor juga masih terbuka. Umno boleh letak Hasan Akidah atas belakang gajah dan keliling ke seluruh daerah di Selangor. Dari atas belakang gajah Hasan Akidah boleh membuka syarah.

Untuk menguatkan sokongan Hasan Akidah boleh diregukan dengan Ezam Mohamad Noor, tokoh memperjuangkan keadilan, membenteras kepalsuan Anwar Ibrahim dan anti korupsi itu. Kalau Hasan Akidah jadi MB, Ezam boleh jadi timbalannya.

InysaAllah dengan masuknya Hasan Akidah ke dalam Umno, Umno akan jadi parti akidah, parti yang kuat memperjuangkan Melayu sebab itulah yang hendak dibawa oleh Hasan Akidah di dalam Pas tetapi Pas pula 'tak amboh' dengan idea dan perjuangan itu.

Sama-sama kita tenguk setinggi mana kejayaan Hasan Akidah selepas ini. Apakah dia hanya setakat diberi jawatan presiden Perkasa(m) sahaja selepas NGO itu semakin hari semkin menirus dan pengaruhnya semakin mengecil.

Petua untuk Hasan Akidah sebagai orang pernah mengenali Inchek Ibrahim, ahli Parlimen menang atas tikit Pas itu tidak akan mencari dahan untuk bergantung kalau dia masih kuat dan berpengaruh serta berdiri sendiri. Apabila katak menghampiri lembah maka dia sudah tahu bahawa bumi akan gersang. Selamat berjuang kepada Hasan Akidah! /MSO

Jan 8, 2012

PAS PECAT HASAN ALI :VIDOE

901: Kenapa Polis Benarkan Berhimpun?

"Sebelum ini beratus malah mungkin beribu lapuran polis telah dibuat diseluruh negara untuk menghalang diadakan perhimpunan pada 9/1/2012 oleh kebanyakan NGO/pertubuhan yang pro UMNO malah ramai juga yang tidak bersetuju dengan perhimpunan tersebut terutamanya daripada YB yang melompat.Polis dan juga DBKL awal2 lagi telah mengeluarkan amaran yang agak keras kepada penganjur dan juga sesiapa yang terlibat berhimpun pada tarikh tersebut.. DBKL awal2 lagi telah mengeluarkan amaran yang pihaknya akan memantau perhimpunan tersebut melalui CCTV yang terdapat disekitar kawasan Ibu Kota dan juga sekitar kawasan mahkamah Jalan Duta.

Siapa sangka  kesudahannya Polis dengan mudah boleh memberi kebenaran dan membenarkan perhimpunan tersebut boleh diadakan dengan  beberapa syarat yang perlu dipatuhi..Walaupun syarat2 yang diberikan itu agak terlewat dikeluarkan.
Pihak polis melalui unit risikan sudah dapat menghidu sekiranya perhimpunan tersebut dihalang atau permit tidak dikeluarkan..Orang ramai termasuk penyokong PR akan tetap hadir dalam jumlah yang besar.
Kita jangan lupa 2 minggu sebelum tarikh  DSAI akan dijatuhi hukuman DSAI telah menjelajah keseluruh negeri berjumpa dengan rakyat dan setiap kali DSAI turun kesetiap negeri jumlah yang hadir mendengar ucapan DSAI mencecah ribuan orang..Petang Jumaat 6/1/2011 DSAI telah memberi taklimat pada diplomat asing berkaitan dengan kes yang beliau hadapi dan kemungkinan2 yang akan berlaku kepada beliau.Difahamkan perjumpaan dengan kawalan yang agak ketat dari pihak hotel pun masih ada SB yang berkeliaran disekitar lobi hotel.
Kesimpulan yang boleh kita fahami adakah kerajaan dan polis telah mendapat tekanan dari negara luar.Jawapannya ya!.. Soal DSAI salah atau tidak itu soal kedua..yang pasti seluruh dunia sedang memerhati negara kita..Mengikut jadual DSAI selepas kes mahkamah beliau akan terbang ke India bertemu dengan cucu Mahatma Gandhi dan selepas itu beliau akan terbang ke Istambul bertemu dengan PM Turki..DSAI adalah pemimpin ulung negara kita yang mendapat tempat dan dihormati  diseluruh dunia..Itu sebab kebanyakan pemimpin UMNO cukup marah dan dengki dengan DSAI.
Apabila negara luar memberi sokongan dan bantuan pada DSAI tidak semestinya beliau boneka pada negara luar.Kita di Malaysia sesama Islam pun masih mempunyai perasaan hasad dengki dan fitnah telah menjadi darah daging buat UMNO..Semudah2 jawapan buat pencacai UMNO kita harus bertanya pada diri kita sendiri sekiranya DSAI bersikap pentingkan diri sendiri lebih baik DSAI ambil nasihat Mahatir letak jawatan secara terhormat sebagai TPM semasa kes liwat 1 dulu.Sekurang2nya sekarang nie mungkin DSAI dah bergelar TUN dan mungkin juga dilantik sebagai Pengerusi mana2 GLC milik kerajaan setidak2nya kes liwat 2 tak akan timbul.
Oleh kerana DSAI sanggup membujur lalu melintang patah beliau sanggup mengambil risiko dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan semata mata berjuang untuk  rakyat yang sudah lebih 50 tahun ditindas dan ditipu hidup2  oleh rejim UMNO/BN.Sekiranya berlaku pada lain2 pemimpin UMNO adakah mereka sanggup mengambil risiko seperti DSAI?
Kebanyakan pemimpin UMNO malah menteri tak ada yang mempunyai rekod yang bersih seperti DSAI,Masanya telah tiba untuk kita nyahkan UMNO dari muka bumi ini.Kadang2 kita pun kesian dekat orang2 kampung yang ditipu dan selalu kena tipu dengan rejim UMNO..
PM Najib awal2 lagi telah cabut ke Afrika,begitu jugalah kebanyakan PM kita yang lepas2 apabila berlaku sesuatu kes dalam negara mereka lebih rela keluar dari Malaysia umpama takut pada bayang2 sendiri..Bagi kita rakyat Malaysia dan penyokong PR samada DSAI bebas,sabit kes atau dijamin pecayalah selepas PRU13 UMNO/BN akan berkubur.
Kekuatan yang ada pada UMNO/BN sekarang ini banyak bergantung pada negeri Sabah dan Sarawak.Kalau 2 negeri ini berlaku pergolakan atau krisis keyakinan tidak mustahil UMNO akan hilang sokongan dari negeri tersebut..Itu sebab sampai sekarang Najib tidak berani mengambil tindakan atau mendakwa Ketua Menteri Sabah dan Sarawak dengan perbagai isu berkaitan rasuah.Adakah Ketua Polis Negara berani menangkap Taib Mahmud dan menyerah Taib Mahmud pada Interpol..?Sekiranya Ketua Polis Negara berani mengambil tindakan keatas Taib Mahmud..umpama…kalau hari ini Taib Mahmud ditangkap tak sampai 24jam kerajaan yang ada sekarang ini akan tumbang..kebanyakan ahli parlimen dari Sarawak akan keluar dari BN.Sarawak mempunyai 31 kawasan parlimen dan Sarawak satu2nya negeri yang tidak ada  UMNO maupun ahli.Dan Sabah mempunyai 25 kawasan parlimen dan sebahagian nya bukan dari UMNO.Kalau berlaku situsi tersebut UMNO hanya akan mempunyai kerusi parlimen kurang dari 100 termasuk ahli parlimen yang melompat daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen yang ada.
Kurang 48jam detik 901 akan tiba ayuhlah  kita semua sebagai rakyat yang cintakan keadilan dan menolak pemimpin yang rasuah marilah kita berdoa semoga perjalanan dan perjuangan kita untuk bersama2 DSAI akan tercapai dan doa kita dimakbul oleh NYA…Amin

Jan 5, 2012

PENJELASAN ANWAR MENJELANG 901 MENARIK,....TERMASUK KENAPA ANWAR TAK BERSUMPAH

Amanat DS Anwar Ibrahim Menjelang 901.Jom dengar...

PAS JOHOR DESAK MB JAWAB ISU KFCH DAN QSR..UMNO JANGAN JADI PENGKIANAT PADA BUMIPUTRA

Pas Negeri Johor Mendesak Menteri Besar Ghani Othman menjawab isu tawaran pengambilan keselurahan perniagaan kfc Holdings(m) Bhd dan QSR Brands Bhd. Desakan kali kedua itu dilontarkan oleh Datuk Pesuruhjayanya,Datuk DR Mahfodz Mohamad yang mahu Mb Ghani Selaku Pengerusi Johor Corporation Jcorp agar  tidak terus mendiamkan diri sejak cabaran pertama di buat dua minggu lalu,

Jawab soalan media ..yang jadi Pengkianat UMNO dalam isu ini
Bersama Pihak Media
Menteri Besar Ghani kena Jawab isu yang di bangkitkan,kami mahu penjelasan, jika beliau berdiam diri dalam seminggu ini kami akan bertiNdak menghantar memorandum di Nusajaya Pejabat kerajaan Negeri.
dari Kiri Rosli Ydp Jb ,Datuk Mahfus ,Dzulkefly,Syed othman,Suhaizan
Kami rasa ada agenda tersebunyi yang dibimbangi akhirnya akan menguntungkan pihak pihak tertentu yang di lihat masih tidak akan membantu Jcorp menyelesaikan hutangnya, Pas negeri juga menyokong cadangan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia yang menyatakan hasrat mengambil semua kepentingan semua QSR dan KFCH dari pada di jual kepada warga asing jelasnya tawaran pembelian Rm 6.90 sesaham iaitu tinggi yang di tawarkan syarikat sebelumnya seperti yang di suarakan oleh Persiden DMMP.

Jan 3, 2012

PESAN ANWAR IBRAHIM

Beberapa hari sahaja lagi menuju keputusan kes mahkamahnya, Ketua Pembangkang Datuk Sri Anwar Ibrahim berpesan kepada rakyat walau apa pun berlaku jangan berhenti desak perubahan.

Tegasnya Barisan Nasional (BN) silap sekiranya berfikir mereka akan selamat dengan memenjarakan beliau.

Walau dipenjara sekalipun, Anwar berkata keutamaan kini adalah memastikan Pakatan Rakyat menu
mbangkan Barisan Nasional dan menubuhkan kerajaan di Putrajaya.

"Kita harus berjuang terus. Lawan tetap lawan. Kita harus bawa perubahan. Bukan penguasa zalim tentukan masa depan negara.

Salah kita andaikan satu penguasa boleh batalkan dan sekat kemaraan rakyat.

Kita harus yakin dgn keupayaan kita dan dengan izin Allah melakukan perubahan sebaiknya untuk rakyat dan negara ini."

Beliau berkata demikian di sesi temubual Fokus Berita terbitan TV Selangor di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pagi tadi.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan kes liwat Anwar pada 9 Januari depan.

Pemerhati meramalkan dua senario samada Anwar dihukum bersalah dan dipenjarakan atau dihukum bersalah tetapi diberi ikat jamin. Kedua-duanya menghalang beliau dari menyertai pilihanraya umum ke-13 nanti.

"Umno-BN gagal mentadbir. Gagal mengangkat martabat orang Melayu. Gagal memuliakan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan. Gagal dalam menjamin sistem ekonomi yang baik.

Gagal menurunkan harga barga. Gagal menaikkan pendapatan mereka. Pakatan Rakyat harus diberi sokongan oleh rakyat dan dengan izin Allah kita ganti Barisan.