Jun 30, 2009

TINDAKAN UMNO MEMALUKAN:ANWAR

KUALA LUMPUR – Tindakan pemimpin UMNO yang menuntut Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya memohon maaf menerusi media sebagai kempen pilihan raya adalah satu yang memalukan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah dilihat lebih baik dan mempunyai peluang cerah dengan bantuan Menteri Besar Kelantan itu.

Menurutnya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) diharap tidak mencurahkan wang dan dana yang banyak untuk memastikan kemenangan calon mereka kerana majoriti penduduk di Manek Urai adalah golongan miskin.

“Dengan bantuan Tuan Guru nik Aziz, saya yakin Pas akan menang di Manek Urai,

“Tindakan UMNO BN yang mengecam Tuan Guru Nik Aziz agak keterlaluan dalam media, saya fikir ia satu langkah yang memalukan,” katanya di lobi Parlimen, semalam.

Anwar berkata demikian bagi mengulas kenyataan beliau tentang cara kempen kotor UMNO dalam Pilihan Raya kecil DUN Manek Urai yang akan bermula 6 Julai ini.

Beliau berkata, pemimpin UMNO tidak sewajarnya mencerca Nik Aziz kerana kedudukan Nik Aziz kini bertaraf Tuan Guru dan soal politik yang mengaitkan Nik Aziz tidak seharusnya di jadikan mainan media.

“Saya rasa jikalau kita fikir mengenai kedudukan Tuan Guru Nik Aziz sekarang, setuju tidak setuju dalam politik, itu hanyalah dalam politik semata-mata.

“Tidak perlulah sehingga memaksa Tuan Guru meminta maaf dan terus dicerca terus menerus dalam media itu tidak sihat,” katanya.

Anwar berkata, kini pemimpin UMNO berlagak menjadi ustaz semata-mata untuk memburukkan Nik Aziz sebagai senjata kempen mereka di Manek Urai.

Beliau berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan terus turun berkempen di Manek Urai untuk membantu Pas memenangi pilihan raya kecil DUN Manek Urai ini.

Terdahulu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta ampun kepada Tuhan berhubung kenyataannya menyamakan UMNO dengan ajaran sesat dan komunis pada satu ceramah politik di Kelantan minggu lalu.

No comments:

Post a Comment