Jun 12, 2009

MCA BAKAL TINGGAL BN .......??????


Hasil pungutan suara dalam laman blog Presiden MCA, menunjukkan majoriti melebihi 75% mahu MCA keluar dari Barisan Nasional. Presiden UMNO bercakap bagi pihak MCA bahawa sekutunya itu tidak akan keluar BN. (BeritaHarian)

Kalau MCA keluar, kemana halatujunya? Iklim politik di Malaysia tidak menjuruskan atau memungkinkan sesebuah parti politik boleh berdiri sendiri. Masyarakatnya yang majmuk memerlukan satu pakatan politik yang bergerak dengan satu tujuan yang memerlukan kepada keperluan asas seperti keadilan sosial dan menghapuskan kezaliman.

Di atas dasar itu Pakatan Rakyat di wujudkan. MCA diucapkan selamat datang.

Kenapa pungutan suara diadakan oleh Presiden MCA?

Adakah ia saja-saja diadakan untuk mengukur populariti MCA?

Adakah MCA sudah lama memakan hati, menjeruk hati dengan UMNO yang mendominasi BN?

Kenapa perlu seorang Presiden UMNO bercakap bagi pihak MCA? Memadailah Presiden MCA membuat ulsan atau pengakuan berkait dengan pungutan suara tersebut. Pengakuan yang dibuat oleh seorang Presiden parti lain boleh mengundangkan fitnah.

Nanti, ramai yang akan berkata, tiada angin masakan pohon bergoyang.

2 comments:

  1. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Kenapa tuan blogger sibuk dengan Parti MCA BN nak keluar dari Bariasn Nasional . Bagi saya tuan blogger e2 lantak pi la dengan MCA VS BN . Apa kata tuan blogger tukar tajuk Tuan Guru Nik Aziz keluar dari Parti SeMalaysia (PAS).Barulah seronok nak di bincangkan dalam blog tuan . Tuan Guru Nik Aziz dah pun selesai habis "SECRET MEETING " . So agak2lah apa yang di bincangkan dalam "SECRET MEETING" yang di pengerusi oleh TG Nik Aziz baru2 ni . Kami dari kumpulan die hard kepada perjuangan TG Nik Aziz memang sokong 1000% jikalau TG NIk Aziz keluar Parti SeMalaysia (PAS) yg mana Presidennya TG haji Hadi,Timbalan Presiden Ustaz Nasarudin dan su Pas Mustaffa Ali yg kemaruk untuk membina Kerajaan Perpaduan drngan UMNO BN . So Tuan blogger please tukar tajuk , kita tengok berapa banyak yang akan layari blog tuan.

    ReplyDelete
  2. Salam pada Tuan Hj Jamaludin...

    Cubalah MUHASABAH diri kita....

    Cari PUNCA dan SEBAB...

    Kenapa UMNO di talkinkan...di Sabah ???
    Kenapa ramai anggota parti UMNO keluar parti ?
    Kenapa Senator Dato' Zaid Ibrahim letak jawatan?
    dan kenapa anggota MCA bertindak sedemikian rupa
    dan banyak lagi soalan soalan yang perlu kita fikirkan secara JUJUR...

    Dan Tuan Hj mungkin tahu kenapa TG Nik Aziz mempertahankan isu KERAJAAN PERPADUAN.. ni ....kerana ada sejarah hitamnya...

    Politik itu tidak kotor yang mengotori nyer ialah "POLITICIAN"

    Pada empunya blog ni...adalah hak beliau untuk mengutarakan isu isu semasa...

    Sekurang kurang nyer kita ambil iktibar atas berita sensasi ini untuk di fikirkan dengan fikiran yang terbuka..

    Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

    Wallah Hualam

    ReplyDelete