Jun 3, 2009
HANYA 30 MASUK PKR;ISA SABU
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh meletakkan impian terbarunya, tetapi beliau jangan hanya memikirkan kekuatan yang ada pada parti tersebut semata-mata.
Katanya, Anwar juga perlu melihat kekuatan Barisan Nasional (BN) yang kini giat menjalankan usaha untuk menawan semula Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah. ''Jangan dia ambil kira 'pukulan' dia sahaja. Dia kena fikir 'pukulan' BN dan UMNO, kata Isa.
''Kalau nak diambil kira impian, semua orang ada impian, tetapi adakah impian itu boleh dicapai dan sesuai dengan kemampuan diri sendiri," katanya lagi . Md. Isa berkata, selepas siasatan dilakukan, jumlah ahli UMNO yang menyertai PKR hanya kira-kira 30 orang.
''Mereka yang menyertai pembangkang disebabkan dasar kecewa kepada UMNO selepas kalah dalam pemilihan dan ada yang tidak dilantik sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
''Kemasukan beberapa orang ke dalam PKR tidak memberikan masalah yang besar kepada UMNO, malah ia lebih menyenangkan parti kerana tiadanya spesies 'amfibia' di dalam parti," ujarnya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Mesra Peserta dan Pemimpin Masyarakat Bersama Menteri Besar di Dewan Serbaguna Felcra Lubuk Sireh di sini.
Sementara itu dimaklumkan bahawa mungkin ada kejutan bagi Umno Perlis. Berkemungkinan ada tokoh besar dari UMNO Perlis akan menyertai PKR.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment