Jun 23, 2009

IBRAHIM ALI .... AL...KA... BIDAS ANWAR,,,

KUALA LUMPUR -Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan tuduhan melulu beliau terhadap UMNO yang didakwa menindas rakyat Kelantan n . Katanya kenyataan itu membuktikan bahawa Anwar seorang tidak tahu malu dan bermuka tebal.

"Apakah benar penindasan berlaku ke atas rakyat Kelantan? Jika benar, mengapa dia sendiri tidak memohon maaf ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu?


"Jangan ingat semua orang bodoh dan lupa kenyataannya dahulu ibarat burung di padang pasir, kepala di dalam pasir, punggung di luar,'' katanya .


Ibrahim menjelaskan, pembangunan di Kelantan sekarang seperti projek Jambatan Sultan Ismail, lapangan terbang, universiti, sekolah, maktab dan lain-lain adalah projek Kerajaan Persekutuan.


"Cukuplah. Anwar tidak perlu ajar rakyat Kelantan, cukuplah apa yang terjadi kepada orang Melayu di Pulau Pinang,'' tegasnya.


Pemerhati politik sedang menanti-nanti keputusan kemanakah arah tuju politik Ibrahim Ali. Sebelum tahun 2008 beliau kerap mengeritik Umno kerana inginkan kerusi dan simpati Nik Abdul Aziz. Kini kelihat Ibrahim lebih berminat menyokong Umno.

1 comment:

  1. YB Ibrahim Ali, pemimpin melayu yang sedar bahawa kuasa politik melayu/Islam sedang terancam.

    Berapa ramai kah lagi ahli politik melayu/Islam yang sedar dan berani bertindak?

    Lebai Mangkuk

    ReplyDelete