Jul 31, 2009

POLIS DAH MULA SEKATAN JALANRAYA PASIR GUDANG

Polis mengadakan sekatan jalanraya di lebuh raya Pasir gudang dekat Johor Jaya menuju ke Lebuh raya Selatan Utara menjelang, dua perhimpunan ISA yang dirancang diadakan esok.

Lalulintas sesak teruk gara gara Polis mengadakan sekatan di lebuhraya tersebut.

Terdapat dua sekatan jalanraya di Lebuhraya utara selatan di kawasan Pagoh dan satu lagi di Seremban.Maklumat ini dari pada rakan rakan yang mulakan perjalanan awal .SEGALA MAKLUMAT TERKINI AKAN DI BERITAHU.

SOKONG UMNO TAPI 40 TAHUN KENA TIPU


Semalam saya bersama rombongan orang kampung sentosa 2 cahaya baharu masai berhasarat untuk jumpa Mb Johor ,sayangnya Mb berada di Sarawak ,walaupun pihak kami telah hantar surat untuk maklumkan kehadiran kami tapi pihak kerajaan Negeri tidak menghubungi pihak kami mengenai MB berada di Sarawak,hasrat orang kampung hanya ingin tahu bila kemudahan asas di kampung akan di laksanakan setelah 40 tahun tiada bekalan eletrik dan air ,... kami dah tak percaya lagi pada janji janji pemimpin kami ,isu ini pernah saya dedahkan sebelum ini.

Jul 30, 2009

NIK AZIZ BUKAN PEJUANG ISLAM SEBENAR



KUALA LUMPUR 28 Julai - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata kesat atau memaki hamun pihak lain.

Katanya, Menteri Besar Kelantan itu seharusnya memberi contoh terbaik kepada ummah dan bukannya memaki hamun dan mengeluarkan kenyataan yang kurang sopan kepada pihak lain.

"Nik Aziz juga tidak sepatutnya melabelkan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya sebagai menyimpang dari perjuangan Islam sebenar.

"Ini kerana, Nik Aziz sendiri bukan seorang pejuang Islam sebenar dan tidak bersifat sempurna atau maksum seperti Nabi. Justeru, beliau tidak berhak mengeluarkan kenyataan yang bersifat seolah- olah tidak bertamadun," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas kenyataan Nik Aziz yang menyebut ungkapan kurang sopan 'pergi jahanamlah UMNO' ketika diminta mengulas 'salam' kerjasama di antara UMNO dan Pas.

Semalam, Mursyidul Am Pas itu menjelaskan, 'salam' kerjasama yang dihulurkan sebelum ini adalah atas hubungan antara kerajaan Pusat dan negeri yang tiada kaitan sama sekali dengan kesediaan membentuk kerjasama antara Pas dan UMNO.

Menurut Nik Aziz, beliau tetap dengan pendirian menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Ahmad Zahid menambah, jika Nik Aziz atau kerajaan negeri Kelantan mahu berbaik-baik dengan kerajaan Pusat hanya kerana ada udang di sebalik batu, lebih baik lupakan sahaja hasrat tersebut.

Ini kerana, jelasnya, Nik Aziz sendiri tidak pernah ikhlas untuk menjalin hubungan dengan mana-mana pihak sama ada kerajaan Pusat atau UMNO sendiri.

"Lupakan saja hasrat tersebut," ujarnya. - Utusan

SIAPA BUNUH TEOH............?

Mahkamah koroner diberitahu hari ini terdapat lebih dari satu kesan DNA dijumpai pada pakaian yang dipakai oleh Teoh Beng Hock yang jatuh ketika disoalsiasat oleh SPRM.

Berita ini menambahkan spekulasi bahawa Teoh telah di kasari sebelum dia terjatuh atau pun dihumban melalui tingkap tingkat 14 pejabat SPRM dimana beliau disoal siasat sebagai saksi.

Peguam yang mewakili pejabat Peguam negara memberitahu, ” Menurut laporan DNA pertama, profil DNA yang diperolehi pada jaket simati mengandungi campuran dua jenis DNA lelaki berlainan.”

“Satu menyamai contoh darah milik teoh manakala satu lagi sampel DNA lelaki yang tak dikenali.”

Tan juga memberitahu, seramai 102 orang telah memberikan contoh DNA mereka untuk diuji.

“Saya diberitahu oleh Pakar Kimia bahawa 90 keputusan DNA telah siap dan 12 lagi akan diuji. Saya juga diberitahu oleh Pegawai Penyiasat baahwa 2 orang telah enggan memberikan sampel mereka untuk diuji. Itu yang menyebabkan mengapa laporan kedua masih tertangguh.” beliau memberitahu.

Bila diminta oleh Gobind Singh Deo, peguam kepada keluarga Teoh, Tan enggan mengesahkan sama ada perbandingan telah dibuat.

Inkues ini akan disambung semula pada 5 Ogos.

Jul 29, 2009

JANGAN LUPA 1 OGOS


Seluruh rakyat Malaysia diseru turun-turun beramai-ramai menyertai Himpunan Mansuhkan ISA yang akan berlangsung dalam masa TIGA hari sahaja lagi, bagi menunjukkan solidariti menentang akta zalim yang masih diamalkan oleh kerajaan Malaysia
Menurut laman rasmi himpunan tersebut, Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

INKUES KEMATIAN TEOH ....

Inkues terhadap kematian Teoh Beng Hock bermula jam 9.20 pagi tadi di hadapan koroner Azmil Muntapha Abas di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Sejumlah 77 saksi, termasuk tunang Teoh - Soh Cher Wei - dijangka dipanggil memberi keterangan di prosidng inkues tersebut yang dijadual berjalan selama 15 hari.

Peguam Karpal Singh, Gobind Singh Deo dan Sankara Nair bertindak sebagai peguam pemerhati kepada keluarga Teoh dalam inkues tersebut.

Anggota keluarga Teoh tiba kira-kira jam 8.20 pagi tadi manakala para wartawan berkumpul seawal jam 7.30 pagi untuk mendaftar diri.

Kira-kira 50 wartawan memenuhi dewan mahkamah untuk membuat liputan inkues tersebut.
MALAYSIA KINI

KONSPIRASI BN BETERUSAN

KUALA TERENGGANU – Siri konspirasi untuk ‘merampas kuasa’ kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya lalu kini sedang ditumpukan oleh Barisan Nasional (BN) ke negeri Selangor.

”Setelah mereka berjaya merampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak melalui satu konspirasi ‘haram’ terancang, kini mereka menumpukan pula kepada kerajaan negeri Selangor.”kata Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.

Beliau yang ditemui Buletinonline semalam berkata, rentetan serangan fitnah dan manupulasi yang dilakukan BN menunjukkan Presiden UMNO, Dato’ Seri najib Razak akan mengulangi apa yang berlaku di negeri Perak.

Menurutnya, ia bermula dengan penahanan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor kawasan Kinrara sehinggalah yang terbaru, tuduhan keatas beberapa ADUN yang didakwa melakukan penyelewengan.

”Mula-mula ADUN Kinrara, Teresa Kok ditahan tanpa apa-apa sebab dan kesalahan dibawah akta zalim ISA pada 12 September, tahun 2008,

”sekarang yang terbaru, tuduhan penyelewengan keatas beberapa ADUN Selangor yang didakwa kononnya menyalahgunakan peruntukan kerajaan negeri,”ujarnya.

Katanya, tekanan, ugutan dan fitnah ini sama seperti kes yang berlaku ke atas tiga bekas ADUN Pakatan Rakyat negeri Perak, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga bekas ADUN Bukit Selambau.

Katanya, BN berjaya menjatuhkan kerajaan Perak apabila ketiga-tiga bekas ADUN Perak ‘melompat’ menjadi penyokong BN, tetapi gagal di negeri Kedah dan Pulau Pinang.

”Kerana tiga ekor ‘katak’ melompat menjadi penyokong BN, kerajaan Pakatan Rakyat jatuh di Perak,

”di Bukit Selambau BN gagal kerana bekas ADUNnya, V. Arumugam terlebih dahulu meletakkan jawatan setelah di ugut pelbagai cara,

”begitu juga di Penanti, Fairuz yang menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri ketika itu sanggup berundur kerana dia tahu ia adalah rancangan jahat BN mahu menjatuhkan Pakatan Rakyat,”jelas Chai Hing.

Menurutnya, BN pernah melakukan beberapa percubaan di negeri Selangor sebelum ini dengan memfitnah Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan mengedarkan gambar peribadi Exco kanan Selangor, Elizabeth Wong.

Katanya, tindakan keji BN yang tidak mahu menerima keputusan rakyat dalam pilihanraya ke 12 tahun 2008 akan dihukum oleh rakyat pada pilihanraya ke 13 akan datang.

”Rakyat sekarang sudah jelas, mereka mendapat maklumat dan berita dari pelbagai sumber, BN akan menerima hukuman pada pilihanraya ke 13 nanti,”tegasny SUMBER BULETIN ONLINE

Jul 28, 2009

POLIS BERI AMARAN BATALKAN PERHIMPUNAN

Polis memberi amaran tegas terhadap pihak pro dan anti-ISA supaya membatalkan rancangan mereka untuk mengadakan perhimpunan Sabtu ini.

Ketika memberi amaran tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur, , Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, perhimpunan itu dikhuatiri menimbulkan ketegangan dan mengancam keselamatan awam.

Menurutnya, polis telah memanggil Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) semalam untuk memaklumkan mengenai arahan tersebut kepada mereka.

Manakala polis juga, katanya, akan bertemu dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) petang esok untuk memaklumkan perkara yang sama.

Polis juga, katanya, akan mengadakan sekatan jalanraya dua hari lebih awal dan akan menahan bas-bas disyaki membawa pesertai ke perhimpunan itu.

Sebelum ini, Pewaris dan sepuluh lagi NGO Melayu yang pro-ISA, merancang berdemonstrasi Sabtu ini di ibu negara, serentak dengan perhimpunan besar anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan pakatan pembangkang.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat polis kontinjen Kuala Lumpur petang ini, Datuk Muhammad Sabtu berkata polis mengkelaskannya sebagai satu perhimpunan haram di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967.

Polis juga, tegasnya, akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 141 Kanun Keseksaan atau undang-undang lain sekiranya ada pihak yang mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.

Menurutnya, pihak polis telah bersedia dengan kekuatannya untuk memfokuskan kepada perhimpunan itu jika diadakan juga.

"Polis akan mengambil tindakan berhemah, kecuali tidak ada cara lain. Polis tidak ingin melihat berlakunya kecederaan, luka atau dalam keadaan yang terdesak," tegas Datuk Muhammad Sabtu.

Ditanya sama ada polis akan membuat tangkapan awal bagi mengelak perhimpunan tersebut, beliau berkata:

"Sebagai langkah pencegahan, polis boleh mangambil tindakan awal mengikut Seksyen 105, Kanun Acara Jenayah, jika nampak niat, pergerakan walaupun sehari sebelumnya," katanya.SUMBER MALAYSIA KINI

UMNO TAK PERNAH RASA BERSALAH


Saya tidak merasa hairan dengan setiap tindak-tanduk dan perangai jahat pimpinan UMNO dalam merealisasikan segala matlamat mereka demi mempertahankan kuasa yang ada. Golongan ini tidak pernah merasa takut dengan segala amaran Allah. Bagi mereka apa yang dihajati mesti dicapai dengan apa cara sekalipun. Tidak kiralah samada tindakan itu mematuhi undang-undang maupun sebaliknya.

Kita sendiri boleh lihat bagaimana mereka merampas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Begitu juga dengan kes fitnah liwat terhadap DSAI. Kes Elizabeth Wong, Exco Selangor.

Terkini tindakan tidak bermoral SPRM (pecacai UMNO) dalam menyiasat kes dakwaan rasuah terhadap ADUN Pakatan Rakyat Selangor. Kaedah soal-siasat yang digunakan oleh para pegawai SPRM ini serupa saja dengan cara Polis menyoal-siasat suspek. Cara ugutan, paksaan, makian dan pujukan. Dan kejadian yang palling tragis sekali apabila Teoh Beng Hock menemui ajal setelah terjatuh dari tingkat 14 Pejabat suruhanjaya tersebut. Mayatnya dijumpai di atas bumbung tingkat 5.

Adakah mendiang membunuh diri atau dibunuh, takde siapa yang tahu. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.

Tak syak lagi segala dakwaan yang dibuat terhadap ADUN Pakatan Rakyat Selangor hanyalah merupakan salah satu siri dakwaan yang sengaja direka dengan tujuan untuk menjatuhkan kredibiliti kerajaan Pakatan Rakyat di negeri paling kaya itu. Semua bukti yang dikemukakan memang sengaja direka. Memang UMNO/BN boleh ada-adakan bukti tersebut kerana seluruh jentera kerajaan Pusat mereka yang pegang. Boleh diperalatkan semahunya.

Puak-puak pemimpin UMNO tak usahlah nak tunjuk baik pada rakyat. Sejak bila "puak-puak bangsat" ni begitu serius untuk memerangi rasuah. Cuba tanya si Khir Toyo tu, dah berapa banyak skandal rasuahnya yang didedahkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat tapi kenapa BPR dan SPRM tak bertindak.

Skandal rasuah Najib berjumlah RM 960 juta hasil pembelian kapal selam dan pesawat Sukhoi, mengapa takde sekor pun pegawai BPR dan SPRM yang berani siasat. Apa dia orang ingat Malaysia ni bapak dia punya ke ? Mentang-mentang berkuasa, boleh buat sesuka hati saja. Dan skandal PKFZ yang melibatkan berbilion duit rakyat, kenapa BPR dan SPRM senyap .?

KERJASAMA DENGAN PUSAT BUKAN DENGAN UMNO-TOK GURU

KB: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kesediaan beliau menghulur tangan untuk berbaik-baik bukanlah dalam konteks Pas dan Umno tetapi antara kerajaan Kelantan dan kerajaan pusat.

Katanya laporan akhbar yang menyatakan beliau Pas dan Umno bekerjasama adalah tidak tepat dan di luar daripada maksud kenyataan beliau.

"Saya cakap antara kerajaan (negeri) dengan kerajaan (pusat). Untuk apa nak bekerjasama dengan Umno," katanya selepas melawat Karnival Peladang, Penternak dan Nelayan Kelantan 2009 di Padang Perdana di sini Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataannya sebeklum ini untuk melupakan sengketa politik antara kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pas dan kerajaan pusat dalam usaha menjaga kepetingan rakyat dan perpaduan Islam.

Kenyataannya itu mendapat reaksi positif Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata ia akan membuka lembaran baru dalam kerjasama antara kedua-dua pihak.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat perlu ditingkatkan berdasarkan kepada perlembagaan yang ada.

"Kerajaan pusat ada kewajipan membantu kerajaan negeri. Kita bukan minta tetapi ini hak perlembagaan yang menetapkan peruntukan itu disalurkan," katanya.

Beliau berkata Pas tidak bercadang untuk mengadakan hubungan peringkat parti dengan parti sebagaimana berlaku semasa zaman Allahyarham Tun Abdul Razak "kerana kesan daripada hubungan itu masih terasa". / Bernama

Jul 27, 2009

MEMPERKASA PARTI

Kertas kerja pemuda di bentangkan oleh su pemuda


Pas Pasir Gudang mengadakan Program memperkasakan Parti dengan setiap cawangan ,Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat membentangkan kertas kerja masing masing .

TERKINI H1N1 ...KORBAN KEDUA

Wabak selesema A (H1N1) memakan korban kedua - lelaki 46 tahun yang menerima rawatan sejak 16 Julai lepas meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, 12.35 tengahari semalam.

Seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1).

Jul 25, 2009

MEMORANDUM RAKYAT NEGERI JOHOR (KEADILAN UNTUK TEOH BENG HOCK)

KEPADA:
PERDANA MENTERI ,
Y.A.B. DATO' SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK

MENTERI DALAM PEJABAT PERDANA MENTERI
Y.B. DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ


Kami, pertubuhan sosial dan Parti-parti politik, serta kumpulan masyarakat yang prihatin berasa amat terkejut, sedih dan meragu terhadap tragedi kematian Teoh Beng Hock, seorang setiausaha politik exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang telah dijumpai mati di bangunan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 16 July 2009.



Tindakan Soal-Siasat SPRM mengambil masa sepanjang kira-kira 10 jam 45 minit, dari jam 5 petang , 15 Julai hingga jam 3.45 pagi hari Khamis 16 Julai, adalah merupkan tindakan yang dapat menyebabkan penderaan mental Mendiang Teoh. Tambahan Lagi, menurut dakwaan Exco Selangor YB Ean, Mendiang Teoh tidak dapat dihubungi dengan telefon, dan dilarang diiringi dengan penasihat undang-undang sepanjang masa tragedi berlaku.



Namun, tindakan SPRM yang melakukan siasatan pantas terhadap Dakwaan Peruntukan ahli-ahli DUN Selangor yang hanya berjumlah 50-60 ribu, adalah bermotifkan politik jika berbanding tindakan SPRM yang kurang bersemangat terhadap siasatan Dakwaan Rasuah di PKFZ yang berjumlah 12.5 Billion dan “Istana” Khir Toyo .



Kami, daripada Jawatankuasa Bertindak berpendapat bahawa Tragedi kematian ini tidak sepatutnya dilihat sebagai isu perkauman, tetapi merupakan isu kebangsaan yang telah menyebabkan pertikaian terhadap Kenapa seseorang yang menjadi Saksi kepada Sisasatan SPRM, telah mati di agensi Kerajaan SPRM tanpa memberi perlindungan yang selamata.



Oleh yang demikian, Kami medesak supaya:


1) Akta SPRM harus digubal untuk memantau tingkah laku anggota penyisasat SPRM yang menyeleweng kuasa dan bermotifkan politik seperti terhadap Dakwaan Peruntukan DUN Selangor.



2.) Suruhanjaya Diraja yang disyorkan Perdana Menteri pada 23 Julai 2009, yang sepatutnya meliputi kuasa siasatan yang lebih menyeluruh terhadap punca kematian dan tingkaklaku penyelewengan kuasa SPRM. Sejumlah setengah bilangan anggota Suruhanjaya hendaklah didirikan dari wakil parti Pembangkang dan Pertubuhan Ngo untuk menunjukkan saksama dan ketelusan.

3) Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Ahmad Said Hamdan dan semua pegawai SPRM yang terlibat mesti digantung tugas dengan serta-merta untuk mengelakkan segala ganguan dalam siasatan.



4.) Konsep “ satu Malaysia” yang mendahului Rakyat yang dibentangkan Perdana Menteri, harus diterjemahkan kepada Perlindungan terhadap Mendiang Teoh, seorang Rakyat yang tidak seharusnya mati di bawah Pentadbiran Kerajaan.

5.) Perdana Menteri harus memastikan sistem penguatkuasaan seperti SPRM, tidak mencabuli hak asasi sesiapa sahaja dalam proses siasatan. Lanjutannya, Pengesyoran IPCMC (Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ) terhadap pemantauan salaklaku polis, juga dapat diapplikasi untuk menubuhkan badan pemantauan kuasa pihak penyiasat SPRM yang dapat mencegah berlakunya kes kematian saksi di Agensi SPRM.





Sekian.



Jawatankuasa Bertindak Rakyat Negeri Johor —

Menuntut Keadilan untuk TEOH BENG HOCK

CERAMAH PAKATAN





CERAMAH PAKATAN RAKAYAT DI GELANG PATAH OLEH YB LIM KIT SIANG ,YB GOBIND DAN HANIFAH MYIDIN .SERTA ORANG RAMAI TURUKAN TANDATANGAN TANDA BANTAHAN TERHADAP SPRM.

TIDAK FAHAM INKUES DAN SURUHANJAYA DIRAJA

Aku memang tidak begitu memahami perkara-perkara undang-undang ni,oleh sebab itu bila kerajaan bersetuju menubuhkah Suruhajaya Diraja,aku menyangkakan bahawa kerajaan telah menerima pelbagai desakan dari banyak pihak itu dengan jujur.

Rupanya banyak perbezaan didalam pengumuman yang dilakukan olen PM baru-baru ini.Inkues dan Suruhanjaya Diraja rupanya jauh berbeza.

Keputusan yang diumumkan oleh Najib menyebut :

* Kementerian Dalam Negeri dan polis diarahkan menyiapkan segera siasatan dan laporan siasatan tersebut akan diumumkan.
* Satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh.
* menubuhkan suruhanjaya diraja dengan bidang kuasa khas untuk menilai kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM dan menentukan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Jun hingga awal pagi esoknya.Susulan kematian mengejut dan penuh tanda tanya Teoh selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN di Selangor, banyak pihak menggesa penubuhan suruhanjaya tersebut.

Rupa-rupanya punca kematian Teoh masih cuba disembunyikan dari pengetahuan orang ramai,kerana inkues cuma diketuai oleh seorang majistret sahaja.Suruhanjaya Diraja cuma ditubuhkan untuk menyiasat kaedah pelaksanaan soal siasat oleh SPRM sahaja.

Jul 24, 2009

TOK GURU NIK AZIZ, ANWAR SERTAI DEMO

ik Aziz, Anwar sertai demo anti-ISA
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut serta dalam himpunan besar-besaran mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos ini.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata perhimpunan itu juga turut disertai pimpinan atasan Pakatan Rakyat, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin lebih 83 NGO dalam gabungan tersebut.

Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang media selepas menyerahkan surat pemakluman kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung hasrat GMI menyerahkan “deklarasi rakyat” pada tarikh tersebut.

Surat tersebut diserahkan kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Mohd Khairi Abdul Rahman di pondok pengawal, kira-kira jam 11.50 pagi tadi.

Syed Ibrahim diiringi Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzzaman Mohamad.

MANSUH ISA VS PRO-ISA




Kenyataan Media Oleh Ust Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)yang akan mengadakan Himpunan Mansuhkan ISA terbesar pada 1 Ogos minggu hadapan di Ibu Negara.

Kesungguhan GMI ini akhirnya berjaya membuatkan Pendukung Akta Keselamatan Dalam Negeri (Pro-ISA) tercabar untuk melakukan Himpunan yang sama pada hari dan waktu yang sama (2 petang).

PAS melihat bahawa inilah peluang untuk Kerajaan melihat kesungguhan rakyat terhadap Akta zalim ini. Pada 1 Ogos ini seluruh rakyat diseru untuk keluar rumah dan menyertai referendum rakyat ini. Inilah hari Referendum ISA yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah negara dibawah kepimpinan Perdana Menteri yang baru. Dato' Seri Najib Tun Razak.
Jika anda menyokong pemansuhan ISA, maka berhimpunlah bersama GMI di SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara sebelum berarak beramai-ramai ke Istana negara dengan pakaian Hitam atau Merah.
Jika anda menyokong kumpulan Pro-ISA, maka hadirlah bersama mereka di Pasar Seni dan kemudian berarak ke Istana Negara dengan pakaian putih.
Maka pada hari itu, Istana dan Kerajaan akan melihat kelompok manakah yang mendapat suara referendum yang majoriti.
Jika Kumpulan GMI lebih ramai maka Kerajaan haruslah mansuhkan ISA serta merta, begitu juga sebaliknya.
PAS yakin, GMI mampu mengumpulkan lebih dari 100 ribu rakyat untuk mendesak Kerajaan memansuhkan ISA.
PAS berharap agar pasukan Polis bertindak bijak dan tidak mencetuskan provokasi supaya kedua-dua kumpulan ini dapat berhimpun secara aman.
Mansuh ISA!!!...MAnsuh ISA!!!...Mansuh ISA!!!
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

TARIF BARU ELEKTRIK

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tarif baru elektrik akan dikaji dengan mendalam berikutan harga gas yang semakin meningkat.

:Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata peningkatan harga gas itu menyebabkan Petronas terpaksa menanggung subsidi dalam jumlah yang sangat besar setiap tahun.

:Katanya, kesemua peruntukan yang digunakan oleh Petronas untuk menampung subsidi tersebut seharusnya boleh disalurkan kepada kerajaan bagi membiayai pelbagai projek dan memenuhi keperluan rakyat.

:“Harga gas semakin meningkat dan Petronas terpaksa mengeluarkan RM6.4 bilion setiap tahun. Wang itu boleh disalurkan kepada kerajaan untuk dibelanjakan ke atas pelbagai projek dan untuk rakyat, tapi ia perlu digunakan untuk pelbagai subsidi,” katanya.

:Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai kenaikan baru tarif elektrik berikutan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui bahawa kertas kerja mengenai kenaikan itu akan dibentangkan kepada Kabinet.

:Peter Chin pada 17 Julai lepas berkata keputusan mengenai tarif baru elektrik dijangka berkuat kuasa mulai bulan depan jika kertas kerja mengenainya diluluskan Kabinet.

:Menurutnya, kenaikan itu yang melibatkan keseluruhan pengguna elektrik dalam negara termasuk pihak komersil dan pengguna biasa telah mendapat kelulusan daripada Majlis Ekonomi Negara.

:Sehubungan itu, Perdana Menteri meminta agar tiada sebarang spekulasi dibuat mengenai perkara itu kerana segalanya masih dalam pertimbangan kerajaan.

:“Saya tidak tahu..kami tidak tahu (kenaikan tarif elektrik). Jangan buat spekulasi apa-apa,” katanya.

:Dalam perkembangan lain, Najib yang baru menyelesaikan lawatan kerja selama empat hari ke Arab Saudi berkata beliau telah mencadangkan supaya sya�rikat telekomunikasi Maxis disenaraikan semula di Bursa Malaysia.

:Penyenaraian itu katanya, akan meningkatkan kecairan di dalam pasaran dan menarik perhatian lebih ramai pelabur untuk melabur di dalam syarikat yang berpegangan kukuh.

:“Mereka (pelabur) memiliki pegangan yang kukuh untuk melabur dalam syarikat yang ditadbir dan diurus dengan sistematik. Saya harap ia akan menjadi kenyataan dalam masa yang terdekat,” katanya.

:Maxis dikeluarkan dari senarai Bursa Malaysia secara rasmi pada 25 Jun 2005 berikutan proses penswastaan syarikat telekomunikasi itu oleh Binariang GSM Sdn Bhd.

:Sementara itu, ketika mengulas mengenai desakan negara-negara Asean supaya Myanmar memberikan kerjasama yang lebih menyeluruh untuk negara itu segera melaksanakan proses demokrasi, Najib berkata Malaysia dan Myanmar masih berbincang mengenai perkara itu.

:“Kita masih berunding dengan Myanmar agar pelaksanaan yang lebih serius dapat dilaksanakan,” katanya. Bernama

PEGANG LILIN: INI JAWAPAN TOK GURU


Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang menghebohkan isu anggota parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin memegang lilin pada satu program di Ipoh lebih bersifat politik.

Mursyidul Am PAS itu berkata, tindakan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir memintanya mengeluarkan fatwa mengenai perkara itu tidak lebih sebagai kenyataan politik.

"Zambry ni orang politik bukan orang yang kaji Islam, apa kena mengena dengan fatwa agama, fatwa demokrasi pun dia tak pakai, lagi pun keluar fatwa ni tugas mufti," ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan Zambry yang memintanya mengeluar fatwa berhubung isu memegang lilin.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kelantan 2009 di Dataran Warisan di sini, petang ini.

Menteri Besar Perak sebelum ini meminta ulama PAS mengeluarkan fatwa berhubung tindakan Nizar memegang lilin ketika hadir pada satu majlis di Perak Jumaat lepas.

Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim hari ini menafikan majlis menyalakan lilin yang turut dihadiri beliau dan Nizar majlis berkabung memperingati kematian Teoh Beng Huat.

Menurutnya gambar tersebut merupakan majlis menyalakan lilin diadakan semasa sesi sidang media 17 Julai lalu bertempat di Wisma DAP Ipoh.

Idham juga menjelaskan amalan memegang lilin dan colok bagi orang Cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun dan bukan amalan agama.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, sekiranya beliau dijemput masyarakat Hindu atau Cina ke tempat ibadat mereka, beliau akan bertanya terlebih dahulu adakah program keagamaan atau adat resam.

"Saya kata kalau soal agama saya tak boleh pergi, tetapi adat resam atau budaya saya boleh pergi.

"Tiap-tiap tahun anak cucu kita menyambut ulang tahun kelahiran mereka dengan memacak lilin atas kek mengikut umur.

"Kalau setahun sebatang lilin kemudian menghembuskan, jadi lilin ni digunakan sebagai satu perkara yang simbolik terhadap sesuatu perkara lain. Begitu juga dalam masalah yang diheboh sekarang ni," ujarnya.
Menurutnya Rasulullah saw menghantar surat pada raja-raja Mesir, Iran dan India menggunakan ayat al-Quran. / Harakah

Jul 23, 2009

40 ORANG AWAM AKAN DI AMBIL KETERANGAN ,KES TEOH BENG HOCK

PETALING JAYA - Seramai 40 orang awam akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock di koridor Tingkat Lima bangunan Plaza Masalam, Khamis lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, siasatan akan dibuat secepat mungkin bagi mengelakkan timbulnya sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan syak wasangka dalam kalangan masyarakat umum.

“Kita akan pastikan perkara yang berlaku akan disiasat sehingga ke lubang cacing agar memberi keadilan kepada keluarga mangsa.

“Sekiranya masih wujud persoalan yang masih belum dijawab selepas semua saksi memberi keterangan kita akan memberi alternatif lain yang difikirkan mampu menyelesaikan misteri kematian Teoh,” katanya di sini, semalam.

Hishammuddin berkata, semua pihak, termasuk beliau sedih atas apa yang berlaku terhadap mendiang dan ahli keluarganya, tapi semua siasatan perlu diserahkan kepada jawatankuasa kerja yang diamanahkan menjalankan tugas mereka.

“Jika sebelum ini siasatan hanya membabitkan individu yang berada dalam bangunan dan bilik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi kini orang awam juga akan diambil keterangan mereka.

“Kita juga memberi jaminan bahawa kes berkenaan akan disiasat sehingga akar umbi dan mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mencetuskan ketegangan dengan memutarbelitkan fakta kes kematiannya,” katanya.

Sehingga kini polis mengambil keterangan 33 individu, termasuk 25 pegawai SPRM dan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah dan ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan.

Hishammuddin berkata, beliau akan melaporkan perkembangan siasatan kes itu kepada mesyuarat Jemaah Menteri esok (hari ini).

“Kita dengar apa kata Jemaah Menteri, tetapi bagi saya secara peribadi melihat apa yang dilakukan polis cukup teliti dan saya beri keyakinan dan jaminan siasatan yang dilakukan telus dan profesional kerana saya sendiri mahu kes itu diselesaikan segera, rapi dan teliti,” katanya.

BANGSAT SPRM


Tan Boon Hwa yang mencerita pengalaman perit yang dilaluinya ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan bahawa Teoh juga melalui proses soal-siasat yang menggunakan tektik jahat seperti mengugut, memaksa dan menekan. Tektik ini serupa dengan kaedah Polis melakukan soal-siasat terhadap tahanan mereka. Malah sehingga ada yang mati dalam tahanan.


Kematian misteri ini sudah tentu memberikan impak negatif yang cukup besar kepada UBN. Kesan yang akan berlanjutan sehingga PRU13 akan datang. Semua pihak menyedari bahawa dakwaan penyalahgunaan wang peruntukan ini sengaja dibuat atas arahan UBN bagi memburukkan dan menggugat imej Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Dan perlu diingat SPRM itu sendiri bertindak atas arahan UMNO.

Kita bukan menuduh tetapi persoalannya kenapa sehingga ke hari ini SPRM hanya mendiamkan diri saja dan langsung tidak menyiasat skandal PKFZ yang melibatkan penyelewengan wang rakyat berbilion ringgit. Semua orang tahu skandal PKFZ ini melibatkan pemimpin UBN. Pasal tulah SPRM tak berani nak siasat. Kena tunggu arahan "orang atas". TAPI bila ada sebarang dakwaan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat, bukan main cepat lagi SPRM bertindak.

Inilah bangsatnya SPRM...

Rakyat yang cerdik dan celik hati sudah tidak percaya lagi dengan sistem keadilan yang ada hari ini. Selagi UBN yang perintah negara ini, maka selagi itulah tiada keadilan yang wujud. "Keadilan" hanya untuk mereka. Manakala musuh politik akan menjadi mangsa kezaliman Undang-Undang Rimba. Sudah terlampau banyak bukti kezaliman, jenayah dan penyelewengan yang dilakukan.

Berapa banyak lagi "nyawa" yang akan terkorban ankara UBN.

Jul 22, 2009

PEWARIS KEKALKAN ISA...AKAN DEMO SAMA

Pendukung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga akan berarak beramai-ramai ke Istana Negara seperti kumpulan penentang akta kontroversi itu pada 1 Ogos, demikian diputuskan malam tadi.

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu, yang bermesyuarat tentang perkara itu malam tadi, memutuskan untuk mengumpulkan tandatangan di Dataran Merdeka dan kemudian ke istana.

Ribuan penentang akta itu yang menganjurkan Himpunan MANSUH buat pertama kali bersemuka di jalanan dengan penyokong ISA yang mengadakan perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu.SUMBER MALAYSIA KINI Mungkin Pewaris cuba gagalkan himpunan Anti Isa kenapa nak cari masa yang sama kenapa tak hari yang lain ,saya bimbang akan timbul ketengangan pada masa perhimpunan tersebut.

DAP MAHU SURUHANJAYA SIASATAN DI RAJA DI LULUSKAN KABINET

SHAH ALAM - Penolong Setiausaha DAP mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja yang akan ditubuhkan ini lebih bersifat langsung, neutral dan menyeluruh dengan tujuan mendedahkan kebenaran bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

Teo Nie Ching berkata, hari ini merupakan hari yang ditunggu oleh semua rakyat di Selangor kerana Kabinet akan bermesyuarat dan memutuskan sama ada akan menubuhkan Suruhan Siasatan Diraja atau tidak bagi menyiasat kematian Beng Hock.

“Rabu ini merupakan hari ketujuh kematian Beng Hock dan DAP mahu suruhanjaya ini ditubuhkan dan diluluskan bagi memberi keadilan serta keselesaan kepada semua orang terutama keluarga mendiang Beng Hock.

“Jika suruhanjaya di tubuhkan pihak Barisan Nasional (BN) hendaklah bersifat neutral dengan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat (PR) menyertai bahagian dalam pelantikan ahli dalam suruhanjaya tersebut,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, mendiang Beng Hock merupakan ahli DAP dan logik serta sesuai jika separuh daripada ahli suruhanjaya itu dianggotai oleh orang PR.

Dengan melakukan sedemikian, maka rakyat akan percaya bahawa suruhanjaya tersebut bersifat bebas dan tidak memihak serta boleh dipercayai.

“Suruhanjaya yang ditubuh ini juga perlu menyiasat punca kematian Beng Hock dengan menyeluruh. Di samping itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dibuat penilaian semula dari segi kuasa dan prosedur operasi piawai (SOP).

“Bahkan SPRM tidak sepatutnya dibenarkan untuk mencari bukti dan soal siasat saksi-saksi selepas jam 7.30 malam. Oleh itu, SPRM perlu menjalani satu reformasi dan bukannya menjadi alat kepada kerajaan BN,” katanya.

ZAHID JUMPA ISRAEL

PAS mengecam tindakan Menteri Pertahanan Malaysia yang berjumpa dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semasa Pertunjukan Udara Paris di Perancis Jun lepas.

Pertemuan yang berlangsung selama 35 minit dengan Barak adalah satu pertemuan yang mengguris perasaan umat Islam di Palestin dan saudara seagama di Asia Barat.

Persoalannya, adakah kerajaan Malaysia sudah mengiktiraf kerajaan haram ini?

Zahid mesti disiasat kenapa beliau berani berbuat demikian. Paling merbahaya, beliau adalah Menteri Pertahanan yang sanggup berjumpa dengan manusia yang saban hari menyembelih umat Islam di Palestin.

Siapakah Zahid yang hendak berlagak dan tunjuk hero kepada dunia untuk berbincang dengan Israel?

Seperti sedia maklum bahawa pemimpin Israel bukan bangsa yang boleh berbincang.

Israel hanya faham dengan bahasa jihad sahaja. Buktinya, berapa banyak perundingan mengenai masalah Palestin terutamanya, telah gagal kerana dikhianati oleh Israel.

Tentu kita masih ingat, Dr Mahathir Mohamad, sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dahulupun, menafikan pertemuan dengan pemimpin Israel kerana takut umat Islam marah.

Sudah pasti pertemuan Zahid dengan Barak ini mendapat restu daripada Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Razak, ini satu lagi hadiah 1Malaysia pada rakyat.HARAKAH

SURUHAN JAYA BEBAS ISU BENG HOCK: PEMUDA UMNO SETUJU

Cadangan Pakatan Rakyat supaya ditubuh Suruhanjaya diraja bagi menyiasat kematian Beng Hock mendapat sokongan pelbagai pihak. Semalam, Naib Ketua pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim menyatakan sokongan supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya diraja bagi menjamin ketelusan siasatan. Ia juga penting bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku dan memburukkan keadaan. Menurut ahli Parlimen Muar itu juga, penubuhan Suruhanjaya ini juga boleh mengelakkan penipuan di dalam siasatan.

Hampir senada dengan pemuda Umno, Naib Presiden Parti itu Dato Seri Hishamudin Husin juga menyokong penubuhan suruhanjaya ini. Namun secara peribadi beliau lebih bersetuju ditubuhkan suruhanjaya ini selepas siasatan yang dilakukan oleh pihak polis masih menimpulkan persoalan yang tidak berjawab. Walaubagaimana pun beliau telah menyatakan persetujuan supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan.

Seawal itu lagi, Presiden Parti Gerakan bersetuju supaya sebuah badan bebas perlu ditubuhkan untuk menyiasat kematian Beng Hock. Menurut beliau, ia penting bagi mengelakkan hilang keyakinan rakyat terhadap agensi kerajaan khususnya SPRM. Malah terdapat ramai lagi pemimpin parti-parti kompenen BN menyokong ditubuhkan suruhanjaya bebas ini.

Ini menunjukkan desakan Pakatan Rakyat terdiri daripada Pas, PKR dan Dap supaya berlaku ketelusan dalam siasatan ini dengan menubuhkan Suruhanjaya Diraja disokong oleh parti-parti kompenen BN. Oleh itu tidak timbul isu ini dipolitikkan atau diambil kesempatan oleh pembangkang. Sebaliknya menjadi keperluan kerajaan untuk segera menubuhkan Suruhanjaya ini tanpa banyak soal lagi. Abaikan Ibrahim Ali dan lain-lain pengampu yang menentang desakan ini.

ANTI ISA DAN PRO ISA

DUA kumpulan yang berbeza pendirian berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) membuat perancangan untuk mengadakan perhimpunan masing-masing membantah dan menyokong undang-undang itu di ibu negara, Sabtu ini.

Kedua-duanya ialah Gerakan Mansuh ISA yang mahu kerajaan memansuhkan sama sekali ISA manakala Gabungan Bersama NGO Malaysia mahukan undang-undang itu dikekalkan.

Bagaimanapun kedua-dua pertubuhan itu belum memperoleh kelulusan polis untuk menganjurkan perhimpunan masing-masing setakat hari ini.

Pengerusi Gerakan Mansuh ISA, Syed Ibrahim Syed Noh ketika dihubungi mengesahkan perhimpunan sebelah pihaknya yang akan berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan "Deklarasi Rakyat".

"Kami akan berhimpun di tiga lokasi iaitu di pekarangan pusat membeli-belah Sogo, Masjid Negara dan Masjid Jamek.

"Dari sana kami akan berarak ke Istana Negara untuk sampaikan Deklarasi Rakyat meliputi tiga perkara," kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi tadi.

Tiga perkara itu ialah mansuhkan ISA, bebaskan semua tahanan ISA dan tutup pusat tahanan Kamunting.

Sambil mengakui pihaknya belum memperoleh kelulusan polis, Syed -Ibrahim yang juga Pemangku Pengerusi Mafrel memberitahu, pihaknya akan tetap adakan perhimpunan.

"Kami berharap perhimpunan aman ini akan dibenarkan. Kami tidak akan pohon permit tetapi akan memaklumkan pihak polis," katanya.

Ketika ditanya mengenai hasrat Gabungan Bersama NGO Malaysia pula, kata beliau, itu adalah hak mereka untuk berbuat demikian.

Dalam pada itu, Setiausaha Gabungan Bersama NGO Malaysia, Mohd. Jurit Ramli berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan perhimpunan aman menyokong kerajaan mengekalkan ISA.

"Kami merasakan ISA masih diperlukan, yang perlu dilakukan ialah kajian semula. Jangan dimansuhkan," katanya ketika ditemui.

Jelas beliau, pihaknya akan bermesyuarat malam ini untuk menentukan kata putus akhir. / Mstar Online

JAWATAN KUASA MENUNTUT KEADILAN UNTUK TEOH BENG HOCK



Mesyurat jawatan kuasa khas yang di setai oleh Pakatan rakyat dan Ngo telah di adakan semalam di Skudai Johor baharu di Pejabat Suaram,bersetuju untuk serah memorandum dan juga tandatangan orang ramai.. untuk menuntut keadilan bagi TEO BENG HOCK ,Memorandum ini akan di serah kepada SPRM dalam masa terdekat ini.

SAMBUTAN HARI GURU PASTI PASIR GUDANG



Pada 20 2009 yang lalu bertempat di Senibung Permas Jaya, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Pasir Gudang telah mengadakan majlis Sambutan Hari Guru untuk guru-guru PASTI.

PASTI Kawasan Pasir Gudang yang ditadbir oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Gudang memiliki 9 PASTI.

Menurut Pengerusi PASTI majlis Sambutan Hari Guru PASTI merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh pihaknya sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru khususnya guru PASTI.

Di dalam majlis tersebut, setiap guru-guru PASTI menerima cenderamata penghargaan di samping anugerah istimewa tokoh guru PASTI juga diadakan. Ini bagi menyuntik semangat guru-guru ini agar terus bersungguh-sungguh menyemai ilmu di dalam dada-dada anak murid mereka supaya menjadi insan yang mulia.

Majlis sambutan ini telah diserikan dengan ucapan perasmian oleh YDP PAS Kawasan Di samping itu juga majlis telah didahului oleh ucapan dari Ketua Guru PASTI

Dalam ucapannya, YDP Haji Azhari menyeru agar PASTI terus menyemarakkan usaha mempromosikan PASTI kepada masyarakat. Ini penting agar program dan aktiviti PASTI yang sangat baik itu diketahui masayarakat dan sekaligus akan mengajak mereka untuk turut serta dan menjayakannya.

Jul 21, 2009

DEMO 1 OGOS

Penentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh berkumpul di tiga lokasi sebelum berarak ke Istana Negara dalam demonstrasi besar-besaran untuk menyerahkan memorandum, 1 Ogos ini.

Tiga lokasi yang menjadi pusat perhimpunan anti-kerajaan dipilih: kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan KL Sentral, kata ketua Pemuda PAS yang terlibat dalam Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang menganjurkan perhimpunan itu.

Nasrudin Hasan juga berkata perhimpunan itu boleh dijadikan pentas untuk menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock - setiausaha exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah - yang ditemui mati dalam tanda tanya dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khamis lalu.

"Serentak tarikh ini juga, semangat solidariti ummah bangkit berhimpun untuk menentang semua bentuk kezaliman termasuk tragedi yang menimpa Teoh setelah dijumpai terbunuh di Plaza Masalam sejurus disiasat oleh SPRM," katanya di blog peribadi Episode Sebuah Perjuangan.

Nasrudin juga mengarah ahli-ahli dewan itu di peringkat kawasan dan negeri untuk memobilisasi orang ramai agar menyertai perhimpunan tersebut.

GMI belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung lokasi awal berhimpun sebelum bergerak ke Istana Negara.

Jumaat lalu, mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata kerajaan wajar "berani memansuhkan" akta tersebut dalam agenda pembaharuan - bawah perdana menteri baru Datuk Seri Najib Razak.

Abdullah berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan.

Pada 13 Julai, Pemuda Gerakan secara terbuka menyatakan sokongan terhadap - dan turut serta dalam - demonstrasi itu yang turut disertai pembangkang dan NGO hak asasi.

Pada 22 Jun lalu, GMI mensasarkan kehadiran penentang ISA "sekurang-kurang menyamai jumlah mereka yang menyertai perarakan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih)", dua tahun lalu.

Pada perarakan ke Istana Negara pada November 2007, kira-kira 40,000 ribu orang turun bersama-sama dengan tokoh-tokoh pembangkang.

Tarikh 1 Ogos dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal sejak 1 Ogos tahun 1960.

Jul 20, 2009

PEMUDA GERAKAN JOIN DEMO ,1 OGOS





Tahniah diatas kesediaan Pemuda Parti Gerakan untuk bersama-sama berdemontrasi anti ISA pada 1 ogos ini mendapat pujian daripada pelbagai pihak.Menurut AJK Dewan Muslimat Pas Pusat Aiman Athirah,keberanian yang ditunjukkan oleh Pemuda Gerakan demi untuk kepentingan rakyat seharusnya dicontohi oleh Pemuda Umno,agar akta zalim itu dapat dimasuhkan dengan segera oleh pihak pemerintah.

Beliau juga berharap agar Pemuda Gerakan akan meneruskan usaha mereka untuk turun berdemontrasi walaupun tiada permit daripada pihak anggota keselamatan,kerana ini adalah hak yang telah diberikan kepada rakyat untuk berhimpun dan telah termaktub dalam perlembangaan.

SELEPAS TOKOH MCA ,MIC JUGA DISEBUT AKAN MENYERTAI PKR.........?

Selepas Tokoh MCA, Tokoh MIC Juga Disebut Akan Menyertai PKR?
NAMPAKNYA lepas seorang-seorang ahli politik yang tidak mendapat tempat dalam parti asal ataupun kerana perjuangan dalam parti asal sudah melencung dari prinsipnya telah mengambil tindakan keluar parti. Menariknya mereka tidak bersara tetapi memilih Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai wadah baru.

Terbaru ialah bekas Naib Presiden MCA, Chua Jui Meng mengumumkan keluar daripada MCA dan menyertai PKR semalam. Pengumuman Chua yang memilih PKR itu ialah kerana perjuangan PKR sesuai dengannya dan menyamai manifesto sewaktu merebuat jawatan presiden dulu.

Sepanjang kempen merebut jawatan dulu Jui Meng melaung-laungkan yang beliau ingin melakukan reformasi dalam parti terbesar kaum Cina itu. Bagaimana pun hasrat beliau ditolak apabila beliau beliau gagal memenangi jawatan presiden. Dua kali Jui Meng kalah dalam perebutan jawatan itu.

Jui Meang tidak keseorangan menyertai PKR. Ikut sama bersamanya, bekas ahli Partlimen Lumut, Dr Yap Yit Thong dan bekas ahli Dewan Negara, David Yeoh.

Walaupun ketiga-tiga tokoh itu tidak mengumumkan jumlah pengikut masing-masing yang ikut bersama mereka, tetapi sudah tentu kemasukan itu tidak keseorangan. Memandangkan mereka merupakan pemimpin kanan dalam MCA tentu pengikutnya ramai. Plaing-paling komeng pun isteri dan anak-anak mereka akan ikut sama menyertai PKR. Sesungguhnya penyertaan tokoh berpengalaman MCA ini memberi pukulan kepada parti berkenaan.

Hakikat ini terserlah sekali apabila beberapa pemimpin MCA terkejut dan sedih atas keputusan yang diambil oleh Jui Meng itu.


Manakala kemasukan itu juga memberi suntikan dan semangat baru kepada PKR. Apa lagi Jui Meng ialah bekas Menteri Kesihatan seorang tokoh MCA yang tidak boleh dipandang ringan. Anwar Ibrahim telah mengumumkan Jui Meng akan dilantik menjadi ahli kepimpinan parti berkenaan. Apakah PKR akan memberi tanggungjawab baru kepada Jui Meng untuk mengepalai PKR Johor terlalu awal untuk diramalkan.

Sekiranya telahan ini benar ini bermakna Jui Meng akan menjadi bukan Melayu pertama yang mengetahui badan perhubungan PKR negeri.


Kemungkinan itu ada memandangkan kepimpiann PKR Johor waktu ini tidak menyerlah dan mampu untuk menyaingi Umno Johor yang terkenal sebagai negeri kubu kuat Umno. Adalah diharap kalau Jui Meng diberi tanggungjawab itu beliau akan membuka ruang popilit baru kepada masyarakat Cina menerusi PKR.

Sebulan lalu PKR juga menerima kemasukan Zaid Ibrahim yang juga bekas menteri Kabinet. Walaupun kemasukan Zaid itu tidak diulas dan diperkecilkan oleh Umno namun hakikatnya kemasukan Zaid itu memberi suntikan semangat kepada PKR khasnya untuk PKR Kelantan. Zaid juga terus dilantik menjadi salah seorang ahli pimpinan PKR.

Penyertaan mereka yang gagal mendapat tempat dalam parti asal mereka ataupun tidak sesuai dengan prinsip parti masing-masing masih ramai. Ada beberapa tokoh parti komponen yang dikatakan sedang menunggu masa dan ketika saja untuk berbuat demikian.

Salah seorang yang dikatakan sudah membuat perhitungan terakhir akan ikut sama menggabung diri dalam PKR ialah tokoh politik India dari MIC. Tokoh ini dikatakan akan membuat keputusan mengenai masa depan politiknya selepas parti itu selesai mengadakan perhimpunan tidak lama lagi. Kita tunggu!



* Habislah BN...

Jul 19, 2009

ISRAK MIKRAJ

ISRAK Mikraj ( الإسراء والمعراج) adalah peristiwa luar biasa, melangkaui pancaindera manusia tetapi membuktikan keagungan dan kekuasaan Allah yang menguasai langit dan bumi.

Mungkin bagi sesetengah orang, ia dianggap karut dan tidak logik atau dongeng tetapi bagi umat Islam, mereka wajib mempercayai peristiwa itu.

Malah, ulama mencapai kata sepakat, orang Islam yang meragui atau tidak mempercayainya adalah terkeluar dari Islam.

Peristiwa itu dirakamkan dalam al-Quran. “Maha suci Allah yang menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-Isra’:1)

Israk bermakna perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada suatu malam dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin, dalam tempoh singkat.

Mikraj ialah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w naik dari alam bawah (bumi) ke alam atas (langit) sampai ke tujuh langit dan ke Sidratul Muntaha, iaitu dari Masjidil Aqsa di Palestin naik ke atas melalui beberapa lapisan, menuju Baitul Makmur dan Sidratul Muntaha, ke Arasy menerima wahyu Allah yang mengandungi perintah solat lima waktu sehari semalam.

Daripada riwayat menceritakan beberapa liku kejadian dialami baginda, tidak kurang dengan kejadian aneh bermula dari awal.

Peristiwa itu berlaku pada tanggal 27 Rejab tahun ketiga sebelum Nabi s.a.w berhijrah. Ketika itu, nabi tidur di makam Nabi Ismail a.s dekat Kaabah diapit dua saudaranya, Jaafar dan Hamzah bin Abu Talib.

Tiba-tiba, datang malaikat Jibril membawanya dan membelah dadanya. Hati baginda dibersihkan dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam, diisinya dengan iman dan hikmah, kemudian ditutup kembali dan dimeterikan dengan ‘khatimin nubuwwah.’

Selesai pembedahan, didatangkan sejenis haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa (Israk) dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.

Buraq berasal daripada perkataan Barq, bererti kilat. Buraq itu ialah binatang atau kenderaan yang kecepatannya seperti kilat.

Menurut sarjana, kecepatan kilat itu sama dengan kecepatan cahaya, iaitu 300,000 kilometer setiap saat. Kecepatan Buraq sekelip mata di antara Makkah dan Palestin.

Sampai di tempat tertentu Rasulullah s.a.w diarah Jibril berhenti dan melakukan solat dua rakaat seperti di Thaibah (Madinah), tempat baginda akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu) dan Baitul Laham (tempat Nabi Isa a.s dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Ifrit dan menyaksikan golongan yang sedang bercucuk tanam, terus menuaikan hasil tanaman.

Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan makan daging mentah berbau busuk.

Apabila ke Hadhratul Qudus untuk bertemu Allah baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di langit pertama Nabi bertemu dengan Nabi Adam a.s. Baginda diperlihatkan roh syuhada di sebelah kanan Nabi Adam dan roh manusia yang rugi di sebelah kirinya.

Selepas itu, di langit kedua baginda bertemu Nabi Yahya dan Nabi Isa, di langit ketiga dipertemukan dengan Nabi Yusuf, di langit keempat bersama Nabi Idris dan di langit kelima dengan Nabi Harun, yang turut mengucapkan salam kepadanya.

Tiba di langit keenam baginda berjumpa dengan Nabi Musa a.s dan Nabi Ibrahim di langit ketujuh.

Di langit ketujuh Nabi juga diperlihatkan alam ghaib malaikat yang setiap harinya tidak kurang daripada 70,000 malaikat keluar masuk.

Kemudian, dari langit ketujuh Nabi terus dibawa ke langit yang lebih atas, iaitu Sidratul Muntaha dan ke Mustawa.

Nabi s.a.w diperlihatkan Sidrah dan gerak geri qalam dalam menulis, malah baginda juga diperlihatkan malaikat Jibril dalam bentuk yang sebenar.

Baginda juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam yang kemudian dipendekkan kepada lima waktu saja, selepas melalui permintaan berulang kali atas usul Nabi Musa.

Rasulullah kembali ke Masjidil Haram di Makkah dengan selamat dan bersyukur kepada Allah.

Antara tanda kebesaran diperlihatkan kepada baginda ialah kehebatan perjalanan itu yang hanya mengambil waktu semalaman, menggunakan kenderaan Buraq yang tidak pernah dikenali manusia.

Kehebatan perjalanan itu sukar dimengertikan akal manusia. Tetapi yang nyata itulah bukti kekuasaan Allah yang mencabar keimanan manusia untuk menerima dengan sepenuh hati.

Jul 18, 2009

SPRM MEMANG IKUT TELUNJUK UMNO

Siasat segera semua pegawai SPRM yang terlibat dalam sesi soal-siasat mendiang. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, kita mendesak sebuah Suruhanjaya Bebas DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian misteri SU Politik kepada Exco Selangor itu. Kita memang dah tak percaya jika pihak Polis yang menyiasat.

Banyak kes berprofil tinggi yang disiasat oleh Polis semuanya 'menyembunyikan' fakta sebenar. Enough is enough... Kes fitnah dan liwat DSAI, kes pembunuhan Altantuya, kes Norita Samsudin, kes Mustakizah, kes pukul seorang duda yang berkawan dengan anak Zahid Hamidi. Semua mangsa tidak mendapat keadilan yang sewajarnya.

Seluruh rakyat yang prihatin dalam negara ini pastinya sangsi dan tertanya-tanya mengapa mendiang Teoh Beng Hock boleh jatuh dari bangunan SPRM sedangkan pada waktu itu dia baru saja selesai disoal-siasat oleh pegawai SPRM.

Kita nak tanya SPRM, mengapa mereka begitu pantas bertindak terhadap ADUN Pakatan Rakyat Selangor ? Walhal rasuah yang melibatkan dana berbilion ringgit seperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), pembelian senjata, dan lain-lain cuba dilenyapkan.

Mengapa pegawai SPRM menggunakan 'tektik jahat' dalam sesi soal-siasat sebagaimana didedahkan oleh Tan Boon Hwa yang pernah melalui pengalaman perit ketika disoal-siasat. Kaedah yang digunakan dalam sesi soa-siasat sama seperti Polis. Ugut, pujuk, maki dan paksa.

Tak tahulah aku apa nak jadi dengan negara ini. Yang berkuasa semakin bermaharajalela dan bebas melakukan apa saja. Golongan yang kerap menjadi mangsa ketidakadilan sistem Undang-Undang Rimba ialah pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat marhain.

Apakah kita harus membiarkan keadaan ini terus berlaku dalam negara ?

Fikirkanlah...........

SATU TAMPARAN HEBAT PADA KOMPONEN BN

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng telahpun membuat pengumuman menyertai parti Keadilan Rakyat berkuat kuasa serta merta petang tadi.

Beliau juga secara rasminya melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi MCA Bahagian Bakri.

"Saya dengan ini mengumumkan perletakan jawatan saya sebagai Pengerusi MCA Bahagian Bakri dan dengan izin Ketua Umum kita, saya mengumumkan pentertaan saya ke dalam Parti keadilan Rakyat," umum Chua.

"Bukan mudah untuk saya membuat keputusan meninggalkan parti yang telah saya berkhidmat selama 23 tahun. Tetapi saya yakin kini berada dipihak yang benar dalam sejarah politik negara," tambahnya lagi.

"Saya mencari- cari parti yng berbilang kaum dan kini pencarian saya telah tamat. Saya temui impian saya dalam Parti Keadilan Rakyat," katanya.

Chua muncul bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di majlis forum anjuran parti itu yang bertajuk "Kebenaran di sebalik skandal: Perak, PKFZ dan konspirasi BN" di Sunway Resort Hotel & Spa.

Chua menerima tepukan gemuruh kira- kira 2000 hadirin, sebaik sahaja melangkah masuk ke dewan itu.

"Orang Cina tidak mempunyai masa depan dalam parti satu kaum, kerana parti satu kaum hanya berlegar- legar dalam pusaran yang semakin mengecil. Orang- orang Cina perlu bersama- sama orang Melayu, India, Kadazan dan Iban kerana halatuju politik masa hadapan adalah parti pelbagai kaum," katanya lagi

LAGI BANTAHAN TERHADAP SPRM







Semalam satu majlis taklimat berlangsung di pejabat PKR di Permas Jaya Johor yang di hadiri oleh YB William Leong dari PKR.Taklimat tentang isu-isu semasa yang berlaku di Selangor dan taklimat tersebut telah di sudahi dengan satu bantahan secara aman kepada pihak SPRM berhubung kematian Encik Teo Beng Hock. saya telah di jemput menghadiri majlis Taklimat tersebut dan saya juga turut memberi ucapan dalam perhimpunan itu.

Jul 17, 2009

NASIB RAKYAT MALAYSIA




oleh Raja Petra

Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut.

Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut. SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP.

Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan.

Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah. Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan.

Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan.

Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya. Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis. Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik

SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit. Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa.

Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu. Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia.

Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau.

Malaysia Today menulis semua ini. Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today.

SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama. Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana Umno menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri.

Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku!

Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap.

Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan. SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahumenyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang.

Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM.

Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu.

Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia. Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan.

Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah.

Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau.

SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh kealam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ketingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang.

Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap.

Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa. Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh.

Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua.

PAK LAH : KERAJAAN BERANI HAPUS ISA



Dua minggu sebelum demonstrasi besar dirancang bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mantan perdana menteri berkata kerajaan wajar "berani memansuhkannya."

Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan, lapor Bernama.

"Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.

"Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan
kerajaan mengambil tindakan pencegahan," beliau dipetik berkata.

Abdullah mengulas isu ISA sewaktu berucap sempena majlis konvokesyen khas penganugerahan ijazah kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepadanya di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.

Dicemari stigma negatif

Abdullah menambah, sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk
melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.

Abdullah dilaporkan berkata beliau percaya "kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA" sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.

"Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.

"Mungkin satu contoh adalah untuk menghadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya seperti dilapo

APA NAK JADI DENGAN SPRM.........?

JOHOR BAHRU: Matanya ditutup dengan tali leher sebelum ditumbuk, disepak dan dibogelkan. Itulah keadaan terpaksa dilalui seorang pembantu tadbir sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini, di dalam sebuah bilik gelap di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, kelmarin.

Mangsa tidak menyangka kehadiran dua pegawai SPRM yang menjemputnya di tempat kerja pada 7 Julai lalu untuk ke pejabat mereka bagi dirakam keterangan sebagai membantu siasatan satu kes rasuah membabitkan pegawai tertinggi PBT terbabit berakhir dengan penderaan.

Selain penderaan fizikal, mangsa yang berusia 29 tahun itu turut mendakwa sekumpulan tiga lelaki berada di dalam bilik soal siasat mengeluarkan kata-kata kesat berbaur penghinaan seperti [sensor] dan sial apabila tidak berpuas hati dengan jawapan diberikannya.

Malah, detik yang amat perit dan meninggalkan kesan trauma dalam hidup lelaki berkenaan tidak berlaku sekadar dua atau tiga jam, tetapi terpaksa melaluinya lebih 12 jam.


Semuanya bermula apabila lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Zul itu dikunjungi dua pegawai SPRM Johor di pejabatnya di sebuah PBT di Simpang Renggam dekat sini, kira-kira 8.30 pagi 7 Julai lalu, yang mengkehendaki dia dan seorang lagi kakitangan memberi keterangan berhubung kes rasuah di pejabat agensi itu di sini.

Katanya, sebaik tiba di pejabat SPRM, dia diarahkan menanggalkan jam tangan, cincin dan menyerahkan semua barangan di dalam kocek seluarnya sebelum dibawa seorang pegawai memasuki sebuah bilik gelap.

“Seterusnya mata saya ditutup dengan tali leher dan diarahkan duduk ke atas kerusi sebelum tiga lelaki yang mula menyoal dengan nada serius.

“Mereka juga menyuruh saya mendedahkan berapa jumlah wang yang diterima seorang pegawai tertinggi tempat saya bekerja daripada beberapa orang kontraktor bagi menjayakan satu aktiviti lawatan sambil belajar ke Bandung, Indonesia pada 23 hingga 26 April lalu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurut Zul, dia menerima pukulan sulung di kepala dipercayai menggunakan satu objek keras oleh seorang pegawai yang membuat soal siasat itu apabila dia memberikan jawapan tidak tahu menahu dan tidak menerima wang yang dimaksudkan itu.

Zul berkata, oleh kerana tidak berdaya untuk mempertahankan dirinya, dia terpaksa merayu kepada pegawai terbabit sambil bertanya kenapa dia diperlakukan sedemikian, tetapi rayuannya disambut dengan kata-kata kesat dan maki hamun pegawai terbabit.

“Saya kemudiannya diarahkan ke bilik seorang lagi pegawai di mana di situ, saya diberitahu bahawa saya adalah saksi kepada kes yang sedang disiasat SPRM itu.

“Malah pegawai berkenaan turut mengingatkan saya supaya tidak membongkarkan apa yang berlaku di dalam bilik gelap itu jika tidak mahu memalukan diri sendiri.

“Ketika itu jam 9 pagi dan saya melalui proses merakam keterangan sehingga jam 11 pagi sebelum dihantar semula ke pejabat oleh pegawai SPRM,” katanya.

Zul berkata, ketika di pejabat dia menemui rakannya yang turut dipanggil untuk memberi keterangan itu dan dimaklumkan dia tidak mengalami situasi penderaan di dalam bilik gelap itu.

“Oleh kerana berasakan diri saya diperlakukan dengan cara kejam oleh pegawai SPRM yang menyalahgunakan kuasa, saya membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Kluang tidak lama kemudian sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, oleh kerana kesal dengan insiden yang dilaluinya itu, keluarganya sudah melantik seorang peguam untuk membawa perkara yang memalukan serta melampaui batas itu ke peringkat mahkamah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Simi Abdul Ghani yang dimaklumkan berhubung insiden yang menimpa Zul itu berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan selanjutnya.

Katanya, pengadu mempunyai hak untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan itu dan siasatan sewajarnya dilakukan jika terbukti dakwaan itu adalah benar dan telus.

“Pengadu berkenaan sudah membuat laporan polis, jadi kami serahkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk menjalankan siasatannya dan jika terbukti dakwaan itu benar, biar pegawai yang terbabit dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya,” katanya.

MINDA ORANG MELAYU BILA NAK BERUBAH

Jika kita selusuri pola masyarakat Malaysia dari sudut kesedaran politik, kaum bumiputera khususnya Melayu jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan masyarakat Cina dan India. Di kalangan masyarakat India pula telah berlaku satu perubahan mendadak dari segi sikap dan kesedaran politik dalam PRU12 lalu.


Namun perubahan dan sokongan ini belum boleh dijadikan sebagai indikator bahawa mereka akan terus bersama Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti. Namun apa yang ditunjukkan mereka dalam PRU12 merupakan satu gelombang yang mengejutkan UBN sehingga kehilangan 5 negeri. Kini tinggal 4 negeri saja setelah Perak dirampas dengan cara paling tak bermoral.

Apa yang nak saya sentuh di sini ialah sikap dan minda pengundi Melayu. Mengapa sehingga ke saat ini UMNO masih menguasai antara 60 - 65% pengundi Melayu ? Di mana silap dan kelemahan PAS sehingga masih gagal untuk meraih sokongan ini.

Persoalannya ;

- Apakah selama ini PAS hanya syok sendiri bila melihat ramai yang hadir dalam setiap ceramahnya sehingga terlupa kehadiran yang ramai itu adalah di kalangan ahli dan penyokong saja.

- Adakah selama ini kerja dakwah dan penerangan PAS tidak sampai ke sasaran di setiap lokaliti ?

- Benarkah di sesetengah negeri, PAS suka buat kerja "last minutes" sedangkan semua ahli PAS cukup hafaz Surah As-Saff ?

- Adakah PAS hanya mahu menungggu "isu besar" lagi berlaku dalam negara dan mengharapkan pengundi Melayu sedar ?

- Adakah selama ini PAS hanya bermatlamat nak menang pilihanraya semata-mata sehingga terlupa kerja-kerja dakwah menyeru umat kembali kepada pegangan 'Aqidah yang murni ?

Jika dilihat kepada senario ini, terbukti majoriti pengundi Melayu masih "buta" kayu tentang 'Aqidah Islam yang sebenar. Mereka hanya tahu 'Aqidah boleh rosak jika menyembah berhala, memuja keramat atau murtad. Ekoran dari itu, para pengundi Melayu yang menjadi ahli dan penyokong UMNO merasakan 'Aqidah mereka betul sebab mereka tak pernah menyembah berhala, tidak pernah memuja keramat. Mereka juga mengucap, mendirikan solat, berpuasa, keluar zakat dan pergi haji.

Dan pada anggapan mereka adalah tidak salah menyokong UMNO dan mengundi BN dalam setiap pilihanraya kerana ini hanya melibatkan soal pangkah saja dan tiada bersangkut paut dengan persoalan 'Aqidah. Seperkara lagi mereka merasakan jika tidak menyokong UMNO, maka parti orang Melayu akan hilang. Dakwa mereka yang UMNO pun bela Islam. Kalau UMNO takde, siapa yang nak jaga Melayu ?

Inilah di antara fahaman dan doktrin yang telah terpasak dalam fikiran masyarakat Melayu kita sehinggalah ke hari ini. Cukup sukar untuk ditembusi "tembok khurafat" yang sudah sedia tertanam sejak merdeka lagi. Sebab itulah bila berlaku Isu Pemecatan DSAI pada tahun 1998, ianya masih belum mampu untuk mengubah minda mereka. Hanya mampu kekalkan Kelantan dan menawan Terengganu. Kemudian dalam PRU11 kita hilang Terengganu.

Saya sengaja sebutkan Terengganu kerana jumlah pengundi Melayu di negeri ini secara keseluruhan lebih kurang 95%.

Perlu disedari majoriti pengundi Melayu tinggal di kawasan luar bandar. Orang kampung. Bila sebut pasal orang kampung, masyarakat Melayu memang terkenal dengan persatuan-persatuan mereka di kampung masing-masing. Contohnya Pakatan Kerja Kahwin, Persatuan Yasin Wanita, Persatuan Kompang, Kumpulan Marhaban Wanita, Persatuan Khairat Kematian, Persatuan Silat dan lain-lain lagi. Kemudian orang Melayu cukup menghormati individu-individu seperti Penghulu, Ketua Kampung, Imam Surau dan Mesjid, Guru Biasa dan Guru Agama. Individu-individu ini biasanya menjadi tempat rujukan dan ikutan mereka.

Seperkara lagi ialah tentang sikap dan perangai orang Melayu sejak turun-temurun suka mengikut rentak majoriti masyarakat kampung masing-masing. Jika majoriti masyarakat kampung itu menyokong UMNO, mereka akan ikut sebab takut dipulaukan.

Oleh kerana UMNO tahu fakta ini, sebab itulah akan dipastikan setiap individu yang nak dilantik sebagai Penghulu, Ketua Kampung, Imam Surau dan Mesjid mestilah di kalangan ahli UMNO. Begitulah juga dengan jawatan-jawatan lain yang dikira penting peranannya di kampung dan boleh membawa keuntungan kepada UMNO.

Kesimpulannya, apakah yang perlu PAS lakukan untuk menembusi tembok ini ? Tidak dinafikan memang sukar dan penuh cabaran namun pasti ada jalan. Bila jumpa 'kuncinya' pasti boleh dibuka pintu yang terdapat di tembok ini.

Bila berpolitik dengan orang kampung, buatlah cara kampung. Tak payah buang masa cerita isu nasional dengan mereka. Orang kampung ni bila mereka dapat surau cantik, dapat bantuan pinggan mangkuk untuk pakatan mereka, YB mereka rajin jengok kampung dan sembang kat kedai kopi, dapat peruntukan jamuan untuk program Maulid dan lain-lain, maka mereka rasa puas dan seronok. Bila tiba Hari Raya, YB mereka buat rumah terbuka dan dapat makan percuma. Lepas tu mereka rasa terhutang budi pada YB. Inilah minda dan politik orang Melayu di kampung-kampung.

Manakala golongan yang makan gaji dengan kerajaan pula menghidap "sindrom kurang daya tahan amaran dan ugutan". Mereka tahu UMNO tu tak betul tapi takut nak undi pembangkang sebab diugut dengan kata-kata agen UMNO yang menyebut "Kami tahu jika pegawai-pegawai kerajaan undi pembangkang". Walhal bukannya ada nombor siri pun dalam kertas undi. Inilah yang dikatakan takut dengan benda takde. Lainlah kalau mereka memang bergiat cergas dalam parti pembangkang.

PAS must do something different. No more last minute work. If PAS could not change it, I don't know what to say.

Wahai saudaraku, jadilah umat Islam yang bermaruah dan bijak. Peliharalah diri dan keluarga dari bakaran Api Neraka. Janganlah disebabkan nilai dunia yang sedikit, 'Aqidah dikorbankan.

Dalam Surah Al-Baqarah (2) : ayat 208 yang bermaksud ;

"Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam seluruhnya (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang sangat nyata."

Dalam Surah An Nisaa' (4) : ayat 59 yang bermaksud ;

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

ANWAR PERTIKAIKAN CARA PENYIASATAN SPRM

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari semalam yang disifatkannya ‘kasar’ dalam menjalankan penyiasatan terhadap wakil dan Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (Pakatan) negeri Selangor.

Tindakan ‘kasar’ tersebut dikatakan telah menyebab kematian Setiausaha Politik (Setpol) Adun Sri Kembangan yang juga merupakan exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Anwar sehari sebelum itu menyelar keras tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku alat pimpinan UMNO.

“Kenyataan tersebut dikeluarkan satelah menyaksikan betapa ghairah SPRM bertindak terhadap ADUN Pakatan Rakyat Selangor. Walhal rasuah yang melibatkan dana berbilion ringgit saperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), pembelian senjata, dan lain-lain cuba dilenyapkan!,” katanya.

Tambahnya dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui posting di blognya, Anwar berkata lagi, “[...] akibat tindakan kasar terhadap petugas Pakatan Rakyat, menyaksikan tragedi kematian pembantu YB Ean Yong Hian Wah iaitu mendiang Teo Beng Hock.”

Sementara itu, mengulas tentang keputusan mahkamah yang dikeluarkan pada petang tadi, Anwar jelas masih berhati-hati, “Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan agar pihak pendakwaan membekalkan bukti serta dokumen kepada barisan peguam kecuali bukti yang saya kira amat penting; sampel asal DNA penuduh.”

Walaupun ramai memberikan reaksi positif tentang penghakiman petang tadi, namun baginya pengalaman difitnah sebelum ini membuatkannya lebih berwaspada. “Jika benar keadilan mahu ditegakkan, gugurkan pertuduhan fitnah jahat kali kedua ini dan tak perlu berdolak-dalih lagi[,]” katanya.

Dalam posting itu juga, beliau turut mengulas tentang persoalan ekonomi di bawah BN. Beliau menyatakan kebinbangan terhadap kenyataan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) pada berkaitan dengan kedudukan ekonomi negara.

Menurut beliau, “MIER menyatakan ekonomi negara memerlukan sekurang-kurangnya tambahan RM 8 bilion bagi meransang kembali ekonomi akibat penguncupan yang mencecah 4.2%. ”

Ini menurut beliau lagi, memjelaskan kepincangan pentadbiran negara di bawah kerajaan BN lebih-lebih lagi berhadapan dengan isu yang “mendesak dan berkepentingan umum”.

Jul 16, 2009

LAPORAN POLIS TERHADAP ,TUN DR MAHATHIR ,TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI....ADA LAGI BACA DULU


Pada hari rabu,08hb julai 2009 jam 2.30 petang bertempat di kementerian Pelajaran,Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Mahyuddin Yassin telah mengumumkan Pemansuhan sepenuhnya Pengajaran dan Pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris(PPSMI) pada tahun 2012.Dasar ini di laksanakan pada tahun 2003 secara tergesa -gesa oleh Tun DR Mahathir.Kemudian telah di teruskan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato, Sri Najib Bin Tun Abdu Razak sehingga tahun 2009. Menteri Pelajaran yang telah melaksakan dasar ini adalah Dato,Hishamuddin Tun Hussin dan Tan sri Musa Mohammad.
Bernama pada 10.7.09 telah melaporkan bahawa Timbalan menteri Pelajaran DR Fuad Zarkashi telah menyatakan bahawa PPSMI,yang berkauat kuasa 2012 ,mampu menjimatakan perbelanjaan kira kira RM 40 juta setahun. Ini telah membawa maksud bahawa tempoh 6 tahun perlaksanaanya ia telah membazirkan duit rakayat sebanyak RM 240 juta.
Berdasarkan kepada pertemuan diantara Dato Hishamuddin Tun Hussin dengan Dato Hassan Ahmad dan Dato Ahmad Said,bekas Menteri pelajaran telah memmaklumkan bahawa peruntukkan untuk melaksanakan PPSMI adalah RM 5.4 bilion Daripada jumlah tersebut Rm3.4 bilion telah digunakan sementara baki RM 2 bilion belum lagi digunakan.
Perlaksanaan PPSMI juga adalah tidak sah kerana bertentangan dengan seksyen 17(1) akta 550 akta Pendidikan 1966 dan dengan sendirinya bercanggah dengan kehendak dan tujuan Artikel 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Persekutuan.
Berdasarkan kepada pekara di atas saya berpendapat bahawa telah berlakunya salah guna kuasa seperti di bawah.
1. Kerajaan Malaysia yang di ketuai oleh Tun Dr Mahadthir mohamaad, Tun Abdullah Badawi dan Dato Sri najib Tun Abdul Razak telah menyebabkan kerugian duit rakyat sebanyak RM3.4 bilion dari tahun 2003 hingga 2008 kerana membuat keputusan yang salah
melaksanakan dasar PPSMI.
2. Kerajaan Malaysia telah melanggar seksyen 17(1) AKTA 550 AKTA Pendidikan 1966 dan artikel 152(1) dan 152(6) perlembagaan Persekutuan.
3. Tun DR Mahathir Mohammad telah melaksanan dasar ini secara tergesa gesa tampa kajian yang mendalamn.
Dasar yang salah ini telah menyebabkan para pelajar dan guru guru telah menjadi mangsa.Berdasakan kepada pekara di atas sya mendesak pihak Polis Diraja Malaysi membuat sisatan terhadap pihak yang diadu dia atas.
LAPORAN POLIS INI DI BUAT OLEH SAUDARA KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL.
KETUA PEMUDA PAS JOHOR.DI BALAI POLIS CENTRAL PADA 10 PAGI TADI 16HB 07 09.