Jun 20, 2009

MUSLIMAT TOLAK KERJASAMA DENGAN UMNO


KUALA LUMPUR - Dalam hampir semua pemimpin Umno mendesak agar kerajaan perpaduan menjadi kenyataan. Dewan Muslimat Pas tetap berpegang teguh dengan keputusan muktamar parti itu dan menolak sebarang kerjasama politik dengan UMNO dan kekal bersama Pakatan Rakyat.

Timbalan Muslimat PAS, Senator Siti Zailah Yusof berkata, pihaknya memahami kecelaruan yang timbul di kalangan ahli-ahli Pas akar umbi, pimpinan peringkat bawahan, penyokong dan pengundi Pas berhubung isu kerjasama politik antara Pas dengan UMNO.


"Bagaimanapan, Muslimat Pas akan tetap berjuang bersama dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP sebagai satu gagasan.


"Kami menyeru kepada ahli-ahli supaya bertenang dan jangan cepat cemas dengan usaha pihak-pihak tertentu yang cuba memecah belahkan pakatan pembangkang dan perpaduan dalam Pas," katanya .


Siti Zailah berkata, pihaknya ingin menyeru kepada semua pimpinan Pas supaya tidak membuat cadangan baru di luar keputusan muktamar atau yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat serta Majlis Syura Ulama.


"Pas adalah parti yang sudah lama berkecimpung dalam arena politik di negara ini dan mempunyai pengalaman luas untuk menangani pelbagai cabaran politik yang dihadapi.


"Pemimpin-pemimpin dan ahli Pas seharusnya meletakkan kesetiaan dan kepercayaan mereka kepada perjuangan jemaah," kata beliau.

No comments:

Post a Comment