Jun 22, 2009

SIFOOL TAK SABAR NAK JUMPA ANWAR


SHAH ALAM - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan lega dengan kenyataan terbaru Ketua Pembangkang itu yang sedia bersemuka dengannya di mahkamah berhubung perbicaraan kes liwatnya.

Mohd Saiful berkata, kenyataan terbaru Anwar mengenai perbicaraan kes tersebut yang akan mula dibicarakan pada 1 Julai seperti disiarkan akhbar lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu amat dialu-alukan.

“Alhamdulillah, sejuk hati saya apabila mende-ngar khabar Datuk Seri (Anwar Ibrahim) sudi hadir di mahkamah.

“Sudah setahun lamanya saya menantikan hari bagi kita menyatakan kebenaran masing-masing untuk kunjung tiba, moga kali ini, Datuk Seri dapat berpegang pada janji,” katanya dipetik komen terbarunya berjudul ‘Datuk Seri, saya juga sudah bersedia’ di blognya semalam.

Saiful berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar Suara Keadilan yang menyebut ‘Anwar juga berkata beliau bersedia bersemuka di mahkamah dengan Mohd Saiful’.

Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful di sebuah kondominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Anwar kini bebas de- ngan bon peribadi RM20,000.

Pada 17 Jun lalu, Anwar telah memfailkan permohonan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Dalam permohonan yang difailkan oleh peguamnya, S N Nair, beliau juga memohon perintah membatal dan membebaskan beliau dan sebuah perintah menangguh perbicaraan kes liwatnya yang ditetapkan dari 1 hingga 24 Julai ini.

Menurut peguamnya Nair, permohonan itu difailkan atas dasar bahawa tuduhan keseluruhan itu adalah satu persendaan, tidak masuk akal dan tidak mempunyai asas sama sekaLI.

No comments:

Post a Comment