Jun 28, 2009

SAYA SEDIA JAWAB TUDUHAN -NIK AZIZ


Saya sedia jawab tuduhan: Nik Aziz

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sedia :menjawab segala tuduhan Pergerakan Pemuda UMNO negeri berhubung kenyataan beliau yang didakwa boleh menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat serta berbau hasutan.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak takut dengan tindakan yang akan dikenakan kepada beliau termasuk laporan polis yang dibuat oleh Pemuda UMNO terhadap beliau.

“Kenyataan yang saya buat itu lebih kepada kiasan terhadap sesuatu yang sesuai pada pandangan saya.

“Tak apa, dia nak buat 'report' tak apa, kita bersedia untuk jawab,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan polis yang dibuat oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian berhubung kenyataannya dalam ceramah politik di kawasan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, pada 21 Jun lalu.

Pada ceramah tersebut, Nik Abdul Aziz didakwa mengeluarkan kenyataan berbau hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat.

Ketika membuat laporan laporan di balai polis, Anuar berkata, dalam kandungan ceramah Nik Aziz di Padang Majlis Daerah Laloh, pada jam 10 malam itu terang-terangan menyamakan perjuangan parti UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin.

Anuar berkata, Nik Abdul Aziz juga turut menyamakan UMNO sebagai komunis dan Chin Peng selain menyamakan UMNO sebagai ideologi parti sosialis yang menolak agama dan prinsip ketuhanan.

Jelas Nik Abdul Aziz, kenyataan itu sudah lama diperkatakan sebelum ini dan ia lebih berbentuk kiasan atau perumpamaan.

“Boleh jadi kerana saya kata nasionalis dan komunis itu serupa dan serupa tu dari segi mana? Bila kata Mamat serupa dengan harimau, Mamat kena ada ekor, kuku dan berkaki empat ke? Sebenarnya itu adalah kiasan.

“Begitu juga dengan ajaran sesat, (bagi saya) semua fahaman yang menolak Islam, semuanya kita panggil ajaran sesat dan bukan masa sekarang sahaja.

“Zaman Rasulullah dulu pun Abdullah bin Ubai bersama dengan Nabi tapi gelaran sahabat tidak boleh diberi kerana orang yang bersama dengan Nabi tapi tidak beriman, tidak boleh dipanggil sahabat,” katanya.

Katanya, apabila UMNO menolak Islam ke mana arah tuju mereka dan semua orang yang menolak Islam adalah sesat.

Menulas mengenai isu laporan polis itu dibuat berikutan tindakannya menolak kerajaan perpaduan yang disarankan oleh pemimpin polis di kalangan UMNO dan Pas, Menteri Besar Kelanta:n itu berkata, Pas sudah pun mempunyai kerajaan Pakatan Rakyat hasil penyertaan DAP dan PKR.

“Sekurang-kurangnya kita ada pakatan dan mana baik pakatan dengan perpaduan. Jika saya bersetuju tidak ada masalah. Saya kata begitu setelah saya habis fikir,” kat:anya.sumber sinar harian

No comments:

Post a Comment