Jun 20, 2009

MCA PELAWA DAP UNTUK BINCANG

Timbalan Presiden MCA, Chua Soi Lek ketika di Pasir Putih, Kelantan semalam telah menyuarakan satu idea drastik yang pasti satu tamparan kepada Tee Keat, apabila Soi Lek kata – “Demi kepentingan rakyat, maka MCA juga boleh duduk bincang dengan DAP.”

Tu dia jenis pemimpin berani yang memang tak takut “mati” walaupun kedudukannya dalam MCA ketika ini(pada pandangan Tee Keat) sekadar mayat hidup.

Menurut Soi Lek, MCA bersikat terbuka terhadap usaha pemimpin Melayu atau Cina yang duduk berbincang mencari jalan menstabilkan perpaduan rakyat dan ekonomi negara. Oleh itu dalam masa yang sama kita (MCA) pun boleh jumpa Pas, jumpa DAP.

Bercakap mengenai Kerajaan Perpaduan yang sedang dicanang antara Pas dan Umno, Soi Lek beranggapan perbincangan tersebut tidak seharusnya terhad kepada kepentingan Melayu semata-mata, ia wajar untuk kepentingan bukan Melayu juga sesuai dengan konsep 1Malaysia.

Bagaimanapun, beliau berkata MCA tetap yakin dengan keupayaan PM, Najib yang mahu melihat konsep 1Malaysia dilaksanakan dengan berkesan demi kesejahteraan seluruh rakyat, pelbagai kaum.

Oleh itu, MCA percaya UMNO tidak mungkin membentuk satu kerajaan bersama Pas dan membiarkan parti kaum Cina menjadi pembangkang.
Posted by RAKYAT MARHAE

No comments:

Post a Comment