Jun 25, 2009

UNDI BN MOHD PUAD ZARKASHI TERDESAK

Mengikut pekeliling Perkhidmatan Awam Guru dan Kakitangan Awam Kumpulan A tidak dibenarkan aktif berpolitik. Tetapi ramai sedia maklum klausa larangan itu hanya difokuskan kepada kakitangan awam kumpulan A yang menyokong parti pembangkang atau Pakatan Rakyat. Bagi kakitangan awam yang aktif berpolitik dalam Umno dan Barisan Nasional perkara ini dibuat seperti tak nampak sahaja. Walaupun mereka terlibat secara terang-terangan dan memegang jawatan penting dalam Umno@BN. Malah ada yang berlagak selamba menampal logo Umno atau dacing senget sebelah serta bendera Umno@BN di kenderaan mereka, dibiarkan tanpa apa-apa tindakan.

Maka ramailah di kalangan kakitangan awam yang aktif atau hanya menjadi penyokong Pakatan Rakyat yang ditukarkan ke pedalaman dan ditukarkan berjauhan dengan isteri, anak-anak dan keluarga atau dikenakan tindakan tatatertib kerana dikatakan melanggar etika dan pekeliling perkhidmatan awam.

Larangan berpolitik kepada kakitangan awam kumpulan A oleh kerajaan ternyata bersifat prejudis dan menyekat kebebasan bersuara dan berpolitik yang diiktiraf dalam negara yang menjunjung prinsip demokrasi.

Ternyata larangan berpolitik ini berniat serong dan mempunyai agenda yang tersembunyi. Dalam masa yang sama pihak Kerajaan dari Perdana Menteri sehinggalah kepada Timbalan Menteri terus memperalatkan dan melacurkan kakitangan awam dengan memaksa mereka untuk ke majlis yang bersifat politik yang dihadiri oleh mereka. Mana-mana yang tidak menghadiri majlis berkenaan akan dikenakan surat tunjuk sebab dan diambil tindakan.

Lihatlah apa kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dalam kempen politik kepada guru-guru di Manek Urai hari dengan meminta mereka supaya mengundi Umno@BN. Tindakan Timbalan Menteri berkenaan menunjukkan bahawa Umno@BN dalam keadaan terdesak dalam Pilihanraya Kecil di Manek Urai sehingga sanggup buat apa sahaja walaupun terpaksa melanggar undang-undang dan peraturan yang dibuat oleh mereka sendiri'

No comments:

Post a Comment