Jun 28, 2009

MAHKAMAH CUBA ROMBAK AMALAN DEMOKRASI

June 2009
Keputusan untuk menolak permohonan majoriti 11 hakim oleh Nizar, terbukti mahkamah cuba rombak amalan sistem demokrasi !



Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah tidak bertepatan dengan amalan rang undang-undang negara, kata Prof. Abdul Aziz Bari (foto). Dalam penghakiman setebal 49 mukasurat itu yang dikeluarkan hari ini, Hakim Md Raus berkata Nizar telah hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak walaupun tiada undi tidak percaya dijalankan. "Dalam kes ini, Zambry mempunyai sokongan majoriti 31 ahli dari 59 Ahli Dewan Undangan Negeri. Berdasarkan kepada fakta ini, Zambry dari BN mewakili keyakinan majoriti dan Sultan telah melantik beliau selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri," kata Hakim Md Raus. Dalam penghakiman beliau juga, Hakim Md Raus tidak bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim bahawa dalam mempertimbangkan soal keyakinan majoriti, usul undi tidak percaya terhadap Nizar Jamaluddin harus dibentangkan bagi menentukan samada Nizar telah atau tidak hilang keyakinan majoriti.

"Hakikatnya adalah Majlis Exco, termasuk Menteri Besar, telah terbubar atas dasar mereka telah hilang keyakinan majoriti, sekiranya Menteri Besar tidak mengemukakan perletakan jawatan beliau dan Majlis Exco beliau," menurut Hakim Md Raus. Mengulas hujah penting ini, Pensyarah Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu berkata hujah Hakim Md. Raus itu bagaimanapun masih boleh disanggah. Menurut Prof. Aziz Bari, keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim adalah lebih selaras dengan mengikut amalan rang undang-undang negara, kerana proses undi tidak percaya adalah proses tepat bagi menentukan secara muktamad apakah Nizar seorang Menteri Besar yang sah atau bukan. "Memang betul soal keyakinan majoriti ini boleh ditentukan melalui pelbagai cara, tetapi menentukan keyakinan majoriti melalui proses undi tidak percaya adalah proses yang lebih bertepatan dengan semangat Perlembagaan," kata Prof. Aziz Bari. "Mahkamah Rayuan seolah-olah mahu merombak terus proses demokrasi. Pada saya keputusan Mahkamah Rayuan ini salah," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment