PARA pemimpin UMNO memang ghairah dengan wujudnya “Kerajaan Perpaduan” kerana UMNO tidak ada pilihanan lain, selain menjadikan jambatan kepada Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa untuk mewujudkan satu Kerajaan yang kuat dan kukuh, apa yang dipanggil “Kerajaan Perpaduan” dengan UMNO/BN yang dikenalpasti sebagai idea Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Walaupun idea Hadi memangnya baik namun beliau tidak komited kerana isu besar dan penting ini hendaklah dibincangkan terlebih dahulu dalam Pakatan Rakyat. Ini jelas menunjukkan keikhlasan Haji yang tidak mahu membuat sebarang keputusan bersendirian, membelakangkan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain.
UMNO tidak ada pilihan lain, kerana pemimpin-pemimpin UMNO tahu akibatnya menghadapi Pakatan Rakyat dalam PRU13. Semua orang tahu. UMNO tidak ada keupayahan mempertahankan Kerajaan yang ada sekarang, bersama rakan-rakannya dalam Barisan Nasional. Amat jelas, Barisan Nasional, kian hari kian rapuh. Senario politik PRU13, sudah dapat dihidu oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Keputusannya nanti, akan merugikan UMNO/BN juga.
Bila sampai sahaja idea “Kerajaan Perpaduan” ke telinga pemimpin-pemimpin UMNO, senarionya pula telah diubahsuai. Bunyinya pula diubah seperti, “PAS dan UMNO/BN” mahu menubuhkan bersama sebuah Kerajaan Perpaduan. Seolah-olah PAS, UMNO jadikan kuda tunggangan, untuk menghancurkan PKR dan DAP. ”
“UMNO Gunakan, satu biji peluru untuk tembak 3 ekor burung”. Bila senario tersebut berjaya kelak, PAS, PKR dan DAP akan ditanam oleh pemimpin-pemimpin UMNO dalam satu kubur. PAS pun pernah tinggal dalam satu rumah dengan UMNO/BN suatu masa dulu. PAS tentu arif lagu lagu mereka. Hingga serpihan PAS, BERJASA pun pemimpin pemimpin UMNO lahirkan, guna untuk memecah belahkan keahlian PAS.
Sekiranya wujud Kerajaan Perpaduan PAS/UMNO/BN nanti, tentunya kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri akan tergugat. Cita -cita Hishamuddin Tun Hussien Onn juga tergugat untuk menjadi pelapis Tan Sri Muyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Perlu diingat, PAS hari ini, bukan lagi PAS di zaman Allahyarham Dato’ Asri Muda, dapat Jawatan Menteri terima sahaja, asal menteri penuh. PAS hari ini boleh main tarik papan sorong papan, ke jawatan Timbalan Perdana Menteri. Masalahnya pula, mahukah Tan Sri Muhyiddin Yassin?
Ini satu helah UMNO untuk menjahanamkan Pakatan Rakyat yang selama ini dianggap mereka rapuh. Bila berita Kerajaan Perpaduan hangat dibicarakan oleh orang ramai, kita pasti dapat dengar berita TV3 dan Astro Awani, meracuni fikiran ahli ahli PAS/PKR/DAP. Ditambah lagi forum dari profesor profesor yang pro habis UMNO di TV1 dan TV3 serta Awani, yang kerja mereka tukang “ampu” Najib dan UMNO sahaja. Terus melalak dengan nada semangat kebangsaan yang berkecamuk dan meleret-leret. Sungguh memuakkan.
Para profesor ini, kalau mereka berhujah, mereka fikir para pendengar semua bodoh, bulat-bulat telan semua pandangan, hujah dan fikiran mereka?
Cuba profesor profesor fikir, pasal kemelut politik di Perak. Banyak pandangan para profesor dikeluarkan untuk mempengaruhi fikiran rakyat supaya menyokong BN. Tapi bila PRK Parlimen Bukit Gantang Perak diadakan baru-baru ini, keputusannya Pakatan Rakyat menang dengan majoritinya berganda. Ini satu tamparan hebat bahawa rakyat tidak akan percaya hujah hujah dari para profesor. Buang masa sahaja Astro Awani, kerana rakyat sudah cukup meluat dengan perangai pemimpin-pemimpin UMNO & The Kroni.
No comments:
Post a Comment