Jun 27, 2009

FAUZI ABDULLAH CALON MANIK URAI


KUALA KRAI: PAS mengumumkan Fauzi Abdullah sebagai calonnya bertanding bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan.

Fauzi, 50, yang merupakan pemborong ikan, juga adalah Bendahari PAS kawasan Kuala Krai.

Pengumuman itu dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Manek Urai sebentar tadi.

Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Ismail Yaakob dari Pas meninggal dunia pada 22 Mei lalu akibat pelbagai komplikasi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai.

Dalam pada itu, pada Rabu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calonnya untuk mewakli parti itu pada Ahad ini.

No comments:

Post a Comment