Jun 23, 2009

SIAPA DALANG ALONG


Cerita Along merantai mangsa bukan perkara baru. Cerita kewujudan "penjara" Along juga bukan satu yang baru. Sudah lama kita mendengar tentang wujudnya "penjara" itu di Pandan Indah. Tetapi kenapa dengan tiba-tiba cerita Along itu hilang begitu sahaja?

Baru satu sahaja kumpulan Along yang diburu. Bagaimana dengan beratus-ratus kumpulan Along yang lain? Apa sebenarnya yang dilakukan pihak polis?

Beribu-ribu poster, kain rentang dan risalah Along ditampal, digantung dan diedar. Mustahil pihak polis tidak dapat mengesan mereka.

SB kita memang hebat. Mas Selamat pun boleh ditangkap.

Oleh itu, kalau mereka berkata susah hendak mengesan Along, rakyat tidak dapat menerima alasan itu. Betul ke susah hendak dikesan atau memang tidak mahu mengesan?

Kezaliman Along ini nampaknya tidak berkesudahan.
Seolah-olah semacam ada konspirasi untuk melindungi mereka. Rakyat akan membuat andaian. Kalau polis tidak bertindak, rakyat akan membuat andaian. Begitu juga jika Along diberi lesen membuka perniagaan, PBT malah Exco PBT akan dituduh melindungi Along.

Tetapi Along terus bermaharaja lela. Rakyat menjadi mangsa. Rakyat sudah muak dengan alasan demi alasan. Kita takut jika undang-undang dan polis tidak dapat melindungi rakyat maka rakyat tidak akan menghormati undang-undang dan akan bertindak sesuka hati. Sudah ada banyak kes Along dipukul, dibelasah malah dibakar hingga mati.

No comments:

Post a Comment