Jun 11, 2009

PUSAT ARAHAN BN MANEK URAI


Didalam usaha untuk membelit pemikiran rakyat UMNO akan memperkenalkan satu pendekatan baru iaitu SATU PUSAT ARAHAN,maknanya kalau nak menipu kena sekata dan sama.

Satu pusat arahan maknanya mengelakkan fakta yang bercanggah lah kononnya tuh,takut ada yang silap menipu dan membohong.Manalah tau,yang pencacai ni kata lain,tetiba pencacai yang lain plak kata lain plak,kan jadi celaru plak pembohongan mereka.Maka untuk mengelakkan pembohongan dan belitan mereka terbongkar maka satu pusat arahan perlu diujudkan supaya mudah bagi mereka untuk membelit pemikiran pengundi di DUN Manek Urai.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, melalui satu pusat arahan, penyelarasan kempen parti-parti komponen BN pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai depan akan lebih teratur.

Katanya, langkah mewujudkan hanya satu pusat arahan merupakan sebahagian daripada pendekatan baru yang akan diambil BN bagi menghadapi mana-mana pilihanraya kecil selepas ini.

TPM ni.......,woi mangkuk hayun, rakyat bukan tak tau tembelang UMNO,selagi dasar dan sistemnya masih sama,korang gunalah pendekatan apa sekalipun rakyat tetap tidak akan dapat menerima BE END kerana rakyat telah terlalu muak dan jelak dengan kebokrokan dan kerakusan UMNO

Aku sarankan supaya UM END cepat-cepat sedar dari lena dan berubah kepada sikap yang lebih adil,barulah rakyat akan cuba memberikan perhatian dan mungkin akan kembali menyokong.Tetapi sekiranya UMNO masih lagi dengan sikap dan sistem sekarang ini maka agak mustahil bagi rakyat untuk memberikan kepercayaan kepada UMNO

Aku cukup yakin bahawa UMNO tidak akan mampu untuk kembali menjadi parti tunggak seperti dahulu kerana perjuangan yang telah terlalu jauh menyimpang dari prinsip asal perjuangan.

UMNO akan padam dengan kehinaan..... ek ek... jangan nak harap la kerajaan perpaduan lebih baik UMNO jaga masalah dalaman parti sendiri lebih ek.

No comments:

Post a Comment