May 31, 2010

Bontot Sialful Talian Hayat Bagi UMNO ?

Isnin, Mei 31, 2010-Perbicaraan liwat II membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguamnya, Karpal Singh sekali lagi memohon mahkamah bagi membekalkan pihaknya dengan senarai saksi.

Menurut Karpal pihaknya telah menghubungi pemilik kondominium di mana pengadu yang juga saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa tempat dia diliwat, tetapi gagal menghubunginya.

"Kami perlukan bantuan daripada pihak pendakwaan. Saya pasti dia (pemilik kondo) itu juga akan dipanggil (sebagai seorang saksi).”

Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwa berkata beliau hanya mengetahui berhubung permohonan senarai saksi pendakwaan telah dibuat hari ini.

Ketika disoal-balas Karpal, Saiful menceritakan bahawa ayahnya bercerai dengan ibunya semasa dia berada di darjah satu.

Karpal yang berkerusi roda kemudian bertanya mengenai adik perempuan Saiful - Saidati yang dikatakan mengikut seorang lelaki dan berkahwin di Thailand.

Beliau
kemudiannya menyemak semula keterangan awal Saiful mengenai perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Rodwan Mohd Yusof (ketika itu pengarah Jabatan Siasatan Jenayah yang sekarang ini Ketua Polis Melaka) dan bekas olahgarawati negara, Mumtaz Jaafar yang merupakan sahat akrab isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Karpal kemudian bertanyakan kepada Saiful sama ada Najib, Mumtaz, Rodwan, Ezam ada membuat laporan polis berhubung dakwaannya yang dia diliwat oleh Anwar.

Saiful menjawab dia tidak tahu.

Pertikaman lidah berlaku antara Karpal dan Mohd Yusof apabila peguam utama Anwar itu berhujah Najib dan yang lain boleh diheret ke mahkamah kerana tidak membuat laporan polis berhubung dakwaan Saiful (kiri) diliwat.

"Di bawah Seksyen 13, Kanun Prosedur Jenayah, adalah satu prosedur bagi seseorang untuk membuat laporan polis. Jika ini tidak dilakukan, ia adalah satu kesalahan mengikut sekyen 202, Kanun Keseksaan,” kata Karpal.

Karpal kemudianya bertanya kepada Saiful berhubung acara mengangkat sumpah yang dilakukannya di Masjid Wilayah Persekutuan, beberapa hari sebelum hari peenamaan calon pilihan raya kecil Permatang pauh yang ditandingi oleh Anwar, dua tahun lalu.

Pada acara itu, Saiful menjunjung al-Quran di hadapan seorang iman sambil mendakwa dia diliwat oleh Anwar.


Dia menafikan acara mengangkat sumpah itu sesuatu yang dirancang dan berkata dia memang berhasrat melakukannya lebih awal.Yusof pula kemudiannya bertanyakan Saiful berhubung pengalamannya di Hospital Pusrawi, tempat pertama yang dilawatinya untuk menjalani ujian perubatan.

Saiful menafikan pernah berkata plastik dimasukkan ke dalam duburnya.

“Saya juga tidak pernah berkata perkara seumpama itu kepada doktor atau polis di Hospital Kuala Lumpur.”


Saksi itu juga berkata bahawa Ezam dan Mumtaz agak keberatan membuat laporan polis kerana bimbang masa depannya terjejas.

Saiful kemudiannya dibebaskan daripada kandang saksi tetapi boleh dipanggil semula oleh Karpal pada masa yang sesuai sepanjang perbicaraan itu.

* Talian hayat UMNO bergantung pada bontot Saiful....sumber

May 26, 2010

PENYELESAIAN ISU TANAH MILIK KTMB DENGAN SIMGAPURA MESTI TELUS

Kerjasama dan hubungan diplomatik yang baik di antara Malaysia dengan Singapura merupakan satu keutamaan. Kita hargai kepentingan hubungan antara kedua negara ini terutamanya menyangkuti bidang ekonomi dan pelaburan serta usaha berterusan bagi menyelesaikan isu berbangkit.

Namun demikian kita bertegas penyelesaian itu harus didasarkan kepada prinsip ketelusan terutamanya apabila ianya membabitkan kepentingan nasional dan khazanah negara.

Kita difahamkan bahawa isu tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad yang selama ini menjadi pertikaian di antara Malaysia dan Singapura telah diselesaikan semalam. Penyelesaian yang kononnya dikenali sebagai “Penyelesaian Muktamad” agak mengejutkan kerana setahu saya beberapa persoalan berkaitan kepentingan negara di negara jiran itu adalah lebih rumit dan harus ditangani dengan bijak serta teliti.

Kenyataan bersama Dato’ Sri Najib Razak kelihatannya mengakibatkan beberapa kepentingan negara; Stesen Keretapi Tanjung Pagar, beberapa keping tanah di Kranji, Woodlands, Tanjung Pagar serta Lot 76-2 mk 16, Lot 249 Mk 4 dan Lot 32-10 Mk 16 dipercayai merugikan.

Kita gusar kerana persefahaman yang dipersetujui YAB Perdana Menteri itu dibuat serta diumumkan dengan tergesa-gesa tanpa memberi maklumat terperinci sedangkan persoalan ini membabitkan isu kedaulatan dan kepentingan negara. Ini bertentangan dengan pendirian Perdana Menteri dan kerajaan sebelum ini.

Sungguhpun dinyatakan tanah-tanah tersebut akan diamanahkan kepada sebuah syarikat yang bernama M-S Pte Ltd di mana Khazanah memiliki 60% dari kepentingannya, namun dari kenyataan tersebut terdapat kemungkinan besar kepentingan-kepentingan terbabit akan ditukarkan dengan tanah di kawasan yang lain.

Kita curiga nilai tanah yang ditukarkan itu; samada di Marina South dan/atau Ophor Rochir, tidak menandingi nilai tanah milik KTMB itu. Apa yang lebih membimbangkan pembabitan Khazanah hanyalah sebagai alasan untuk meletakkan kepentingan syarikat kroni.

Kita tuntas mempersoalkan kebijaksanaan keputusan Kerajaan Malaysia kerana sebarang pembangunan yang bakal dilaksanakan nanti pastinya tidak berupaya menjana kegiatan ekonomi domestik. Berapa ramaikan para pengusaha, kontraktor mahupun pembekal Malaysia yang bakal terlibat dengan pembangunan usahasama Syarikat M-S Pte Ltd itu?

Kita juga menggesa pentadbiran Dato’ Sri Najib untuk segera menjelaskan secara terperinci maksud sebenar bahawa Points of Agreement(POA) di antara Kerajaan Singapura dan Malaysia boleh ditambahkan dengan terma serta syarat baru kononnya untuk memaksimumkan potensi tanah-tanah tersebut di Singapura.

Kita juga mahukan penjelasan samada Dato’ Sri Najib menggunakan POA 1990 yang digariskan Tun Daim Zainuddin, menteri kewangan ketika itu sedangkan ianya tidak mendapat persetujuan Kabinet. Selain itu kerajaan sewajarnya menjelaskan apakah kedudukan sebenar isu air serta wujudnya penyemakan semula harga air mentah yang kita bekalkan kepada Singapura? Kita menggesa Dato’ Sri Najib untuk membentangkan kertas laporan di sidang parlimen pada bulan Jun ini. - Anwar Ibrahim

BN Kedah Akan Lancarkan Perang Saraf Baru dengan 'Tangan APCO'

26 May 2010-Setelah psywar lompat dapat ditamatkan malam 22 Mei lalu, startegi baru UMNO/BN untuk melemahkan kerajaan dan membina persepsi buruk terhadap kerajaan Kedah akan memasuki fasa baru.

Kini, pemikir-pemikir UMNO/BN dari ibunegara telah dijemput memberikan idea dan strategi baru yang lebih efektif. Saya telah menulis perihal 'Tangan APCO Meraba Kedah' dalam posting yang lalu. daripada maklumat yang diterima hari ini, hal tersebut memang sudah dan sedang berjalan.
.
Siang tadi seorang Dato' Seri yang pernah menjadi Setiauaha Politik Perdana Menteri menelefon salah seorang EXCO dari PKR yang menyampaikan ceramah malam 22 Mei lalu untuk 'merisik' dan 'meraba'.
.
Akan datang satu 'grand design' dari BN/UMNO untuk menggoncang Kerajaan Kedah... dari segenap penjuru... sama seperti yang pernah dibuat di Kelantan 20 tahun dulu. Kalau waktu itu dikatakan Strategi Ghafar, Di Kedah akan dijalankan strategi APCO.

Seluruh rakyat, pemimpin masyarakat, media, penulis, blogger, pemerhati di harap tidak melatah dan berjaga-jaga. Mungkin juga jarum yahudi itu masuk melalui penulisan, rungutan dan kritikan dan pendedahan kita tanpa kita sedari.
.
Untuk mengelak kita jadi talibarut grand design BN/UMNO, semua maklumat sewajarnya harus diteliti dengan cermat. Sebaiknya mendengar dan bertanya terus dengan tuan tubuh atau pihak yang terlibat.

Mengkritik tidak salah, salahnya ialah bila kritikan itu menjadi fitnah!

Muhammad Sanusi Md Nor,
SETPOL MB

UMNO MIC Bergasak. Samy Vellu Akan Pecat Muhyiddin Juga ??

Krisis antara UMNO dan MIC bertambah buruk hari ini apabila anak Datuk Seri Samy Vellu menuduh UMNO sebagai mendalangi kempen untuk membunuh kerjaya politik ayahnya.

Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan dakwaan oleh S Vell Paari itu sebagai biadap dan meminta Samy supaya menasihati anaknya.

Pertikaman lidah antara UMNO dan MIC itu adalah yang terburuk dalam sejarah Barisan Nasional dan mencerminkan ketidakstabilan yang semakin ketara dalam gagasan itu.

Samy Vellu menjadi sasaran beberapa kerat pemimpin MIC yang mendesak beliau supaya meletakkan jawatan setelah menerajui parti itu sejak tahun 1974.

Pergeseran antara UMNO dan MIC pula semakin buruk apabila Perdana Menteri Najib Razak menolak calon pilihan parti itu untuk bertanding pada pilihanraya kecil Hulu Selangor bulan lalu.

Ini kali pertama Umno masuk campur dan menentukan calon yang mana harus diletakkan oleh MIC. Tindakan itu dilihat sebagai mengaibkan Samy di samping mengundang kritikan terhadap kepimpinannya.

Beberapa orang yang mengkritik Samy kemudian menubuhkan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) bagi memaksa beliau berundur sebagai presiden MIC.

Vell Paari anak kepada Samy semalam membuat kenyataan terbuka bahawa gerakan itu turut didalangi oleh UMNO dan mendedahkan bahawa UMNO telah lama mendominasi parti-parti komponen lain dalam BN.

“Umno akan menentukan siapa memimpin MIC jika pihak luar tak henti campurtangan dalam urusan dalaman MIC” ujar Vell Paari.

Vell Paari mendakwa Umno menggunakan pendekatan "pembunuhan politik" untuk memecahbelahkan MIC.

Dalam reaksi kilas, Muhyiddin menyifatkan Vell Paari sebagai biadap kerana menuduh Umno cuba menjatuhkan ayahnya.

"Umno ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan oleh anak Samy Vellu itu. Ia adalah sesuatu yang biadap”ujat Muhyiddin.

Timbalan perdana menteri menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan meminta Vell Paari supaya menghentikan tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.

Muhyiddin juga meminta Samy Vellu supaya menasihatkan anaknya supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan sensitiviti parti-parti komponen BN yang lain.

"Samy Vellu boleh nasihatkan anaknya” tambahnya lagi. -TVS

May 23, 2010

MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR KALI 38



Muktamar Dewan Pemuda Pas Negeri Johor yang sedang berlangsung dengan ucap tema Ketua Pemuda bertajuk Mundepani Cabaran , melangkah kehadapan ,sekarang perwakilan sedang membahaskan ucapan ketua pemuda yang agak panas yang menyentuh beberapa pakara tentang lujnah lujnah yang diamanahkan termasuk isu yang agak panas kerajaan BN luluskan isu judi bola menjadai tajuk perbahasan yang para perwakilan pada sebelah petang perwakilan mengharapkan isu judi bola dimainkan sepenuhnya supaya masyarakat dapat penjelasan yang sebenarnya.

May 19, 2010

Menarilah semua komponen BN dalam irama gendang APCO, kita tengok kaki sapa terpelecok!

19 May 2010-Tangan APCO Meraba Kedah..Perang saraf BN/UMNO melalui plot Wakil Rakyat melompat meninggalkan PR dan menukar kerajaan di Kedah nampaknya berjaya menimbulkan keresahan di kalangan rakyat yang peduli politik dan penjawat awam. Ini adalah eksesais baru untuk membina environment haram yang terpaksa diterima sebagai halal jika ia benar-benar berlaku. Ini sebahagian ciptaan APCO yang dilantik sebagai konsultant 1Malaysia BN/UMNO. Kalau nak 1Malaysia, takkan Kedah depa tak mau ambik kot?

Saya nampak eksesais ini adalah turutan (flow) yang dikembangbiak daripada isu soalan Dewan Undangan Negeri tempoh hari. Flow ini juga mempunyai carta aliran yang mencakupi banyak skop lain termasuk gerak saraf di kalangan pegawai tadbir, keselamatan, pelabur dan ahli perniagaan. Ia akan terus dipanaskan dari masa ke semasa, sehingga ada tindak balas yang mereka mahukan. Statement Chong It Chiew tentang pelabur nak lari dari Kulim HiTech Park semalam pun adalah 'buah mulut' APCO.
.
Ceramah pada 22hb Mei nanti bukanlah respon yang diingini. Ceramah tersebut boleh menutup plot lompat selama-lamanya. Sebab itu Ketua Pemuda Gerakan yang kerjanya membuat Sidang Akhbar dan menulis memorandum 'yang ketinggalan keretapi' menyampuk dan campurtangan dalam parti orang lain. Katanya ADUN2 PKR dibuli oleh PAS. Dia mahu ADUN2 PKR jangan pergi berceramah malam itu. Statement ini serentak dengan kenyatan Chong It Chiew.
.
Malam ini, saudara Naidu dari Alor Semadum menelefon saya memaklumkan dia menerima maklumat daripada kawannya seorang anggota keselamatan bahawa pihak BN sedang memasang banner di sekitar Alor Setar mendakwa DUN Kedah akan dibubarkan (lebih kurang begitulah maksud ayat-ayat yang tertera di banner - saya belum melihat kandungannya). Saya tidak pelik kerana memang kerja depa untuk mengkucar kacirkan kerajaan. Bila ada penafian dari pimpinan UMNO/BN tentang kerja buat depa menjatuhkan kerajaan melalui usaha pembelian kerusi, ia wajib dibaca sebaliknya. Pengalaman lalu mengajar kita bacaan terbalik ini.
.
Satu peristiwa baru dalam plot ini ialah perangkap yang dibuat oleh ADUN Bayu terhadap ADUN Kulim selepas sidang DUN baru-baru ini. Dia mengajak ADUN itu ke Hotel Shamila dengan mendakwa ADUN Bukit Selambau juga ikut serta, padahal Adun Bkt Selambau ada bersama saya ketika itu. Saya menerima maklumat dari informer tentang perjumpaan itu, dan saya memanggil Adun Kulim balik segera. Dia memaklumkan bahawa dia dimaklumkan Adun Bt Selambau juga ada di sana, sebab itu dia pergi untuk membincangkan hal ehwal portfolionya dan pelancongan di Baling. Selepas beberapa ketika, dia pun pulang. Itu adalah perangkap untuk menimbulkan kecurigaan ataupun membuat 'dealing', Wallahu a'lam.
.
Saya sedia maklum, Adun Bayu adalah bekas Pegawai Khas tugas-tugas Khas bekas MB (MK). Dia juga kerap mengadakan perjumpaan dengan YB Lunas sebelum Adun itu menjadi katak. Pada satu malam sebelum melompat, saya dimaklumkan dia membawa kereta rasmi exco KBN 333 ke rumah Adun Bayu. Apa yang dipersetujui dalam perjumpaan itu saya tak tahu. Selepas itu, bila tercetus kes pusat penyembelihan babi dirobohkan di Kg Berjaya, YB Lunas pun melompat. Dia rebah bersama pusat penyembelihan itu. Masa ni APCO belum timbul, sebab itu beliau melompat kerana babi! Malu la juga kan?
.
Adun Bayu juga membuat kenyataan diakhbar baru-baru ini bahawa kerajaan negeri kerugian RM200 juta dari pembalakan yang dilakukan di 400 hektar kawasan pembalakan yang salah kompartmen. Katanya pembalakan diluluskan di kompatmen 9, tapi pokok ditebang di kompartmen 8. Oleh kerana itu, kerajaan menanggung kerugian RM200 juta di kawasan seluas 400 hektar itu.
.
Saya ingin memaklumkan bahawa, pemberian kawasan pembalakan secara tander terbuka sekarang ini mendatangkan hasil kepada kerajaan sebanyak RM35 juta (harga paling tinggi ialah RM16 ribu sehektar), berbanding RM6 -RM10 juta (RM500-RM1000 sehektar) di zaman bosnya menjadi MB. Kuota penebangan di Kedah ialah 2,340 hektar setahun. Matematik sekolah mana yang dia belajar hingga kiraannya begitu baik, hingga memberi pulangan RM200 juta di kawasan seluas 400 hektar.
.
Kalau dengan kiraan Adun Bayu, bermakna sehektar kawasan balak berharga RM50 ribu, bermakna zaman bosnya menjadi MB, kerajaan kerugian RM49 ribu sehektar. Kalau 2,340 hektar, kerajaan kerugian berapa? Minta dia tolong kirakan! Kalau begitu mahal kayu balak, mengapa zaman bosnya jadi MB, kerajaan cuma dapat RM6-RM10 juta?
.
Berbalik kepada plot lompatan tadi, saya percaya ada lagi turutan (flow) dari isu-isu yang dicipta yang akan dimainkan oleh BN/UMNO Kedah untuk menggoncang kerajaan sekarang. Sebab itu, UMNO, MCA dan Gerakan menyanyi lagu dan menari dalam rentak gendang yang sama dan serentak! Saya tidak percaya BN/UMNO yang mendapat nasihat dari APCO yang menasihat regim-regim diktator seluruh dunia akan ketandusan akal untuk melawan PR di Kedah. Tapi kalau asyik mendapat nasihat daripada APCO, akal mereka sendiri akan mandul dan tandus. Sebab itu, matematik mudah dalam kes balak gagal diselesaikan dengan baik. Menarilah semua komponen BN dalam irama gendang APCO, kita tengok kaki sapa terpelecok!

Muhammad Sanusi Md Nor,
Setpol MB Kedah.

May 17, 2010

KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT: ANWAR

Kemenangan DAP dalam Pilihan Raya Kecil(PRK) Sibu telah membuktikan kepada semua yang kuasa rakyat merupakan kuasa keramat yang mampu mengubah segalanya.

"Sekali lagi anda perlihatkan kekuatan yang mengagumkan walau terpaksa berhadapan dengan jentera lawan yang dilengkapi wang ringgit serta dorongan aparat-aparat lainnya," kata Kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada erapakatan.com.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Sibu yang memilih Wong Ho Leng sebagai Ahli Parlimen Sibu yang baru, menggantikan mendiang Robert Lau Hoi Chew.

"Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua penggerak dan aktivis Pakatan Rakyat(PR).

"Ternyata keikhlasan, kecekalan dan kegigihan membuahkan hasil bermakna, malah memberi pengajaran berguna kepada PR untuk merenung erti semangat perjuangan yang selama ini menjadi pemangkin kepada Agenda Selamatkan Malaysia," tegas Anwar.

Semalam DAP berjaya merampas kerusi Sibu apabila menewaskan BN dengan mejoriti tipis 398 undi.

Calon DAP, Wong Ho Leng berjaya mendapat 18,845 undi lantas menewaskan calon BN, Lobert Lau Hui Yew yang memperolehi 18, 447 undi manakala calon bebas Narawi Haron dengan 232 undi. Undi rosak berjumlah 232 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh pengerus pilihan raya, Wong See Meng.

Hampir 70 peratus atau 37,919 orang pemilih telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan keluar membuang undi.

PRK Sibu ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang juga timbalan menteri pengkutan yang meninggal pada 9 april lalu.
SUMBER ERA PAKATAN

May 16, 2010

DAP MENANG 398 UNDI

Keputusan terkini BN 18,447 Bebas 232 dan DAP 18,845. Setakat 111 peti undi diterima. DAP DAHULUI DENGAN MAJORITI 398 UNDI13 minit yang lalu....aku pi tidor Selamat jalan UMNO..

May 15, 2010

PENERBIT TV DI ARAH TINGGALKAN PEJABAT SEGERA ""

Penerbit Galeri Mandarin Nasional tv2, Chou Z Lam yang mendedahkan pembatalan penyiaran dokumentari Empangan Bakun dan pembinaan menara elektrik di Rawang, telah ditamatkan perkhidmatannya, malah diarah untuk meninggalkan pejabatnya di Angkasapuri, hari ini.

Chou Z Lam (gambar kiri) ketika dihubungi oleh MerdekaReview, memaklumkan bahawa dirinya telah menerima "surat penamatan perkhidmatan" dari Bahagian Khidmat Pengurusan pada kira-kira jam 11 pagi ini. Sambil merakamkan penghargaan terhadap perkhidmatan dirinya, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Shafiq Abdullah menjelaskan kepada Chou Z Lam bahawa perkhidmatannya ditamatkan untuk mengurangkan kos.

Perkhidmatan Chou Z Lam terikat kepada kontrak dengan RTM, yang akan tamat pada Januari 2011. Namun demikian, kedua-dua pihak (Chou dan RTM) berhak menamatkan kontrak dalam masa 24 jam, tanpa terikat kepada sebarang pampasan. Dengan kata lain, tiada pampasan kepada Chou Z Lam berikutan "pemecatan" ini.

Chou Z Lam diarah untuk meninggalkan pejabat hari ini, diiringi oleh dua orang pegawai keselamatan.

Berikut adalah surat "penamatan khidmat" yang diterima Chou Z Lam (berwarna biru):

Tuan,

Penamatan Khidmat Pegawai Penerbit Rancangan Galeri Nasional Mandarin (piecemeal)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.Adalah dimaklumkan bahawa perkhidmatan tuan sebagai Penerbit Rancangan Galeri Nasional Mandarin secara piecemeal di Bahagian Ehwal Semasa, Jabatan Penyiaran Malaysia akan ditamatkan mulai 13 Mei 2010. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak jabatan ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan tuan selama ini.

Sekian.

Saya yang menurut perintah

Dato Mohd Shafiq bin Abdullah
Pengarah
Bahagian Khidmat Pengurusan

Chou Z Lam dakwa diri diambil tindakan kerana pendedahan

Sungguhpun demikian, Chou Z Lam menganggap dirinya dipecat kerana mendedahkan pembatalan penyiaran dokumentari Empangan Bakun dan pembinaan menara elektrik di Rawang, baru-baru ini. Chou Z Lam menyelar keputusan RTM sebagai pencabulan kepada kebebesan media.

Chou Z Lam, penerbit televisyen kedua yang "hilang kerja" atas nama "kebebasan media" dalam masa sebulan, sejak perletakan jawatan penerbit ntv7, Joshua Wong (gambar kiri) yang tidak berpuas hati dengan self-censorship dalaman. Chou Z Lam juga seorang kolumnis di MerdekaReview, dan pernah menulis satu artikel berjudul "Bidang kewartawanan: Pentas pancung kalau bukan medan perang!", selepas kejadian pembatalan penyiaran rancangan berlaku.

Malah, Chou Z Lam tetap membela bahawa dokumentari yang diterbitkan Galeri Mandarin Nasional adalah seimbang dari kandungannya, sebaliknya menyelar pihak atasannya tidak menghormati kebebasan media.- MerdekaReview(Baca seterusnya)
Anda mungkin juga meminati:

sumber : manjadda wajada

May 14, 2010

Perkampungan Melayu Iskandar Malaysia Untuk 8 Kg Setinggan


Penyerahan sijil kelayakan memiliki rumah kepada ketua-ketua kampung setinggan yang terdiri dari Kg Desa Melayu, Kg Desa Jaya, Kg Desa Makmur, Kg Tengah, Kg Belantik dan Kg Dato' Hajah Hasnah Ahmad baru-baru ini menandakan kerajaan UmnoBN Johor tidak memahami kehendak dan tuntutan majoriti penduduk kg setinggan.

Jawatankuasa Bertindak menyifatkan ini adalah sikap berat sebelah kerajaan Johor dalam menangani isu setinggan dengan meletakkan cawangan-cawangan Umno sebagai orang tengah dan dengan senang hati Dato Abdul Ghani Othman selaku Menteri Besar Johor menyerahkan sijil-sijil tersebut sekaligus menolak tawaran penduduk yang ingin berbincang secara baik dan muafakat dengan kerajaan negeri dalam menyelasaikan isu tuntutan mereka.

Jawatankuasa Bertindak sendiri sebelum ini pernah menghantar memorandum untuk MB Johor campur tangan dengan segera dan turun padang mendengar masalah dan tuntutan penduduk setinggan malangnya sehingga hari ini pelbagai alasan diberikan.

Penduduk setinggan ditawarkan rumah flat bertingkat seluas 850 kaki persegi dengan harga RM35,000 dan dikatakan kos pembinaan rumah dan harga tanah sahaja mencecah RM 139,000 dan kata Ahli Parlimen Johor Bahru Dato Shahrir Abd Samad sepatutnya penduduk kampung berterima kasih.

Jawatankuasa Bertindak menuntut kerajaan negeri dengan segera mempamerkan nama-nama penduduk kampung yang setinggan yang layak memiliki rumah untuk mengelakkan nama penduduk dari tercicir dan kebarangkalian berlaku penyelewengan.

Apa yang berlaku ini sekarang bukanlah penyelesaian terbaik, tetapi ada baiknya kerajaan negeri turun padang dan mengambil pandangan dan pungutan suara dari penduduk termasuklah baki mereka-mereka yang belum mengambil wang saguhati dari MRCB yang kini sedang rancak membangunkan projek 8.1 km Lebuhraya EDL dari Pandan ke CIQ .Gambar di atas saya bersama dengan Jawatan Kuasa bertindak ketika Perjumpaan yang diadakan Pada 9.05 2010. Terima kasih Pas Johor Baharu

Kedah: Pilihanraya negeri tak dapat dielakkan?

Barisan Nasional bergembira apabila Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak baru-baru ini dilaporkan berkata Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan jika seorang lagi ahli adun meninggalkan Pakatan Rakyat.

Ini kerana BN begitu yakin mereka mampu merampas semula negeri itu sejak mereka ditumbangkan pada pilihan raya umum 2008.

Menurut beberapa pemimpin Kedah BN, pilihan raya negeri mungkin diadakan pada bila-bila masa kerana Pakatan kini menghadapi masalah berikutan pergeseran dalaman di kalangan parti-partinya.

Ketua Pemuda Umno Alor Star, Zubir Zabidi berkata "mood rakyat sekrang bersedia untuk satu lagi pilihan raya kerana kebanyakan mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahan kerajaan negeri sekarang”.

Zubir bagaimanapun menafikan sebarang usaha daripada BN untuk 'merasuah' ahli parlimen dan adun Pakatan.

Sebaliknya, menurut beliau, pemimpin Pakatan berpaling tadah kerana tidak berpuas hati dengan kepemimpinan parti mereka.

"Persoalan merasuah tidak timbul kerana mereka bukan menyertai BN atau Umno, tetapi menjadi ahli Bebas dan ia tidak kena mengena dengan kami,” kata Zubir ketika diwawancara melalui telefon.

Azizan pada 19 April lalu, memberi amaran bahawa beliau akan membubarkan dewan undangan negeri Kedah jika lebih ramai adunnya, khususnya dari PKR berpaling tadah.

Setakat ini, PKR masih mempunyai tiga perwakilan - Tan Joo Long @ Tan Chow Kang (Sidam), S Manikumar (Bukit Selambau) dan Lim Soo Nee (Kulim), semua mereka juga adalah exco kerajaan negeri.

Bagi Zubir, beliau yakin rakyat Kedah akan memilih BN berbanding Pakatan dan meletakkan kekalahan pada pilihan raya 2008 di atas bahu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang didakwa lemah.

"Tetapi kali ini, di bawah kepemimpinan baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kita sudah bersedia bagi mendapatkan kemenangan untuk BN,” katanya.Sehingga kini kerajaan yang dipimpin Pakatan Rakyat itu sudah kehilangan dua wakil rakyatnya apabila dua adun daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Mohammad Radzhi Salleh (Lunas) dan Tan Wei Shu (Bakar Arang) bertindak keluar parti.

Kedua-duanya mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas.

Kerajaan Kedah kini menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN. Daripada jumlah itu PAS menguasai 16 kerusi, PKR (3 kerusi) dan DAP satu kerusi.

Barisan Nasional mempunyai 14 kerusi termasuk Kota Siputeh yang masih berada pada peringkat Mahkamah Rayuan selepas Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail tidak mengiktiraf Datuk Abu Hasan Sarif sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Mahkamah Tinggi sebelum itu memutuskan DUN Kota Siputeh sebagai kosong berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah selepas Abu Hasan didapati gagal menghadiri sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut.SUMBER MALAYSIA KINI

KEMPEN PAKATAN RAKYAT DI GANGGU POLIS

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat melahirkan rasa kesal dengan ugutan pihak berkuasa keatas penduduk tempatan yang membantu kempen Pakatan Rakyat.

Saifuddin Nasution hari ini menyelar tindak-tanduk aparatus kerajaan negeri itu sebagai melampaui batas dan biadap kepada proses demokrasi.

Dalam satu kejadian, pemilik restoran Idaman Cafe dipanggil ke balai polis, dan diugut lesen perniagaan akan ditarik oleh pihak berkuasa tempatan.

"Timbalan Ketua Angkatan Muda Fariz Musa kemudiannya dipanggil ke balai polis untuk memberi penjelasan kenapa PKR memilih Idaman Cafe. Mengapa hal ini menjadi isu sekarang walhal PKR telah menempah Idaman Cafe setiap malam dari awal sehingga ke hari mengundi," jelas Saifuddin.

Dalam perkembangan lain, forum DAP bersama pengundi Sibu di sebuah sekolah menengah malam ini terpaksa dibawa ke lokasi lain selepas pemilik premis mengadu telah ditekan oleh pihak tertentu.

"Kita telahpun memperoleh keizinan untuk program ini, malangnya sekarang ini kita diberitahu yang kita tidak lagi boleh meneruskan program ini di premis terbabit. Kita sekarang cuba mencari lokasi alternatif," kata Ketua Penerangan DAP Tony Pua.

Saifuddin mempersoalkan kewajaran polis menyiasat orang-orang tempatan yang membantu kempen Pakatan Rakyat, walhal urusan pilihanraya berada di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihanraya.

"Kita tidak mahu bergaduh dengan polis. Pilihanraya adalah pesta demokrasi untuk rakyat. SPR bertanggungjawab memastikan pilihanraya yang bersih, namun kelihatannya penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh polis berlaku tanpa segan-silu," katanya.

May 13, 2010

Mengemis Samy Vellu?

KUALA LUMPUR : Ketua MIC Bahagian Petaling Jaya Selatan, Subramaniam V atau yang lebih dikenali sebagai Barathmaniam, mencatatkan sejarah dalam parti itu kerana menjadi anggota yang dipecat sebanyak tiga kali sejak menyertai MIC pada 1978.

"Saya masih tidak pasti, Saya akan memikirkannya... saya bukannya pengemis untuk merayu kepada beliau (Presiden MIC, S. Samy Vellu)," katanya ketika dihubungi media malam semalam.

Beliau yang dipecat semalam masih belum membuat apa-apa keputusan mengenai pemecatannya daripada parti itu.

Barathmaniam berkata beliau mengetahui mengenai pemecatannya menerusi surat yang diterimanya.

Menurutnya, antara alasan pemecatannya daripada MIC adalah berkaitan dengan satu SMS yang dihantar kepada Samy Vellu minggu lalu, antara lain memberitahu presiden parti itu bahawa MIC bukan milik Samy Vellu atau anggota keluarganya.

Barathmaniam pertama kali dipecat pada 1984 dan kemudian pada 1994.

Beliau mempunyai tempoh 14 hari dari tarikh beliau menerima surat untuk mengemukakan rayuan kepada MIC.SUMBER

May 12, 2010

KERAJAAN 1 MALAYSIA SUDAH LULUS ,HALALKAN JUDI BOLA SEPAK

Angkasanuri

Tahniah kepada pengundi dan penyokong Umno-BN kerana memilih kerajaan Umno - BN dalam pilihan raya umum yang lalu. Tahniah juga kepada pengundi khususnya Melayu Umno di Bagan Pinang dan Hulu Selangor kerana memberi kemenangan kepada Umno-BN dalam pilihan raya kecil berkenaan.

Sebagai tanda sokongan padu tak berbelah bahagi dulu kini dan selamanya kepada Umno-BN maka kerajaan 1Malaysia yang anda pilih telah pun meluluskan atau dalam erti kata lain menghalalkan perjudian baru di negara ini.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, Menteri Kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi bola sepak kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan itu rakyat Malaysia boleh berjudi sepuas-puasnya dan semahu yang boleh sempena Piala Dunia bermula 11 Jun ini.

Maka setiap kali orang berjudi dan bertaruh sempenan Piala Dunia ini maka penyokong dan pengundi Umno akan turut mendapat saham dan 'pahalanya'nya.

Mana pergi suara Mufti Perak? Adakah beliau sudah jumpa ayat dan hujah yang menghalalkan judi? Silap hari bulan, tok mufti pun tumpang saham sama. SUMBER

ZIARAH DAN SUMBANGAN KEPADA IBU IBU TUNGGAL






Pada 9.05.10 Bersama Pas cawangan Taman Cendana sampaikan sumbangan kepada Ibu ibu tunggal dan keluarga baru masuk Islam .

May 11, 2010

KARPAL: SAIFUL PENIPU DAKWA DILIWAT TANPA RELA

Perbicaraan kes liwat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguambela , Karpal Singh menyoal balas pengadu, Saiful Bukhari Azlan.

Karpal berhujah oleh kerana Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya, manakala Anwar pula didakwa menurut Seksyen 377b atas kesalahan mengadakan hubungan di luar tabii, maka berlaku percanggahan antara dakwaan dan kenyataan Saiful.

"Memang pasti ada kesilapan berhubung dakwaan, dan perlu untuk melihat semula kenyataan yang dirakamkan.

"Di Malaysia, kita ketahui hubungan seks antara lelaki dengan lelaki walaupun dengan kerelaan adalah satu kesalahan. Bagaiamanapun, saksi telah berulangkali berkata dan menegaskan bahawa perhubungan seks itu tanpa kerelaaanya,” kata Karpal.

Katanya lagi, penyiasatan sepatutnya dijalankan mengikut seksyen 377c.

Karpal kemudiannya berkata Saiful menipu dan cuba mencabar kenyataannya sebagai saksi.

Sebelum itu, Saiful memberitahu mahkamah bahawa pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira adalah anggota polis tunggal yang mengambil kenyataanya. Dia tidak dapat mengingat jumlah kenyataan yang diberikan kepada polis.

"Setiap kali, kenyataan itu dirakamkan di balai polis Brickfield dan juga tempat lain.

"Kenyataan pertama dirakamkan pada 29 Jun 2008,” kata Saiful dengan menekankan bahawa dalam kenyataan itu, dia memaklumkan bahawa dia diliwat tanpa kerelaan.

Ditanya oleh peguam, Karpal Singh sama ada dia membuat kenyataan itu di luar mahkamah, saksi itu berkata dia tidak ingat.

Awal pagi tadi, keadaan di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kecoh apabila beberapa pemyokong Anwar cuba meloloskan diri untuk memasuki dewan perbicaraan walaupun tidak mempunyai pas masuk

Turut mengiringi Anwar adalah isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Tantawi.Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di sebuah pangsapuri di Bukit Damansara di Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.
Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dihukum 20 tahun penjara - hukuman yang sekaligus akan menamatkan karier politik ketua pembangkang ini yang telah berjaya menyatukan pembangkang untuk menafikan BN penguasaan dua pertiga BN di parlimen selepas pilihan raya umum 2008.

Anwar telah disabitkan dengan kesalahan liwat pada 2000, di samping hukuman atas kesalahan salahguna kuasa sebelumnya - selepas beliau dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri semasa kemuncak krisis kewangan Asia pada 1998.

Sabitan bagi tuduhan liwat itu dikecam secara meluas kerana didakwa tidak adil dan ia kemudiannya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Berikutan itu, Anwar layak bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh selepas pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan prestasi terburuk BN, termasuk hilang kuasa di lima negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Manakala PAS mengekalkan kuasa di Kelantan dengan tambahan kerusi.SUMBER
POLITIK

May 6, 2010

Menjatuhkan Najib adalah hak rakyat - penarikbeca

Mei 6hb. 2010-Saya bukan siapa-siapa. Itu pertama. Kedua, saya juga tak berani pegang duit orang sebab saya tak ada duit.Alangkah baiknya kalau saya berjumpa beberapa orang yang amanah untuk ditubuhkan satu badan pemegang amanah yang berdaftar - lengkap dengan sistem akauntabilitinya. Selepas itu, sesiapa yang berminat bolehlah bersama-sama melancarkan kempen mengumpul duit untuk menjatuhkan Datik Seri Najib Tun Razak yang memohon petunjuk Yahudi Zionis di dalam Apco Worldwide serta gerombolan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

Kita boleh letak target - tak kisah sampai RM4 bilion sekalipun.

Apa nak kisah, kita bukan buat kerja haram. Menjatuhkan pemimpin yang zalim atau dilihat zalim serta tak bersih atau dilihat tak bersih adalah tuntutan Islam yang suci. Kerja dapat pahala. Kerja yang dituntut konsep pengesaan Allah atau tauhid. Kerja yang boleh dimulakan dengan menyebut nama Allah - BismiLlahirRahmanirRahim.

Kalau pengganti si zalim atau dilihat zalim itu buat perangai pulak, kita lawan pulak si pengganti yang mengitar semula perangai busuk itu. No love lost.

Dalam satu segi, sebahagian orang Umno lebih bagus dari setan-setan 'asabiyyah dalam parti lain. Mereka sanggup berlawan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika Perdana Menteri mengantuk itu jadi presiden parti mereka. Mereka lebih mulia dari setan-setan 'asabiyyah yang melihat pemimpin mereka suci dan ma'sum serta bersih dari salah silap (saya menggunakan istilah setan 'asabiyyah untuk disesuaikan dengan perkataan syaitan bisu - satu anutan yang lebih kurang sama).

Kita sebagai rakyat mempunyai hak demokratik untuk menjatuhkan Najib dan gerombolan BNnya Oleh kerana kerja itu memerlukan dana, atas nama rakyat kita perlu menggerakkan dana untuk tujuan itu.

Atas nama rakyat kita bersuara dalam dunia siber; atas nama rakyat kita buat footage yang mengandungi dokumentari, lagu dan apa sahaja; atas nama rakyat kita bersuara di mana-mana; atas nama rakyat kita pasang banner di mana-mana; atas nama rakyat kita sebarkan risalah sehingga ke pelusuk kampung dan tanah rancangan; atas nama rakyat kita bergerak ke mana saja - semua atas nama rakyat.

Menjatuhkan Najib bukan hak eksklusif mana-mana parti tidak kiralah PAS, PKR, DAP atau Umno sendiri. Menjatuhkan Najib adalah hak kita - hak rakyat.

May 5, 2010

Kita Ada Bukti Kukuh Siasat Skandal Scorpene

Peguam Perancis, Joseph Breham berkata pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengerakkan siasatan keatas skandal pembelian kapal selam Scorpene.

Beliau berkata isu utama yang mengundang syak sekitar perolehan kapal selam ini adalah pembayaran RM534.8 juta ringgit kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, sebagai upah kepada 'kerja-kerja sokongan'.

"Kita mempunyai laporan akaun Perimekar pada tahun 2001 dan 2002," kata Joseph Breham dalam satu temubual bersama portal Malaysiakini, dan menambah "bagaimanapun syarikat ini dengan tiba-tiba mendapat 114 juta euro dalam akaun bank mereka. Ini mengundang syak. Lebih-lebih lagi apabila pemegang saham utama syarikat ini adalah isteri kepada rakan karib Menteri Pertahanan pada masa itu,"

Joseph merujuk kepada isteri Abdul Razak Baginda, Maslinda.

"Jika kita lihat fakta bahawa Altantuya Shaariibuu dibunuh oleh pengiring Perdana Menteri, serta pemadaman rekod-rekod imigresen Altantuya ke negara ini, lantas menunjukkan ada pegawai tertinggi tertentu yang mahu menghilangkan bukti Altantuya berada di negara ini,"sumber TVS

May 4, 2010

MAHKAMAH TOLAK RAYAUAN ANWAR

Semua usaha Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk mengugurkan pertuduhan fitnah liwat digagalkan selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya hari ini.

Mahkamah menolak rayuan Anwar supaya pertuduhan fitnah digugurkan atas alasan laporan perubatan yang mengesahkan penuduh, Saiful Bukhari Azlan, tidak 'dibaca' secara keseluruhan.

Laporan ini digunakan pasukan peguambela Anwar untuk membuktikan bahawa pertuduhan Saiful adalah berniat jahat.
SUMBER TVS

PELUANG ANWAR KETEPI TUDUHAN LIWAT





Panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan hari ini mendengar permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan dakwaan liwat kedua yang dikenakan ke atasnya dalam tempoh sepuluh tahun.

Mereka terdiri daripada Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, hakim, James Foong dan hakim Mahkamah Rayuan, Suriyadi Halim Omar.

Ini adalah peluang terakhir Anwar kerana sebelum ini mahkamah telah dua kali menolak permohonananya.

Pada 1 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Anwar untuk mengetepikan dakwaan berkenaan.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Md Diah memutuskan bahawa perkara itu perlu melalui perbicaraan bagi menentukan sama ada tembusan berlaku.

Mahkamah Rayuan pula pada 17 Februari lalu juga menolak permohonan Anwar bagi mengetepikan dakwaan berkenaan.

Ia memutuskan perbicaraan perlu diteruskan di sebalik bukti daripada tiga doktor bahawa tiada tanda-tanda berlaku kemasukan di dubur Saiful.

Laporan klinikal bersama itu dibuat oleh Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Seng - yang memeriksa Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas dia mendakwa diliwat. Pemeriksaan mereka juga mendapati tiada kesan kecederaan mempertahankan diri di tubuh Saiful.

Anwar diwakili oleh peguam Karpal Singh, manakala Peguamcara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden mengetuai pihak pendakwa.

Sekiranya Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar, perbicaraan akan diteruskan pada Isnin ini dengan soal balas ke atas pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar, 62, didakwa melakukan kesalahan itu di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008.- Malaysiakini