Jun 22, 2009

MAHATHIR DI JUAL RM 200....?

IPOH – Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan ada pihak menawarkan beliau RM200 untuk menubuhkan sebuah parti ketiga kerana sudah hilang kepercayaan kepada UMNO:.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ada yang mencadangkan supaya tubuh sebuah parti ketiga khas untuk orang Melayu.

"Tak tau apa yang nak dibuat, kalau kita sendiri begitu tamak, saya sendiri dijual dengan RM200," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Gagasan Melayu Perak di sini, semalam.

Mahathir berkata, adakah wajar setelah 22 tahun jadi Perdana Menteri beliau mahu dibeli dengan nilai sebegitu rendah semata-mata kerana tamak.

“Hanya kerana tamak, dengan RM200 kita sanggup jual orang, tak lama lagi kita jual negeri kita,” katanya.

Beliau berkata, apa yang berlaku dalam UMNO sekarang telah menjejaskan imej di mata rakyat. Sejak awal beliau mengingatkan kepada ahli-ahli UMNO supaya tidak menggunakan wang dalam parti.

“Imej kita jadi buruk kerana kita beli tempat, jadi macam mana orang hendak nak yakin,” katanya.

Beliau menyarankan agar di peringkat bahagian ahli menolak pencalonan orang-orang yang mengguna wang.

Mahathir berkata, tiada usaha untuk membersihkan UMNO daripada rasuah kerana beliau melihat orang yang terlibat rasuah secara terang-terangan masih lagi menjadi pemimpin.

Mengenai kerajaan perpaduan, beliau menyifatkan cadangan itu adalah sesuatu yang menyusahkan malah gambaran mengenai kerajaan perpaduan juga kurang jelas.

“Kita pun tidak tahu apa dia kerajaan perpaduan. Perpaduan takkan orang Melayu, Kalau Pas dengan UMNO sahaja kita nak buat kerajaan 100 peratus orang Melayu, saya fikir Malaysia ini susah,” katanya.

Beliau juga mengakui tidak berani untuk memberikan sokongan disebabkan masih kurang pasti hala tuju cadangan berkenaan.

“Kita tengoklah, saya pun tak nampak gambaran yang jelas, sebab itu saya tak berani kata saya sokong,” katanya.

No comments:

Post a Comment