Jun 27, 2009

PEMUDA DAN MUSLIMAT NEGERI SOKONG CALON MANIK URAI

MANEK URAI BARU, 27 Jun - Dua sayap utama PAS Kelantan melalui Dewan Pemuda dan Dewan Muslimatnya semalam menyokong penuh calon yang dipilih untuk mewakil PAS dalam pilihanraya Dun Manek Urai awal bulan depan.


Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman semalam berkata, Pemuda negeri berikrar meneruskan agenda memenangkan calon PAS tanpa memikirkan siapa calon yang dipilih pimpinan negeri.


Beliau yang mewakili Dewan Pemuda PAS negeri mengucapkan tahniah kepada Fauzi Abdullah yang juga Bendahari PAS Kuala Krai yang telah diberi kepercayaan meneruskan kesinambungan Allahyarham Paksu Wil membela nasib rakyat di Dun Manek Urai.


Haji Mohd Fauzi Abdullah yang dinamakan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai dibuat berdasar pemilihan mengikut sistem Kajian Awal Pilihan Raya (KAP) terhadap senarai calon daripada peringkat akar umbi dan cawangan.


Manakala Timbalan Ketua Muslimat PAS negeri, Hajah Wan Ubaidah Wan Omar di petik sebagai berkata, pemilihan Haji Fauzi amat bertepatan kerana beliau merupakan orang yang dikenali ramai di Manek Urai dan Kuala Krai.


Katanya, walaupun Fauzi yang lebih disenangi dengan pangilan Abe Uji itu tidak mendapat pendidikan tinggi, namun kepatuhannya terhadap parti dan sikapnya yang mudah mesra dengan orang ramai menjadi kriteria utama.


"Dewan Muslimat PAS negeri akan bekerja kuat untuk memastikan calon PAS mendapat sokongan dan berharap akan meningkatkan majoriti pada pilihan raya kecil nanti," ujarnya ketika ditemui selepas pengisytiharan calon tersebut di Manek Urai Lama malam tadi.


Wan Ubaidah yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, Dewan Muslimat negeri sudah berada di setiap peti undi berkempen dari rumah ke rumah sejak beberapa minggu lalu.


Petugas negeri membantu juga dimaklumkan akan turut sama turun mengikut jadual yang dipersetujui Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN) dalam kerahan tenaga memastikan kemenangan calon PAS.

No comments:

Post a Comment