Nov 28, 2009

MENGAPA ADUAN CHENG LEE WHEE KEPADA POLIS BOLEH DI JADIKAN JENAYAH ...?

Pertubuhan-Pertubuhan dan Parti-parti politik di Johor menuntut supaya dakwaan ke atas Cheng Lee Whee digugurkan.



Berikut merupakan Kenyataan Bersama Pertubuhan-pertubuhan dan Parti-parti politik Negeri Johor ke atas dakwaan Cheng Lee Whee dibawah Kanun Keseksaan Seksyen 182 yang berkenaan dengan tindakan membuat laporan polis untuk mempertahankan hak-hak penduduk Kampung Baru Plentong Tengah: -



Merujuk kepada peristiwa penangkapan Cheng Lee Whee di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, seksyen 28 dan seterusnya juga disiasat dan didakwa dibawah Kanun Keseksaan Seksyen 182 akibat daripada tindakannya yang memaparkan kandungan laporan polis di Portal Polis Kontinjen Johor (www.polisjohor.gov.my) dan membuat laporan polis di Balai Polis Permas Jaya demi mempertahankan hak penduduk-penduduk KBPT. Laporan polis berkenaan dengan penangkapan 27 orang akibat kes pengusiran secara paksa yang berlaku di Kampung Baru Plentong Tengah pada 16hb Oktober 2008. Pihak polis memanggil Cheng untuk mengambil keterangannya pada 17hb Oktober jam 8.30 malam di Balai Polis Seri Alam, dan seterusnya polis melakukan tangkapan Cheng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 Seksyen 28. Cheng, Kemudiannya ditahan di lokap balai Polis Pasir Gudang selama 19 jam. Pada keesokan hari, Cheng telah dibawa ke Majistret oleh pihak berkuasa untuk memohon Reman penahanan, Namun Majistret telah menolak pemohonan tersebut, dan Cheng telah dilepaskan pada hari tersebut. Jabatan Penguam Negara (Bahagian Pendakwaan) telah mendakwa Saudari Cheng secara rasmi dibawah Kanun Keseksaan Seksyen 182 di Majistret Jenayah Johor Bahru pada 14hb October 2009 (no file: 83-4411-09(1)). Pembicaraan Kes Saudari Cheng akan diadakan pada 16hb December 2009.



Saudari Cheng Lee Whee, merupakan siswazah lepasan UTM di dalam jurusan Sains Komputer dengan kelas pertama pada tahun 2004. Selepas memperolehi ijazah, Saudari Cheng bekerja sebagai profesional IT dan prihatin di dalam kerja-kerja masyarakat. Saudari Cheng selaku Ketua Bahagian Perkhidmatan Hak Asasi Suaram Johor Bahru (sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak asasi di Johor) telah membuat aduan dan laporan polis tersebut atas arahan daripada Suaram Johor Bahru.

Kandungan Laporan Polis Cheng Lee Whee adalah sah dan benar. Kami berpendapat bahawa tindakan pihak polis yang menggunakan gerombolan pasukan yang terlampau besar untuk membantu pihak pemaju menjalankan perobohan rumah dan pengusiran paksa adalah satu tindakan yang salah. Mengikut prosedur undang-undang, sebelum perbicaraan dan keputusan tentang kes rayuan penangguhan perobohan rumah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru, pemaju tidak dibenarkan untuk melaksanakan perintah mahkamah untuk merobohkan rumah. Menurut Oriental Daily pada 17hb October 2008, OCPD Seri Alam Supt Roslan Zainuddin menyatakan bahawa pihak polis menghantar 553 anggota polis yang terdiri daripada pelbagai unit, termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang dilengkapi dengan kereta meriam air (water cannon), Unit Udara Polis, Unit Marin Polis, Unit Anjing Pengesan, Unit Pemusnah Bom, serta helikopter untuk berhadapan dengan penduduk kampung yang hanya seramai 200 orang penduduk yang tidak mempunyai sebarang senjata.

Dakwaan Polis bahawa “pihak pemaju telah mendapat perintah mahkamah, manakala pihak Polis hanya membantu melaksanakan perintah mahkamah” adalah tidak wajar dan tidak munasabah. Tindakan polis yang menyuraikan penduduk dan melakukan tangkapan secara keras dan ganas ke atas penduduk-penduduk yang cuba mempertahankan tempat tinggal mereka secara aman, sebenarnya adalah tindakan yang menyebelahi pihak pemaju yang melakukan pengusiran secara haram dan mencabuli hak asasi penduduk.

SUARAM telah membuat pengaduan dan menghantar memorandum sebanyak 5 mukasurat berkenaan pengusiran paksa yang dilakukan di Kampung Baru Plentong Tengah dan penyalahgunaan kuasa dalam penangkapan pihak polis kepada SUHAKAM pada 24hb Oktober 2008. Pesuruhanjaya SUHAKAM Dato Khalid Ibrahim menyatakan keganasan Polis memang ketara dalam insiden ini.



Kami berpendapat bahawa pendakwaan Jabatan Penguam Negara (Bahagian Pendakwaan) ke atas saudari Cheng Lee Whee merupakan satu penindasan berlanjutan ke atas pejuang hak asasi manusia. Laporan polis dan aduan yang dibuat oleh Saudari Cheng bukan merupakan tindakan individu, malah tindakan itu mewakili Suaram serta seluruh NGO-NGO dan individu-individu lain di negeri Johor mahupun di seluruh negara yang memperjuangkan hak asasi. Pendakwaan keatas Cheng juga merupakan penindasan terhadap Suaram dan Badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan juga penindasan keatas mana-mana persatuan dan parti yang mempertahankan kebenaran dan menghormati hak asasi manusia. Kesimpulannya, pendakwaan ke atas Cheng Lee Whee merupakan satu titik hitam ke atas usaha negara kita untuk mewujudkan sebuah negara yang mengamalkan sistem politik demokratik.



Kami berpendapat bahawa Saudari Cheng membuat aduan di Balai Polis merupakan satu tindakan yang menjalankan hak demokrasi serta menjalankan kewajiban sebagai seorang rakyat Malaysia. Tindakan beliau tidak berniat buruk dan tidak bermotifkan kemudaratan mana-mana pihak. Bagaimana perlakuan ini boleh dikatakan sebagai satu jenayah?



Dengan itu, pihak berkuasa harus mengugurkan sebarang pendakwaan ke atas saudari Cheng Lee Whee



TANDATANGAN:

1. Suara Rakyat Malaysia

2. Friends Of Suaram Johor (Suaram Johor)

3. DAP Cawangan Taman Tun Aminah

4. Parti Keadilan Rakyat Cawangan Gelang Patah

5. Parti Keadilan Rakyat Cawangan Pulai

6. MIC Cawangan Skudai

7. Kelab Penyokong PAS Johor

Nov 27, 2009

EGM MCA 28 NOVEMBER BATAL,DI GANTI DENGANKAN DENGAN SESI TAKLIMAT KHAS

Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA yang dicadangkan oleh sekumpulan pemimpin parti itu untuk diadakan Sabtu ini telah dibatalkan dan akan digantikan dengan sesi taklimat khas bersama perwakilan.

Naib Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan dan nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Liow memberitahu sidang akhbar di ibu pejabat MCA di sini bahawa pembatalan EGM itu juga dibuat selepas beliau mencapai persetujuan dengan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk mengadakan pemilihan baru parti.

"Hasil usaha gigih Pengerusi BN (Najib) dan Timbalan Pengerusi BN (Muhyiddin), kumpulan yang mahu EGM ini diadakan telah mencapai kata sepakat melibatkan tiga pihak, supaya satu pemilihan baru bagi Jawatankuasa Pusat MCA diadakan.

"Kami juga yakin Mesyuarat Agung Tahunan pada 5 Dis ini akan ditangguhkan ke satu tarikh sempena pemilihan parti yang dicadangkan itu," katanya pada sidang akhbar itu yang turut dihadiri Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong, Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun dan anggotaanggota Jawatankuasa Pusat, Wong Nai Chee, Datuk Wee Jeck Seng dan Datuk Liew Yuen Keong.

Liow berkata sesi taklimat khas itu akan digunakan untuk menerangkan kepada perwakilan berkenaan situasi semasa, masalah yang dihadapi oleh parti serta pentingnya pemilihan baru parti diadakan dan bagaimana ia boleh dilaksanakan.

"Seramai 1,300 perwakilan telah mendaftar untuk menghadiri EGM tersebut (yang kini diganti sesi taklimat).

"Kita akan gunakan masa itu untuk mengadakan taklimat kepada perwakilan dan ahli parti agar mereka memahami masalah yang dihadapi oleh parti dan betapa pentingnya pemilihan semula parti dan bagaimana pemilihan semula itu boleh diadakan.

"Oleh itu taklimat ini adalah penting untuk membolehkan ahliahli parti lebih memahami perkembangan semasa dalam parti,"katanya.Mengenai tarikh pemilihan baru parti, Liow berkata pelan mengenainya telah pun digariskan dan diluluskan.

"Tarikh pemilihan akan diumumkan kelak. Road map (pelan) untuk pemilihan parti telah digariskan dan telah mendapat persetujuan. Yang penting road map sudah siap dan kita sudah tahu bila kita boleh mengadakan pemilihan," katanya.

Beliau berkata pemilihan itu perlu dilakukan segera demi kesinambungan politik MCA serta menjaga prestasi BN ketika ini.

Liow berkata tarikh paling sesuai untuk mengadakan pemilihan itu ialah Januari depan kerana sekiranya lewat masyarakat akan mula mempersoalkan kredibiliti MCA.

"Pemilihan perlu diadakan secepat mungkin. Pada awalnya kita cadang pada Disember ini tetapi setelah dibincangkan perkara itu dilewatkan sedikit. Jadi kita rasa Januari adalah masa paling sesuai.

"Paling lewat Januari. Itu kita boleh terima tetapi jika dibuat pada Mac atau Jun kita bimbang rakyat akan bosan dengan parti,"katanya. BERNAMA

Nov 25, 2009

TUAN GURU NIK AZIZ SUDAH ADA PELAPIS

KOTA BAHARU - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak terdapat kumpulan pelapis dalam PAS Kelantan yang bakal mengambil alih tempatnya sebagai Menteri Besar jika beliau melepaskan jawatan itu.

Beliau yang enggan membayangkan nama yang disebut-sebut bakal menggantikannya itu, bagaimanapun memberi gambaran ia tertakluk kepada hiraki dalam parti di peringkat negeri.

Nik Aziz juga tetap menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan semata-mata kerana kemelut yang kini melanda dalam PAS atau atas desakan mana-mana pihak.

"Saya tidak akan melepaskan jawatan kecuali kerana uzur atau tua, tetapi pada masa ini belum sampai masanya lagi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di rumahnya, di sini malam ini.

Nik Aziz berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS III Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam laman web Malaysian Insider yang dipetik sebagai berkata Nik Aziz perlu mengumumkan calon penggantinya bagi mengelak perebutan dan konflik dalam PAS Kelantan apabila beliau tiada. -Bernama

Nov 24, 2009

USRAH PEMUDA PAS PASIR GUDANG



Usrah yang di adakan di rumah saya semalam menyeru supaya pemuda tidak lagi lena di buai mimpi
Dalam kita sibuk dengan kehidupan seharian. Tugasan kerja rumah mahupun tugasan kerja part time. Kita sebagai manusia sering menjadikan ’sibuk’ sebagai alasan untuk malas menambahkan amal kebaikan ataupun mengikut satu benda yg baik seperti usrah. Kadang-kadang memang lumrah kita sebagai manusia yang lemah, adakalanya semangat itu jatuh dan naik. Ketika semangat itu jatuh, disinilah sahabat lain perlu menyedari, perlu sama-sama bimbing dan bangkit semula. Walaupun mungkin tidak mampu bimbing 24 jam, selurang-kurangnya, kita tunjukkan diri kita ini bersemangat agar sekurang-kurangnya secara tidak langsung dapat menaikkan semangat sahabat yang disekeliling.

Menyeru diri sendiri dan sahabat lain yang masih ada secebis semangat, untuk sama gilapkan serpihan semangat yang ada. Moga kilauan semangat ini dapat menghidupkan semula suara-suara sahabat lain yang telah sayup kedengaran.

LAWATAN DEWAN HARIAN KE CAWANGAN




PAS Pasir Gudang: Rombongan Dewan Harian PAS Pasir Gudang telah mengadakan lawatan ke cawangan cawangan, Timbalan Ydp telah di beri Kesempatan untuk memberi ucapan,beliau menyeru supaya cawangan bergerak aktif membantu masyarakat dan sebarkan maklumat yang sebenar kepada rakyat.



Dalam ucapannya, menyatakan PAS sentiasa teguh dalam perjuangannya, ini kerana perjuangan PAS bersandarkan Al Quran, hadith, ijma’ dan Qias ,

“ PAS kini menjadi harapan rakyat di Malaysia untuk memimpin mereka. Umno/ Bn kini jelas ditolak rakyat kerana dasar perjuangan yang mereka bawa jelas sekali bertentangan dengan Islam “

“ Semua pimpinan PAS perlu meletakkan keutamaan kepada jamaah dibandingkan dengan yang lain. Barulah jamaah dapat bergerak menjadi yang terbaik” katanya

Nov 23, 2009

MAHKAMAH TINGGI TOLAK PERMOHONAN SPR

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan SPR kosongkan Kerusi Kota Siputeh

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini (Rayuan dan Kuasakuasa Khas) hari ini mengetepikan permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusan mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh.SUMBRE

Nov 22, 2009

BEDAH SIASAT BENG HOCK SELESAI

Bedah siasat kali kedua yang dijalankan ke atas mayat mantan Setiusaha Politik Exco Kerajaan, Teoh Beng di Hospital Sungai Buluh yang bermula jam 1 petang tadi selesai dua jam kemudian.

Bagaimanapun tiada sebarang keputusan dikeluarkan berhubung bedah siasat berkenaan.

Adik mendiang, Teoh Lee Lan berkata, pihaknya juga tidak mendapat apa-apa maklumat berhubung keputusan bedah siasat pada kali ini dan hanya menunggu sehingga inkues pada 9 disember ini.

“Bila laporan dijangka keluar kita pun tidak tahu, boleh tunggu dalam inkues pada 9 Disember ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang medianya selepas bedah siasat tamat jam 3.15 petang tadi.

Lee Lan mewakili keluarga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pakar patologi dari Thailand yang dilantik kerajaan negeri, Dr Ponrtip Rojanasunan kerana bertindak sebagai pemerhati dalam bedah siasat kali ini.

“Kita sangat berterima kasih kepada Dr Porntip kerana datang bantu menyelia bedah siasat dan kita akan sabar menunggu keputusan laporan yang akan dikeluarkan,”katanya.

Menurutnya mendiang Beng Hock akan ditanam semula 24 November ini di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih.

Sementara itu peguam mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo dan Dr Porntip terlebih dahulu meninggalkan hospital berkenaan tanpa bertemu media.

Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai lalu selepas disoalsiasat selama 10 jam tanpa henti oleh pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Pihak berkuasa mendakwa mangsa telah membunuh diri, namun pakar patologi antarabangsa dari Kementerian Keadilan Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand menemui kesan cekik pada leher dan retakan pada tengkorak mendiang yang konsisten dengan kesan pukulan.

Lebih menyayat hati apabila mangsa yang bakal menjadi ayah kepada seorang anak ini ditemui mempunyai kesan cedera pada dubur, dipercayai ditusuk dengan suatu objek.

Nov 21, 2009

SIAPA DAPAT UNTUNG DALAM URUSNIAGA KAPAL SELAM




Sebuah akhbar Internet bebas serantau bagi negara-negara Asia, Asia Sentinel telah mendedahkan beberapa persoalan yang timbul, ekoran pembelian dua buah kapal selam oleh kerajaan Malaysia.

Dalam tulisan analisis akhbar tersebut mendedahkan, urusniaga pembelian dua buah kapal selam Scorpene yang berukuran 66 meter, berserta penyewaan sebuah kapal selam lama Agosta dari tentera laut Perancis bernilai USD 1 bilion (bersamaan dengan RM3.39 bilion).

Dengan urusniaga itu, yuran sebesar € 114 juta, bersamaan RM 575,151,512.60 diperuntukkan kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh kawan baik dan bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda.

Pembelian kapal selam tersebut kini terus menjadi kontroversi yang dikaitkan dengan pembunuhan penterjemah dan kekasih Abdul Razak Baginda, Altantuya Shaaribuu.

Altantuya, 28 tahun, berbangsa Mongol, dibunuh pada bulan Oktober 2006 oleh dua ‘pengawal peribadi’ yang pernah berkhidmat di pejabat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak,

Selepas Razak meninggalkan Altantuya, beliau menyerahkan tanggunjawab menjaga Altantuya kepada ketua pegawai Najib, Musa Safri.

Persoalan pembelian kapal selam yang menyebabkan kematian ‘perempuan simpanan yang ditinggalkan’, dianggap menjadi satu pengajaran kepada kerajaan Malaysia dan Perancis, oleh akhbar tersebut.

Apatah lagi timbulnya perkaitan baru dengan kes tersebut minggu lalu, apabila dilaporkan penyiasat persendirian P. Bala mendedahkan, seseorang yang rapat dengan Najib bersedia membayar RM5 juta (US $ 1.48 juta) untuk melupakan kenyataannya tentang Najib dan Altantuya.sumber

KUBUR MENDIANG TEOH BENG HOCK DIGALI


Kubur mendiang mantan Setiausaha Exco Kerajaan Negeri, Teoh Beng Hock digali semula hari ini bagi membolehkan mayat mendiang dibedah siasat untuk kali kedua esok di Hospital Sungai Buluh.

Para petugas yang mengali kubur berkenaan bersiap sedia seawal jam 7.30 pagi di Nirvana Memorial Park, Semenyih dan upaca berkenaan akan diawasi sepenuhnya oleh Polis.

Kerja-kerja menggali kubur berkenaan dianggarkan berjalan selama dua jam dan dijangka selesai jam 11.30 pagi.

Ketua Jabatan Patalogi dan Forensik Hospital Sungai Buluh, Dr Shahidan Md Noor hadir ke upaca berkenaan bagi mewakili hospital tersebut untuk menerima mayat mendiang.

Hadir sama dalam upaca berkenaan adalah Pakar Patalogi Thailand, Dr. Porntip Rojanasunand dan peguam mewakili keluarga mendiang, Gobind Sigh Deo.

Mahkamah Koroner sebelum ini mengarahkan kubur mendiang di gali semula hari ini manakala bedah siasat kedua ke atas mayat akan dijalankan esok di Hospital Sungai Buloh.

Koroner Azmil Muntapha Abbas berkata bedah siasat ini akan diketuai oleh Ketua Jabatan Patologi dan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor.

Bagaimanapun Pakar Patologi dari Thailand yang dilantik kerajaan negeri, Dr Pornthip Rojanasunan dan doktor pakar luar yang dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibenarkan menyaksikan bedah siasat berkenaan.

Koroner juga mengarahkan bekas doktor Forensik, Dr K.Saravanan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk membantu Dr Shahidan dengan mengambil gambar semasa bedah siasat dilakukan.

Permohonan bedah siasat kali ke dua dibuat keluarga mendiang setelah dr Porntip mendedahkan kemungkinan 80% mendiang dibunuh

LAGI AHLI UMNO DITAHAN KERANA RASUAH

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan enam ahli Umno Kota Tinggi, termasuk ketua pemudanya berhubung dakwaan cuba memberi rasuah berjumlah RM40,000 kepada tiga bekas ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda bahagian itu.

Anggota Pemuda yang berusia antara 30 dan 40 tahun itu ditahan di rumah salah seorang AJK Pemuda bahagian itu pada pukul 2 petang tadi selepas suspek didakwa cuba memujuk AJK berkenaan untuk menarik semula hasrat untuk meletakkan jawatan masing-masing.

Difahamkan suspek berbuat demikian kerana 18 daripada AJK Pemuda bahagian itu telah meletakkan jawatan mereka minggu lalu atas alasan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan suspek sebagai Ketua Pemuda.

Sumber memberitahu, peletakan jawatan beramai-ramai itu menyebabkan suspek cuba mengadakan 'rundingan' dengan tiga AJK berkenaan bagi mengelakkan satu pemilihan baru diadakan.

Sumber mengesahkan salah seorang daripada tiga orang AJK berkenaan didakwa telah menghubungi pihak SPRM sebelum proses rundingan itu berlangsung.

Suspek telah ditahan di Penjara Ayer Molek sebelum dibawa ke ibu pejabat SPRM negeri bagi menjalankan proses soal siasat.

Ketua Umno Bahagian Kota Tinggi, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika dihubungi berkata, beliau ada mendengar berita tersebut dan difahamkan kesemua suspek yang ditahan adalah daripada sayap Pemuda bahagian itu.

"Saya menyerahkan kepada SPRM untuk menyiasat perkara ini. Saya berharap kebenaran akan muncul juga akhirnya," katanya.

Penguasa SPRM Negeri Johor, Simi Abdul Ghani ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas mengenai isu tersebut - mStar

Nov 19, 2009

JANGAN RAMPAS HASIL KAMI :ORANG ASLI PASIR SALAM TIRAM


Semalam saya melawat di Penempatan Orang Asli Di Kg Pasir Salam Kuala Tiram , Ulu Tiram JB Setelah saya di hubungi oleh En Lee yang mengadu mengenai masalah Tanah yang mereka usahakan lebih lima Tahun lalu ,yang telah di tanam dengan berbagai Tanaman untuk menjadi bekalan mereka termasuk cili kampung yang telah mendatangkan hasil,serta pisang dan lain lain. Kata En Lee dahulunya kawasan ini bukit bukau kami orang Asli yang menebang pokok serta membersih kawasan ini ,pada bulan lepas ada individu yang mengaku tanah ini miliknya ,walaupun saya minta dia tunjuk bukti tapi beliau gagal membuktikan tanah ini milik beliau ,menurut En Lee lagi beliau merasa bimbang kalau2 individu tersebut merampas hasil tanaman kami.Justeru itu saya mengadu kepada Penyelia Aduan Rakyat setelah di maklumkan oleh penduduk Orang Asli di Teluk Jawa Masai.

RAYUAN BN KEMUNGKINAN BESAR DI TOLAK

SEMALAM Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Kuala Lumpur telah memutuskan kerusi DUN Siputeh, Kedah dimenangi Abu Hassan Sharif telah kosong. Serentak itu Hakim Azizatul Khair Osman mengarahkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil di kerusi berkenaan.

Spekaer DUN Kedah telah mengistyharkan kerusi itu menjadi kosong apabila Abu Hassan tidak hadir persidangan sebanyak dua kali tanpa memaklumkan sebab-sebab ketidakhadirannya.

Walaupun Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) itu telah memutuskan demikian namun ramai yang kurang yakin pilihan raya kecil akan diadakan. Ini kerana Adun, Abu Hassan dan partinya (UBN) telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa) Kuala Lumpur.

Sekiranya Mahkamah Persekutuan menerima rayuan, UBN terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu ini bermakna kerusi itu tidak menjadi kosong dan kekal kepada penyandangnya sebelum ini, Abu Hassan.

Apa menyebabkan ada yang membayangkan pilihan raya tidak akan diadakan kerana berpandukan kepada apa yang berlaku di Perak terhadap kerusi Behrang dan Changkat Jering tidak lama dulu.

Kedua kerusi itu telah disityharkan kosong oleh speaker tetapi Mahkamah Tinggi telah mememutuskan sebaliknya. Keadaan itu menyebabkanb tidak ada pilihan raya kecil di kedua Dun berkenaan.

Berpandukan kepada apa yang berlaku di kedua kerusi itulah menyebabkan ada sesetengah pihak tidak yakin pilihan raya kecil bakal diadakan di DUN Kota Siputeh.

Dalam hal ini perlu diingat apa yang berlaku di Kedah itu berbeza dengan apa yang terjadi di Perak. Adun, Changkat Jering, Mohd Othman Jailu, dan Adun Behrang, Jamaluddin Md Radzi disiytharkan kekal sebagai Adun di kedua kerusi itu kerana mahkamah mendapati pengistyharan dibuat speaker Dun Perak tidak sah.

Perlu diingat kes di Kedah ini berlainan dengan kes di Perak itu di mana ia berhubung ketidakhadiran tanpa memaklumkan kepada speaker. Sebalinya apa yang berlaku di Perak dulu ialah mengenai kesahihan surat perletakan jawatan oleh kedua Adun itu yang dibuat tanpa tarikh.

Mahkamah mendapati surat kedua Adun itu tidak terpakai kerana ia menghalang hak asasi dan kebebasan bersuara di negara ini. Keputusan itu juga dibuat berpandukan terhadap apa yang berlaku di Sabah sebelum ini.

Memandangkan perbezaan yang jelas itu menurut seorang pengamal undang-undang di Kuala Lumpur, besar kemungkinan pilihan raya di DUN Kota Siputeh akan diadakan kerana kemungkinan Mahkamah Persekutuan akan menolak rayuan dikemukakan Abu Sharif dan UBN. Mahkamah akan mendengar rayuan Abu Hassan itu Jumaat ini. / msomelayu.blogspot.com

Nov 18, 2009

PAS SUDAH ADA CALON

Pas sudah bersedia menghadapi pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh berikutan berlaku kekosongan kerusi itu seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, calon yang sesuai sudah dikenalpasti sejak beberapa waktu lalu walaupun mengakui itu adalah kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Kita menghormati keputusan mahkamah dan tidak pernah menyalahkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai masalah yang berbangkit.

“Mungkin mereka mempunyai tafsiran undang-undang yang berbeza dengan kita," katanya kepada media selepas membentangkan Bajet 2010 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini.

AMALAN RASUAH DI MALAYSIA SEMAKIN MENJADI -JADI

Negara kita, Malaysia sekarang dipandang lebih ‘rasuah’ daripada tahun sebelumnya, berdasarkan laporan terbaru Transparency International yang dilancarkan hari ini.

Laporan yang baru dibentangkan itu mendedahkan indeks persepsi rasuah global 2009 dimana pencapaian Malaysia telah jatuh 9 tangga ke bawah.

Kedudukan terbaru Malaysia adalah ditangga ke 56 berbanding 180 negara di dunia dengan pencapaian indeks rasuah Negara adalah 4.5 daripada 10, dengan 10 adalah yang paling korup.


Dalam laporan serupa tahun lalu (2008), kedudukan Malaysia adalah ditangga 47 dengan nilai Indeks 5.1.

Tiga negara paling ‘bersih’ di dunia adalah, secara berturutan, New Zealand, denmark dan Singapura.

Nov 17, 2009

BADRUL HISHAM KEMUKA SURAT PENJELASAN PADA MB

Ketua Keadilan Rembau, Badrul Hisham Shaharin, mengemukakan surat terbuka memohon penjelasan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kes pengurupan wang sejumlah 10 juta ringgit.

Menurutnya, Mohamad tidak mengendahkan permohonan beliau dan hanya menafikan perkara tersebut melalui media.

“Seharusya menjadi adat penting,profesionalisme penjawat awam,khususnya dia selaku Menteri Besar,memberi jawapan dan menjelaskan isu isu yang dibangkitkan melalui siri siri surat saya kepada dia.Malah surat saya tidak pernah mendapat balasan,hanya penafian secara dangkal kepada media”.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Keadilan Negeri, Seremban pagi tadi.

Terdahulu, ahli Parlimen Batu Tian Chua, mendedahkan penglibatan Menteri Besar negeri itu dan sebuah syarikat pengurup wang dalam kenyataan medianya bertarikh 13 November 2009.

Mohamad dikatakan melakukan transaksi haram itu pada tahun 2008 dengan mengirimkan sejumlah besar wang ke London.

Perbuatan ini menyalahi Undang undang Akta Pengurupan Wang 1998.

Badrul menegaskan, PKR memberi tempoh 14 hari kepada Mohamad Hasan untuk menjelaskan perkara terbabit beserta dokumen yang sah membuktikan beliau bebas daripada pertuduhan itu.

Pihaknya tidak akan teragak agak untuk membongkarkan perkara ini kepada rakyat, sekiranya Menteri Besar melarikan diri dari menjelaskan tuduhan ini.

Selain itu, Badrul turut menyeru Gabenor Bank Negara, Dato Sri Dr Zetti Akhtar Aziz dan SPRM menjalankan siasatan segera ke atas transaksi haram ini.

Menurut Badrul juga, satu laporan rasmi akan dibuat kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Bukit Aman dalam minggu ini.

“Sesuatu sedang berlaku,sabotaj terhadap kegiatan ekonomi.Dan kebanyakkannya ada kaitan dengan pemimpin politik di Malaysia",katanya.

Pada 26 November 2008 Bank Negara telah membatalkan 20 lesen perniagaan pengurupan wang, termasuk syarikat pengurup wang yang didakwa itu tanpa sebarang sebab.

Namun begitu, tiada sebarang tindakan undang-undang diambil Bank Negara sehingga kini.

BIAR SPRM SIASAT TOK GURU


KUALA LUMPUR – Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Pas mengambil langkah terbuka dalam isu ini kerana dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan penajaan haji tersebut sebagai rasuah sehingga membuatkan Nik Aziz mengambil keputusan tidak mengerjakan haji pada tahun ini.

“Keputusan Tok Guru (Nik Aziz) untuk tidak menunaikan haji pada kali ini membuktikan beliau cukup terbuka untuk memberi reaksi terhadap isu tersebut dan juga melambangkan integriti beliau sebagai Menteri Besar Kelantan, Pas juga serah kepada SPRM untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Nov 16, 2009

PILIHANRAYA RAYA KECIL DUN KOTA SIPUTEH

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini memutuskan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh di Kedah, yang membuka laluan untuk pilihan raya kecil bagi kawasan itu. BERNAMA

HARI PENYAMPAIAN SIJIL PASTI PASIR GUDANG







Hari Kecemerlangan & Majlis Penyampaian Sijil 2009 PASTI AL KAUTHAR Pasir Gudang telah diadakan pada 14hb hari sabtu bertempat di TS Hotel Taman Sceintex Pasir Gudang.Turut sama hadir YDp Kaw dan Su Kaw serta ibu bapa . Pelajar-pelajar yang begitu bersemangat sekali dan nampak gembira…….terutama pelajar 6 tahun. Mereka ni berkonvo dan menerima sijil pada hari tersebut.Kepada guru-guru dan AJK Pasti saya secara peribadinya saya mengucapkan terima kasihlah..Tanpa anda semua, program ni belum tentu boleh diadakan. Malas saya nak ulas panjang penat hari ni..

NIK AZIZ SANGGUP MENUNAIKAN HAJI TAHUN HADAPAN KALAU ADA TAJAAN


KOTA BARU, Nov 16 — Ketika isu kontroversi haji ditaja hangat diperkatakan, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan kesanggupannya untuk menerima tajaan mana-mana pihak bagi membolehkan beliau menunaikan ibadat haji pada tahun hadapan.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata sama ada ditaja ataupun tidak beliau mahu menunaikan ibadat haji pada musim akan dating setelah membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji tahun ini.

"Tahun depan ada orang tak nak taja ambo (saya) gi Mekah. Siapa nak taja ambo ambik. Tak taja pun ambo gi," kata beliau dipetik Bernama.

Nik Aziz (gambar) semasa berucap pada majlis solat hajat dan sambutan 19 tahun pemerintahan PAS Kelantan di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK) di sini malam tadi.

Semalam Pemuda Umno Kelantan menggesa agar Nik Aziz agar melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar susulan pengakuan beliau pernah dibiayai individu tertentu untuk mengerjakan haji masa-masa lalu dan tahun ini.

Malah Pemuda Umno Kelantan juga meminta menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman agar meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) atas alas an menyalahgunakan kedudukannya.

Pergerakan itu menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa agar siasatan berhubung kedua-dua personaliti itu dipertingkatkan.

Selasa lalu, media melaporkan pengakuan Nik Aziz bahawa beliau ditaja pihak tertentu untuk menunaikan haji dengan kos RM65,000 dan mendapat layanan bertaraf "VVIP".

Ekoran kenyataan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung perkara itu. Disebabkan timbul pelbagai polemik, Nik Aziz membatalkan hasratnya berlepas ke Mekah pada Rabu ini.

Semalam, Pemuda Umno Kelantan menyerahkan memorandum kepada SPRM mendesak siasatan dijalankan dan meminta Nik Aziz meletak jawatan sebagai Menteri Besar.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata Menteri Besar Kelantan membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji berikutan isu tajaan hajinya dipolitikkan.

"Untuk elak keadaan akan datang menjadi lebih serius lebih baik dia tidak pergi kerana dalam politik ni macam-macam boleh jadi. Ia menyebabkan persepsi yang kurang elok sedangkan di dalam Islam menaja haji itu tidak salah," katanya.

Mohd Amar berkata ia menjadi salah atau rasuah apabila individu itu memberikan sesuatu atau wang dengan menyatakan dia ingin sesuatu sebagai balasan daripada apa yang diberikan.

UMNO SERANG PAKATAN RAKYAT

Jika dilihat senario berlaku mutakhir ini, UMNO sedang melancarkan serangan demi serangan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat. Bermula dengan beberapa isu yang agak sedikit mencalarkan imej Pakatan Rakyat Selangor sehinggalah serangan terhadap peribadi pemimpin Pakatan Rakyat.

Tindakan UMNO ini dilihat sebagai salah satu cara "misdirection" bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap beberapa isu yang boleh memberi kesan negatif terhadap UBN itu sendiri. Kes kematian misteri Teoh Beng Hock yang diklasfikasikan 80% sebagai kes bunuh sebenarnya memberikan satu tamparan hebat kepada SPRM dana juga UBN sendiri. Lebih menyakitkan bila salah seorang saksi (pegawai SPRM) dalam kes Inkues Teoh memberitahu Mahkamah Koroner bahawa SPRM menerima "direct order" dari Putrjaya untuk menyiasat anggota Exco Selangor dan Setpolnya. Setelah Altantuya mati dibunuh dengan kejam, Teoh Beng Hock juga turut menjadi mangsa kerakusan pemimpin politik atasan UBN.

Terkini beberapa isu dan serangan dibuat bertalu-talu terhadap PR dan pimpinannya. Antaranya ;

1- Isu Bai'ah Talak Tiga - Isu ini sebenarnya tak timbul jika MP Shah Alam tak gatal mulut buka cerita. Kadang-kadang hairan melihat perangai seorang dua pimpinan PAS ini. Apa dah takde kerja lain yang lebih berfaedah ke untuk dibuat ? Yang pergi dedahkan isu Bai'ah tu nak buat apa. Itu adalah rahsia parti. Inilah masalahnya jika ada setengah wakil rakyat PAS yang "gila glamour". Pasal nila setitik habis susu satu tong. Tak pasal-pasal SU Agong PAS terpaksa buat kerja lebih sikit nak jawab pasal Bai'ah ini. Khalid Samad dinasihatkan agar lebih cerdik sikit lain kali. Kalau iya pun nak cari populariti, gunalah kaedah yang lebih rasional. Takdak sapa yang nak dok respect kat hang bila buat lagu ni.
2- Serangan terhadap Azmin Ali yang didakwa memiliki saham bernilai RM8 juta. Bukanlah satu perkara yang menghairankan kita bila tuduhan-tuduhan sebegini ditujukan kepada pemimpin Pakatan Rakyat. Sebagai rakyat kita perlu bijak membuat penilaian sendiri. Jangan sekali-kali kita terpedaya dengan permainan jijik UMNO/BN ini. Memang kerja mereka sejak dulu lagi suka buat fitnah dan tuduhan tanpa bukti. Kita sendiri tengok macamana DSAI difitnah dan diaibkan dalam tahun 1998. Macam-macam tuduhan palsu dibuat terhadapnya. Akhirnya jelas semuanya fitnah. Yang paling menyakitkan hati kita semua bila Mahathir sendiri mengaku bahawa segala tuduhan liwat terhadap Anwar dulu tu hanyalah rekaan semata-mata bagi menjatuhkannya. Rakyat jangan lupa fakta ini dan jangan mudah terpedaya dengan "kerja Yahudi" yang diamalkan oleh UMNO ni.

3- Serangan terhadap TGNA - Isu ini timbul bila ada seorang hamba Allah yang sudi membiayai TGNA ke Mekah untuk menunaikan fardhu Haji bersamanya. Apa salahnya. TGNA hanya mahu menunaikan hajat orang itu. Namun akhirnya TGNA terpaksa membatalkan hasratnya untuk pergi atas kemaslahatan. Seperti biasa UMNO akan jadikan isu tajaan ini sebagai modal untuk menyerang peribadi TGNA dan menantunya sendiri. Dalam konteks ini, saya melihat UMNO telah melakukan kesilapan besar melakukan serangan terhadap seorang Ulama' yang dikasihi dan dihormati oleh seluruh lapisan masyarakat. UMNO lupa bahawa rakyat Kelantan menyayangi Nik Aziz kerana beliau adalah Tok Guru mereka semua, bukan kerana beliau seorang MB. Seluruh rakyat Kelantan malah rakyat negara ini bila bertemu dengan TGNA akan memanggil beliau dengan panggilan "Tok Guru". Percayalah, tindakan biadap UMNO ini akan memakan diri sendiri. Just wait and see.

Perlu disedari sebenarnya UMNO sedang dilanda "sindrom takut" bila mendapat tahu Anwar akan melakukan "serangan maut" terhadap Najib tetapi tak tahu bila. Ketakutan ini terserlah bila 3 orang "pecacai murahan UMNO" mengecam Anwar baru-baru ini. Mereka ialah Mohammad Hassan, Noh Omar dan ketua puteri UMNO, Rosnah Rashid Shirin (ramai orang Sabah tahu pasal skandal seks dengan suami orang yang sekarang dah jadi suaminya).

Seperkara lagi yang boleh menyebabkan UBN terkena "heart attack" bila Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan agar TGNA dilantik sebagai Ketua / Pengerusi Pakatan Rakyat yang baru. Jika ini menjadi kenyataan dan mendapat sokongan dari segenap PR UMNO tak ada ruang lagi nak serang Pakatan Rakyat.mati kutu la umno.