Jun 2, 2009
RUNTUH LAGI.
Mengejutkan! Bumbung utama stadium yang baru dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu runtuh pagi tadi kira-kira 7.30 pagi tadi. Stadium yang dibina khusus untuk SUKMA yang boleh menampung 50 000 penonton itu mempunyai 2 bumbung iaitu yang tinggi disebelah kiri dan yang rendah disebelah kanan.Menurut sumber yang boleh dipercayai,bumbung yang runtuh adalah bumbung tinggi disebelah kiri dan khabarnya mengenai pentas diraja.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.Namun,sebuah kereta Perodua Kancil dan 4 motosikal tertimbus dibawah runtuhan
Selang beberapa hari negara dikejutkan dengan kejadian runtuhnya bagunan Jaya Supermarket di PJ..kali ini satu lagi kejadian runtuh mengemparkan negara.Kalau yang sebelum ini bangunan lama tidaklah dipertikaikan sangat,tetapi kejadian yang baru beberapa jam berlaku pastinya mengundang bermacam-macam persoalan.
Bagaimana sebuah stadium yang baru setahun umurnya....kononnya dibina dengan teknologi canggih dan dana yang agak besar untuk penganjuran SUKMA boleh tercabut bumbungnya?Bayangkan semasa kejadian berlaku,ribuan orang sedang menyaksikan perlawanan bola sepak?Bayangkan juga,sekirnya baginda Tuanku turut ada sama di stadium berkenaan?
Dengan usia yang sebegitu muda,terlalu mustahil untuk dipercayai stadium itu boleh runtuh bumbungnya dengan sebegitu gaya.Sudah pasti ada sesuatu yang tak kena semasa pembinaannya dulu.
Sudah pasti akan ada pihak yang tak senang duduk dengan apa yang berlaku.Kepada pihak yang berwajib,siasatan seharusnya dilakukan dengan telus agar pihak yang terlibat diseret kemuka pengadilan.Tambahan pula,ini melibatkan nyawa manusia dan wang rakyat yang begitu besar.
Janganlah asyik sibuk mengepung...lembu korban sahaja..sprm lepas ni hang kepung pulak stadium....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment