Jun 18, 2009

SERANG MANIK URAI

Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail berkata Pakatan Rakyat akan memainkan isu royalti minyak yang belum dibayar oleh kerajaan pusat kepada Kelantan itu dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Beliau menegaskan ,"Sekiranya negeri-negeri yang lain ini mendapat royalti petroleum, mengapa tidak Kelantan...sekiranya Najib benar-benar ikhlas, saya cadangkan beliau membayar kembali royalti petroleum hak Kelantan" .

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini bersetuju supaya Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.

Katanya, menurut laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion.

Husam berkata, Kelantan mula menjadi negeri pengeluar minyak sejak 2004 dan sepatutnya mendapat royalti sepertimana negeri pengeluar minyak yang lain iaitu Sabah, Sarawak dan Terengganu.

No comments:

Post a Comment