Jun 2, 2009

APA AGENDA UTUSAN MALAYSIA?


saya chukup hairan dengan perubahan mendadak sikap Utusan Malaysia (UM) sejak kebelakangan ini. Jika dulu ia begitu sinonim dengan permusuhan kepada PAS dan apa saja mesej perjuangan yang dibawa oleh PAS, kini UM telah bertukar 100% menjadi penyokong setia PAS. Berita tentang PAS mendapat liputan ‘front page’ hampir setiap hari sejak 2 minggu yang lepas , Ini tak pernah berlaku di dalam sejarah PAS maupun sejarah Utusan Malaysia.

Jika kita mengimbau kembali peranan UM di dalam menjulang UMNO dan memburuk-burukkan PAS, kita tidak akan ragu-ragu untuk melabel UM sebagai pecacai UMNO. Berita-beritanya bukan sahaja tidak ada yang positif tentang PAS malah dijadikan medan melontar fitnah terhadap PAS. Kolum tetap Awang Selamat umpamanya, tak putus-putus mengutuk dan menghentam PAS dan menyalahkan PAS dalam apa saja masalah yang timbul dalam negara. Kebencian mereka terhadap PAS begitu meluap-luap sehingga kadangkala tanpa disedari mereka menghentam Islam di dalam usaha mereka untuk memburuk-burukkan PAS. Keadaannya begitu buruk sekali sehingga PAS telah beberapa kali melancarkan program memboikot pembelian akhar berkenaan. Orang-orang PAS sedar mengenai perkara ini dan amat malang jika ada yang dah naik syok sebab UM dok puji PAS sejak 2 minggu kebelakangan ini.

Jadi persoalan cepu emasnya ialah kenapa UM bukan saja ghairah mengenai isu pemilihan pimpinan PAS tak lama lagi tetapi dilihat juga sebagai penyokong setia gagasan kepimpinan ulama PAS? Adakah UM dah insaf dan bertaubat nasoha terhadap segala dosa dan perbuatan jahat mereka terhadap PAS dan Islam selama ini?

Jawapannya mudah sahaja, jika kucing sudah mula bertanduk atau lembu dah boleh terbang maka sahlah UM dah bertaubat dan kini menjalani kehidupan yang warak mengikut landasan kepimpinan ulama. Apa taknya? Dua minggu berturut-turut UM menjadi penyokong kuat kepimpinan ulama dalam PAS dan tanpa segan silu memberi sokongan padu kepada penerusan kepimpinan ulama dalam PAS terutama melibatkan pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS. Dengan lain perkataan, UM mahu supaya perwakilan PAS mengekalkan Ustaz Hadi sebagai Presiden dan Ustaz Nasha sebagai Timbalan Presiden demi ‘menyelamatkan’ kepimpinan ulama dalam PAS! Waduh, waduh, mulia sungguh niat dan hasrat Utusan Malaysia. Jika selama ini mereka amat memusuhi PAS, Islam dan ulama, kini UM berubah menjadi penyokong kuat kepimpinan ulama dalam PAS ATAU ada udang di sebalik mee.

No comments:

Post a Comment