Feb 25, 2011

RAKYAT SOKONG PAS BERTANDING UNTUK BETULKAN KEPINCANGAN

Merlimau : Seorang pesara kerajaan Yusof Wahab, 55 berkata beliau bersetuju dengan keputusan PAS meletakkan calonnya bertanding pada pilihanraya kecil Dun Merlimau bagi memperbetulkan kepincangan dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka selama ini. Kalau sebelum ini tiada siapa yang mampu menasihatkan kerajaan negeri dalam isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan Islam dan orang Melayu.

"Kita sangat menyanjung tinggi peranan yang dimainkan Wakil Rakyat PR dalam Dun Melaka khususnya yang berkaitan dengan pembaziran dan penyelewengan, namun mereka seringkali dipermainkan oleh Ketua Menteri jika mereka cuba bertanya dan menyoal kerajaan negeri dalam isu Islam dan melayu".

"Oeh itu sangat penting bagi PAS untuk memastikan sekurang-kurangnya seorang wakil rakyat PAS dapat masuk ke dalam DUN untuk menasihati, membedah dan membongkar segala penyelewengan kerajaan BN dalam isu-isu berkatitan dengn Islam dan Melayu" kata Yusof ketika ditemui di Pejabat Penerangan DUN Merlimau di Taman Muhibbah dekat sini petang ini.

Rakan beliau, Abu Siraj Andri, 35 berkata kerajaan negeri ternyata boleh bertindak sesuka hati kerana mereka tidak mempunyai penasihat dan pembangkang yang berani menyuarakan isu-isu yang berkaitan dengan Islam dan Melayu.

"Saya lihat di Melaka ini terlampau banyak pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan negeri, tetapi tiada 'check balance'" kata Abu Siraj.

Feb 15, 2011

52 Keluarga Terima sumbangan






Program Sumbangan Untuk fakir Miskin dan Ibu Tunggal diTaman Cendana Pasir Gudang.