Jun 9, 2009
POLIS DI KERAH KE MANEK URAI
KOTA BHARU - Bagi mengelakkan sebarang pergaduhan dan pekara diluar jangkaan pihak Polis akan menempatkan kira-kira 1,000 anggota untuk bertugas menjaga ketenteraman awam menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai pada 14 Julai ini.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim berkata, penempatan anggota terbabit akan dilakukan secara berperingkat sebelum penamaan calon sehingga ke hari pembuangan undi.
Pihak keselamatan terpaksa mengerahkan anggota yang ramai kerana Polis menjangka banyak masalah akan timbul disitu kelak.
"Kawasan itu akan dipantau sepenuhnya bermula dari tarikh penamaan calon dan selepas pembuangan undi sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.
''Sehubungan itu, kita sudah mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenainya," katanya kepada pemberita sempena Majlis Perhimpunan Bulan Jun Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Amir Hamzah berkata, semua persiapan kini berjalan lancar dan pengundi tidak perlu bimbang mengenai keselamatan mereka ketika keluar mengundi. "Pada peringkat awal, kita akan mengerahkan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan serta l dibantu oleh anggota dari Bukit Aman.
Dua parti yang bertanding iaitu PAS dan Umno telah mula mengerakkan jenteranya sejak dua minggu lepas bagi memastikan kemenangan di pilihanraya kecil itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment