Dec 3, 2012

SUNATHON PAPISMA JOHOR BERRSAMA PUSAT ADUAN RAKYAT (PAR) PERMAS



Program berkhatan kebajikan Papisma Johor anjuran bersama Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas telah diadakan di balai Islam rumah pangsa awam taman cendana pagi semalam.Program yang mensasarkan golongan kurang bermampuan ini telah disertai oleh seramai 35 orang peserta yang kebanyakkannya anak-anak penghuni rumah pangsa tersebut.



Rumah Pangsa Taman cendana ini yang mempunyai sebanyak 49 blok yang didiami dan 6 blok lagi yang kosong dengan jumlah kepadatan penduduk dianggarkann seramai lebih 15 ribu orang ini dengan satu blok mempunyai 80 unit rumah.Kebanyakkan penghuni disini ramainya orang yang kurang berkemampuan termasuklah yang mempunyai masalah kesihatan.





Team perubatan ataupun lebih tepat tok mudim dari Papisma Johor yang diketuai oleh pengerusi papisma Johor Dr Norhaimaz dan beberapa orang ahli jawatankuasa selesai mengkhatankan peserta tepat jam 4 petang.Inilah program berkhatan terakhir untuk papisma johor sebelum mengorak langkah untuk program seterusnya.



Hadir sama dalam program yang diadakan semalam adalah penasihat papisma Johor Tuan hj Mazri Yahya,penyelia Par permas saudara syed Othman,pengarah program kelana bakri,pengerusi lujnah kebajikan Aziz Abdullah dan setiausaha Par saudara Abusiraj almuner.


abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas

No comments:

Post a Comment

PUSAT ADUAN RAKYAT AMANAH