Dec 5, 2012

JANJI UMNO JOHOR 18 TAHUN PADA NELAYAN ENDAU...MASIH TIDAK DITEPATI!!!!!!!!

Dalam lawatan PAR permas ke mersing baru-baru ini,kami telah mengadakan perjumpaan dengan sekumpulan nelayan penyabong di endau.Dalam perjumpaan tersebut mereka telah mengadu permasalah rumah dan tanah yang telah dijanjikan pada mereka tidak di tepati oleh kerajaan UMNO BN Johor.

 



Jurucakap kumpulan tersebut Hasan Abdullah 53 tahun menceritakan bagaimana kerajaan negeri 18 tahun dahulu dibawah Meteri besar ketika itu Muhyiddin Yassin,Meteri Pertanian Sanusi Junit dan exco kerajaan johor ketika itu Puan Sabariah didakwa berjanji untuk memberikan sebidang tanah pada keluarga nelayan bagi kegunaan membina rumah dan pertanian.

 




Beliau mendakwa ketika itu exco kerajaan negeri Puan sabariah berkata cadangan pemberian tanah tersebut adalah untuk digunakan oleh isteri nelayan untuk bercucuk tanam manakala suami boleh ke laut bagi memanbahkan pendapatan keluarga.
kata Hasan lagi undian untuk mendapatkan tanah juga telah dilakukan oleh mereka di pejabat tanah bagi menentukan lot tanah mereka.

Tetapi sehingga kini setelah 18 tahun berlalu....janji tinggal janji!!!Pilihanraya Umum sudah 3 kali dilalui,perdana menteri sudah 3 kali silih
berganti.....janji masih tidak dicapati....

Tapi yang sedihnya...MELAYU juga yang ditipu oleh MELAYU!!!!


abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

No comments:

Post a Comment