Dec 25, 2012

PAS JOHOR SUDAH BERSIAP UNTUK PRU13



PAS JOHOR bukan sekadar Angan-angan Mat Jenin dan Omong-omong kosong bila menyatakan hasrat ingin menawan Nusajaya.Dengan Matlamat serta cita-cita yang tersirat disanubari inilah berbagai gerakkerja kemasyarakatan dianjurkan disekitar dun yang bakal ditandingi..Bengkel perkongsian ilmu bakal calon tidak ketinggalan dianjurkan bagi memberi pendedahan bukan sahaja persiapan untuk bakal calon, ia juga menjadi medan untuk melahirkan bakal calon PAS yang  lebih kewibawaan dan berqualiti.






Bertempat di Markaz Pas kampung Shaari,Simpang Renggam pagi tadi diadakan bengkel untuk kesemua calon pas yang bakal bertanding di Negeri Johor.Bengkel ini yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya Pas Negeri Johor Dato Mahfuz Muhammad telah dihadiri oleh 25 bakal calon dan pengurus calon.Pembentangan kertas  kerja oleh Pengerusi Pusat Aduan Rakyat ( PAR) Johor Syed Othman Abdullah dan pengkongsian ilmu dan idea bersama Pengarah Pilihanraya Pas Negeri (JPN) serta dialoq juga diadakan bagi mencari keadah serta fomula terbaik yang boleh dikongsi bersama  untuk dilaksanakan.

Malangnya tidak semua bakal calon serta wakil dun yang hadir walaupun  sudah dimaklumkan tetapi ia tidak menjejaskan tentatif namun ia merugikan wakil dun yang mana banyak persiapan dan maklumat berguna telah dikongsi bersama.Berkemungkinan selesa dengan pencapaian gerakkerja yang mereka capai tanpa perlu diwawacana bersama.












Bengkel umpama ini kerap diadakan oleh PAS Johor untuk memberi persiapan mental dan rohani bakal calon agar menjadi pemimpin yang telah terlatih secukupnya bukan  sekadar dapat menjadi pemimpin yang boleh membawa suara dan permasalahan rakyat, ia juga boleh melahirkan seorang pemimpin versatile untuk semua lapisan masyarakat.

abusiraj almuner



No comments:

Post a Comment

Post a Comment