Dec 22, 2012

SUMBANGAN BEG SEKOLAH UNTUK PENDUDUK FAKIR RUMAH PANGSA TAMAN CENDANA



Setiap insan yang beramal soleh serta bertaqwa kepada Allah akan berlumba-lumba mengerjakkan amal kebajikan semata-mata untuk dijadikan bekalan saham akhirat.Begitu juga insan yang telah dikurniakan oleh Allah dengan limpahan rezeki agar mereka dapat mengeluarkan sedikit rezeki mereka itu untuk membantu saudara Islam mereka yang kurang berkemampuan.





Sempena bukanya musim persekolahan tidak lama lagi,Majlis penyampaian beg sekolah kepada golongan fakir miskin di rumah pangsa Taman cendana diadakan pagi tadi bertempat di balai Islam taman cendana.Seramai 150 orang anak fakir miskin telah menerima sumbangan beg sekolah hasil daripada sumbangan hamba Allah yang perihatin yang disampaikan oleh Penyelia PAR permas Syed Othman Abdullah.Majlis dimulakkan dengan Tazkirah yang disampaikan oleh Ust Wan Mansur Wan Jusoh perceramah bebas pasir gudang dan majlis tahlil juga diadakan.




Menurut Ust Kelana Bakri pengarah program,ini adalah yang kali ke-2 program diadakan,kali ini sumbangannya lebih besar berbanding tahun lepas.Pada majlis itu ini juga katanya,keperluan asas seperti beras juga diagihkan.



Program kebajikan PAR permas kerap diadakan di rumah pangsa taman cendana ini bersama-sama NGO Islam yang lain.Baru-baru ini program berkhatan percuma oleh PAPISMA Johor  juga telah diadakan,Selain program kebajikan, majlis ilmu, klass fardu ain turut diadakan seminggu sekali untuk  mereka yang berminat.

PAR permas mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang untuk program ini.Hanya Allah sahaja yang dapat memberi ganjaran yang setimpal dengan meluaskan serta melapangkan rezeki dunia dan akhirat.



abusiraj almuner
Saetiausaha PAR permas

No comments:

Post a Comment

Post a Comment