Dec 1, 2012

NELAYAN ORANG ASLI TANJUNG LANGSAT BANGKIT MEMBELA NASIB MEREKA



Warga Nelayan kerap kali dizalimi oleh pihak-pihak yang kononnya membela nasib dan kepentingan nelayan. Kalau tidak dizalimi,ditipu atau dirompak akan hak-hak mereka tidak kira melayu maupun orang-orang asal.Begitulah lumrah di negeri Darul UMNO ini...jangan menuduh negeri umno tiada masalah kerana UMNO memerintah tapi hakikatnya negeri ini lah ramainya warga yang tidak dibela...Laungan keramat di perhimpunan yang sedang berlangsung sekarang ini...hanyalah RETORIK!!!!
.
PAR permas telah menerima aduan daripada Nelayan orang asal tanjung langsat yang mengadu nasib mereka kerana terjejas punca pendapatan akibat pembinaan pelabuhan tanjung langsat.

Kamal Bin Entel 31 tahun ketua komuniti nelayan orang asli kampung pasir puteh berkata pendapatan mereka sebagai nelayan terjejas akibat penambakan hutan bakau di persisiran tanjung langsat ke perigi Acheh.Akibat daripada penambakan tersebut musnahlah exco sistem sumber-sumber laut yang mencari mata percarian mereka sejak generasi lagi.

Dakwanya lagi beliau pernah  menulis surat kepada pengurusan pelabuhan tanjung langsat untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut agar tidak menimbulkan pertingkahan dan memohon jasa baik agar pengurusan pelabuhan tanjung langsat dapat membayar pampasan kepada keluarga nelayan yang terjejas pendapatannya di kawasan tersebut.Beliau juga telah membuat laporan polis mengenainya kerana tiada tindakan penyelesai daripada Pengurusan pelabuhan tanjung langsat.

Penyelia PAR permas Tuan syed Othman berkata Par permas akan melihat dan melawat kawasan terbabit sebelum tindakan lanjut akan dibuat.hadir sama dalam perjumpaan tersebut Setiausaha PAR permas Abusiraj almuner


abusiraj almuner
setiausaha PAR permas



No comments:

Post a Comment

Post a Comment