Dec 19, 2012

SEDEKAD LAMANYA MASALAH PENDUDUK GAGAL DISELESAIKAN OLEH UMNO





Pusat Aduan Rakyat(PAR)Negeri Johor melalui pengerusinya Syed Othman Abdullah bersama PAR Sri medan Ust Ahmad Rosdi Bahari dan setiausaha PAR permas abusiraj almuner sempat singgah di kampung parit pulai,parit sulung yang terjejas teruk tanaman mereka akibat asap yang tebal dan lumpur yang dikeluarkan oleh kilang batu-bata berdekatan.





Misbah b selamat 46 tahun seorang penduduk kampung yang juga penguasaha ladang tanaman dan kelapa sawit berkata kilang batu-bata Kia lim yang terletak di jalan kangkar senanga beroperasi hampir sedekad yang lalu telah memusnahkan tanaman mereka serta menjejaskan punca rezeki mereka di kampung tersebut.Hampir 40 perkebun yang terlibat dengan purata 200 ekar tanah keseluruhannya.








Misbah mendakwa pernah mengadu kepada 2 orang ahli parlimen kawasan tersebut yang lama hingga kepada ahli parlimen yang baru serta adun kawasan tersebut hingga pernah diadakan dialoq tetapi masalah masih tidak dapat diselesaikan.Aduan mereka katanya telah dipanjangkan kepada jabatan Alam sekitar dan jabatan alam sekitar pernah datang dan pantau tetapi mereka dakwanya tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya.
 
Akta perindustrian meruntukkan pembinaan kilang hendaklah dibina 10 km dari kawasan taman perumahan atau kampung...Adakah kilang ini tidak menepati piawaian yang telah ditetapkan??Kalau tidak siapa yang meluluskannya?

Dakwa Misbah lagi JKKK Kampung telah menerima wang dari pihak pengurusan kilang sebanyak seribu setahun..Jadi adakah wang yang diberi itu untuk menutup mulut penduduk kampung???Adakah dengan pemberian seribu ringgit setahun itu kononnya untuk membantu JKKK mengadakan program adalah boleh dikatakan wang rasuah?

Tepuk dada tanya selera..kerana MALYSIA adalah pemegang ranking juara dunia rasuah

hidup melayu!!!!


abusiraj almuner
setiausaha PAR permas



No comments:

Post a Comment