Dec 21, 2012
PAS CAWANGAN PLENTONG-MULA MENGORAK LANGKAH
Pas cawangan plentong markaz gerakkannya terletak di 118 kampung plentong baru adalah rumah kepada ketua cawangan serta mantan Yang dipertuan PAS pasir gudang saudara Rahim Ahmad,pernah satu ketika dahulu selain menjadi lokasi medan ilmu serta aktiviti siasah penduduk sekitar kampung plentong dan permas jaya,ia juga menjadi tapak ceramah penerangan isu-isu semasa dari barisan pemimpinan PAS kawasan maupun pusat.
Malangnya ia terhenti sekian lamanya gara-gara satu ceramah oleh YB Gobalakrishnan yang diadakan pada tahun 2002,penahanan perceramah oleh pihak polis termasuklah Saudara Rahim sendiri serta pengerusi Par permas Saudara Syed Othman ketika itu Ketua Pemuda Pas Pasir gudang.Mereka di bawa ke balai untuk disoal siasat dan dilepaskan kemudiannya.Segala peralatan ceramah termasuk PA system dan sebagainya dirampas dan tidak dikembali oleh pihak polis hingga sekarang.
Benih Islam yang tertanam serta tarbiah yang diberi kepada generasi muda plentong dan permas sekian lama,telah menampakkan hasilnya,kebangkitan anak muda terserlah dan ternyata anak-anak muda ini kehadapan dengan sokongan padu dari pemimpin lama hingga menghidupkan kembali aktiviti yang selama ini kian pudar.kebangkitan anak muda ini menyokong PARTI ISLAM gagal dihalang maupun disogok dengan kebendaan kerana maklamat perjuangan mereka adalah menegakkan syiar Islam yang menjadi asas keutamaan.
Setelah 10 tahun berlalu,Tarikh Khamis 20hb Disember 2012 mencatit satu sejarah apabila PAS cawangan plentong mengadakan semula ceramah umum di lokasi yang sama seperti 10 tahun dahulu.Perceramah undangan,Ulamak tersohor,Dato Ust Hj Tuan Ibrahim Tuan Man selaku ketua penerangan Pas Pusat dengan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat tempatan dijemput untuk memberikan syarahan mereka.
Majlis semalam turut menyediakan nasi berani kembing dan ayam untuk dihidangkan kepada semua hadiri yang hadir.Kehadiran hadirin diluar jangkaan dan satu kejutan dengan kehadiran ramai wajah-wajah yang dulunya dikenali karat birunya.Walaupun ada sedikit kekecohan dari pencacai setan-setan yang dikenali namun telah berjaya diselesaikan oleh tentera merah Pemuda Pas kawasan.
Penulis selaku setiausaha cawangan pas plentong ingin merakamkan Jazakallah khair kepada semua pertugas yang berkerja keras bagi merelisasikan impian semua.Tidak lupa juga kepada Pertugas dari PAS cawangan Permas jaya yang turut sama membantu,yang lebih tepat ungkapan "Tanpa Anda beberapa oranglah saja kami".
kepada ketua cawangan saudara Rahim Selaku Tuan rumah serta ahli jawatankuasa,semua ini adalah titik permulaan untuk kita lebih komimted dalam gerakkerja bagi menyampaikan risalah Islam keseluruh masyarakat di plentong agar mereka bersama kita menghayati perjuangan Islam yang syumul ini.
TAKBIR!!!!
abusiraj alumner
setiausaha PAS plentong
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment