Dec 19, 2012

RINTIHAN AHLI UMNO KAHANG BARAT KEPADA PEMIMPIN BESAR UMNO JOHOR






Sebuah perkampungan yang baru diterokai oleh sekumpulan peserta pertanian kelompok sepakat tiga negeri Johor ( PPBST) yang rumah mereka telah diranapkan serta diroboh oleh pihak berkuasa telah mengadakan sidang media di pejabat PAR permas di taman mawar pagi tadi.

Pertubuhan peserta kelompok sepakat tiga Negeri Johor (PPBST) ini yang mewakili 300 peserta yang majoritinya adalah orang melayu yang menyokong tegar parti KERAMAT melayu dan mereka ini boleh dikatakan golongan yang bertaraf miskin memohon tanah seluas 773 ekar untuk dijadikan kampung kediaman dan pertanian.





Rumah mereka telah dirobohkan pada November lepas dan sekarang mereka masih menetap di rumah yang diroboh itu dengan keadaan yang amat dhaif.Mereka juga tidak mampu untuk menyewa ke tempat lain.Menurut salah seorang yang hadir pada sidang media tersebut tiada seorang pun pemimpin dari Parti kesayangan mereka datang menghulurkan bantuan untuk membantu mereka.





Mengulas dalam sidang media tersebut penyelia PAR permas Syed Othman Abdullah berkata satu memorendum oleh penduduk akan diserahkan kepada menteri besar bagi mendesak kerajaan untuk campurtangan menangani masalah yang dihadapi.Beliau juga berkata beliau akan memanjangkan isu ini kepada JKM agar kebajikan mereka dapat dibela apatah lagi musim persekolahan kian menghampiri.






Siapa kata Parti keramat Orang Melayu ini yang melaungakan HIDUP MELAYU mampu menjaga kepentingan Melayu....Sebenarnya UMNO sudah gagal dalam membela nasib Melayu dan buktinya sudah terpapar didepan mata...yang ada kepentingan sahaja yang menafikannya!!!!

Dan  sudah tiba masanya rakyat perlu sedar untuk menukarnya kepada parti lain yang lebih releven dalam PRU13 yang akan datang.

abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

No comments:

Post a Comment