Dec 4, 2012
PROGRAM BERKHATAN PERDANA UMNO CAWANGAN TAMAN CENDANA...BERKHATAN UNTUK DAPAT UNTUNG
Apabila berakhirnya musim persekolahan maka ramailah persatuan-persatuan serta badan bukan kerajaan (NGO)maupun parti politik yang berlumba-lumba menganjurkan majlis berkhatan.Ada yang menganjurkan program berkhatan secara percuma dan ada juga yang menganjurkannya dengan mengenakan bayaran yang rendah kalau dibandingkan dengan klinik swasta.Semua perganjuran ini penulis percaya tidak lain dari ingin menambahkan pahala dengan amal kebajikan yang dilakukan dan juga membantu meringankan bebanan bagi ibubapa golongan yang tidak berkemampuan.
Tapi lain pulak cara penganjuran program berkhatan perdana yang dianjurkan oleh UMNO cawangan taman cendana bersama NGO pro Umno ini.Peserta berkhatan dikenakan bayaran RM130 termasuk kos pengangkutan dan kenduri dan peserta diminta menyediakan bunga pahar sendiri.Kos ini sudah menyamai kos berkhatan di klinik pakar.Bukan hendak mempertikaikannya tetapi bayaran yang dikenakan tidak munasabah apabila dianjurkan dikawasan perumahan pangsa taman cendana ini.
Hujah penulis bahawa Rumah pangsa taman cendana yang mempunyai 49 blok yang dianggarkan penghuninya secara kasar seramai 15 ribu orang yakni 85-90 peratus penghuninya adalah dari golongan kurang berkemampuan dan hampir 70-75 peratus penghuninya gagal membayar sewa walaupun sewanya rendah.Bukan saja sewa tidak mampu dibayar bahkan bill elektrik dan air juga gagal dijelaskan hingga ada yang menyambung bekalan elektrik dan air dari rumah jiran.kalau bayaran sebegini dikenakan sudah tentu penduduk tidak mampu.
Kalau penulis mengambil kira kos berkhatan ini,barangan perubatan hanyalah serendah RM50 seorang dan paling mahal pun boleh menjejak RM70.Itu hanya barangan ubatan termasuk peralatan berkhatan.kalau diklinik swasta bayaran dikenakan Rm130-150 ringgit tetapi selepas itu boleh mendapat rawatan susulan dan sebagainya.
Kalau dikata kos lebihan adalah untuk kos kenduri dan pengangkutan lagi tidak logik.kita lihat Umno sebagai penganjur bersama dan sebagai sebuah parti yang sedang memerintah takkan tidak dapat menyalurkan sumbangan dana untuk program seperti ini,takkan tak mampu untuk membayai kenduri serta pengangkutan peserta yang penulis percaya rata-ratanya penduduk yang terlibat disitu adalah tergolong dari kategori yang penulis sebut itu.
Apa-apa pun niat mereka menganjurkannya kalau tidak ada niat yang menyimpang,penulis rasa hanya Allah saja yang tahu...sekiranya ia ada niat untuk mengambil kesempatan dengan memperolehi keuntungan ia adalah pembuatan yang zalim terhadap penduduk Taman cendana yang rata-rata hidup miskin terutama yang miskin itu juga adalah MELAYU.....
abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment