Rakyat terus menjadi harubiru pekat BAHKAN segerombolan pencacai pun jadi kesawanan kerana gara-gara persembahan mantop yang dilakon layarkan oleh Rosmah Mansur.
Dan keliruan lagi meletup apabila biografi beliau ditulis dan RAKYAT TERTANYA-TANYA Siapakah perdana menteri Malaysia sebenarnya?Pok Najib ke mek Rosmah?kalau diikut protocol, biografi najib selayaknya dibuat kerana beliau perdana Menteri. jadi kenapa ROSMAH menjadi pilihan?yang tak boleh tahan ketawa hingga terkencing dalam seluar apabila Ahmad Maslan jadi penasihat Biografi tersebut.
Dulu media pencacai mengelarkan Rosmah sebagai Wanita pertama Malaysia tetapi malangnya status wanita pertama adalah untuk pemaisuri agung.Agaknya beliau mencari tapak untuk establish atau mempromosi diri beliau sendiri dengan cara sebegini.
Baru-baru ini Di Majlis bekas wakil rakyat malaysia (mubarak) teks ucapan beliau dibaca oleh ketua menteri melaka Ali Rustam.
Kenapa pulak ucapan dari Rosmah??Mana Najib?
kalau gitu,Memang Hebatlah mandram Rosmah nie,dulu Dr Siti Hasmah tidak berkelakuan begitu...begitu jugalah Hendon dan Jane.
Bini PM seorang ini lain sikit,benar juga barangkali apa yang PR sebut bahawa Rosmahlah yang paling berkuasa,kalau dilihat penglibatannya.
Penulis tidak mahu menuduh tapi segala jawapan ada pada setiap pengamatannya.
abusiraj almuner
Rosmah mahu MUBARAK terus berkhidmat
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) akan terus menjadi 'jambatan penghubung' antara bekas wakil rakyat dan keluarga mereka dengan kerajaan demi kesinambungan kemajuan bangsa dan negara.
Beliau berkata anggota MUBARAK walaupun telah berpencen daripada menjadi wakil rakyat masih boleh terus setia berkhidmat untuk pembangunan negara selaras dengan moto pertubuhan itu iaitu terus berkhidmat.
Sebagai contoh, katanya, program Motivasi Anak Angkat MUBARAK negeri Melaka selama dua hari bermula semalam dilihat membantu para pelajar yang merupakan ahli keluarga Mubarak mencapai kejayaan yang cemerlang pada masa depan.
"Ia dapat membina karier mereka dan seterusnya meneruskan kesinambungan legasi keluarga mereka untuk menyumbangkan tenaga dan usaha kepada pembangunan negara sebagaimana dilakukan oleh ayah ataupun ibu mereka yang bergelar wakil rakyat," katanya pada majlis Pemantapan Mutiara MUBARAK di Melaka, semalam.
Teks ucapan beliau dibaca Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Rosmah berkata melalui program seumpama itu, bukan sahaja pemantauan dan latihan dapat dilakukan malah para pelajar tersebut dapat dibimbing dengan pembentukan akhlak dan moral yang baik, ditanam dengan semangat perpaduan, cintakan negara dan nilai patriotisme yang tinggi.
Katanya, jika pendekatan tersebut dapat dipupuk dan disemai dalam jiwa pelajar berkenaan ia mampu mendorong mereka kembali berkhidmat untuk pembangunan negara.
"Mereka mungkin bekerja dengan kerajaan negeri menjadi pegawai yang cemerlang ataupun sebagai ahli perniagaan yang berjaya mahupun ahli politik yang akan mengharumkan nama negara," katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap program anak angkat tersebut dapat membantu menjadi pendokong dalam mempergiatkan lagi usaha pencapaian matlamat negara dalam melahirkan modal insan bertaraf "minda kelas pertama".

mubarak sudah jadi murtabak dan roti canai...kesian wakil2 lembu yang dah pencen!!!!
ReplyDelete