Dec 11, 2012

PAPISMA SUMBANGAN UNTUK RAKYAT PALESTIN


Segala Nikmat kepakaran serta rezeki dimaafaatkan semula ke arah merapatkan diri kepada maha pencipta yang maha agung dan digunakan semata-mata membantu kalangan insan yang tidak bermampuan...itulah PAPISMA!!!!...

Pendokongnya yang rata-rata bukan sahaja berilmu serta bertaqwa, juga inginkan syiar Islam ditegakkan seiring dengan profession perubatan moden...Itulah PAPISMA.....dengan nama lengkapnya Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia.

Papisma dengan kelebihan anugerah yang ada ternyata melibatkan diri dengan kerja-kerja amal jariah mencurahkan kepakaran serta tenaga bahkan menyumbang rezeki yang ada demi pahala yang dijadikan bekalan dan saham akhirat.

Sabtu lepas bertempat di kediaman bendahari papisma pusat Dr Zaihan bte salleh di kpg duri Emas Manir kuala terengganu, diadakan satu majlis ringkas penyerahan cek replika sumbangan ahli-ahli papisma kepada rakyat palestin berjumlah RM25 ribu yang disampaikan oleh Presiden Papisma Dr Awisul Islah Ghazali yang diterima sendiri oleh  Presiden Yayasan Amal Malaysia (YAM) Pusat Cikgu Husin.Sumbangan ini mula digerakkan pada Bulan April tahun lepas hasil  teredarnya juga calendar papisma yang memaparkan penderitaan rakyat palestin untuk tujuan sumbangan.






Berucap pada majlis tersebut presiden Papisma Dr Awisul Islah berkata ia sudah menjadi tanggungjawap sesama Islam bagi membantu saudara seislam yang ditimpa musibah.Islam yang dibawa Rasuluallah mengajar kita mengambil berat sesama saudara seISLAM walaupun saudara tadi,kita tidak pernah mengenali pun atas dasar ukhuwah Islam dan kasih sayang seperti yang dituntut oleh Islam wajib setiap dari kalangan kita wajib bangun membantunya.

Presiden Yayasan Amal Malaysia (YAM) cikgu Husin ketika memberi ucapan berkata beliau amat berterima kasih atas usaha Papisma bukan sahaja sumbangan yang diberi malah perlibatan papisma bersama YAM amat dihargai.Katanya Papisma umpama adik -beradik kembar kepada YAM,dimana setiap program yang dianjurkan oleh YAM akan ada perlibatan papisma bersama.Beliau juga berharap agar papisma boleh memberikan komitment serta kerjasama dimasa hadapan kerana papisma mempunyai kepakaran yang diperlukan untuk tugas-tugas kebajikan diperingkat global.




Manakala Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Terengganu yang juga mantan presiden Papisma Dr Suhazeli Abdullah berkata beliau berharap agar ahli papisma disetiap cawangan boleh bergerak bersama Yayasan Amal Malaysia di negeri masing-masing dalam kerja-kerja amal kebajikan.Beliau berkata Yayasan Amal malaysia mempunyai persamaan dalam misi dan gerakan kebajikan.

Penulis mengucapkan Tahniah kepada Papisma kerana berjaya dalam misi amal kebajikan yang kerap dianjur.Penulis amat percaya pendokong papisma amat mantap dalam fikrah mereka kerana mereka ini amat cukup tarbiyahnya....Penulis juga percaya pendokong papisma Bukan dunia yang mereka kejar kerana dunia itu adalah sementara..yang dikejar saham akhirat yang kekal buat selama-lamanya....


abusiraj almuner
suk papisma Johor dan tengah







No comments:

Post a Comment