Dec 29, 2012

PAPISMA JOHOR SAHAM AKHIRAT

Papisma Johor tidak melepaskan peluang untuk menambahkan Amal Jariah sebagai saham dan bekalan akhirat dengan bersama-sama turut serta dalam program kebajikan'Jom ke Sekolah'Pusat Aduan Rakyat(PAR)Permas petang tadi.


Bertempat di Rumah Saudara Rahim Abdullah di jalan permas 1/20 permas jaya,diadakan program penyerahan sumbangan kebajikan kepada 7 keluarga miskin.  Sumbangan berupa kelengkapan sekolah,keperluan asas dan wang ringgit hasil sumbangan para dermawan.

Papisma Johor diwakili oleh Ahli Jawatankuasanya Saudara Mohd Azamnie Ab kader telah menyampaikan sumbangan kepada Puan Zunaidah Mohd 39 tahun,Beliau seorang surirumah dan mempunyai 5 orang anak.4 daripada anaknya akan ke sekolah tahun depan.Suaminya sudah tidak berkerja selama 5 bulan.Oleh kerana mengidap penyakit kencing manis majikannya di singapura enggan untuk memperbaharui permit kerjanya.

 



Beberapa hari lepas rumahnya telah dipotong bekalan elektrik kerana tidak mampu mujurlah saudara Rahim datang menyelesaikannya hasil sumbangan kawan-kawannya.

Selepas program dipermas berakhir,Suk papisma Johor abusiraj almuner bersama saudara Azamnie bergegas ke taman plentong utama untuk menyerahkan satu lagi sumbangan kepada satu keluarga seorang ibu tunggal yang telah ditinggalkan suaminya.
 
Nor Abayah bt Miskim 41 tahun seorang ibu tunggal yang mempunyai 6 orang anak dan 4 daripadanya masih bersekolah.Beliau yang tidak berkerja selama 3 bulan akibat mengalami gangguan,tiada punca pendapatan hanya mengharapkan simpati keluarganya untuk keperluan seharian.Beliau yang sudah menjadi ibu tunggal selama 8 tahun kerana suaminya menghilang sehingga kini,mengambil alih tugas ayah dan ibu.

 


Papisma Johor amat bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga ini dan telah
menyumbang seadanya bagi mengurangkan sedikit bebanan yang mereka tanggung.


Maka kepada saudara-saudara semua, Allah Swt telah memberi kita banyak Nikmat dan kelapangan dan kemurahan rezeki jika dibandingkan dengan mereka.

kita makan makanan yang enak-enak dan kenyang,sekenyang-kenyangnya,hidup mewah bergaya!!!tapi adakah kita sedar saudara Islam kita ada yang tidak makan dan ada anaknya tidak bersekolah.....

'sesungguhnya bukan dari kalangan umatku sekiranya ia tidak mengambil berat saudaranya'.


abusiraj almuner











No comments:

Post a Comment