Dec 7, 2012

RAKYAT DIKERAH BAYAR TAPI HASILNYA RAKYAT DAPAT TAIK



Pusat Aduan Rakyat(PAR)permas mengamalkan dasarnya dulu,kini dan selamanya menbantu setiap lapisan Masyarakat bukan sahaja kaum Melayu ia merangkumi segala bangsa,agama dan fahaman politik.







Pada sidang media yang diadakan pagi tadi bertempat di kuil Guan Yin jalan kempas 10,Taman megahria susulan aduan saluran kumbahan pecah telah diadukan oleh seorang penyokong tegar MCA BN kepada PAR Permas.Bersama berada dalam sidang media pagi tadi Pusat khidmat Masyarakat PKR johor Jaya Jimmy Puah turut hadir bersama penduduk setempat.







Menurut penduduk Norhaini Abdul Razak 40 tahun seorang surirumah yang tinggal di Jalan kempas 7,berkata masalah kumbahan ini bermula semenjak 10 tahun dahulu.Pihak kontraktor Majlis ada datang membaikinya tetapi hanya bertahan 5 bulan selepas ia kembali rosak.Setiap kali diperbaiki ia kembali bermasalah,paling lama ia bertahan hanya 5 bulan sahaja.katanya air kumbahan akan melimpah dari lubang tandas bilik air tingkat bawah rumahnya dan akan mengeluarkan bau yang meloyakan lebih-lebih lagi pada waktu pagi dan ketika hari hujan.








G.Renny 39 tahun yang juga surirumah berkata air kumbahan itu mendatangkan bau yang amat busuk dan air kumbahan itu juga melimpah di sekitar jalan raya hinggakan air kumbahan itu akan terpecik  apabila dilanggar oleh kereta yang  lalu lalang melalui jalan tersebut.






Mengulas mengenai aduan tersebut penyelia PAR permas Syed Othman berkata sebelum ini beliau telah mengadu pada pihak terbabit tetapi setelah diperbaiki ia kembali rosak hingga tiada tanda-tanda masalah ini akan diselesaikan.Beliau berkata aduan ini telah diadukan kepada Biro pengaduan Awam (BPA) Johor pada 4hb disember lepas.Beliau memberi tempoh seminggu untuk pihak berkaitan menyelesaikan masalah sebelum satu memorendum daripada penduduk akan diserahkan kepada pihak berkuasa.

Kenapa pihak yang bertanggungjawap terhadap penyelengaraan ini tidak cuba menyelesaikan masalah yang berlarutan ini? Umpama masalah rakyat tidak diendahkan tetapi duit mau!!!!!Penduduk ditaman ini telah membayar kepada pihak yang bertanggungjawap menyelengara terhadap sistem kumbahan ini..bukan percuma.

Salah siapa nie???Mana dia ahli majlis kawasan ini????Tidur ke ape?? Tiada sikap perihatin ke???Tak akan tak sedar yang masalah ini kerap berlaku hinggakan geng sendiri pun tak berani nak mengadu!!!Inikah slogan Rakyat didahulukan???? Inikah slogan mesra rakyat,janji ditepati!!!!

Rakyat dikerah membayar..tetapi hasilnya rakyat dapat taik najis....!!!malangnya ada melayu juga yang kena!!!!!!



abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas

No comments:

Post a Comment