Dec 3, 2012
GERAI SEPARUH SIAP BEKAS TENTERA DIROBOH
Di kampung pasir puteh pasir gudang pagi tadi,Sebuah gerai kecil telah diroboh oleh sekumpulan penguatkuasa Majlis penbandaran pasir gudang (MPPG) kerana didakwa mendirikan gerai secara haram di tanah awam.Dengan 2 JCV dan 2 trak lori yang besar dengan hampir 15 orang penguatakuasa belum termasuk pegawai dari pejabat tanah dan polis.Ia Bagaikan hendak meroboh kilang besar dengan kehadiran penguatkuasanya, mereka meranap gerai kecil separuh siap yang dipercayai hendak didirikan oleh seorang melayu....kalau melihat akan saiz gerai yang hendak diroboh itu,tidak perlu seramai itu penguatkuasa datang.
Penyelia Par permas saudara Syed Othman bersama Setiausaha Par telah dipanggil oleh penduduk untuk melihat sendiri gerai yang diranap oleh jentera berat milik MPPG.walaupun Par permas sampai setelah gerai itu diroboh tetapi masih ada ramai penguatkuasa MPPG berada dilokasi tersebut memantau kerja-kerja meroboh tersebut.Apa yang menghairankan bilamana setiausaha PAR cuba merakamkan gambar gerai yang diroboh pihak penguatkuasa pulak mengambil gambar Setiausaha par yang sedang merakam gambar.
Gerai tersebut telah didirikan oleh Samiza bin Amran 51 tahun seorang pesara tentera.Menurutnya beliau mendirikan gerai kecil itu kerana beliau sudah tidak mampu untuk berkerja lagi kerana mengalami masalah kesihatan.Beliau mendirikan gerai itu untuk memulakan perniagaan supaya beliau dapat menjana pendapatan untuk menyara keluarganya.MPPG juga katanya ada memberi beliau notice memaklumkan kepada beliau dan diberi tempoh selama 3 hari kalau tidak gerai tersebut akan dirobohkan.
Apa yang menjadi kemuskilan adalah, kenapa gerai beliau yang kecil lagi separuh siap itu sahaja diroboh?padahal lebih ramai lagi gerai-gerai yang sudah lama beroperasi yang dimiliki oleh pendatang asing di kampung pasir puteh itu tetapi tidak dirobohkan!!!Ini adalah tindakan double standard pihak MPPG terhadap orang melayu khususnya orang tempatan.Adakah ada udang sebalik batu?Tidak menuduh apa-apa tetapi secara logiknya kenapa ini harus berlaku?
Adakah ini adil untuk Beliau?Beliau yang juga bekas tentera yang berkhidmat mempertahankan negara serta banyak pergorbanan terhadap negara layak diperlakukan demikian?Adakah kita semua ingin beliau melakukan jenayah untuk mendapatkan sesuap nasi untuk keluarganya....Mana dia persatuan bekas tentera yang bergoyang punggung dirumah ambiga!!!!adakah mereka terlalu taksub dalam berpolitik bersama UMNO hingga lupa untuk membela ahlinya!!!!Kerajaan harus juga dipersalahkan dalam perkara ini kerana gagal membela nasib bekas tentera.
abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penduduk Taman Pasir Emas tahu tujuan asal gerai tersebut dibina...lg sekali Syed Othman cuba menangguk di air yang keruh. Jgn nak jd hero la Tuan... tepuk dada tanya iman.
ReplyDelete