Dec 5, 2012

KRONI UMNO CEKAU YANG MISKIN MELAYU-KISAH NELAYAN MERSING





Penyelia PAR permas Syed Othman serta Setiausaha PAR abusiraj almuner telah mengotakan janji kepada nelayan Mersing untuk meninjau keadaan rumah yang dibaikpulih berhubung isu aduan rumah nelayan di mersing baru-baru ini.Turut serta bersama kami dalam tinjauan tersebut ialah Ust Azam Razak PAR Endau dan Tuan hj Abdul Rahman Yusuf Timbalan pengerusi DAP mersing.





Ternyata rumah yang dibaiki amat tidak memuaskan kerana masih terdapat banyak kecacatan umpama tidak pernah dibaiki sebelumnya.Terdapat kerosakkan bumbung,lantai dan dinding yang amat ketara.Untuk tidak menampakkan kecacatan,hanya dicat atau ditampal dilakukan agar tidak menampakkan ketaraan kesannya.

Rumah pertama yang kami tinjau adalah rumah pengadu sendiri Ramli bin yaacob.Apa yang dilihat keadaan rumahnya umpama tiada kesan sedikitpun pernah dibaikpulih.Dengan Bumbung yang bocor,kayu dinding rumah serta tiang yang sudah reput begitu juga dengan rantai rumahnya.Keadaan dinding bilik air yang tidak ditampal dengan simen menampakkan tiada kerja-kerja pembaikpulih dilakukan.Menurut kata anaknya Masiah Ramli 43 tahun,sekiranya peruntukkan RM10 ribu dimaafaat sepenuhnya pembaikpulih rumah ini mungkin akan lebih sempurna.







Salah seorang antara nelayan yang mengadu Muhd Bin Abdul Rahman 65 tahun,beliau hanya menerima 7 keping zink dan dinding rumahnya sahaja ditampal dengan simen.


Daripada pengamatan kami peruntukkan yang disalurkan sebanyak RM10 ribu itu tidak digunakkan sepenuhnya.kontractor untuk Kerja-kerja pembaikpulih ini pula membaham selebihnya kerana hendak mendapatkan keuntungan yang melipat ganda...jadi biarlah dalam pemikiran mereka biarlah nelayan Melayu ini rumah bagaikan reban ayam  janji perut dan kekayaan mereka nikmati...


Persoalannya kroni Siapa kontractor ini?????......




abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas

No comments:

Post a Comment