Dec 4, 2012

NASIB NELAYAN ORANG ASLI TANJUNG LANGSAT AKAN DIBELA PAR PERMAS



Aduan yang diterima oleh PAR permas daripada Kamal bin Entel ketua komuniti Nelayan kampung pasir puteh tempoh hari berkenaan isu penambakkan hutan bakau yang menjejaskan sumber pendapatan mereka,Penyelia Par permas syed Othman bersama setiausaha PAR abusiraj almuner turut padang  meninjau kawasan terbabit pagi semalam.





Dalam tinjauan tersebut Syed Othman turut mengadakan pembincangan serta sesi diolag bersama semua nelayan yang terbabit.Mereka juga membawa PAR melihat kemusnahan kayu bakau disekitar kawasan mereka yang menyebabkan exco sistem hidupan laut mati kerana telah dijadikan sebahagian daripada pelabuhan tanjung langsat.






Menurut syed Othman berkata PAR akan mengadakan sidang media serta merujuk isu ini kepada jabatan alam sekitar.Beliau juga musykila samada kayu bakau yang dimusnakan itu mendapat kebenaran Alam sekitar atau tidak.Satu memorendum juga akan diserahkan kepada pengurusan pelabuhan tanjung langsat untuk mendapat pampasan yang diminta sebelum ini.




Syed Othman juga menegaskan bahawa perlu ada perundingan diantara nelayan terbabit dan pengurusan pelabuhan tanjung langsat sebelum sesuatu tindakan dari pelabuhan tanjung langsat ini dilakukan.Kerana nelayan yang terbabit ini sejak berkurun lamanya punca pendapatan mereka bergantung kepada tangkapan hasil laut disitu.

Persatuan nelayan negeri Johor dan kerajaan negeri harus membela nasib nelayan orang asli ini dengan mengadakan satu rundingan memastikan kebajikan mereka lebih terbela.Orang asli ini bukan menghalang pembangunan tetapi lokasi punca rezeki mereka sejak generasi telah dimusnahkan maka orang yang bertanggungjawap harus membayar pampasan untuk mereka.





abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas

No comments:

Post a Comment

Post a Comment