Dec 23, 2012

CERAMAH BERGERAK DHPP DI DUN PERMAS- PENERANGAN UNTUK MASYARAKAT INDIA



PAS tidak pernah mengamalkan sikap perkauman dan etnik tidak seperti parti keramat penjuara sang melayu  UMNO yang menjadi teras pemerintahan.Dewan Himpunan penyokong PAS (DHPP) menjadi buktinya sebagai sayap parti pas untuk memperkenalkan keindahan Islam itu daripada dikelirukan oleh segerombolan pencacai UMNO yang mereka sendiripun keliru tentang ajaran Islam sebenar.







Satu program ceramah Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Negeri Johor dengan kerjasama Pas kawasan pasir gudang telah diadakan di jalan bayan 22,Kota Putri Masai,dun permas jaya.Ceramah bergerak diatas kenderaan 4 roda itu yang dinamakan ceramah  hit dan run yang telah diperkenalkan baru-baru ini oleh pemuda pas pasir gudang ternyata menjadi popular di sekitar pasir gudang.

Ceramah yang dipengerusikan oleh Eddy Lois (Pengarah MTD permas) selaku pengerusi majlis bahasa Melayu dan saudara Bala berbahasa tamil itu mendapat sambutan mengalakkan dari penduduk berbangsa India sekitar taman kota putri.Mereka datang menunjukkan sokongan padu mereka terhadap PAS terutama bakal Calon dun permas,Tuan syed Othman Abdullah yang mereka kenali sekian lama dan telah banyak membantu mereka menyelesaikan banyak masalah mereka disitu.







Penceramah yang berceramah semalam termasuklah Timbalan Pengerusi DHPP pusat Saudara Balasubramanian,Saudara Singan Setiausaha DHPP Johor,Cikgu Nadar pengerusi DHPP Johor dan saudara Syed Othman sendiri.

Tepukan dan sorakan kedengaran apabila Syed Othman dan Cikgu Nadar mula berceramah.Apabila mereka menerangkan Pakatan Rakyat akan menuju Ke putrajaya dan merampas tampuk pemerintahan melalui PRU13 tepukkan gemuruh dan sorakan semakin kuat.Ini jelas menunjukkan mood masyarakat India juga mahu perubahan dan jalan-jalan ke putrajaya semakin dekat.



abusiraj almuner



No comments:

Post a Comment